Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas

Baru-baru ini aku menerima emel dari seorang graduan bertanyakan bagaimana caranya untuk memasuki industri minyak dan gas dengan senang? Ok… Jawapan aku, tiada jalan senang sebenarnya. Apa yang penting, usaha, usaha dan usaha. Tapi aku boleh beri kau sedikit gambaran untuk kau rancang kerjaya kau di dalam industri ini.

minyak dan gas

Industri minyak dan gas boleh di bahagikan kepada 2 bahagian; Upstream dan Downstream. Di dalam kedua-dua bahagian ini (di Malaysia) terdapat banyak syarikat yang kau boleh bekhidmat dengannya. Upstream adalah apa saja aktiviti yang berkaitan dengan explorasi (nak pergi riki lapangan mana ada minyak mentah), penggerudian (dah jumpa minyak, kena lah korek), pembangunan (pasang pipeline, bina pelantar macam aku buat sekarang ni dan pemasangan pelantar), pengeluaran (dah korek, kenalah sedut minyak tu), pemprosesan (nak tapis minyak mentah biar bersih) dan penghantaran (hantar ke terminal minyak dan gas untuk pemprosesan seterusnya).

Downstream pula adalah apa saja aktiviti yang berkaitan dengan pemprosesan hingga ke produk untuk kegunaan pengguna; contoh petrol yang kau pakai itu hingga ke peringkat pengedaran produk minyak dan gas ke pengguna.

Explorasi - Geologist (riki lapangan minyak) dan maritim (nak kena kemudi kapal lah)

Penggerudian - Kawan aku dari Kejuruteraan Petroleum kerja dalam bidang ini. Bidang kejuruteraan yang lain seperti mekanikal juga boleh. Macam biasa, bidang maritim juga main peranan untuk bahagian transportation.

Pembangunan dan Pemprosesan - Kesemua disiplin dalam bidang kejuruteraan terlibat dalam bahagian ini; awam, mekanikal, elektrikal dan kimia. Kau boleh bekerja dengan syarikat konsultan dan reka bentuk, syarikat pembinaan, syarikat yang memberikan servis sampingan ataupun dengan syarikat yang mengoperasikan lapangan minyak (senang cerita clientlah). Untuk bahagian kualiti, mereka yang punya sijil radiography ataupun Non-Destructive Testing (NDT), kau boleh buat duit di sini.

Bersambung…

Tags: minyak dan gas, teknologi

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

23 Respons untuk “Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas”

  1. 1 AdryNo Gravatar mengomen pada

    huhhu… banyak info…

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 ShilaNo Gravatar mengomen pada

    Erm Syam…first of all,CONGRATS for the brand new blog..sy berbesar hati dapat melawat blog anda. :)

    Baru saya tahu..dalam menceburi bidang petroleum ni harus ada banyak kepakaran dan kesungguhan yang bukan sedikit.Basically,sebarang bidang yg diceburi pun harus ada usaha,dan kepandaian yg sejajar dgn bidang tersebut…dan kepakaran yg syam sebutkan ni,benar2 buat saya kagum..kagum dengan teknologi.

    [Balas Komen Ini]

    adminNo Gravatar

    kita kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang ini. bangsa asing masih memonopoli bidang ini walaupun ianya adalah industri milik negara kita.

    contoh; tempat saya bekerja. warga filipino menguasai kebanyakan bahagian teknikal. alahai…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    Aku pun cadang nak membawa diri ke lautan’lah, penat duduk darat.isu politik tak habis2.agak2, apa software engineer boleh buat kat tgh laut?

    [Balas Komen Ini]

    adminNo Gravatar

    bahagian IT juga diperlukan. kawan-kawan aku yang belajar IT sekarang bekerja dengan exxon mobil KLCC. tanggungjawab untuk maintain network exxon mobil di seluruh dunia.

    ataupun kau boleh masuk bahagian planning and cost control (project oriented). untuk rekod, ada kawan kepada kawan aku dah jadi HOD bahagian planning di MMHE. latar pendidikan dia adalah bahagian IT.

    [Balas Komen Ini]

    azrnNo Gravatar

    kena score jugak ke utk jadi apart from IT department?

    huhuhu…mesti depa nk pengalaman lebih2.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak juga. cukup sekadar kelas 2. bergantung dgn siapa kau kerja. untuk fresh entry juga ada. cubalah dulu

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Eh ko keje kat industri minyak ek.??
    Apsal banyak masa berblog ye???
    Aku dengor.. orang minyak ni bz amat..
    He he he

    zools last blog post..Durian oh Durian

    [Balas Komen Ini]

    adminNo Gravatar

    ahahha… aku bahagian construction. kerja aku banyak pada bahagian front activities, paper work dan peparation. skrg ni dah tak banyak kerja sebab bahagian site pula yang handle. tu yg byk sgt ms nk blogging ni. wahahahaha

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ kureng sesuai untuk perempuan tapi kalo ada yang berminat tuh tak salah. cuba agak mencabar la kan. ~

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ typo error *cuma* ~

    ~ mizzamy ~s last blog post..~ Doakan untuk I ~

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 ak_0143No Gravatar mengomen pada

    thnks 4 da info…
    mmg perlukan info2 begini….

    ak_0143s last blog post..Escada dan Cuti2 Malaysia~~~

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 amoiNo Gravatar mengomen pada

    bro…tau tak cpny mana nak pakai trainee?ada kawan saya carik…thanks…

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    awak boleh hantar resume pada saya. saya cuba forwardkan pada org yg sepatutnya. mana tahu ada rezeki

    boleh hubungi saya melalui bahagian contact me

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aiseh..jumpa lak mamat O&G kat sini…kije kt Exxon Mobile ek..aku ada kawan gak kat situ..mana tahu kot2 kenal ke…aku pon kije bhgn O&G gak…tp bhgn IT la…

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..(raw) Pork + Coke = Worms ?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku bahagian construction tp bkn dgn client macam Exxon Mobile. klu ko kije kt ExxonMobel, bhgn IT mungkin ko kenal ikhsan raus?

    syam punya post terbaru..Blog Review: Blogikus.com

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku xkije ngan ExxonMobil…aku ngan SLB..ko kije mana ?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hohoho… ko level klien ma. aku ni level kontraktor je. Ramunia Fabricator Sdn Bhd.

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    haha..aku pon xreti sgt psl tier2 kompeni minyak ni..so aku dok tier mana ? yg 3 tuh ke ?

    aku incharge firewall kat SLB n network generally..so ada byk gak la kompeni2 yg jd client SLB..transocean..exxon mobile…luis vuitton pon ada dulu…

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko level 2 ma. schlumberger kan kompeni explorer. tapi ada gak wat services. kira multitasking la kompeni ko ni…

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    haha..aku xtahu la kompeni aku wat ape..aku rasa cam semua benda dia buat..just xjual minyak brand schlumberger je…


  10. 10 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    ko yang dulunya belajar aerospace pon xder masalh la nak masuk indsutri kan?

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 BizzybondNo Gravatar mengomen pada

    Bro.syam blh bagi address E-mail u ke?skg ni saya tgh compose resume saya.em tu pelantar minyak terlelak kat mana ar bro??

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>