Malaysia General Election 2008 Crushed by Tsunami

Pilihanraya Umum 2008 telah pun berakhir dengan keputusan yang amat di luar jangkaan. Para penganalisis politik menggambarkan senario politik Malaysia bagaikan telah dilanda tsunami. Habis kebanyakan gergasi-gergasi politik tanah air dihanyutkan oleh gelombang tsunami ini. Yang paling mengejutkan, kekalahan Shahrizat Jalil kepada anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Bagi aku ini satu petanda yang baik. Bukan nak kata aku ni anti kerajaan tetapi aku adalah pengundi generasi baru. Pengundi yang amat mementingkan ‘performance’ dari kerajaan yang memerintah. Kerana aku dilahirkan dan dibesarkan di bandar metropolitan, bandar yang penuh ranjau, nak mintak masuk sekolah asrama penuh susah walaupun keputusan periksa excellent, nak mintak kerja susah walaupun ada ijazah di tangan (bukan course cikai kak! kejuruteraan tu), nak pergi mana-mana kena bayar tol, nak kencing pun kena bayar tau! Ditambah dengan kenaikan harga minyak kemudian membawa kepada kenaikan harga barang-barang keperluan, lagi bertambah parah hidup di kota. Tak seperti orang-orang di luar bandar. Nak sambung belajar, ada kuota untuk diorang, nak masuk kerja pakai orang dalam, tol tak payah bayar dan kalau nak kencing, kencing je kat semak tu. Kui kui kui… Tapi ape yang aku nak tekankan, aku sudah muak dengan janji-janji manis pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah. Masa pilihanraya, gedebak gedebuk tabur janji. Lepas pilihanraya, minyak naik 30 sen, stok gula tiada di pasaran, stok minyak masak tak cukup untuk menampung permintaan, tol naik dan macam-macam lagi. Diorang kata ekonomi Malaysia naik 6%, tapi aku sebagai rakyat, tak rasa nikmat kenaikan 6% tu pun! Yang aku rasa, pertambahan kesengsaraan sebanyak 60%.

Aku cuma harap, kerajaan BN dan UMNO yang dulu amat aku sayangi, supaya lebih peka terhadap kebajikan rakyat. Sedarlah tanpa kami rakyat-rakyat ini semua, anda tak akan dapat kedudukan yang anda ada sekarang ini. Sepatutnya kena tanam di benak fikiran anda, anda adalah pekerja kepada rakyat sebab rakyat yang jadikan anda sebagai YB, menteri dan Perdana Menteri….
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>