Mentadak Mentadu

“Mentadak mentadu… Macamana %$#@& tido?” Teringatkah anda kata-kata yang selalu dialunkan tika kita kecil-kecil dahulu. Bertanya kepada sang mentadak bagaimana si polan bin si polan itu tidur. Maka beraksilah sang mentadak. Dengan kaki hadapan dibengkokkan ke depan dan ke belakang. Kita pun tertawa melihat aksi yang ditunjukkan lalu menuduh si polan tersebut tidur dengan keadaan seperti yang ditunjukkan oleh sang mentadak.

Saya terjumpa seekor mentadak yang hinggap di pohon bunga yang ditanam oleh makcik saya. Memang agak besar mentadak ini. Saya andaikan ianya berada pada fasa dewasa. Berwarna hijau keseluruhannya. Dengan kaki hadapan yang berbentuk seperti penyepit cuba menyepit makhluk-makhluk yang lalu di hadapannya termasuklah saya! Apa ia sangka saya juga termasuk dalam diet hariannya! Tetapi telatah itulah yang menarik perhatian saya untuk mengambil segambar dua untuk dijadikan koleksi fotografi saya. Yang paling mengejutkan saya, baru saya tahu ketika siang mata si mentadak berwarna hijau sama seperti warna tubuh badannya. Tetapi bila malam menjelang matanya akan bertukar ke warna ungu. Subhanallah…. Cantiknya ciptaan tuhan Yang Maha Esa.
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>