Mari Membaca…
Oleh aeropama pada Aug 18, 2008 motivasi
Kau suka membaca? Kau tahu kajian menunjukkan rakyat Malaysia secara puratanya hanya membaca sehelai muka surat setahun. Dari perangkaan ini, aku boleh kata kalau kau baca lebih dari satu muka surat setahun, kau adalah rakyat Malaysia yang paling bijak. Huhuhu…
“Leaders are readers” - Anonymous
Tak dapat dinafikan, kalau kau nak jadi orang yang bijak dan disegani, membaca harus jadi tabiat kau. Kau banyak membaca, makin banyak ilmu kau. Tapi kalau kau sekadar membaca tapi tak ada menjiwainya, hasilnya masih tahi. Kosong…
Hari ini aku mahu tulis tentang teknik membaca berkesan. Mungkin berguna untuk kau ikuti. Kalau kau rasa teknik aku mengarut, abaikan saja entri ini.
1. Baca keseluruhan artikel.
Kau nak baca sesuatu artikel, bacalah seluruhnya. Mulakan dengan tajuknya, pembukaannya kemudian kepada isisnya dan akhir sekali penutupnya. Kalau kau mahu cepat, bacalah dengan secara mengimbas. Cuba cari isi-isi penting dalam artikel tersebut dan cuba fahami apa yang ingin penulis sampaikan.
2. Analisis
Kau dah baca dan faham, kau perlu buat analisis apa yang kau dah baca. Jangan terus percaya seratus peratus apa yang penulis cuba sampaikan. Kadang-kadang ada yang tak relevan dengan keadaan kau. Lebih karut, ada penulis hanya beromong kosong. Kau tak buat analisis, kau kena ‘kencing’ hidup-hidup…
3. Hadamkan
Kau dah buat analisis, kau kenalah hadamkannya dalam kepala otak kau. Apa guna kau baca tapi kau tak cuba untuk mengingat. Buang masa je…
4. Menulis
Cara yang lebih baik untuk kuatkan daya ingatan kau adalah dengan menulis semula apa yang kau dah baca. Tang ni yang orang biasanya fail. Apa kau ingat otak kau tu macam superkomputer? Simpanan memori kau akan kekal sampai bila-bila… Bullshit! Kau pasti akan lupa. Jadi tulisan kau boleh dijadikan rujukan semula jika kau lupa.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Google Analytics: Satu Pengenalan
- Menjadi JUTAWAN!
- Menulis Blog Bukan Perkara Mudah
- Blogging: Adakah Ianya Satu Trend?
- Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership
- Berakhirnya Di Sini
- Aku Pengemis Di Negara Sendiri…Aku Malu!
- Dr. M’s Blog Removed
- Keistimewaan Perempuan
- Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama






August 18th, 2008 at 11:24 pm
yeee… kak jie anak beranak suka membaca…boleh pergi shopping komplek hanya masuk kedai buku saja.
no 4 tu..betul sangat..kalau kita tulis apa yg kita baca mmg lebih cepat ingat.
Sbb tu ustazah selalu ckp, pergi majlis² ilmu, ceramah atau kelas2..tulis apa yg di cakap…bukan saja mata, telinga yg akan jadi saksi di akhirat malah tulisan kita juga.
kaki ckp ” aku yg pergi surau dengar ceramah israk mikraj”
mata ckp ” betul, aku saksi yg melihat”
telinga ckp ” betul, aku saksi yg mendegar”
kalau kita menulis tangan juga akan bersaksi…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:51 pm
wah! sangat bagus. sudah terapkan minat membaca dalam hidup anak-anak ka jie. kagum kagum :D
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 11:28 pm
Kalau nak lagi best, buat diskusi dengan kawan2 pasal apa yg kita dah baca. Boleh share2 idea.
aTiQah punya post terbaru..NANA ADA KAWAN. NAMA DIA IWAN.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:52 pm
cun! itu adalah yang terbaik. jangan lokek ilmu yg kita ada
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 11:31 pm
bg aku..bila ko membaca..ko kena paham ape yg dia sampaikan..jgn ko gi baca buku kimia advance lak kalau ko ahli sejarah…bukan maksud aku ko xpatut belajar benda lain tp kalau nak belajar benda baru yg lain dr expertise ko..make sure mula dari tangga bawah. bukan tros jump ke kimia advance walaupon ko expert dalam sejarah. pjg lg aku nak komen..tp aku simpan dulu..maybe aku sambung entry ni kat blog aku plak sbg respons aku pd ko
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:54 pm
huhuhu… mmg kena pahamkan beb. kalau tak rugi je baca. aku juga suka baca buku yang berlainan dari bidang aku. kalau aku tak paham, aku ada beberapa mentor untuk jadi rujukan aku…
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
August 18th, 2008 at 11:57 pm
saye suke bace2.
dulu selalu bace buku tapi skrg busy dengan study sume dah takde mase nak bace buku cam novel2 tuh.
So alternatif lain, baca artikel dalam blog orang.
Contoh dlm blog abang syam! Haha.
Sambil2 online boleh la tambah ilmu. Huuhuu…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:56 pm
baca blog juga satu aktiviti membaca yang baik. cuma perlu analisis lebih sikit. takut kena tipu dgn propaganda penulisnya…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 12:04 am
hmm.. klu rajin bace novel tuh cam ner lak… ho ho…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:56 pm
tak nak cuba baca buku yg lebih ilmiah ke? ho ho ho
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 1:28 am
setuju! tak kisahlah buku apa pun yang dibaca, janji ilmu. membaca kan gedung ilmu. he3.
walaupun aku minat dalam it, tak semestinya aku baca pasal it. untuk menjadi seorang yang peka, aku perlu baca bidang selain it walaupun sekadar ilmu tambahan.
bukankah ia akan menjadikan kita lebih fleksibel!? he3.
megat punya post terbaru..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:58 pm
setuju… aku juga suka membaca buku yang bukan dari bidang aku. sebab aku tak mahu bila orang bercerita tentang sesuatu isu aku boleh berikan pendapat aku…
[Balas Komen Ini]
megat
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:56 pm
ya. menjadikan kita org yg berpengetahuan luas. hu3.
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 1:32 am
huhu. diya biasa bab2 baca2 ni, speed reading je. tambah klw baca blog kwn2 yg mana dh byk entries diya ketinggalan.
thanks for the tips, syam. sgt berguna ni. sbb diya slh sorg yg agak lemah daya ingatan. tapi, mmg btl lah - dgn membaca, rs mcm kita lebih sikit dr org lain. tapi, tak yah la sampai riak. kongsi dgn org lain apa yg kita baca tu, antara slh satu cara nak kuatkan ingatan [especially utk org mcm diya,huhu]. sharing is caring kan ;)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 9:59 pm
sama-sama dia. saya pun punya ingatan yang tak berapa kuat. jadi saya suka tulis dalam buku nota ataupun dalam handphone saya. lepas tu saya rujuk kembali untuk tujuan kuatkan daya ingatan…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 4:46 am
yup. learners are readers.
xmembaca maksudnya kau xbelajar. itu pada prinsip aku.
dan teknik2 yang kau utarakan tersebut adalah relevan dan aku setuju.
teknik seterusnya yg aku cadangkan - praktikkan apa yg kau baca sekiranya ia bermanfaat abgi kau. langkah ni adalah output daripada input dalam pembacaan kau.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:00 pm
yup! kalau kita praktikkan, kita jadi lebih yakin dgn ilmu tersebut dan kita akan ingat sampai bila-bila
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 6:13 am
~ i pun suka baca buku. tapi skang dah kurang, maybe sebab busy bekerja. skang nie just banyak baca blog jer la.
kalo zaman-zaman belajar dulu, sambil baca buku sambil tulis main point nya. main point yg penting kan? ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Accident Punya Pasal…. ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:01 pm
saya pun banyak baca blog. hari-hari dekat 30 blog.
membaca kita kenalah catat main point nya. dan jangan lupa fahami juga kandungannya okay…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 7:30 am
sem ni baru aku byk membaca
tp zaman skarang orang / blogger lebih byk membaca blog
tu psl xkesah la baca buku atau blog.. kalo dapat baca blog yang berguna isi kandungannya, sama juga. dpt meningkatkan pengetahuan seseorang itu.
tatkala penat juga membaca blog2 peribadi. tetapi nk jugak sebab menarik!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:03 pm
aku juga suka baca blog yg bersifat ilmiah. memang automatik aku langgan feedsnya. takut ketinggalan…
blog peribadi memang tak lekang dari monitor laptop aku… terutamanya blog wanita. wahaahah :D
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 9:01 am
baca buku best!
yes!! sangat setuju kalau nak ingat apa yang telah dibaca, kena tulis balik
saya agak slow dalam bab ingat mengingat ni (banyak sangat dengar lagu kot, gelap hati hehe) so selalu kalau nak revise untuk exam, tulis skali dua untuk nak ingat tak menjadi!
paling kurang 4-5 kali hehe
mula-mula tu agak membazir kertas la jugak (guna pun kertas yang recycle je :P) so, last2, guna tablet, conteng puas2 kat monitor tu
save kertas! save pokok2 hehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:06 pm
wow! kool! guna teknologi dalam menulis tu. kagum kagum :O
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 9:20 am
“rakyat Malaysia secara puratanya hanya membaca sehelai muka surat setahun”
aku tahu, diaorang baca kulit depan je kan? huhu
aku kalau ada komputer, memang mata tak lepas kat tempat lain. jadi aku bawak buku dalam beg, boleh baca waktu naik lrt ke ofis.. ^^
MK punya post terbaru..Install Wordpress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:08 pm
hahaha…memang begitulah tabiat rakyat malaysia. susah sgt nak baca kandungannya…
kool! kau baca buku dalam lrt. teringat seorang ahmoi yang suka baca buku dalam lrt…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 1:09 pm
setuju.. tp ni tips lbh kpd bc bhn ilmiah jek.. especially study express just like me.. ohohoho..
dah sebulan lebih pinjam buku sastera kt libry, x khatam lg nih (baca sehelai jek..huhu..)
thx 4 reminding me.. i’ll read dat books after dis.. cayalah bro =)
blueseberry punya post terbaru..SunShine..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:09 pm
wohoho…tak semestinya bacaan ilmiah. yang bukan ilmiah juga boleh digunapakai. terpulang…
bluesberry… cepat habiskan baca buku tu. kesian orang len nak baca tapi hang dok pinjam tak pulang2 :D
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 1:26 pm
Mari Membaca… | aeropama.com…
Kau suka membaca? Kau tahu kajian menunjukkan rakyat Malaysia secara puratanya hanya membaca sehelai muka surat setahun. Dari perangkaan ini, aku boleh kata kalau kau baca lebih dari satu muka surat setahun, kau adalah rakyat Malaysia yang paling bijak…
August 19th, 2008 at 1:35 pm
Salam,Syam…
AKak pun suka membaca.Tak kira la ke mana-mana pun,dalam handbag mesti ada sebuah buku sekecil mana pun untuk dibuat bahan bacaan.
Tapi sejak sibuk dgn kerja,kadang2 terlalai jugak dengan hobi akak yang satu ni.Tapi hujung minggi memang penuh dengan aktiviti pembacaan.Merujuk ke blog kawan2 jugak merupakan salah satu aktiviti membaca kan?
Selamat menjalani kehidupan :)
shila punya post terbaru..Sukar Lupakan Cinta Lama….??
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:12 pm
wow! sesibuk mana pun akak masih peruntukkan masa hujung minggu untuk membaca. kagum…
yup! membaca blog pun satu aktiviti pembacaan. cuma kena pandai pilih blog yang boleh dipercayai…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 3:37 pm
Honestly, aku lansung tak suka membaca sebab aku akan mengantuk dalam masa 30 minit selepas membaca. So, macam aku student IPTS yang perlu banyak membaca memang biol. Apa aku lakukan adalah dengan membuat point setiap entri dan penjelasan daripada lecturer. Itu lebih cool kan..
Ini kaedah aku. Aku wat point KEMUDIAN INGAT apa yang dituliskan. Tapi aku suka baca NOVEL sains fiksyen..walaupun JANTAN MACHO..tapi baca novel..haha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:06 pm
ko pakai kaedah mind mapping ek? itu mmg kool maen…
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 4:40 pm
aku antara org yg paling liat utk membaca..argh..sengal gile
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:06 pm
bacalah… sesungguhnya minda kau akan terbuka…
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 6:28 pm
purata satu muka surat je setahun? camana org boleh hidup tanpa membaca ek..pelik betul aku..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:08 pm
dah macam ni tabiat rakyat malaysia. plg diorang suka baca pasal seks, artis dan gosip…yg psl ilmu tu takde..
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 7:37 pm
kalau aku tidak suka membaca..?? manakan aku akan membaca entry yang kau tulis ini.. Aku suka membaca novel.. Novel yg bestseller je.. Novel x best aku baca 1 chapter terus aku akan tolak ketepi.. nguahahahaha… mari membaca dan membeli buku.. resit beli buku simpan.. boleh tolak cukai..
nikillas punya post terbaru..Merdekakah Kita..??
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 7:57 pm
aku mengaku yang aku sangat rajin membaca. hehe :D
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 9:17 pm
Bagi saya, pertama kali baca jarang nak catit, sebab nak tahu keseluruhan isinya secara cepat, kalau kandungannya betul2 menarik, saya akan baca berkali2 dan masa tulah baru saya tulis point2 yang berguna. Walaupun cara saya agak mengambil masa, saya puas hati kerana dapat memahani isi2 satu buku atau bahan bacaan tu dengan sebenar.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:34 pm
teknik yg baik. mana yg berguna untuk awak, tulislah….
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 9:23 pm
testing
[Balas Komen Ini]
August 19th, 2008 at 9:24 pm
sori aku testing…sebab tak blh komen tadi. masuk spam kot. hehehe. kalau takder hilangla. byk gak tulis tadi. tapi membaca nya penting. hehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:35 pm
aku yang admin ni pun, kadang-kadang komen pun tak kuar. ada masalah ke akismet ni?
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:48 pm
hahahaha sepatutnya takder. sekarang aku lebih minat guna akismet dari spam karma. tapi tgh cuba dua dua sekarang. tak tahu mana lagi yg best
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 5:20 am
aku juga suka membaca. segala jenis bahan bacaan yg bole dibace.
bila da bace tu buat notes yg mane rase penting. jgn lupa biasekan bwk at least satu buku ke mane2 je n satu buku nota kecik tuk tulis apa2 note.
;)
bunga punya post terbaru..beef potato
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:36 pm
wow! awak mmg seorg yg punya semangat utk majukan diri. kool!
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:26 am
hohoho.. Aku dah jarang baca bhn bercetak, sbb lambat dan kadangkala x latest pon. Aku punya minat dlm teknologi, politik dan media.. so bende2 ni kalu nak latest x sempat la nak cetak.. so, aku baca thru web ja.. so dpt la aku info pasal grapik kad ATI yg mantap dpt beat NVIDIA, pasal Russia yg belagak ngan NATO dan latest blockbuster dan review movie…
smaelz83 punya post terbaru..Whenever You Need Me
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:18 pm
owh! aku xnafikan internet adalah medium terbaik nk dapatkan info terkini…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 2:22 pm
ape definisi membaca tak sampai sehelai muka surat. akoo amat tak paham. kalo gen-x gen-y and gen-m akoo rasa, mereka akan membaca je. tp xtahulah makalah atau majalah. hehe!
weip. cane nk setup mybloglog tue. akoo wat xjd la!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:19 pm
senang cite tabiat rakyat malaysia ni, dia cuma baca bahagian kulit je. isi tak baca.
lagi2 blog. baca tajuk pastu komen. komen lak main hentam kromo je
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 21st, 2008 jam 4:34 pm
haha.. mula2 aku camni gak.. tp pas jumpa artikel2 menarik, jd otomatik akan baca content..
smaelz83 punya post terbaru..Whenever You Need Me
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 3:58 pm
mmbaca sgt best lah…rugi sape2 yg xsuke tue..selain dpt pengetahuan kiter dpt membina pemikiran kiter hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:21 pm
betul! sgt setuju wahai cik akak yang cun!
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 5:27 pm
ada seorang yang bekerja di pejabat TUN…dia kata tun rajin membaca..dan selepas membaca TUN akan kasi staff baca..seminggu lepas tu,TUN akan tanya tentang buku yang diberi baca itu..
TUN memang bagus..TUN rajin baca..tapi..TUN tidak rajin tido
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:24 pm
aku mmg respek ngn TUN. ko baca tulisan dia kau tahu dia bnyk ilmu. kalau tak, takkan la dia boleh bawa Malaysia sampai thp sekarang…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 5:21 pm
sehelai je setahun?teruk betul.ye,membaca memang bagus untuk santapan minda anda.mungkin syam leh bagi beberapa tajuk buku yang harus dibaca oleh pelawat blog anda :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:47 pm
memang sgt sedih…kalau sekadar baca kulit memanglah hanya sehelai setahun…
cadangan anda menarik…akan dipertimbangkan
[Balas Komen Ini]
August 22nd, 2008 at 7:27 pm
Baca kulit kira membaca gak ke.. hehe. yelah mungkin.. bahagian kulit ada gak beberapa perkataan dan ayat yang mampu dibaca.. tapi apa yang dapat kalau setakat membaca kulit..
nuaeman punya post terbaru..Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 23rd, 2008 jam 1:13 am
hu3…apa yg kita dpt kalau sekadar baca kulit? mungkin nak asah skill mengeja kot :roll:
[Balas Komen Ini]
August 25th, 2008 at 2:23 am
hehe..yang penting..jangan khayal n hilang fokus time membaca, baca dalam keadaan rilex n tak gelojoh. Aku kekadang hilang fokus jugak especially bila baca bahan2 yang panjaaang…pastuh mule r kena buang masa rewind baca balik…
Pastu kalau baca dalam keadaan stress mesti takleh nak hadam banyak..maybe untuk short term ok la…tp untuk long term…it’s a big NO NO…nih just berdasarkan pengalaman aku la…maybe org lain….lain pulak kan… :???:
najlaa punya post terbaru..‘Post’-From Malaysia to Jakarta & Bandung
[Balas Komen Ini]
August 25th, 2008 at 8:10 pm
membaca blog dikira sebagai membaca tak
?
[Balas Komen Ini]
October 25th, 2008 at 11:16 pm
TOLONG SAYA… SAYA BENCI MEMBACE!!!!!
sorry, lepas tensen jap… wex xsdar bila wex dpt penyakit “benci membace”… Skill membace wex sgt hebat waktu darjah 2 dlu… ntah bila, wex tau2 jek waktu matrik, wex akan naek bosan/tensen klu bce sesuatu yg melebihi 5muka surat… Bila kat U nie, lagi hampeh, satu muka surat penuh, full article, mmg wex takkan concentrate…
tang2 kene plak wex amek course Life Science nie… mampus!!!
p/s wex dlm proses memupuk kembali minat membace dalam diri. Sangat kuat berusaha…
wexeeda punya post terbaru..Going for the final..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 26th, 2008 jam 3:51 am
membaca adalah jambatan ilmu. ilmu adalah kuasa. jadi rajin-rajin membaca. dan jangan kedekut untuk allocate sbahagian dari duit awak untuk beli bahan bacaan ilmiah. tak rugi pun.
ps: sekarang ni awak pun dalam proses membaca. baca blog saya
pss: sangat kagum dengan awak. awak sanggup baca entri-entri saya yang lama-lama. tq
[Balas Komen Ini]
October 26th, 2008 at 7:43 am
klu article yg best pjg mne pn tak pe… tp bila kne ‘paksaan’ membace nih, bnde yg tak minat… mmg hampeh…
takpe, kadang2 selak mukasurat lme, tak rugi pn…
[Balas Komen Ini]