My New Car Got a Kiss… Really Hot Kiss
Oleh aeropama pada May 17, 2008 Personal
Uh Huh… Kereta baru aku, Myvi SXi Black Color, WRD 4**8, telah mendapat satu ciuman yang menggairahkan tepat dekat bumper belakang, betul-betul kat bahagian tepi belah kiri. Kalau korang dapat satu ciuman ‘hot’, mesti korang termimpi-mimpi punyalah. Aku tak tipu! :D
Benda yang paling aku takuti, kereta kesayangan ‘dicium’ (kena langgar lah) oleh kereta lain (aku boleh ‘bet’, hampir semua pemilik kereta tak mahu benda ni berlaku) akhirnya terjadi semalam. Gila ‘frust’ siot! Korang tengok lah gambar yang aku taruk ni. Tak tidur lena aku dibuatnya. Siap dapat mimpi ngeri tu malam tadi. Hahahah… :))
Dialog Gawi (aku nak pergi hantar dia kat stesen bas masa kejadian bersejarah ni berlaku)
Gawi: “Din, aku rasa bersalah la. Macam mana aku nak tebus kesalahan aku? Sorry Din”
Aku: “Alaa… Tak payah la sorry-sorry! Bukan salah kau pun. Aku yang bawak kereta kan”
Dialog Syah (dia ikut sekali dan dia ni tuan punya kepada Proton Perdana)
Syah: “Kalau kena kat kereta aku, calar macam ni aku buat bodoh je, sebab kereta aku bukan kereta baru macam ko”
Aku: “Memang la Syah… Kalau aku pun macam tu jugak. Kereta ni umur dia tak sampai dua bulan tu. Kalau umur dia 4 tahun, aku pun buat bodoh je (sambil tersengih)”
Kepada sesiapa yang ada ’suggestion’ macam mana aku boleh ‘cover’ calar ni, tolong letak kat bahagian komen okay. Aku perlukan pandangan dari korang semua (terutamanya kepada peminat kereta yang tegar tu).
Nota kaki:
Hari ni aku akan pergi ke Pulau Tioman. Aku akan balik ke Teluk Ramunia semula pada hari Isnin, 19 Mei 2008. Aku akan update blog aku pasal cerita percutian di Pulau Tioman selepas aku balik nanti. Apa-apa hal, korang boleh baca entri-entri aku yang lepas-lepas dulu okay. Tak kurang juga menariknya.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Percutian di Pulau Tioman… Best!
- 40 Hari Bangkitnya Pocong…Seram!
- My New Car
- Kenangan Di Kota Metropolis…..
- The One?
- Tagged (Again) by Jentayutiara
- Happy Mother’s Day
- Anne Hadiri Majlis Doa Selamat Pakai Skirt Pendek…Must See!
- Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
- Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51






May 19th, 2008 at 8:39 am
~ leh bayangkan cemana situasi tension bila keta baru dah kena cium. eventhough sitution kita berbeza di mana keta i, tayar yg dah terobek skit. hehehe…. sabar ajer la. bila masa ntah langgar divider pun tak tau.
my car(myVi) also WRD. :) ~
[Balas Komen Ini]
May 20th, 2008 at 1:44 pm
mizzamy: terima kasih kerna memahami. kete i ni ibarat bini no 1 wooo. sp tak syg bini oi.
[Balas Komen Ini]
May 21st, 2008 at 9:16 pm
redha aje syam. adalah hikmahnya tu. aku pakai motor je. tak tau sangat hal cover calar balar kat muka bini no.1 ko ni.
[Balas Komen Ini]
May 22nd, 2008 at 8:19 am
fusarium solani: aku tahu. setiap kejadian ada hikmahnya. mayb ianya satu peringatan utk aku agar aku lbh berhati2
[Balas Komen Ini]
May 31st, 2008 at 9:19 pm
mak aaiihh.. kete ko dah kene cium? saper cium saper? ko cium ke kete lain cium? lagu mane leh jadi gitu.. ish3….yg aku heran tu.. kawan aku myvi itam pun kene cium bumper kiri gak.. adeh laaa…..
[Balas Komen Ini]
May 31st, 2008 at 9:38 pm
adinda: ye…kete br aku dh kene ciu. ko ngk sendiri. yg tinggalkn bekas ciuman tu lah yg mencium kete aku. sedih wooo. rs cm jantung kne toreh
[Balas Komen Ini]