My New Car

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Sebab sekarang ni aku agak sibuk dengan projek baru . Jadi tak sempatlah aku nak update blog ni.

Sekarang ni aku dah ada kereta baru. Myvi SXI warna hitam dengan nombor plat WRD 4**8. Kalau korang ternampak Myvi kaler hitam dan mempunyai nombor plat yang aku sebutkan, tegur-tegurlah (tu pun kalau korang teka dengan betul). Jangan pula korang langgar, silap haribulan, korang terslah langgar orang lain pulak. Nak langgar kereta aku, terlanggar kereta orang lain yang guna sama jenis keretanya dan nombor plat yang hampir sama dengan aku. Kui kui kui….

Nak dapat kereta ni punya lah susah. Aku kerja kat Johor tapi beli kat KL. Ingatkan kalau beli kat KL lagi senang dan cepat nak dapat. Rupanya lagi lambat. Mula-mula tu, penjual tu janji aku akan dapat kereta aku dalam masa 2-3 minggu lepas aku booking. Seminggu nak tunggu laon approved dan seminggu untuk urusan JPJ. Akhirnya lepas 7 minggu baru dapat kereta baru aku ni. Tu pun lepas aku ulang alik 2-3 kali dari Johor, marah-marah si penjual kereta yang bagi aku tak tahu nak jual kereta dan jaga pelanggan dia kemudian di tambah dengan ayah aku yang tak reti penat follow-up pasal penghantaran kereta ni.

Bila dah ada kereta ni, lagi bertambah la beban perbelanjaan aku. Dulu tak payah fikir nak bayar duit minyak, duit tol, duit maintenance dan duit installment. Sekarang ni, kena lah buat belanjawan bulanan. Lagi satu, bila dah ada kereta ni, aku kena lah usung awek-awek aku naik kereta ni. Huhuhuhuhu… Kalau dulu, diorang nak keluar dengan aku, diorang kena amik aku takpun naik public transport aje. Takpe-takpe. Giliran aku pula la sekarang. Asik-asik diorang, mahu muak diorang dengan aku nanti. Kalau diorang dah muak dengan aku, terpaksalah aku hidup dalam kesunyian. Hahahahahha…..

Tapi apa yang aku sedar sekarang ni, aku jadi makin malas nak berjalan. Pergi ke mana-mana, semua nak naik kereta. Padahal sekarang ni harga minyak tinggi. Aku selamber je membazirkan minyak. Aduh… Aku rasa aku ni making gemuk. Sebab kuarang berjalan, bila kurang berjalan maka kuranglah bersenam. Bila kurang bersenam, maka senanglah penyakit nak hinggap kat badan ni. Nasihat aku kepada anda semua ‘Amalkan gaya hidup sihat, banyakkan bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari, 3 kali seminggu’

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

2 Respons untuk “My New Car”

  1. 1 Rina mengomen pada

    Hi syam! waaa ada kete baru..best best :D

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    rina: thanx..mmg best ade kete baru. tp azab baru pon dtg gak. anyway…tahniah sbb akn dapat baby baru. lagi best best :D

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>