Lelaki Tua, Basikal Tua dan Cucunya
Oleh aeropama pada Sep 3, 2008 Peribadi
Ketika fajar menyinsing di ufuk Timur, kelihatan seorang lelaki tua terkial-kial mengayuh basikal tuanya menuju ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Jalan raya masih sunyi dari kenderaan. Tenang…
Usai solat dan mendengar kuliah Subuh, singgah sebentar di warung anak saudaranya. Pekena teh segelas dua sambil berbual-bual tentang isu kampung mahupun politik. Owh! Rancaknya perbualan…
Pulanglah si lelaki tua bila matahari mula terpacak hampir tegak di kepala. Mengayuh kembali basikal tuanya menyusuri jalan besar. Si isteri mencebik melihat si lelaki tua pulang dari sembahyang Subuh agak lewat. “Panjang sangat kuliah hari ni gamaknya ye abahnya” Si isteri mula berleter. Tidak mahu api pertengkaran tercetus, si lelaki tua bingkas ke biliknya.
Jika diupah orang kampung untuk melakukan kerja; menebas rumput, meracun mahupun menoreh hari itu maka rezekinya amat murah. Pastinya dibawa pulang sekampit beras ataupun barang-barang dapur. Pernah cucunya bertanya “Atok abah ni, dah tua dah. Berehat je lah kat rumah. Buat apa buat kerja kampung lagi. Duit anak-anak bagi tiap-tiap bulan. Tak cukup ke?”
“Selagi tulang empat kerat aku ni kuat, aku tak nak harapkan sesiapa. Aku boleh cari duit sendiri. Tu basikal aku tu. Aku boleh ke mana-mana dengan basikal aku. Buat apa susahkan anak-anak aku. Betul!” Tegas nada si lelaki tua itu. Owh! Sungguh keras maruah lelaki si lelaki tua ini. Walaupun usia sudah lanjut, selagi kudrat masih ada, bergantung pada orang lain adalah pantang baginya. Si cucu sangat kagum.
30 Ogos 2008 pagi, selesai membersihkan kebun anak saudaranya, si lelaki tua mengayuh basikal tuanya pulang. Terkial-kial… Ada upah yang lumayan sebagai habuan hari itu. Cukuplah untuk dia buat belanja menghadapi Ramadhan. Tapi sudah suratan takdir. Si lelaki tua telah ditimpa kecelakaan.
30 Ogos petang, si cucu bergegas pulang ke kampung bila saja menerima berita kemalangan yang menimpa si lelaki tua itu. Sampai saja di hospital, sebak hati si cucu melihat si lelaki tua terbaring tidak bermaya. Parah… Tangan kanannya patah dan tulang rusuknya patah di lima bahagian. Mata terpejam tidur, mulut terkunci senyap. Tiada lagi bebelan didengari dari mulut si lelaki tua. “Owh Tuhan, selamatkan lah Datukku” doa si cucu penuh harapan.
1 September 2008, jam 1845, si lelaki tua pejam mata untuk selama-lamanya. Pejam tak berbuka. Walau dipanggil dan digoncang kuat tidak disahutnya lagi. Si cucu hanya mampu melihat sekujur tubuh lelaki tua terbaring di depannya. Tiada reaksi yang mampu diberi. Menangis? Tidak di ajar lelaki untuk menangis di khayalak ramai. Hanya mampu membacakan surah Yasin dan Al-Fatihah. Disedekahkan khusus kepada si lelaki tua itu. “Jumpa lagi kita di lain hari Atok! Nasihat atok tak akan Syam lupakan…”






September 3rd, 2008 at 6:16 pm
salam takziah bro. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. amin..
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 7:39 pm
takziah syam..
smoge arwah dicucuri rahmat dan ditmptkan dikalangan org2 yg b’iman!
amin..
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 8:05 pm
Innalillah..
Sorry to hear bout that bro..
Rezeki allahyarham pergi ketika bulan Ramadhan.
Banyakkan bersabar yeh.
aTiQah punya post terbaru..PENGALAMAN PUASA SAYA DI RUMAH SEWA SEBAGAI YANG MUDA
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 8:39 pm
kenape komen aku tadi tak masuk yek?
Takziah bro.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. amin
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 8:40 pm
Innalillah.. takziah syam..
semoga arwah ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman.. Amin
“Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza”
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 9:19 pm
Innalillahiwainnailaihiraji’un….
takziah cik syam.banyak²kan bersabar.
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 9:26 pm
Innalillah..
takziah syam..
Moga² rohnya dicucuri rahmat..
Rezeki arwah pergi dalam bulan Ramadhan..
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 9:45 pm
takziah beb..semoga rohnya dicucuri rahmat…dekat jer ngan bulan Ramadhan….
[Balas Komen Ini]
September 3rd, 2008 at 10:00 pm
takziah aku ucapkan kepadamu bro. sabarlah dan bawa bertenang. semoga roh dia dicucuri rahmat
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 12:54 am
takziah untuk ko bro..
kuatkan hati..
jadikan ia sebagai cabaran yang berharga untuk ramadhan ni..
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 3:03 am
Salam, kebetulan atuk saya pun tgh terlantar sekarang..dah berbulan2…kesian sgt tengok..haritu siap ingat atuk dah nak pergi tapi sekarang keadaan dia alhamdulillah baik sket…
Takziah Syam…setiap kejadian ada hikmahnya…
Kita yg hidup di dunia teruskanlah berdoa agar rohnya dicucuri rahmat…insyaAllah..
najlaa punya post terbaru..Masa Untuk Berubah…!
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 4:41 am
takziah atas pemergian atok kesayangan kau bro.
kuatkan semangat dan relakan pemergiannya.
perbanyakkan doa untuknya semoga tergolong dalam golongan orang yang beriman… amin.
megat punya post terbaru..Ramadhan, Jalani Ibadah Dengan Seikhlas Hati
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 5:44 am
Innalillahiwainnailaihiraji’un…
salam takziah Syam. Moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam kalangan orang² yg beriman. Al-Fatihah…
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 9:39 am
Al-Fatihah… semoga rohnya mendapat tempat di kalangan yang beriman…
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 10:13 am
Orang tua-tua memanglah macam tu sikap mereka…mereka tak pinta apa2 pun hanyalah kasih sayang semata-mata..
Takziah syam..semoga roh atok awak diletak dalam golongan yang soleh..
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 11:56 am
takziah abg syam..sedehnya zue bace..:(
zue punya post terbaru..yeke?
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 1:17 pm
Tahziah aku ucapkan atas apa yang berlaku bro.
Banyak-banyakkan bersabar..
ALfatihah..
nuaeman punya post terbaru..Puasa Dulu-Dulu..
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 2:11 pm
takziah!
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 3:05 pm
Innalillahiwainnailaihiraji’un
sorry to hear that.Sampaikan salam takziah dari aku untuk kau serta kaum keluarga kau.Moga roh arwah dihindar dari azab kubur serta dimasukkan kedalam golongan yang diberkati Allah s.w.t
Salam takziah lagi sekali untuk kau sekeluarga.
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 3:53 pm
innalillah..
sorry to hear about that bro
smoga rohnya dicucuri rahmat
Adila punya post terbaru..Thoughts~
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 4:05 pm
xtahu nak cakap ape…
tibe2 sgt…
takziah…
aku xboleh nk bg ape2…
hanya mendengar dan membaca beban hati kau…
kuatkan semangat syam…
emmacommey punya post terbaru..hilang…
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 4:49 pm
innalillah…semoga rohnya ditempatkan bersama org yg beriman.byk2 sedekahkan al-fatihah ye.takziah
zanurul punya post terbaru..tagged by encik Ahmad
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 5:07 pm
Takziah untuk Syam dan keluarga..
Al-Fatihah untuk arwah atok dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman.
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 7:17 pm
Salam,
Syam,takziah daripada aku. Bersabar banyak-banyak Syam ye.
Setiap yang hidup akan merasai mati..
aliff punya post terbaru..Salam Menyambut Ramadhan 1429 H
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 8:52 pm
takziah bro…alfatihah…
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 8:59 pm
Salam takziah… moga rohnya dicucuri rahmat…
smaelz83 punya post terbaru..Fasting with Full Stomach
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 9:24 pm
Salam takziah bro.. Alfatihah.
Adz Ariff punya post terbaru..The Most Anticipated Ramadhan
[Balas Komen Ini]
September 4th, 2008 at 9:27 pm
takziah bro..semoga arwah ditempatkan ditempat orang2 beriman..
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:34 pm
Takziah
Al-Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman.
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 4:22 pm
takziah.. ingat pesan atok selalu..
blueseberry punya post terbaru..1, 2, dan 3
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 7:15 am
waa..menitik air mata saya :(
sudah ajalnya..
takziah,bro..
semoga dia di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..
amin..
doa adalah penghubung paling kuat ketika terpisah di antara 2 alam..
[Balas Komen Ini]
September 7th, 2008 at 1:39 am
dari entri, aku sudah dapat agak sesuatu. Ternyata, ianya benar.
Takziah.
[Balas Komen Ini]
September 7th, 2008 at 5:28 am
Salam Takziah kepada Sham dan keluarga.
Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman
AL FATIHAH.
hashim habeed punya post terbaru..Sekiranya 16 Sept Menjadi Kenyataan
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 1:14 pm
Al-Fatihah
[Balas Komen Ini]