Melawat Kilang Proton Tg Malim
Oleh aeropama pada Mar 5, 2007 Personal
Jumaat 2/3/2007 saya berpeluang untuk melawat kilang Proton Tg Malim Sdn. Bhd yang terletak di Proton City, Tg Malim. Tidak salah bagi saya meletakkannya sebagai kilang pemasangan kereta yang termoden di Asia Tenggara dengan kemudahan dan teknologinya. Sebagai seorang rakyat Malaysia pastinya saya amat berbangga melihat syarikat nasional mempunyai sebuah fasiliti yang berteknologi tinggi dan termoden.
Lawatan ini adalah di bawah subjek Robotik dan Automation. Sudah semestinya perkara utama bagi saya adalah melihat sistem robot dan sistem automatik yang digunakan oleh pihak Proton. Sangkaan awal sistem yang digunakan tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan kilang Proton di Shah Alam. Ternyata sangkaan saya meleset. Teknologinya jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan kilang yang lama. Memasuki Stamping Shop sahaja sudah cukup untuk men’jakunkan‘ saya. Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak ratusan komponen utama kereta sehari, bahagian ini hanya memerlukan ‘manpower’ sebanyak 40 orang sahaja dengan kadar automation sebanyak 80%, bermakna kebanyakan kerja di lakukan oleh robot!.
Bahagian Assembly lagi hebat! Seperti berada dalam filem sains fiksyen kegemaran saya Star Wars. Melihat robot-robot melakukan kerja pemasangan dan welding memang mengagumkan. Tangan-tangan robot berebut-rebut melakukan kerja menjadi bualan utama rakan-rakan saya. Gerak tangan robot tersebut terliuk-liuk ke sana ke mari dengan pantas memang mengasyikkan.
Di bahagian Trim and Finer kita dapat lihat model kereta seperti Gen 2, Savvy dan Satria Neo yang telah siap dipasang sepenuhnya lengkap dengan hiasan dalaman dan semburan cat yang sangat menarik. Ketika lawatan kami, pihak Proton sedang dalam proses untuk mengeluarkan model kereta mereka yang terbaru. Jadi terdapat beberapa bahagian yang dilarang untuk kami lihat kerana ia adalah polisi syarikat untuk merahsiakannya buat sementara waktu.






March 19th, 2007 at 10:05 am
wei!
bile la ko g tg malim huh!
tak sound pon
[Balas Komen Ini]