Menjadi JUTAWAN!

Percayakah anda dengan hanya RM 360 sebulan, anda mampu menjadi jutawan. Walaupun anda ‘makan gaji’, anda masih boleh menjadi jutawan. Cuma memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Pulangannya amat menguntungkan!

Menyimpan RM 360 sebulan setiap bulan dan simpanan tersebut diberi faedah tahunan, katakanlah 5% setahun (kadar yang terendah, kalau di ASB kadar terendah lebih 6% setahun) dan simpanan itu dilakukan secara konsisten selama 51 tahun (51×12 bulan = 612 bulan), jumlah duit anda akan menjadi RM 1 JUTA!

Sebagai contoh anda menyimpan RM 360 sebulan, dalam setahun jumlahnya menjadi RM 4320 dan jumlah tersebut diberi faedah tahunan sebanyak 5% setahun, bermakna jumlah bersih adalah RM 4536. Pada tahun berikutnya anda simpan lagi RM 4320, dicampur pula dengan jumlah duit anda pada tahun lepas iaitu RM 4536, maka jumlahnya menjadi RM 8856. Selepas diberi faedah sebanyak 5%, jumlah bersihnya ialah RM 9299. Begitulah untuk tahun-tahun berikutnya sehinggalah mencapai 50 tahun

tahun ke-1: RM 360 x 12 bulan x 5% faedah = RM 4 536
tahun ke-2: (RM 4 320 + RM 4 536) x 5% faedah = RM 9 299
tahun ke-3: (RM 4 320 + RM 9 299) x 5% faedah = RM 14 300
tahun ke-10: (RM 4 320 + RM 50 017) x 5% faedah = RM 57 053
tahun ke-20: jumlah bersih = RM 150 000
tahun ke-30: jumlah bersih = RM 301 400
tahun ke-40: jumlah bersih : RM 550 000
tahun ke-51: jumlah bersih = RM 1 juta
Anda nampak hasilnya. Dengan berjimat cermat anda mampu menjadi jutawan. Seperti kata pepatah ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Cuma menjadi masalahnya, adakah umur anda cukup panjang untuk menikmati kekayaan yang anda kumpul itu? Katakanlah anda mula menyimpan ketika berumur 24 tahun, anda akan menjadi jutawan selepas anda berumur 75 tahun! Tuanya! Jika anda ingin cepat kaya tingkatkanlah jumplah simpanan anda. Analisis di atas dibuat berdasarkan jumlah duit yang selalu saya bazirkan setiap hari untuk benda-benda yang tidak mendatangkan banyak faedah seperti rokok, minum teh di kedai mamak setiap hari dengan kawan-kawan, topup handpon untuk main sms dengan kawan dan sebagainya.

Seorang sahabat pernah berkata, ‘Rakyat Malaysia lebih suka berhutang untuk membayar bunga dari menyimpan untuk mendapat faedahnya!’


Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Satu Respons untuk “Menjadi JUTAWAN!”

  1. 1 rando_destruction mengomen pada

    tak sangka aku kite pon leh jd jutawan
    kne start wat simpanan nih….

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>