
Saat aku menulis entri kali ini, aku sedang bermesyuarat secara talian bersama dengan wakil BUYER dan OEM.
Jangan kata aku mengulat, cuma kali ini agendanya tiada kena mengena langsung dengan bahagian aku. Jadi aku hanya masuk sebagai pemerhati. Minit mesyuarat, wakil OEM yang tulis.
Kool beb ada teknologi begini. 3 kumpulan manusia yang berada di 3 tempat berasingan di 2 negara yang punya beza waktu yang ketara masih mampu clarify beribu-ribu perkara berkenaan kontrak tanpa perlu bersua muka. Kaedah yang jimat!
Rasanya syarikat aku sepatutnya sudah bisa adaptasi polisi ‘bekerja dari rumah’. Guna saja kemudahan teknologi yang ada. Paling senang gunakan saja Skype atau Yahoo Messenger untuk berhubung dan berkongsi fail.
Otak aku mula angankan polisi ini jadi realiti. Berjaya kurangkan kos overhead syarikat ditambah aku punya banyak masa untuk bersama keluarga dan diri sendiri. Wuut!
Ciao…
ps: Entri pendek saja. Aku mahu kembali mendengar argument antara BUYER & OEM.
pss: Gambar diambil dengan Nokia E71. Sila abaikan kualiti gambar.
psss: Untuk Conference Call ini, kami gunakan khidmat Webex. Semua orang boleh lihat paparan kontrak & pembetulan yang dibuat secara real-time.
Live? tak pahamnye.. apa yang live nih?
o nak kijer kat umah.. supaya ade masa dengan keluarga?
bile mase ar hang tuh dah bekeluarga.. ce ce ce.. sembang macam
bunyik abah orang dah yer.. muahahaha… tuh la.. orang suh kawin tak mo~
ye la.. tanggungjawab terhadap keluarga.. ye ye.. aku paham… no words~
lol~
hahhaa….masih untuk tidur bertambah lebih skit kot kalo kerja dari rumah kot….
Beb. Kalau dasar manusia malas, jangan kata kat rumah, kat pejabat pun boleh bantai tidur
Beb, Nak kata otak lu sempit kang marah lak.
Gua bukan anak derhaka macam lu. Tak reti nak jenguk orang tua kat kampung. Gua kalau boleh keje dari rumah, dapatlah gua luangkan masa lebih sikit dengan orang tua gua.
Plus, jangan kau fikir live blogging bermaksud ko amik gambar ikut handset post kat flickr kemudian automatik post ke blog.
Live yang aku maksudkan, aku menulis saat aku bermesyuarat dan aku snap terus up dalam blog tanpa perantaraan flickr. tq
lebih masa utk mengular! yea!
bro sham…
seems u back on blogging…
straight to my point..
u still in ramunia?
how a fresher graduate can slip into that company..
slamat bepose la eh…
Yup. Still cannot resist blogging attraction lah
Nope. I quit from that company long time ago. Now with other oil & gas company base in KL.
And how should I say about it…
Do some research, have a good grade in your academic, very good in soft skills, can communicate in English and luck.
Dan yang penting usaha.
Conference call ini sudah lama wujud. ketika aku masih kanak-kanak aku sudah ikut ke pejabat ayah aku untuk melihat teknologi canggih begini.
kadang-kadang orang mengada-ngada mahu terbang sampai ke london, mahu bercuti sekali.
Yup. Memang dah lama wujud conference call dan video call. Cuma kali ini, ditambah dengan desktop sharing & boleh buat penambah-baikan pada dokumen yang dibincangkan serta participant yang lain boleh lihat perubahan yang kau lakukan secara real time.
Sangat efficient. Tak membazir melampau-lampau
kalau ada talian internet selaju di korea lagi best.. :up: (no buffering)
Memang itu adalah dream saya. Malangnya, kerana amalan monopoli, saya tidak nampak perkhidmatan internet di Malaysia mampu jadi seiring dengan Korea untuk 10 tahun akan datang
canggih, memang canggih.
siapa sangka teknologi mcmni akan menjadi kenyataan 10 tahun yang lalu?
tak bersua muka, kerja pon boleh jalan.