Meniti hari-hari terakhir di IPT
Oleh aeropama pada Mar 6, 2007 Personal
Sedar tak sedar hampir 6 tahun saya ‘mengaji’ di IPTA. Bermula dari diploma hinggalah ke ijazah. Keperitan melalui hidup sebagai pelajar jika dikenangkan kembali mampu membuatkan kita ketawa. Ketiadaan wang di awal semester sementara menunggu ‘loan‘ dari PTPTN atau digelar PTPTpu oleh sesetengah rakan-rakan saya sehingga memaksa kami menelan ‘maggi’ tiap-tiap hari untuk mengalas perut memang memeritkan. Tapi adatlah sebagai pelajar. Yang peliknya, dapat ‘loan’ terus lupa dunia. Dengan pantasnya kepala memikirkan ke mana duit ingin dihabiskan. Nak beli handpon baru lah, beli baju barulah, pergi jalan-jalan lah dan macam-macam lagi perkara yang tak sepatutnya dibuat. Nak beli buku bukanlah agenda utama bila wang PTPTN masuk dalam akaun.
Sekarang saya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi sebelum bergelar ‘graduan’ dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Title sebagai ‘Budak Sekolah’ yang sering diberi oleh rakan-rakan yang dah bekerjaya bakal lupus sama sekali. Yang menjadi masalah adalah mencari kerja. Itu yang jadi problem. Nak main sebat kerja, ada pulak tentangan dari orang-orang yang ter’dekat‘. Kata mereka “Penatlah mak ayah kau hantar belajar tinggi-tinggi kerja macam ‘itu‘ yang ko pilih, jadilah engineer. Dah ko belajar bidang tu”. Itulah apa yang selalu saya dengar bila saya menjawab pertanyaan orang-orang yang ter’dekat’ mengenai masa hadapan saya.
Semakin dekat hendak tamat pengajian semakin bertimbun projek-projek yang perlu disiapkan. Final projek lah, Robotic & Automation projek lah, 6 Sigma projek lah dan entah apa lagi projek yang akan diberi oleh pensyarah. Kadang-kadang terasa seperti didera dari segi mental dan jasmani.‘Mental Fatigue’ adalah istilah yang selalu diberi oleh rakan-rakan. Ingatkan berada di semester akhir adalah waktu untuk ‘honeymoon’ bagi kami dengan tiadanya pepriksaan akhir, bermakna tak perlulah mengulangkaji pelajaran ketika ’study week’ , rupanya adalah ‘neraka’:).






Tuliskan Komen Kau