Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

Ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini. Aku terangkan secara umum tentang hirarki dalam industri minyak dan gas serta bagaimana untuk kau rancang kerjaya kau. Khusus untuk mahasiswa/siswi.

Seperti yang dikata oleh ’sempai’ aku, hirarki industri minyak dan gas di Malaysia boleh digambarkan seperti piramid 4 lapisan. Lapisan pertama dan tertinggi sekali adalah pemilik lapangan minyak di Malaysia. Hanya ada satu saja syarikat dalam lapisan ini iaitu Petronas (kau mesti selalu dengar lah). Lapisan kedua adalah operator lapangan dan pengeluar minyak. Petronas Carigali, ExxonMobil, BHP, Murphy Oil, Shell, Newfield, Nippon Oil (diorang ni pun kau selalu dengar juga) dan banyak lagi syarikat termasuk dalam lapisan ini. Lapisan ketiga adalah support services. Konsultan, design house dan kontraktor pembinaan dan pemasangan biasanya berada di lapisan ini. Lapisan terbawah sekali dan paling banyak adalah vendor dan supplier. Mereka ni kerjanya menyediakan dan menjual peralatan untuk kegunaan industri ini seperti drill bit, valves, pump dan banyak lagi. Sebab terlalu banyak syarikat di kedua-dua lapisan ini, aku tak mampu untuk senaraikan. Kau boleh cari di direktori rigzone.com ataupun direktori offshoreman.com

Untuk kau masuk dalam bidang ni, kelayakan akademik memang la jadi kayu pengukur. Jadi aku ajar kau, bagaimana kau mahu sesuaikan kelayakan kau untuk masuk ke bidang ini. Syarikat di lapisan pertama dan kedua ibarat Hollywood bagi para graduan. Asal dah graduate, mesti target nak kerja dengan syarikat-syarikat ini. Tapi aku tak galakkan kau. Peluang kau agak tipis untuk dapat kerja dengan mereka kecuali kalau kau punya gred yang sangat bagus, maksud aku first class degree. Sebab syarikat-syarikat ini memang mengutamakan mereka yang punya kelayakan sedemikian. Jadi buat apa kau bersusah payah pohon dengan syarikat-syarikat di lapisan ini. Lagipun untuk fresh entry, gajinya tak seberapa pun. Mereka yang bekerja di lapisan lebih bawah mampu dapat gaji yang jauh lebih tinggi. Yang penting kau sabar dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin dalam bidang ini.

Kepada kau yang memegang ijazah kelas kedua dan ke bawah, aku galakkan kau memohon kerja dengan syarikat-syarikat yang berada di lapisan ke tiga dan ke empat dahulu. Sebab yang pertama aku dah jelaskan di atas. Sebab kedua, kau punya peluang untuk belajar dengan lebih mendalam tentang bidang ini kalau kau bekerja dengan syarikat-syarikat ini. Terutamanya tentang bahagian teknikal. Syarikat-syarikat yang berada di lapisan ini jauh lebih banyak berbanding dengan syarikat di lapisan pertama dan kedua. Kau punya peluang nak dapat kerja pun lebih besar bukan?

ps: Aku menulis entri ini sebab aku lihat kekurangan pakar-pakar tempatan dalam industri ini. Kebanyakan mereka datang dari negara asing. Sedangkan minyak adalah hasil bumi negara kita dan sepatutnya kita rakyat Malaysia yang menikmatinya bukan orang lain.

pss: Kalau info yang aku beri ini salah, sila betulkan…

Tags: minyak dan gas, teknologi

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

26 Respons untuk “Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2”

  1. 1 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Selamat mencari kerja untuk ’senpai-senpai’ sekalian. :)

    aTiQah punya post terbaru..DIA BELAJAR BUAT ROKET KERTAS

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 aliffNo Gravatar mengomen pada

    kau masuk syarikat apa sekarang syam?

    aliff punya post terbaru..Tenang……

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku masuk dalam kategori support services. buat masa sekarang, aku buat construction. lepas ni akan buat turbine and generator services

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 aloneNo Gravatar mengomen pada

    info yang menarik.. (walaupun aku bukan dlm bidang perindustrian)

    info yang bagus mengenai sistem industri minyak dan gas.

    tapi dari pemerhatian dan apa yang selalu aku baca dan dengar dari kawan2.. student dalam bidang ni (dan apa2 bidang jela), ada yang suka main2 (maksud aku terlebih main dari study) ..so this thing give an massive impact to the industry.

    walaupun sesetengah orang cakap “alah, time study la nak enjoy” tapi sebenarnya sikap cmni boleh bawa masalah besar kepada negara dan hasilnya, industri kita dikuasai oleh syarikat2 dari negara luar.

    betul bro, result memang kayu pengukur. bukan untuk industri minyak dan gas saja, tapi bidang2 pengajian yang ada kat dunia ni.

    buat sahabat2 yang still bergelar student, fikirkan masa depan kita semua.

    pack ur brain. don’t play too much. get to study.

    alone punya post terbaru..It’s Started

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ada betulnya apa yang kau kata. tapi istilah main tu aku rasa bergantung pada yang empunya diri. masih ada yang suka main, tp masih mampu grad dgn keputusan yang gempak.

    btw, bagi aku, universiti adalah tmpt untuk kau timaba sebanyak mungkin ilmu. bkn saja ilmu formal, tapi juga tidak formal. nak main boleh, tp kena bijak uruskan masa dan yang penting disiplin

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    betul. setuju :cool:

    alone punya post terbaru..It’s Started

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 ShilaNo Gravatar mengomen pada

    Info yang bermanfaat sekali.Sekurang-kurangnya dapat membuka pengetahuan umum ttg industri ini yg selama ini tidak pernah diketahui mendalam.

    Shila punya post terbaru..TALIAN NUR -Isu Penderaan Wanita

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin tidak berapa di kenalai. masa say belajar dulu, saya tak berapa terdedah pasal industri ini. mujurlah ada seorg pensyarah di tahun akhir saya dedahkan tentang industri ini. dia amat galakkan pelajar2 nya masuk industri ini sbb dia sedih kurangnya rakyat kita dalam industri ini. walhal industri ni sudah lama menapa. lebih seratus tahun dah…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 azrnNo Gravatar mengomen pada

    mesti kerja diorg pun agak payah,kan?
    sesuai laa dengan kepayahan nak dpt grad kelas pertama.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tiada kerja yang senang. sedangkan nak makan pun susah. kena bukak mulut, tangan tu kene suapkan nasi ke mulut. baru boleh makan…

    yang penting, tanya diri sendiri. kau mahu atau taknak? itu saja

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ sesaper yg baru grade nie elok sangat la baca entry nie. mana la tau kan, ada info berguna untuk memulakan kerjaya. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang saya buat entri ni untuk bantu mahasiswa/siswi merancang dan memulakan kerjaya mereka lebih awal.

    mungkin kamu boleh tolong promotekan pada adik2 kamu :P

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    setuju dan tidak bersetuju psl akademik..

    setuju psl mmg akademik memainkan peranan utama dlm qualification..ko antar resume..first thing dia akan tgk…ko nyer result..tuh benchmark ko..takkan la dia nak bg org xde qualification..kije something yg perlu ada expertise…

    tidak bersetuju lak kerana akademik xmemainkan 100% penerimaan dalam bekerja…buat apa dia nak amik org kije kalau org tuh mmg result mantap giler..tp fizikal lemah..berenang xreti..camana nak turun naik rig? atau result gempak tp bila soh buat kije..not up to standard…resume & introduction in English mmg mantap tp bila speaking..berterabur cam aper ntah….

    kesimpulannya..jgn pikir akademik jer leh bantu ko..characteristic ko..charisma..determination…minat…how to apply your knowledge in real life..working as a team…itu antara kualiti2 yg kompeni2 camni cari..bkan kata kompeni2 camni jer..semua pon cari yg all-rounder….

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    panjang la plak aku komen….hehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tu dia komen dari orang schlumberger. memang dasat ma. aku tak kisah kau nak komen berapa panjang kau suka. lagi panjang dan berisi lagi bagus.

    aku setuju dgn komen kau. aku dulu masa screen resume pemohon yg beribu2, pertama aku tengok adalah layout CV. menarik ke tak menarik untuk aku baca. Kedua aku tengok gambar pemohon. Bukan cantik atau hensem aku tengok. aku tengok muka yg ceria. aku xmahu org yg muka tensen keje ngn aku. xmemasal aku pun tensen nnt. yang ketiga aku tengok grammar. kalau ketiga-tiga tu diorang tak lepas terus aku cmpak dlm tong sampah.

    kalau lepas baru aku tgk kelayakan akademik dan pengalaman kerja…

    [Balas Komen Ini]

    smaelz83No Gravatar

    ada contoh x CV yg paling best yg ko tgk.. aku baru jer grad.. nak carik keje la ni.. susah gak org yg kurang fizikal cam aku ni nak dpt keje..

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aku rasa aku ada comment pjg kat sini…mana lak pegi nyer ?

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..What my birth date means…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bro… komen panjang kau tu ada kat atas tu. cuba kau refresh balik browser kau. :D

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    ada rupanya..penat aku refresh xkuar…browser bongok gamak nyer..btol2..tp aku bukan nak cakap aku English gempak ke ape..tp aku cakap dr pengalaman aku sendiri…haha

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    aku target mahu kerja di laut, mahu lari dari masalah isu semasa jijik

    Fahmishah punya post terbaru..Kehidupan Aku #9

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu.. bagus impian kau. aku sokong.

    ps: ramai kawan-kawan aku pernah kerja kat laut lepas tu tak mahu kerja lagi dah. kata diorang dah tak macam orang kat sana. sekeliling laut dan tak tahu pasal dunia luar. tensen…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    aku ada dengar gak tuh..org yg dh merasa je tahu best ke x duduk kt laut nii…hehe

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 Fariz BakarNo Gravatar mengomen pada

    aku dpt keja sbg inspector kt SDE bulan 11 ni, buat topside jgk. ada org panggil jacket. tapi info aku mengenai industri ni masih kurang. dgn adanya story ko mengenai oil n gas ni, hrp dpt membantu perjalanan aku dan memandangkan motif ko semestinya membantu anak2 tempatan mnjdi specialist, di harap tambahkan lagi/update cerita2 mengenai oil n gas ni. im craving for it. terima kasih.

    p/s: umw terlepas.

    Fariz Bakar punya post terbaru..Mimpi : Mainan atau Petunjuk?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! boleh buat duit tu kalau jadi inspektor. boleh makan ‘paw’!

    ps: topsite - bahagian atas sesebuah platform.tempat segala operasi berjalan. biasanya boleh dilihat.

    pss: jacket - bahagian structure yang menyokong topsite (kaki platform). terletak dibahagian bawah. biasanya tenggelam dalam laut.

    psss: ko join SDE ek. kirim salam dekat rozman (SPM) ye!

    [Balas Komen Ini]

    Fariz BakarNo Gravatar

    oh begitu. harap maaf. aku budak baru belajar dan amat memerlukan bimbingan dari org berpengalaman mcm ko. =)

    ramunia kn?kenal zaidi x?umur nk masuk 30.chubby skit.

    ps: nnt aku dah kenal rozman aku kirimkan salam ko.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 mysaraNo Gravatar mengomen pada

    thanks bro sebab tulis entry yg sgt bermanfaat… esp buat student petroleum engineering cam aku… nk tanye.. how about chance for women in oil n gas industry? sometimes i felt it is a bit bias, as most of people who work in oil rigs are men… :/

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>