My New Friend with A New Activity
Oleh aeropama pada Apr 9, 2007 Personal
Pertama kali keluar bersama. dia telah mengajar saya satu aktiviti yang agak asing bagi saya, memberi makan kepada ikan-ikan dan kura-kura di tasik Shah Alam. Hahaha :)) Tergelak saya apabila pertama kali beliau meminta saya menemaninya ke tasik untuk memberi lebihan makanan di rumahnya kepada binatang-binatang akuatik di tasik. Tapi memang agak ‘enjoy’ juga aktiviti tersebut. Melihat kelibat ikan-ikan menyambar makanan yang dicampak ke dalam tasik, kura-kura berebut-rebut menggigit roti-roti yang terapung, memang menenangkan. Betul lah kata sahabat saya kalau ingin menenangkan minda yang berserabut, cubalah ‘bersatu’ dengan alam. Pasti berhasil….






Tuliskan Komen Kau