Kesan Kenaikan Harga Minyak

Minyak naik! Itu adalah isu paling hangat pada masa sekarang. Kawan-kawan aku dalam industri minyak dan gas pun rata-rata tak bersetuju dan tidak nampak tentang rasionalnya kerajaan menaikkan harga minyak. Ada pula yang tak kisah tentang kenaikan harga petrol dan diesel sebab dah tahu harga petrol dan minyak akan tetap naik walaupun kita protes. Kira redha aja lah… Ada pula yang gembira tentang kenaikan harga minyak. Katanya makin banyaklah penerokaan lapangan minyak yang akan dibuat oleh Petronas terutamanya laut dalam.

Ya lah. Dengan kenaikan harga minyak dunia, kebanyakan ‘big player’ dalam industri ini berlumba-lumba untuk meneroka lapangan minyak laut dalam. Kos untuk membangunkan lapangan minyak laut dalam boleh mencecah sehingga RM 3.3 bilion (anggaran yang diambil berdasarkan pembangunan lapangan minyak Kikeh di perairan Sabah. Sumber diperolehi dari Institut Maritim Malaysia ‘DEEPWATER DEVELOPMENTS IN MALAYSIA :
SEARCHING FOR ENERGY IN THE WILD FRONTIERS’
).

Kita buat perkiraan mudah. Kikeh mempunyai simpanan minyak (anggaran) sebanyak 400 juta tong. Pada tahun 2004, harga setong minyak USD 40, maka nilai simpanan minyak Kikeh adalah USD 16 bilion = RM 52.8 bilion. Tolak dengan kos pembangunan maka keuntungan diperolehi adalah RM 48.5 bilion. Tak untung nak bangunkan lapangan minyak ni. Bandingkan dengan harga sekarang USD 138 (harga pada 7 Jun 2008), maka nilai simpanan adalah USD 55.2 billion = RM 182.16 bilion. Tolak kos pembangunan, maka keuntungan diperolehi adalah RM 178.86 bilion. Wow pakcik kayo! Tapi itu belum untung bersih, nak kena tolak gaji lagi, cukai lagi, perkongsian untung lagi (dengan Murphy Oil). Kau agak-agak berapa keuntungan bersih Petronas dapat?

Itu baru satu. Banyak lagi lapangan minyak laut cetek dan laut dalam yang belum lagi dibangunkan. Lagi banyak projek, lagi banyak peluang kerja. Lagi banyak gaji yang kau dapat. Untuk rekod, kerja di offshore kau boleh dapat gaji mencecah RM 400 sehari. Bergantung pada lokasi kau bekerja (lagi jauh lagi mahal), dengan company mana kau bekerja (lain company lain kadar bayaran) dan pengalaman kerja kau (lagi banyak pengalaman kerja lagi tinggi kau boleh demand). Tapi kau kena korbankan hidup kau, kena tinggalkan family kau, kena tinggalkan awek/pakwe kau. Jangkamasa kerja; 1 hari ke 45 hari. Kawasan kerja; kecik je macam penjara. Permandangan indah; lautan yang biru, tak nampak daratan, kadang-kadang ombak setinggi 6 meter dan puting beliung di sebelah pelantar kau.

Apa lagi… marilah ramai-ramai kerja dalam industri minyak dan gas. Wahahaha…

p/s: imej pelantar dan puting beliung tu aku ciplak dari saudara Eddyra @ Eddyra.net
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

14 Respons untuk “Kesan Kenaikan Harga Minyak”

  1. 1 Heartless Devilish mengomen pada

    takmao ar keje kat pelantar..
    offshore sgt tak besh!
    nanti takbole nak lelepak kat kedai mamak!
    ada kedai mamak tak situ?
    *eheks…

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    heartless devilish: tahu takpe. tu psl ramai kwn2 sy tak mahu ke offshore. mcm2 alasan di beri (kdg2 tak masuk akal) aslkan tak kene pergi offshore

    offshore takde kedai mamak la. apa daa..

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 menteil mengomen pada

    cam ada pengalaman jer..
    bez tak keje situ??
    huhu..

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Shila mengomen pada

    Inilah isu hangat antara masyarakat skrg.Pilihan yang kita ada sekarg cuma mengkalkan cara perbelanjaan berhemah dan berusaha mencari penyelesaian ekoran kegawatan ni…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 eddyra mengomen pada

    … takdir.. haha

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 Syam mengomen pada

    menteil: aku blom ade pengalaman lagi. aku org offshore. ko nak tau cmne keje kat san ko tanya eddyra. dia penah pegi.

    shila: saya setuju dgn awak…

    eddyra: kau kne g offshore lg ke?

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 mynameisika mengomen pada

    kalau daripada ramai2 kerja offshore tu,berapa org je ek pompuan?

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 Syam mengomen pada

    mynameisika: biasanya perempuan sket je g offshore. boleh kata kalau perempuan tu turun offshore, mmg dia lah jd dewi pujaan setiap lelaki. kalau anda mahu rs andalah perempuan terhangat di pasaran, pergilah ke offshore.

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 ~ mizzAmy ~ mengomen pada

    ~ rm400 sehari keje kat offshore? tapi kalo tak dek life cam tak best jer yg rm400 tuh. kalo seminggu jer ker, tak per la jugak. nie berbulan2.. ade gak ke org perempuan yg pegi? wah, hebat… ~

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 Syam mengomen pada

    mizzamy: ade pompuan yg pegi. tp bila blek darat semula, perangai dh mcm jntan. sbb kt offshore byk jantan2 gila. wahahahha

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 Jentayutiara mengomen pada

    syam… akak teringin nk ceburi offshore nie… dulu prnh minta keja kat Bumi Amada & Rumania tp depa tolak, budak HR tu kata “U know or not this vacancy 4 male only” pas akak jwb “u dint mntion there” bengang dia… mugkn pas2 resume akak msk tong sampah… hehehe…

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 Syam mengomen pada

    jentayutiara: tak sangka akak pun minat nak keje offshore n pernah apply ngn ramunia. mmg biasanya yg pergi laki je sbb pmpn selalunya tak tahan dengan tekanan kerja dan suasana kat sn. amat lah liar suasananya….

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 wanhameryNo Gravatar mengomen pada

    kerajaan kata kurangkan beban negara… tapi yang sebenarnya beban pergi mana? pergi pada rakyat..rakyat sape..rakyat negara ..dengan kenaikan harga minyak semua harga naik..inflasi meningkat mendadak… rakyat miskin makin miskin…

    wanhamery punya post terbaru..teh misai kucing

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang la. itu adalah senarionya. tapi nak salahkan siapa? kerajaan sepenuhnya? mungkin juga tapi sebenarnya ianya berpunca dari kita juga, rakyat yang mengundi kerajaan tersebut. kalau benci dengan apa yang kerajaan buat, jadi di masa hadapan kita tukar kerajaan baru.

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>