Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
Oleh aeropama pada Jul 14, 2008 motivasi

Masuk pejabat, buka komputer, baca emel kemudian buka blog. Pergh! Banyak betul komen yang masuk kat entri yang aku terbitkan semalam. Tak sangka entri pasal Wordpress boleh jana komen yang banyak selain entri tentang cinta. Mungkin juga sebab ia entri hujung minggu? Yang paling aku suka, ruangan komen aku dah macam ruangan forum sampaikan aku terpaksa naikkan limit nesting dari 3 komen ke 15 komen. Kool! I love my blog readers!
Hari ni aku tak mahu cerita pasal Wordpress ataupun cinta. Entri kali ini lebih bersifat motivasi. Yup! Macam selalu aku tulis. Semalam aku ada tinggalkan komen di blog Alone In Home tentang macam mana nak berubah; dari yang negatif kepada lebih positif. Aku rasa benda ni patut aku kongsi dengan korang juga.
Semua orang boleh cakap “Aku mahu berubah la. Aku tak mahu jadi macam ni lagi”. Tapi kalau kau tak lakukan sesuatu, sampai kau mati pun kau tetap macam tu je. Jadi kalau kau mahu berubah dari yang negatif kepada yang positif lakukan sekarang juga! Aku berikan kau 3 perkara untuk membantu kau; Fisiologi, Intonasi dan Perkataan.
1. Ubah fisiologi kau.
Aku ada ceritakan tentang ini dalam entri Menimbulkan Minat. Konsep yang sama digunakan. Keberkesanannya adalah 70%. Kalau sebelum ni kau jalan dengan bahu jatuh, badan bongkok, langkah lemah longlai, aku mahu kau ubah cara berjalan kau. Tegakkan badan kau, pandang ke depan dan jalan dengan sedikit pantas. Kalau kau duduk, duduklah dengan tegak. Kalau kau berdiri, berdirilah tegak dengan kedua-dua kaki kau.
2. Intonasi Yang Sedikit Tinggi
Kaedah ni menyumbang 20% kepada keberkesanan. Kau gunakan ton suara yang sedikit tinggi dan keras. Bukan menjerit atau nyaring. Kau boleh ambil contoh bagaimana cara ibu-bapa panggil anak dia selepas 2-3 kali panggilan tak menyahut. Kau tahu kan?
3. Perkataan Yang WOW!
10% keberkesanan adalah melalui perkataan. Aku pernah belajar tentang perkataan yang berkuasa dan berpengaruh. Antaranya Tawar-menawar, Mudah, Eksklusif, Bertuah, Percuma, Di jamin, Segera, Memperelokkan, Baru, Hebat, Terbukti, Kamu, Selamat dan banyak lagi yang kau boleh gunakan. Perkataan-perkataan yang aku berikan itu biasanya digunakan oleh ahli politik dan ahli perniagaan/jurujual untuk memanipulasi dan mempengaruhi pendengar dan pelanggan berpotensi mereka. Aku galakkan kau mendengar pemidato-pemidato hebat bercakap seperti Martin Luther King, Steve Job dan ramai pemimpin dunia yang lain. Perhatikan gaya tubuh dan cara mereka bercakap. Ataupun kau boleh baca artikel ini sebagai tambahan.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Selamat Datang ke Aeropama.com
- Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe
- Power Of Commenting…Must Read!
- change in character
- Berakhirnya Di Sini
- Mengatasi Stress
- Gunakan Hak Kau Untuk Memberi Komen (Di Sini)
- Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan
- Berita Terkini! Aeropama Sudah Pulang .
- Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2






July 14th, 2008 at 12:39 pm
Salam Syam…
Artikel yang menarik dan banayk yg boleh dipelajari dari sini.
Nanti sudi2kan lah singgah blog akak tau pi amik award, ala2
academy awardlah kot..
Akak punya post terbaru..Hari Macam2 Ada!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 1:56 pm
salam akak… terima kasih kerana bagi award kat sana. dah 2 kali saya terima award ni. sebelum ni saya terima dari kuina dan saya letakkan dalam entri kenapa kau perlu menulis? nnt saya akan update entri tu dan bagi kredit kat akak :D
syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 12:41 pm
fuh…ni ilham ko sendiri atau ko ada baca kat mana2? kalau ilham ko sendiri..leh jd pakar motivasi ni
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Avoiding USB pendrive viruses
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 1:57 pm
entri ni terhasil dari pembacaan, latihan yang aku terima dan pengalaman hidup aku… aku boleh dikira pakar motivasi ke? bangganya…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:03 pm
boleh ler tuh…ada bakat ni..kena kumpul fakta byk sket..xleh cakap kosong all the way jer…hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:10 pm
yup! aku sedar tu. jadi sebelum aku tulis sesuatu entri aku akan pastikan aku buat pembacaan. kemudian review balik kehidupan aku. lihat samada aku ada praktikkan dan ingatkan balik kesannya pada diri aku. kemudian baru aku tulis…
syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 12:50 pm
4. Hati
Tetapkan hati dengan 3 bantuan di’atas, insyaAllah, perubahan bukan sesuatu yang sukar.. =)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 1:58 pm
4. Hati. Tetapkan hati dengan 3 bantuan di’atas, insyaAllah, perubahan bukan sesuatu yang sukar..
wow! terima kasih mael kerana tambah satu lagi peringatan untuk aku dan mungkin untuk orang lain.
syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 12:52 pm
Btui cakap hang dalam post tu… aku setuju. Nak berubah tu bukan senang. Kena ada batu loncatan jugak. Ilmu atau skill nak berubah pun kena ada. Kalau main hentam kromok je, mesti tak jadi…
Note: aku berubah dari seorang tak reti main sepak takraw kepada reti main sepak takraw sehingga mewakili UKM dalam sukan MASUM. Terima kasih kepada coach2 yang train aku dulu…
EbookFree punya post terbaru..Cara Membuktikan Banner Link bukan Backlink
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:05 pm
latihan secara kerap dgn pembetulan secara intensif mmg berkesan untuk perbaiki diri sendiri. langkah aku bagi kat atas adalah untuk membantu kau perbetulkan diri kau. terpulang kpd kau untuk praktikkannya.
pegang kata azimat dari aku ini “PRACTICE MAKES PERMANENT NOT PERFECT! TO BE PERFECT, THE PRACTICE MUST BE SUPPORTED WITH CONTINUOUS CORRECTION”
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 1:06 pm
~ kalau nak berubah kena betul2 ikhlas dengan diri sendiri. kalau tak, jawabnya kembali kepada asal. ala2 ‘hangat2 tahi ayam’. ~
mizzamy punya post terbaru..~ Kerja la plak on weekend ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:07 pm
bagaimana mahu diukur keikhlasan diri sdgkn dgn sesama manusia ikhlas juga sukar di cari? yang penting, tepuk dada tanya selera
syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 1:09 pm
kita bergerak kehadapan bukan terikat dgn bayang² semalam…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:08 pm
mungkin… tapi apa yang kita ada sekarang adalah hasil dari apa yang kita lakukan pada waktu yang lepas. jadi kalau mahu jadi lebih bagus dari sekarang, lakukan apa yang patut dengan cara yang terbaik…
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 1:56 pm
aku sokong kata Kujie…
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 2:02 pm
satu peringatan yang baik. hehehehe. aku termotivasi dengan ini. aku masa kat U dulu ada lecturer tu ajar ttg rupa fizikal cam bro sebut kat atas tu. cam berjalan tegak, kaki tak boleh diheret. kira macam nak tunjukkan kepada org first impression yg kita ni konfiden.
thanks ingatkan saya bro. hehe
taukey punya post terbaru..Lawak lah …
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 2:22 pm
kira entri aku ni mengingatkan kau balik…bagus. ada gak ertinya entri aku ini
syam punya post terbaru..Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 3:19 pm
Perkataan memang banyak membantu kalau nak berubah…perkataan positif, hasilnya positif.
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 4:53 pm
pakar motivasi. tukar profesion bang. saya pembawak masalah, abg selesaikan masalah. sy akan selalu bawak permasalahan tentang keperempuanan.
Extremist Thinker punya post terbaru..Republica Of Malaysia
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 5:15 pm
tukar profession bro… dari jurutera di alam realiti kepada pakar motivasi di alam maya. wahahaha…
teruskan bawa masalah keperempuanan. boleh menarik perhatian pelawat tu…
[Balas Komen Ini]
alone
membalas pada
July 15th, 2008 jam 3:46 am
ahah. betul. aku rindukan entri cinta kau syam. haha :razz:
alone punya post terbaru..A Learning Process
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 4:55 pm
Berubah? Itu kene datang dari diri sendirila..
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 6:22 pm
hmm, entri ko sebelum ini pasal word press aku tak sempat baca lagi, ko dah update baru…
pasal nak berubah ini ada banyak kaedah.. namun kita kena ingat tanpa perancangan dan tekad disusuli nekad, angan-angan nak berubah akan tinggal angan-angan sahaja!
terbaik, mohon dulu pada Allah swt minta dipermudahkan dirimu berubah!
aliff punya post terbaru..Falsafah Ilmu - Mukadimah
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 15th, 2008 jam 10:15 am
aliff… aku update secara kerap jugak. sebab terlalu banyak benda yang ada kat dlm otak aku ni yang aku nak tulis hasil dr pembacaan harian aku.
yup aku stuju ngan kau. kalau dlm bahasa kejuruteraan ‘DEMING CYCLE’
1. Plan
2. Do
3. Check
4. Analyze/Act
Tuhan tidak mengubah seseorang jika tiada orang itu sendiri tiada keinginan untuk berubah…
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 6:59 pm
Think prositive is the most important think before you start. Bila kita dah set kan minda kita untuk buat yang terbaik, insyaAllah usaha kita berjaya. Tak lupa ditambah dengan doa dan tawakkal. :)
aTiQah punya post terbaru..SAYA ADA KAT SINI TAU
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 15th, 2008 jam 10:16 am
Pemikiran yang positif, hasil juga positif. Sebelum buat sesuatu fikirkan tentang pengakhiran dan tetapkan pendirian. tak la keluar dari landasan…
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 10:52 pm
Kalau mau pasti bisa.
[Balas Komen Ini]
July 15th, 2008 at 12:13 am
Great tips! Kita tukar sikit je tp effect dia jadi lain. :)
Adz Ariff punya post terbaru..Home Away From Home
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 15th, 2008 jam 10:17 am
paling berkesan pada tips pertama tu. kau ubah fisiologi kau, memang segalanya akan berubah…
[Balas Komen Ini]
July 15th, 2008 at 3:40 am
first, congrats to syam kerana telah berjaya menjadikan ruang komen beliau meriah ala-ala forum. hehe.
mengenai motivasi yang syam telah letakkan di dalam komen, aku telah mencuba point yang kedua - bolehla. aku agak berpuas hati. tapi banyak lagi yang kena improve.
you know, we’re imperfect.
tq syam. you’re a great blogger, consultant as well as motivator. haha :wink:
alone punya post terbaru..A Learning Process
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 15th, 2008 jam 10:19 am
welcome…
baguslah kalau kau praktikan apa yang aku tulis. aku rasa bangga sebab ada yg memanafaatkan hasil tulisan aku.
[Balas Komen Ini]
July 15th, 2008 at 1:36 pm
intonasi aku dah ada dah..wamahaha
[Balas Komen Ini]
July 15th, 2008 at 7:49 pm
hye
bagus2..berubah kpd yg positif
yattie punya post terbaru..sekarang dan sebelum
[Balas Komen Ini]
July 16th, 2008 at 1:35 pm
ni pasal aku mahu berubah.. tapi mcm mane dgn aku nak ubah org???… contoh mcm laki aku ke.. ni isu n masalah zaman skrg… ubah diri sendiri… tapi org lain mcm wak x reti jek..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 16th, 2008 jam 1:44 pm
pertama ubah diri kau dulu. jgn harap org lain nak ikut ckp kau tp diri kau sendiri tak dibetulkan. kemudian buat contoh yg baik. lama kelamaan org akan ikut. jgn lupa sentiasa mengulangkan nasihat pada org yg kau nk ubah tu.
jgn diharap pada perubahan dlm jangka masa pendek. perubahan mentaliti perlukan jangka masa yang lama. bersabar la ye….
[Balas Komen Ini]