Lelaki Itu Sunyi…
Oleh aeropama pada Aug 20, 2008 Peribadi
Perbualan antara seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa…
Wanita: Kau ni takde girlfriend lagi ke?
Lelaki: Girlfriend? Aku ada banyak girlfriend
Wanita: Maksud aku special girlfriend.
Lelaki: Takde… Malaslah
Wanita: Pergilah cari sorang… At least berteman. Tak la kau rasa sunyi…
Lelaki: Ntahlah. Sebahagian hati mahu sebahagian lagi tak mahu. Aku blur…
Bila lelaki itu pulang ke rumah, perbualan tadi terngiang-ngiang semula di fikirannya. Difikirkan kembali kenapa susah untuk dirinya punya teman istimewa? Akhirnya lelaki itu membuat rumusan…
Lelaki itu fikir tanpa teman istimewa, dia boleh keluar dengan sesiapa saja. Dia bebas melepak dengan kawan-kawanya sehingga larut malam ataupun keluar dengan mana-mana wanita yang sudi. Tak perlu beri laporan ataupun menipu teman wanitanya. Tapi… Walau semana bebas pun, hatinya masih sunyi…
Lelaki itu fikir tanpa teman wanita, dia boleh tumpu pada kerjaya sepenuhnya. Boleh kumpul harta banyak-banyak. Tapi… Walau sebanyak mana hartanya, hatinya masih sunyi…
Lelaki itu fikir tanpa teman wanita, dia boleh luangkan masa yang banyak untuk dirinya sendiri. Boleh bermalas-malas atas sofa tengok tv ataupun berblogging sepuas hati. Tanpa ada panggilan ataupun SMS (menggangu) dari aweknya ajak ditemani. Tapi… Walau sebanyak mana masa diperolehi, hatinya masih sunyi…
Lelaki itu fikir tanpa teman wanita, dia boleh mementingkan diri sendiri. Boleh buat apa saja tanpa perlu fikir untuk menjaga perasaan dan hati teman wanitanya. Tapi… Hatinya masih sunyi…
Lelaki itu fikir dia tiada teman wanita kerana dia masih menunggu seseorang yang pernah mendapat tempat istimewa dalam hatinya. Walau sesunyi mana pun hatinya, itu semua bukan masalah. Lelaki itu masih menunggu hingga dia rasakan penantian itu tidak lagi berbaloi…
ps: Kali ini teringin untuk menulis entri cinta :P






August 20th, 2008 at 10:03 pm
ni kau ke?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:57 pm
yup! lelaki ini adalah aku :P
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 10:14 pm
bro ko sunyi ke? :D cari satu. :D
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 10:59 pm
penat la taukey… aku dh cuba. berapa banyak perempuan pernah date dgn aku. sorg pun tak lekat. sebab aku tak sanggup bg harapan pada diorg…
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:47 pm
a’ah bukan nya mereka tak nak lekat bro. aku tgk ko blm sedia. Ko kata ko tak sanggup bagi harapan pada diorg.
aku rasalakan kalau seseorang wanita tgk seseorg lelaki tu dia akan pikir jauh dah. fikir masa depan.
cth
“cemaner erkk aku dgn dia ni nanti? Bila agaknya dia akan masuk meminang?” (bunyi cam desperate tapi sebenarnya tidak. jgn slh faham dialog aku ni. hehehe)
Tu wanita beb. kalau perempuan aku tatau la.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:50 pm
mungkin aku tak bersedia…tp kalau hati kat org lain, datanglah secantik mana pun perempuan memang tak lekat… :D
[Balas Komen Ini]
ariss
membalas pada
August 21st, 2008 jam 8:07 am
i know how u feel. we are in tha same shoes bro
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
August 21st, 2008 jam 7:14 pm
sekarang baru aku faham maksud ko sebenarnya. hmmm sabar lah yer…mgkn tiada jodoh
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 10:16 pm
~ kenapa tetiba cam menitik air mata plak nie bila baca yg last tuh. emo plak tetiba…
moga2 penantian ‘lelaki itu’ tak sia-sia. ;) ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:00 pm
saya juga berdoa setiap hari agar penantian itu tidak sia-sia…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 10:20 pm
fuh…luahan hati dan perasaan ni..baek punya lenggok ayat ko kali ni..baru lepas baca sastera melayu ke?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:01 pm
boleh kata ini adalah luahan perasaan aku…
tak lah bro. aku baru lepas dengar ucapan I Have A Dream by Martin Lurther King. Aku suka dgr ucapan beliau masa aku tgh down…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
August 21st, 2008 jam 4:56 am
ceist..patut la…unsur2 Marthin Luther dah meresap ke dalam diri ko ler ni..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 2:42 pm
skg aku tgh cr ucapan-ucapan hebat. nak kasi aku motivasi sket. ko ada cadangan bro?
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 10:29 pm
Hahaha.. aku adalah lelaki ini.. hoho bangganya… tp aku x kisah, asal famili terjaga, ptptn terbayar… nanti2 aku mencari.. kalu bujang tua org x mengata (aku rasa).. kui kui kui…
smaelz83 punya post terbaru..Whenever You Need Me
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:02 pm
huhuhu… aku teringat entri ko di blog friendster dulu pasal berawek ni. ko dah capai ke belum mael?
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 21st, 2008 jam 4:23 pm
Haha.. malas nak carik.. asyik pikey utang jer… tah la.. belom jumpa yg sesuai kot.. Yg dulu2 tu diorang suka aku, aku suka diorang, tapi masing2 x tau perasaan masing2.. jadi aku pon xder nak pk dah skang..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 11:52 pm
hahahah…kau lebih malang dari aku.
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:18 pm
Kadang2 aku rasa sunyi.. tapi tak guna kalau berkepit dengan wanita yang belum tentu jadi teman sehidup semati.
Aku mencari kawan berkongsi suka duka bukan awekz..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 20th, 2008 jam 11:52 pm
huhuhu… sekarang kawan-akawan aku suma dah nk berkahwin. lagilah aku sunyi lepas ni… :(
[Balas Komen Ini]
zool
membalas pada
August 21st, 2008 jam 8:35 pm
Samalah kita…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:23 pm
moga penantian lelaki itu akan berbaloi satu hari nnt… dan moga2 juga, lelaki itu akan terus merasa sunyi.. sbb dgn sunyi, dia mampu jd lelaki yg hebat… :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 12:02 am
lelaki itu sentiasa berdoa agar penantiannya berbaloi.
tang terus sunyi, lelaki itu tak tahu berapa lama lgi dia mampu menahan rasa sunyi ini. 2 tahun sudah lepas, 10 tahun lagi belum tahu…
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:30 pm
being a single is FUN!
saffa punya post terbaru..My Mistakes in Blogging
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 12:03 am
huhuhu…for a teenager like u, being alone is fun! i totally agreed
[Balas Komen Ini]
August 20th, 2008 at 11:58 pm
Syam..
Cari wanita bukan mudah.Wanita ‘mudah’ mmg senang nak dicari…tapi mencari individu yg benar2 mampu emnjadi pendorong,sahabat dan kekasih dalam waktu yg sama amatlah sukar.
Tapi kadang2 kan,kita tak perlu mencari…Sometimes God just send her to you…tanpa Syam sedari.
Ambillah masa…dan memang benar,seorang itu sunyi…
shila punya post terbaru..Kesedaran Sivik Masyarakat: Wujudkah Ia?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 12:06 am
ntahlah kak…saya tgh blurr… a lot of good women comes before me, but i refuse to have a relationship with em. maybe i blind or too ego or…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 12:00 am
pendapat aku..kalau nak tunggu betul2 bersedia sampai bila pun takkan sampai saat tu..maybe apa yg boleh dibuat be prepared dan selebihnya tawakkal
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 12:22 am
terima kasih atas nasihat kau sahabat…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 12:33 am
kesunyian lelaki tersebut perlu ditangani segera jika tidak ia akan terbawa-bawa.
mula langkah pertama dalam bercinta ni sama macam kau ambil langkah pertama untuk memulakan bisnes.
cuma pastikan lelaki tersebut bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. dan yg paling penting jgn terlalu memilih, terima seadanya.
sabarlah syam. he3.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 12:44 am
lelaki tersebut bukan tak ambil langkah. dah berlangkah2 diambil. cuma masih belum ketemu wanita yang dpt menggoncang hatinya seperti wanita yg ditunggunya itu…
cess…bermadah sekali lagi aku ini. :D
syam punya post terbaru..Lelaki Itu Sunyi…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 12:46 am
agak setuju komen taukey tentang wanita.
Tapi apa beza wanita dan perempuan?
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 21st, 2008 jam 4:26 pm
IMO: Perempuan - adalah umum untuk sumer
Wanita - perempuan yang tau mcmmana nak idup, byk pengalaman la..
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 1:16 am
peh. topik fav akoo nie. akoo nk tulis artikel nie nnti.
tp nie akoo ade bg ko adios. tgk ar.
http://blog.thinker.my/nuffnang-gift-ideas-realmart-give-adios/
Extremist Thinker punya post terbaru..Petrol Station Souvenir
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 1:35 am
Ahah. Entri yang penuh jiwa. I was thinking another person wrote it. Hehe.
Hmm..DIA mungkin sedang menyiapkan bidadari yang paling sesuai untuk awak. Doa, dan sabar. Ok?
aTiQah punya post terbaru..NANA ADA KAWAN. NAMA DIA IWAN.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:48 pm
hihihi…untuk entri ini saya terpengaruh dgn cara penulisan awak la.
mungkin…saya sentiasa berdoa supaya dibukakan hati saya dan dia semula… :D
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 2:45 am
Ya. Aku sunyi..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:48 pm
sama kapal lah kita titan :P
[Balas Komen Ini]
titan
membalas pada
August 23rd, 2008 jam 6:02 pm
haha..sama kapal. tapi lain laut. :smile:
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 3:24 am
rupanye dlm hati dia pun ade taman.
cume belum ade bunge je lagi.
p lar buh biji benih, nnt x lame lg benih tu jadi pokok kuar daun dan nanti kuar la bunge. :D
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:49 pm
hihihi…masalahnya taman dalam hati ni dh hampir kering kontang…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 8:15 am
syam,
we are in the same shoes.i’m waiting 4 someone too, n me myself pun xpasti sampai bila n is it worth.
but whenever the feeling come what i do is go through al-baqarah ayat 216.
kita sentiasa mengharapkan apa yg kita suka berlaku sedangkan ianya tak semestinya yg terbaik utk kita. dan kdg kala yg kita x suka dgn apa yg terjadi pd kita sedangkan itulah yg terbaik.
sesunguhnya manuasia hanya merancang.
suddenly, start to think about …. (sigh)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:50 pm
wow! my fellow engineer… tak sangka kita ada banyak persamaan.
aku akan menunggu sehingga aku rasa tak berbaloi. aku selalu pujuk hati sendiri “penantian itu satu nikmat…”
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 9:11 am
Wanita itu keperluan biologi lelaki…
kenapa mesti fikir yang negatif dulu… perhubungan yang berjaya adalah perhubungan dengan persetujuan kedua belah pihak, saling melengkapi kekurangan masing² .
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:51 pm
huhuhu… itu semua hanya alasan stereotaip. sesetengah lelaki takutkan komitmen kak…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 12:48 pm
[...] time! lalalala.. alone, aeropama, nony, ixora and [...]
August 21st, 2008 at 1:33 pm
nampknye abg syam kiter dh mengalami kejiwangan hehe:P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:53 pm
hihihi…terasa nak berjiwang bila kawan-kawan dok pressure saya “cepat la hang sambaq gf satu. tu ada pompuan nk kat hang tp hang jual mahal sgt”
tensen seh…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 1:36 pm
hurm…
cam terkena batang idung aku plak..
hahaha.. terasa dol..
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 21st, 2008 jam 4:28 pm
apsal lak la ko terasa.. ko pi la induk, byk bunga kat sana.. hahaha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:53 pm
huhuhu…lek la beb. ko muda lg.
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 1:44 pm
haha soalan cepuk emas yg slalu je naik bler jumpe kengkawan lame
suro je parents carikan the special one nnt2 bler dah agak desperate hehe :P
ape susah? :P :P
Adila punya post terbaru..Old Mates II
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:54 pm
wahaha…saya dh wat perjanjian dgn parents saya. saya hanya akan kahwin dgn calon pilihan mereka kalau saya gagal bawa calon saya sendiri sblm umur saya 35 thn
jadi saya ada masa 10 tahun lagi untuk menunggu…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 1:51 pm
aiii…cam luahan perasaan jer syam..hehehe…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:55 pm
cuma terasa nak luahkan apa yg terbuku dihati. tiba-tiba termood jiwang lak. ahaks…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 3:11 pm
talking bout urself, rite bro..?
let by gone b by gone..
sum1 is called mrs aeropama awaits you..
semoga dengan berkat ramadhan yg akan muncul memberi sinar baru…
hadapi hari seadanya =)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:58 pm
let by gone be by gone…
i’m trying from last year until now. no matter how hard i try, her face keep coming in my mind.
coz of that, i made a few women around me disappointed…
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
August 23rd, 2008 jam 5:53 pm
keep coming..? dats normal bro..
ada dua pilihan jek..
want it back - keep looking & waiting
dont want? - dont look back..
want or dont want..?
:wink:
blueseberry punya post terbaru..Cute vs Adorable
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 24th, 2008 jam 12:25 pm
i want her… i’ll keep waiting for her until i feel it’s not worth it anymore…
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
August 25th, 2008 jam 12:55 am
ketegasan itu penting.. =)
blueseberry punya post terbaru..oowwhh..
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 3:51 pm
lelaki mcm saiful tu mcmana pula? hahaha..
chot punya post terbaru..hujan menyanyi tandanya Ramadhan…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 6:59 pm
hihihi…tu lelaki terlebih kromosom. dianye kromosom terlebih tu adalah kromosom X tapi nmpk cam Y pun ada gak…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 4:19 pm
AISEY…
CMNE BULES SAME JEK ‘KEJIWANGAN’ ITU ?
LEH X AKU COPY N PASTE LAM BLOG AKU ?
KEH3…
SEJUJURNYA, APA YANG KO RASA…N APE ALASAN KO…SALING XTUMPAH MCM ALASAN AKU…KUI3…
SAME2 LA KITE TGU…SAPE2 YG BERJAYA GONGCANG HATI KITE…
IGT TW, KITE KNE SALING GTW LW SALAH SATU DR KITE ‘DOGONGCANG’ DULU ES ???
HAK3…CM PERTANDINGAN LAKS…
emmacommey punya post terbaru..himpunan esemen aku…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 7:02 pm
he3…awak nak copy and paste entri ni kat blog awak, silakan…
walah! awak pun sama ngn saya ke? hihihih… ok kalau nanti saya jumpa wanita yg mampu goncang kembali hati saya, awak akan saya beritahu.
u still single kan? wanna have a date with me?
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 5:25 pm
xpe,when the time come,u’ll know :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 7:02 pm
maybe… i wish there will be a sign for me
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 6:35 pm
kenapa semua orang mellow inside ni.. hehhehe.. sbb saya pun mellow jugak… and pasal benda yang sama :(
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 7:04 pm
huhuhu…satu kapal rupanya kita nono. cun!
tulis entri ni sebab nak luahkan apa yang terbuku di hati. tak tahan kawan-kawan, sedara mara asik bertanya pasal gf. tensen…
[Balas Komen Ini]
bongkersz
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 11:42 am
cakap jer ko dah ada bf. sah diorang terlopong diam. haha!
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 1:55 pm
hahaha.. aha, i agree with bong la. betul jugak.. cakap je ada. senang cerita..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 2:41 pm
wei…kalau aku ckp aku ada bf memang la diorg terlopong. pastu aku kene parang dgn org tua aku… cess… si nono ni leh setuju lak. hampes…
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 1:56 pm
high five! :) hmm.. it is just a matter of time kot.
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 7:06 pm
rilek syam…itu semua akan datang dengan sendiri…ada disekeliling kau,cuma maybe kau belum bersedia menggapainya..
aku?maaf aku sedang dalam perjalanan mencipta keluarga aku sendiri..insyaAllah,dalam masa 3 tahun ni aku akan cuba…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 7:17 pm
tahniah aku ucapkan… jgn lupa ajak aku bila ko kawen nanti bro. he3
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 8:45 pm
aku tahu kenapa?
sebab lelaki macho macam kita ini memang susah diterima oleh kaum wanita..Betul Tak!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 9:40 pm
hihihi… nanti aku cuba siasat statement ko ni. aku cuba buktikan pernyataan kau betul atau tidak…
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 11:05 pm
hohoho macam kena kt btg hgung aku je ni… hohohoho
[Balas Komen Ini]
August 21st, 2008 at 11:26 pm
aiseymen.. tibe2 ko layan jiwang plak.. haha
takpe2 itu mmg fitrah manusia. dicipta berpasangan supaya dpt berkenal2an..
rasanya mungkin mak kau kene paksa kau kawen kot.. cpat2 kawen. jgn smp aku kawen dlu drp ko.. hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 21st, 2008 jam 11:54 pm
huhuhu…teringin nk berjiwang lak. penat fikir benda yg serius dan kompleks…
aku dh ada deal ngn parents aku. aku kena kahwin kalau umur aku cecah 35 thn. mandatori…
[Balas Komen Ini]
August 22nd, 2008 at 11:38 am
tanpa wanita dia boleh main dengan adeknya.. seperti kata noktah hitam :P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 2:38 pm
main goncang-goncang ek? wahahahah
[Balas Komen Ini]
August 22nd, 2008 at 1:30 pm
yg penting..
tade awek jimat duit!
ye x?
muahahahaha!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 2:39 pm
memang sangat jimat… tapi saya selalu perabis duit kat perempuan gak. huhuhu
[Balas Komen Ini]
August 22nd, 2008 at 4:56 pm
hmm.. saya kena pikir panjang sblm nak bg komen ni. haha. maklum laa saya pn dua kali lima je kesepian. huhuhu
ala,takpe.. takyah tensen2 sgt. baru 25,kan? muda lg tu.. abang saya dah 31 pn still single. bkn tak pnh ada gf, tp tak menjadi. tapi saya kagum dgn beliau sbb beliau nampak cool je dlm hal ni cuma mak saya je la yg tak henti2 berleter suro abg saya kawin. huu.. opss! panjang lak komen sy :neutral:
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
August 22nd, 2008 jam 9:12 pm
:smile: saya ada sorang kawan Mejar TUDM sama kos msa amik Degree kat USM. dia la cita, kalu nak kawan2 bole jer, tp kalu nak terus yg menjadi susah.. dia pon kawen lambat.. beza umur nga isteri 5 tahun. Pegi shopping bole lagi pegang2 tangan walau anak dah 3.. huhu.. jodoh dan kebahagian…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 23rd, 2008 jam 1:16 am
hu3…abg awak nmpk kool tapi hati dia awak tahu? saya juga di luar nmpk kool dan hepi. dlm hati ni, hanya tuhan yg tahu sengsara nya. :mrgreen:
org tua, sedara mara, atuk nenek dan kawan-kawan dok tanya mana gf? bila nak kawen? tensen tau… :mad:
nanti kene kat awak, tahulah… :evil:
[Balas Komen Ini]
August 27th, 2008 at 1:27 am
:evil: lalalaa~~
berjlan jlan disini..
1st tym dtg..
:grin:
chepsmore punya post terbaru..waduwadu..tagged..
[Balas Komen Ini]
August 27th, 2008 at 3:08 pm
anda masih muda..masa masih panjang untuk mencari :-)
spt aku, hanya tunggu masa nya tiba..pedulikan kata2 org sebab mereka tidak sama kapal dgn kita..
ojie punya post terbaru..Antara 2 Darajat!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 27th, 2008 jam 10:47 pm
huhuhu… cuma kdg2 rs sunyi itu menerjah ke hati…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 1:59 pm
Sedih aku bace entry ko nih.. aku nk kasi sepupu aku x nk… ehehehehehe… emph anyway, love is like a butterfly, the more u chased it the more it will eludes u.. it will come to u least u expect it.. ;P (kwn2 ko kawen pon ko x kn hilang kwn.. they’re still ur friend even the status and comitment has changed!! Trust me..)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 28th, 2008 jam 2:43 pm
At last! I managed to make u put your comment here my dear. Wahahahaha…
dah jd tabiat aku, bila kawan-kawan kahwin aku tak mahu masuk cmpur dgn diorg. bujang n berkahwin adalah seperti minyak dan air…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 3:39 pm
kau kawan aku, si dia plak lg la childhood fren ko (bak kate owg putih) so.. u’re welcome to be part of ours dude..
lelaki mmg sunyi tanpa perempuan bernama wanita sbb hawa dijadikan dari tulang rusuk adam, ko skrg ibarat adam yg sedang mencari tulang rusuknya yg belum ketemu..
hepi blogging ;)
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 4:43 pm
wawawa…
macam tak caye je abang syam tulis ni. :D
betul tu abang Syam.
Ramai orang suka menunggu, sehingga penantian tu tak lagi dirasakan berbaloi…
so nak tunggu lagi ke?
hehe…
azi punya post terbaru..Friendship is Priceless
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 30th, 2008 jam 12:53 am
saya tetap akan menunggu. 2 tahun sudah berlalu dan saya masih ada masa 10 tahun lg…
[Balas Komen Ini]
August 30th, 2008 at 12:33 am
pinjam post ko utk aku post kat dlm blog aku. feeling..kene btg hidung sendiri.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
August 30th, 2008 jam 12:53 am
WTH! Ko nak amik entri ni n post kt blog ko silakan. jgn lupa kasi kreadit utk aku
[Balas Komen Ini]
August 30th, 2008 at 2:04 am
ya. lelaki memang selalu sunyi dan menyunyikan diri sendiri.
[Balas Komen Ini]
September 17th, 2008 at 12:02 pm
hmm..ape beza komitmen bg lelaki & wanita ?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 17th, 2008 jam 6:03 pm
soalan yang terlalu subjektif… perempuan mahukan keselamatan dan kasih sayang. lelaki mahukan seks… mungkin dari situ awak boleh elaborate perbezaan komitmen antara lelaki & perempuan…
[Balas Komen Ini]
October 8th, 2008 at 9:45 am
wanita juga sgt pentingkan pengertian lelaki dalam hampir semua yg diperkatakannya. Berpura-puralah memahami perkataan wanita walaupun hakikatnya tidak. Anggukan sahaja mampu mendiamkan wanita dari menyambung kata-kata yg lelaki tidak mahu dengar lebih banyak lagi dari wanita itu.
Namun lelaki juga tidak boleh tiada pendirian langsung. Wanita menyampah lelaki yg asyik mengiyakan apa sahaja kata wanita itu, atau sentiasa bersetuju tanpa ada pendapat.
ya, lelaki amat mahukan seks dari wanita, ramai wanita tidak suka ini disebut2 tapi terimalah fitrah itu wahai wanita. Bila menjadi isteri baru saya sedar ttg itu, betul kata seorang guru sewaktu belajar dulu jaga 2P demi kesejahteraan rumahtangga Perutnya,dan P****Tmu… bunyinya jahat waktu saya mendengarnya tika itu tp ia benar sekali bila menjadi isteri.
Dah melalut dah ke mana akak ni…
[Balas Komen Ini]
December 13th, 2008 at 1:46 pm
aku terjumpe entri ni mase google nk melayan perasaan..
aku pon gitu gak laa…
cume aku takut tak bertahan lame. itu je.
komitmen bukan di awal jalan, tp sepanjang jln.
tp klau dipikirkan lame2, mmg aku rase pelik.
baik takyah pikir ek??
ChekguBH punya post terbaru..Prosperous Times Are Back!
[Balas Komen Ini]
December 24th, 2008 at 11:10 am
hurm..dh lme entri ni rsnye..tp sy mcm dipggil n terpggil nk tglkn komen sy..hurm,menanti dan trus menanti..adakala org kte sy bodoh,baik sgt nk menanti sesuatu yg xpasti..dh mencube tp stil xberjye..nk wt cemane..so,truskn slagi mampu k..by the way,back to the basic..bwt istikharah sntiase..kirenye xnk penantian itu sia2…=)
[Balas Komen Ini]
December 25th, 2008 at 11:28 am
bila wex bce entri nie, wex tringat ex-bf kwn wex… bila awal2 declare, bkan maen menangis mengadu mgajuk mengada2 segale2nye… tapi bila dah ade new focus (bkan makwe baru), ditinggalkn nye tak berkhabar kwn wex nie… pe dia ingt kwn wex nie bini dia ke, ‘klu sayang ditingal2kn’… (sori xde kene2 mengene ngn point yg en syam nk smpaikn pn)…
klu nak cari seseorang untuk diri kita, kita kne bersedia untuk menjadi seseorang untuk diri seseorang itu.. tak adil klu dia je berubah untuk kita, tapi kita tak nak…
kte berdoa dn, kte dapat, mmg adalah sedia tuk kita… mmg rse best… pnantian sesuatu adventure yg kte rse, baloi ke tak ni pe yg kte wat… Tapi Allah kan ada… Allah takkan sia2 kan hambaNya. tapi klu bkan tuk kte, kte redha, Allah lebih tau dari kte…
p/s kwn wex pn byk kali gak tnye, ko tak sunyi ke… aik pe kes…
wexeeda punya post terbaru..Wizda is The Doers???
[Balas Komen Ini]