Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
Oleh aeropama pada Sep 23, 2008 Community
Memandu kereta pulang dari majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sepejabat adalah satu kerja yang memenatkan. Hari ini aku berbuka di restoran nasi padang Indonesia, Sari Ayu yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Berbuka stail buffet dengan bayaran RM 49 sekepala. Bagi mereka yang gila makan, mungkin apa yang dibayar berbaloi. Untuk orang seperti aku yang makan ibarat cuit-cuit, cukup sekadar kenyang, itu sesuatu yang sedikit merugikan. Peringatan: Kalau mahu belanja aku makan, buffet style bukan pilihan yang bijak untuk kau.
Di saat aku memandu pulang, aku terima satu panggilan telefon. Seorang rakan yang lama tak aku jumpa, mengadu kepada aku tentang kawan aku yang lagi satu. Senang cerita mereka berdua sedang bersengketa dan puncanya amat menjengkelkan aku. Pening… Manakan tidak, kerana perkelahian anak-anak mereka (masih lagi kecil) 3 bulan lalu, mereka kini tidak lagi bertegur sapa. Setahu aku, si anak sudah berbaik-baik semula. Boleh bermain bersama di sekolah mahupun selepas waktu sekolah.
Jadah apa ini? Kenapa kalian sanggup korbankan pesahabatan yang kalian jalin dari kecil hanya kerana sifat ego yang tak membawa kemana-mana pun? Masing-masing tidak mahu mengalah mempertahankan anak masing-masing. “Anak kau yang pukul anak aku dulu” kata si A. “Tidak! Anak kau yang jahat & samseng” Si B meninggikan suara.
Tidak malukah kau yang sudah bergelar ibu tapi masih bersikap kebudak-budakan? Lihat saja anak kau. Aku pasti, sehari selepas perselisihan, mereka mampu senyum & bergembira kembali. Cuba ambil sikap positif anak-anak kecil. Mereka sangat pure. Ego & dendam tiada dalam kamus hidup mereka.
Perasaan & pemikiran orang dewasa sangat kompleks dan kadangkala lebih menjengkelkan dari anak-anak kecil. Aku tidak tahu mana puncanya sehingga kita (orang dewasa) menumbuhkan perasaan ego & dendam ini. Puas aku fikirkan sepanjang tempoh pemanduan aku tadi. Tapi jawapannya masih tak aku jumpai. Mungkin kau boleh ajar aku?
ps: Lucu aku melihat seorang kanak-kanak perempuan memberi tabik hormat pada Encik Polis yang lalu di hadapannya ketika aku berbuka tadi. Tabiknya dibalas dengan tabik juga oleh Encik Polis.
pss: 4 hari lagi hari ulang tahun kelahiran aku akan menjelma. Nampak gaya tahun ini aku akan sambutnya secara berseorangan lagi. Sama seperti tahun lepas. Tag Heuer idaman? Tunggu tahun depan sajalah…
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Aku Pengemis Di Negara Sendiri…Aku Malu!
- Teamwork
- Keluargaku Hidupku
- Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama
- Lelaki Tua, Basikal Tua dan Cucunya
- Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi
- Happy Mother’s Day
- Anne Hadiri Majlis Doa Selamat Pakai Skirt Pendek…Must See!
- New Offer
- Math Prodigy Now Became a £130 an Hour Hooker
September 23rd, 2008 at 10:21 pm
haha.. aku dah banyak kali jumpe..
nak menunjukkan anak sendiri baik, tapi sebenarnya dua2 kepala ’setan’..
sama la macam aku jahat time sekolah dulu…
mak aku diam je sebab tau aku memang jahat.. haha…
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:06 am
ko memang jahat.. biarpun aku x knal.. KOOOO… mmg jahat!! ahahah..
mana ada jahat… kalau jahat dah masuk jail dah… cuma nakal je..
sbb org jahat xkan mengaku dia jahat.. contoh.. aku mengaku aku baik.. hehehe
[Balas Komen Ini]
Mr Am
membalas pada
October 14th, 2008 jam 11:31 am
memang la orang jahat xkan mengaku dia jahat, tapi orang baik jugak xkan mengaku dia jahat..
Mr Am punya post terbaru..Blog secara serius
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:16 am
aku memahami kasih sayang seorg ibu pada anaknya. cuma aku pelik, anak2 berkelahi tapi si ibu bapa yang berperang panjang. si anak sudah kembali berkawan, si ibu bapa yang masih bermasam muka
[Balas Komen Ini]
September 23rd, 2008 at 10:37 pm
Ibu bapa camni sebenarnya makin merosakkan anak masing2.. kenapa? Sebab diorang x mao sayang anak org lain sama mcm anak sendiri.. kalu dua2 bergaduh.. patutnya dimarah dua2 nya.. supaya xder rasa hati.
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:09 am
sapa yang patut marah???
budak2 gaduh.. ibu lebih2.. ahaha.. kelakar funny dan bodoh..
padahal budak2 bukan tahu pun pasai gaduh2 ni… hari ni gaduh, esok baik balik..
kalau aku.. aku gi lempang je tukang telefon tuh..
tapi bagus pulak mamat syam ni.. mende tuh layan jugak ke dengar…. kalau aku dh buang dh hp tu ke laut.. hua hua hua..
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:19 am
mungkin apa yang ko kata itu betul. tapi sangat sikit bilangan mereka yang mampu buat begitu. jika tidak, rumah anak-anak yatim pasti tidak wujud…
[Balas Komen Ini]
September 23rd, 2008 at 11:16 pm
tu gambar sape tu? nampak macam Britney je..
p.s - bila birthday eh?
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:10 am
aku rasa gambar itu salah satu tektik kotor syam nak tarik perhatian pembaca.. ceih.. ko gunakan xxx punya attraction ek.. syam..
wahaha.. kalau ET mesti dah ditudungkan gambar2 tuh…
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:26 am
hahahah.. ingatkan ET je selalu letak gambar hawt cenggitu. kui3
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 3:50 am
penyakit ET dh berjangkit kat syam.. kuat jugak ET punya.. influence..
nauzubillah.. mujur la aku dilindungi..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:20 am
sudah tukar kepada gambar yang tidak seksi tetapi masih menggunakan wanita sebagai subjek hiasan. maklumlah wanita adalah makhluk tuhan yang sangat indah & mudah menjadi perhatian
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:21 am
owh lupa… birthday saya 27 hbln ini. mahu beri Tag Heuer untuk saya?
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:54 am
oh,27hb? saya dah balik kampung time tu.. tak dapat la bagi Tag Heuer kat awak. kui kui kui..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:00 pm
awak masih boleh beri pada saya 7 hbln nnt. lepas awak blk ke KL semula. wahahahah… tak malunya diriku ini
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:10 pm
adeh,saya pn pakai jam cap ayam je ni.. nak hadiahkan Tag Heuer kat awak?? ahahaha
request benda lain la.. hahahah
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:38 pm
owh! request benda lain ye? erm… simpan dahulu. nanti saya akn beritahu. wahahahah
September 23rd, 2008 at 11:18 pm
Ish..ni dah kira menunjukkan contoh yang tak baik pada anak2. Nak back up anak pun jangan la lebih2. Huhu.
Lebih kita membesar sebenarnya lebih kompleks kita akan fikir. Sama dengan tanggungjawab. Lagi dewasa, lagi besar tanggungjawab kita pada sekeliling. Mungkin juga sebab nak nampakkan mereka tu ibu yang bertanggungjawab, maka mereka ter’over’ pula. Nnt saya tak mau jadi mak yang macam ni. Hehe.
Bro, I think u better buy the watch urself utk tahun ni. Next year u mintak yg lain pulak. Hehe. Lagipun, Tag Heuer tuu…
aTiQah punya post terbaru..PRA-UCAPAN AIDILFITRI
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:13 am
taghever.. smlam kat danau kota baru rm30, erm.. kalau beli kat pasaraya mahal sikit kot. sbb ada tax..
dlm rm1k keatas la..
sbb tax la harga jam tuh tinggi berkali2 dari harga sebenar kat danau kota..
[Balas Komen Ini]
aTiQah
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:01 am
Kalau taghever..dapat la rm30.
Tapi kalau tagheuer..dapat ke rm30? hahaha.
aTiQah punya post terbaru..PRA-UCAPAN AIDILFITRI
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:23 am
orang dewasa jadi terlalu kompleks sebab terlalu banyak fikir. fikir masa depan la, fikir pasal pandangan orang la & fikir macam-macam lagi. kebanyakan pemikiran membawa unsur-unsur negatif. tu yang jd hal demikian.
ps: harap kamu jadi ibu yang sangat bagus
[Balas Komen Ini]
September 23rd, 2008 at 11:22 pm
ego dan malu.
mungkin kerana itu Tuhan ciptakan Hari Raya Aidilfitri.
Boleh bermaaf-maafan dengan semua orang.
Tidak lah jatuh sgt air muka bila bermaafan di hari tersebut.
ehe ;)
p/s: Tag Heuer idaman? Semoga ada yang baik hati untuk menyempurnakan impian anda.
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:15 am
aku tak paham, sapa yang tunggu hari raya baru nak minta maaf, pelik..
lagipun hari raya aku tahun ni x best.. aku x balik trg.. entahla apa rasa raya kat kl tahun ni.. first time aku x balik kg ni.. wwaaaaa…
aku cuba elakkan dari dengar lagu2 raya.. xleh tahan dooo…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:25 am
mungkin itu antara nikmat yang tuhan kurniakan… Aidilfitri.
tp agama kita sarankan, sentiasa memohon maaf selepas buat salahkan. lagi2 sesama manusia. mana tahu org yang kita buat salah padanya temui ajal sebelum sempat kita pohon maaf di Aidilfitri? susah juga kan?
ps: Mungkin awak boleh sempurnakan impian saya? :P
[Balas Komen Ini]
September 23rd, 2008 at 11:27 pm
ego yang tinggi tak membawa kita ke mana-mana. cuba dalam saat ketika ego menguasai diri, nekadkan diri untuk tepis terus dari dalam hati. mungkin ada yang pernah mencuba tapi tak ramai yang berjaya. mungkin langsung tiada. aku? jangan tanya!
zariel punya post terbaru..BlogsMag - Kali Ke Ampat
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:17 am
ego?? erm. aku tak tahu la ego ke apa.. tapi kadang2 mungkin sbb malu.. nak mengaku salah.. kemaluan yang besar tuh menyebabkan masing2 xnak mengalah…
so apa guna ada kemaluan yang besar jika sombong, ego.. keras kepala..
xde sapa nak layan…
p.s : aku mengarut je
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:27 am
senang cerita, manusia di selubungi sifat rasa diri itu bagus a.k.a bangga yang membawa kepada ego seterusnya dendam. hmm… masih melatih diri utk bebas dari elemen2 begini
[Balas Komen Ini]
September 23rd, 2008 at 11:31 pm
hah.
kalau saye gaduh ngan kawan mase kecik mak abah tak pernah kisah pun.
wah birthday makin hampir.
nak tag heuer ke??
Kalau awak ade awek mesti die belikan.
Ape lg Syam…
Haha ;p
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:21 am
buat azi kalau nak beli untuk syam.. lebihkan satu untuk lochoe..
hehehe.. bukan apa.. nanti bergaduh mak aku dengan mak syam, kalau syam sorang je dapat..
punya la mak2 kitorang back-up kitorang.. tua2 mcm ni pun duduk bawah ketiak mak lagi
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:29 am
saya tiada awek lagi… itu yang malang sedikit :)
klu azi mahu belikan utk saya, pedulikkan saja si lochoe. mak die tak akan marah & bergaduh dgn mak saya. sebab apa? sbb si lochoe sudah jd anak derhaka. tak mahu balik kg di hari raya ini. :D
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:42 pm
oit.. mana ada derhaka.. ahaha.. kerja kerja.. kerja… inilah saat paling sedih aku rasa
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 12:15 am
2 kes aku lalui semua pasal anak anak bergaduh mak bapak tertumbuk Report masuk lokap…
Anak anak berebut rebut bekal makanan mak mak bertengkar siap tukar sekolah anak,,,,,
Semangat kejiranan yang semakin pudar dan terus pudar. Tak macam masa aku kecik kecik dulu… Jiran tempat paling best lepak
hashim habeed punya post terbaru..Before & After Marriage
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:22 am
saya tulis no komen.. ko ni polis ke??
[Balas Komen Ini]
hashim habeed
membalas pada
September 24th, 2008 jam 5:22 pm
Kalau aku polis lama dah keadaan malaysia berubah kearah kebaikan
he he he
hashim habeed punya post terbaru..Pesta pemberian Wang Ehsan
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:31 am
orang kita semakin menyokong dasar memencilkan diri. sudah tak mahu bergaul dgn ahli masyarakat yg lain. seperti kembali di zaman purba pula…
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 1:24 am
aku just nak tunjukkan, semua orang pernah buat bende bodoh dalam hidup dia.. so takde salahnya.. mak bapak dua anak tuh..mengaku je anak mereka bodoh..
hua hua hua….
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:32 am
adakah kau sanggup mengaku anak kau sendiri bodoh satu masa nanti lochoe. jika YA, syabas aku ucapkan.
ps: Thanks sebab balas komen-komen pengunjung aku…
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:44 pm
depends, mcm manapun.. kalau kita ibu bapa, kitalah mencorakannya..
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 1:28 am
eh,baru saya perasan! en lochoe baik hatinya reply semua komen.. rajin betul.. anak sapa laa nih? kuh..kuh..kuh..
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:39 am
walaupun aku tak pasti, tapi aku tahu mcm mana aku terhasil..
pada suatu malam yang dingin, angin sejuk2 bahasa.. zakaria yang sedang menghisap rokok di tangga, hanyut dibawa memori petang tadi..
semasa dia sedang mencari kambing yang hilang.. 40 meter dari kandang,dia melihat mak cik sofea.. janda yang paling famous tip-top di kampung losong.. berkemban mandi ditepi perigi.. kawasan itu memang lapang, dan jarang lelaki pergi ke situ.. dari jauh dia nampak makcik sofea.. mencabut kainnya perlahan.. sambil memegang baldi berisi air perigi..
“abang” masuklah, hari dah lewat ni.. tiba2 zai, isterinya memanggil… “kakak dengan adik dah tidur” tanya zakaria.. “dah” jawab isterinya hairan.. sambil memandang kamera, zakaria mengenyit mata.. “hehehe”
9 bulan selepas itu, aku pun lahir… mcm tuh la ceritanya… hua hua hua hua…
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:45 am
adeh,sakit perot saya baca komen ni! ahahahahhahahah
nakal sungguh incik zakaria ni ye? *wink* LOL
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 1:49 am
kadang2 anak2 xde pape pun, parents je yg m’hawtkan keadaan. bdk2 biaselah kannn…
aisyahkama punya post terbaru..Tagged by Odin
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:04 am
erm.. well.. xleh kata apa.. kita tunggu la bila aisyahkama jadi ibu nanti.. hehe..
lagipun aisyahlama ni.. dah ada plan dah kearah itu..??
jika tidak ada.. saya sudi membantu..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:34 am
owh! ko cuba mengorat bekas setiausaha ET ya. aku tgh adjust dia utk jadi PA aku, ko boleh potong line pulak…
[Balas Komen Ini]
aisyahkama
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:48 pm
erk. membantu dari segi ape? nk tlg sponsor? boleh2… hehe
aisyahkama punya post terbaru..Tagged by Odin
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:08 pm
sponsor? boleh, cuma jarang buat, biasa i jadi mak andam je… ramai org suka hiasan i buat.. mcm “pelamin dalam gua”, “pelamin kerusi patah”.. ataupun “baju pengantin kain buruk” ..
selain tu, i juga biasa jadi kameraman, kalau kat kampung, i jadi tukang salam selepas tetamu makan..
malam pulak, i jadi videoman.. mana2 pengantin nak i rakamkan, malam pengantin mereka.. i akan terima.. sekarang ini, servis ni jarang orang pakai, i pun heran..
huh.. i cumalah insan biasa yang mencari sekelumit rasa untuk didambakan.. mungkin aisyah adalah tempatnya, mungkin juga tidak.. semua ini hanya terjawab dengan satu pertemuan.. he he.. u suka minum apa?
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
aisyahkama
membalas pada
September 25th, 2008 jam 8:33 pm
my fav drink? of course la skyjuice. no offense! hik3
aisyahkama punya post terbaru..Tagged by Sleeping Gurl
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:28 pm
senang cerita aisyah… si lochoe ni berkenan mahu jadikan awak calon isterinya…
tu pun kalau awak sudi berdating dgn beliau….
[Balas Komen Ini]
aisyahkama
membalas pada
September 25th, 2008 jam 8:32 pm
haha… klaka~ ai masih mentah dan tak masak lg hal2 ney. sng ckp malas nk fikir. serabut otak je. jom2 enjoy dulu sementara masih muda :)
aisyahkama punya post terbaru..Tagged by Sleeping Gurl
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 3:01 am
apsal aku nyer Google reader selalu dapat lambat ko nyer post..sungguh x best ! ada diskriminasi ke?
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:01 am
erm.. wordpress mmg mcm tu.. lebih2 kalau yang letak banyak plugin.. so nak extract front page pun dh take time.. weird xml code..
cakap pasal diskriminasi ni, aku rasa, lelaki sama lelaki mmg kena diskriminsai sikit.. kalau.. bagi ruang n layanan mcm wanita.. nanti timbul kes2 syahwat.. bahaya..
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:36 am
aku sendiri kurang pasti. aku memang perasan benda ni. aku dah try godek2 feedburner aku tapi masih lagi begini… mungkin sbb site ni amik masa nak ping 20++ search engine & direktori sblm antar feed summary kat feedburner. tu yang wat lambat kot…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:08 pm
cis..x aci nii !!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 3:02 am
budak2 gaduh tu perkara biasa la tp bila orang tua yang gaduh ni susah sikit..sape lagi matang sebenarnya ni?
Bukankah kita patut bagi contoh yang baik pada anak-anak?
p/s: td aku p minum kat kedai mamak, aku order lain dia bagi lain pastu dia cakap aku mainkan dia..ayoyo..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:40 am
sebab orang tua punya sifat “aku saja yang betul”. tu yang susah tu…
ps: lainkali kau tuliskan sendiri apa yang kau mahu makan & minum, kemudian beri pada mamak tersebut…
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 5:16 am
haha..memg xdak keje si lochoe ni..
huahua..kelakar la ko ni..
ish wat malu kat org je, sebab ank2 depa nk gaduh2..xprofesional langsung. diaorg punye ego kot penyebab diaorng ni xberbaik lg..ala,ape salahnya kalo sorg g mintk maaf dulu.maybe leh settle perkara ni.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:42 am
harap harap kau jangan jadi macam tu bila jadi ibu nanti.
ps: apa hal si lochoe hari ni buang tebiat ntah… abis sume komen org di balasnya… wahahahha… tp bagus gak. meriah ruangan komen aku…
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
September 25th, 2008 jam 12:27 am
haha..2 la..
memg xdak kije lochoe..
bgus gak..
dah beratus2 komen ko ni.
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:47 pm
dear.. alll.. aku tengah download xp sp3 dari rapidshare.. gila sakit hati, lambat gila.. tgh cari2 premium account tp x jumpa..
oleh kerana tertekan..aku nak tulis mende mengarut.. so blog sham la jadi pilihan.. haha..
skrg dah ok balik dah.. erm.. weih sedih la x balik kampung..
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 5:31 am
wa..sambut sorang2 ke. takde orang lain disisi?
tivitune punya post terbaru..Episode 4 - The Finger in the Nest
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 7:56 am
aiyoo.. hal budak2 pun nak masuk campur.. boleh sampai 3 bulan tak tegor sapa plak tu.. sedih dengan perangai mak bapak zaman sekarang..
am dulu2 waktu kecik ayah am tak bagi bekawan sangat.. banyak habiskan masa kat umah.. tapi still la anak yang degilkan…
sekarang dah ok lah… baru na mendengar kata..
bro.. selamat berhari jadi… yang kebrapa yerk..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:43 am
penat aku memberi nasihat kat kawan aku mlm td. masih degil tak mahu minta maaf. menunggu kawan lagi satu mulakan dulu. alahai… perempuan2.
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 8:14 am
hahaha… anak anak dah ok si parents plak masih gaduh.. hahahah
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 8:16 am
budak2 dia bermusuhan tanpa emosi…sebab dia memerlukan kawan bro…ibu bapa nie emosi sedikt..itu yang berlanjutan beberapa lama pun xkesah…itulah beza dunia dewasa serta dunia kanak2.
xmindfreakx punya post terbaru..Result!Contact aku cara pembayaran..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:44 am
benar kata kau itu. cuma emosi kanak-kanak hanya bersifat ‘present’. bukan bersifat ‘past’ ataupun ‘future’ seperti org dewasa
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 9:10 am
makin tua makin jadi perangai rupenya..aku harap bile time aku, aku tak jadi mcm tu..nnti tak pasal2 orang tulis entri pasal aku pulak..haha :-)
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 9:36 am
Hmm…sepatutnya org dewasa tak campur urusan kecil macam ni.Kalau nak jugak campurtangan,cuba ‘create’ situasi yang lebih baik dari sebelumnya…
Kesal jugak kan tengok org yg fikiran sempit macam tu?
Owh….hari jadi Syam ye? Akak ucapkan selamat ulangtahun la ye..semoga panjang umur dimurahkan rezeki…
:)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:39 am
sangat kesal gak akak. sepatutnya kita orang dewasa tunjuk contoh yang lebih baik pada budak2. buat secara berhemah… ni dia pula yang melebih dari budak2… alahai….
ps: terima kasih kak!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 10:19 am
amboi. seksi plak gambar catfight tu. x sesuai dipaparkan dalam bulan pose ni la syam.. huhu
sebaiknya jgn la kurangkn pahala pembaca ko yg setia di bulan pose ini..
aku ni asyik off topic je..
kanak2 memang suci. x kenal apa2 pn. tgk mcm iklan petronas tahun lepas yg interview kanak2 kt skolah tu..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:38 am
ayarkk… masih terlalu seksi kah? aku rasa gambar malam tadi lagi seksi. tak mengapa. kerana teguran kau, malam nanti aku tukar ye. sekarang tak boleh sebab server opis aku halang segala bentuk file upload…
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 11:14 am
erk? gambar huhu :p
kisah diatas menunjukkan betapa orang kita skang ni semakin kurang kesopanan dan ketatasusilaan.
jadi tak mustahil apa yang berlaku kepada negara kita skang nie.
hal kecil dibesarkan, kelakar pun ada.
klu aku klu anak-anak aku buat hal, tak kiralah salah siapa. aku akan marah anak aku sendiri.
megat punya post terbaru..Berehat Seketika Dan Nikmati Kehidupan Yang Indah!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:48 am
kerana orang dewasa seperti kita yang terlalu kompleks ni lah yg jadikan dunia ni huru hara… aduhai..
ps: ko adalah bapa yang bagus megat…
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 11:25 am
best kan jadi budak2…hari ni gaduh2…esok dh baik balik…
kalo org dlu, xksah pun kalo nak tegur anak org…zaman skrg sume sensitif..huhu
cikF punya post terbaru..KaLi PeRtAmA……
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:49 am
adakah awak tak akan jadi ibu yang sensitif di satu masa nanti? saya mahu lihat itu :)
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 11:35 am
~ rasanya, kalau anak2 bergaduh, parents kena la pastikan anak2 diorg tuh berbaik semula. sebabnya, jika dibiarkan leh jadi contoh yg tak baik. nanti, diorg ingat bergaduh2 nih satu perkara yg normal. tak patutla diorg nak bergaduh oleh disebabkan hal2 anak2 kecik nih.
birthday en syam dah dekat ekh?? tak nak wish lagik la. :P ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:50 am
ya! saya setuju dgn awk mizzamy. itu adalah langkah yang sebaik-baiknya…
ps: tak mengapa jika xmahu wish. kurang sedikit penderitaan hati saya. cewah!
[Balas Komen Ini]
~ mizzamy ~
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:57 am
~ bukan tak nak wish la. tak nak wish lagik utk hari nih. kan lagik 3 hari? so, after the day 3, kena la wish. :P ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Raya Kian Terasa & Kad Raya untuk ANDA ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:03 pm
owh! ye ke? terima kasih kepada awak & cik ixora juga
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:00 pm
Kurang sikit penderitaan hati? o0o0oohh..
okay,tak jadi jugak wish in advance. haha
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 11:40 am
Amboi…ni blog siapa agaknya?? Asyik budak tu je yang reply komen..hi hi..
Pasal gaduh ni kak tie pun pernah kena…anak sulong lelaki tu mmg nakal, masa tu baru 2 tahun..tengah nak belajar nakal..dia tak gaduh pun dgn anak orang tu, cuma naik atas badannya macam kuda laa…org tu marah …dikutuk dan disindir (kat belakang kita)…kak tie diam aje..tapi sekarang mulut yang mengutuk tu la bukan main lagi memuji anak kak tie tu….pandai laa, hebat laa…siap buat contoh utk anak2 dia lagik..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:53 am
owh! nampaknya kak tie pernah alaminya sendiri. syukur sbb kak tie ambil keputusan untuk tidak mengeruhkan keadaan.
mungkin si polan tersebut sudah sedar siapa yg sebenarnya baik. alhamdulillah. kesabaran kak tie sudah berbalas
[Balas Komen Ini]
Tie
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:41 pm
Kak tie jenis tak suka bergaduh..tau aje laa kita ni penakut..silap2 kak tie yg melalak..hu hu..
Tie punya post terbaru..Adat atau Budaya
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:50 pm
hehe kak tie.. semua mende dia detect… sesuai benar kalau jadi kaka ipar.. hau hau..
lochoe punya post terbaru..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
[Balas Komen Ini]
Tie
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:45 pm
Haa..budak ni lagi..tak yah laa berangan nak jadi adik ipar tuh..Camni laa…kak tie ada cadangan..nanti cari la calon yang lonchoe minat, hantar rumah kak tie buat kursus sains rumahtangga..Gerenti..macam2 kak tie ajar..selain dr masak,basuh baju,jemur kain,lipat kain, gosok baju,kemas rumah,cuci longkang…(ish..boleh goyang kaki nih!!)Lepas sebulan lonchoe dtg ambil..mesti mahir punya..tinggal tulang kot..hi hi..
Tie punya post terbaru..Adat atau Budaya
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 6:21 pm
hulamak… ni kire kursus mengurus rumah tangga la ni. berapa bayarannya?
syam punya post terbaru..Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
September 24th, 2008 jam 9:50 pm
wah ini dah jadi mcm mepembantu rumahkan bini aku je.. haha. tapi elok jugak kalau dia nak pergi kursus mcm ni. tapi takdela aku nak suruh bini aku buat semua tuh.
sukati dia je, nak buat ke taknak.. aku lagi suka bini gi kerja jugak, xyah duduk rumah.. nak buat apa duduk rumah..
hu hu.. kalau adik kak tie xnak, kak tie pun jadilah.. hehee
lochoe punya post terbaru..Bagaimana raya di kampung paloh?
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 11:40 am
1. Semoga kita semua akan menjadi ibu dan bapa yang waras suatu hari nanti.
2. Kalau saya, hidangan buffet menjadi pilihan..errrr..saya kuat makan…ehe :D
3. Meh saya tolong countdownkan besday awak: Empat hari! Tiga Hari! Dua Hari! Sehari!! Booooommmm!! :P
JuliaNa punya post terbaru..~ Ada Apa dengan Zaman Sekolah ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 11:56 am
1. amin… :)
2. awak mmg subjek yg sesuai utk di bawa ke majlis yang menyajikan hidangan buffet :P
3. terima kasih keran mengcountdown besday saya. erk! boom tu adakah melambangkan saya di bom!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 12:28 pm
ish2..tak bestla bermusuhan sebab benda kecik gitu kan bro?
huhu..tak maturednye..anak2 mereka relax je..hihi
selamat hari raya !!:)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:39 pm
jgn pula bila awak jadi ibu nanti, awak berkelakuan begini. alahai… susah nanti.
ps; selamat hari raya!! :D
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 12:34 pm
hrmm.. anak2 bila gaduh pun nak story kat parents ke?
takde cite lain ke nak bagitau kat parents?
btw.. klo dua2 tanak mintak maaf, nape xleh wat cam mende ni tak penah jadi pun? hohoho
come on la… mende kecik je
p/s : bday sambut sorg2 je? alahai~
sy rasa sedih bila sambut sorg2 (xde sorg2 pun.. sambut ngan sis je hohoho)
taun lps sy sambut ngan sis.. taun sblm tu sy ade exam time bday sy.. pastu byk pulak la mende malang yg jadi hari tu.. sedih~
oleh itu.. pegi la balik umah jumpa parents sambut ngan diorang
beli kek sebijik, lahap la puas2 hikhik
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 12:42 pm
budak2 adila. mengadukan sudah jadi sifat mereka. sedangkan kamu yg dah besar pun masih mengadu dgn parents kamu kan? ahaks
ps: tak lah rs sedey. dh biasa. thn lepas xbuat sambutan pun. cume beberapa hari selepas hari ulangtahun, saya terima hadiah dr ibu saya. tahun ini tak tahu pula. maklumlah nak dekat raya. bestnya raya kat malaysia ni… yehuuu :P
[Balas Komen Ini]
Adila
membalas pada
September 24th, 2008 jam 10:31 pm
haha sy jarang sgt mengadu hoho
cisss!!! saje je kasi org jeles dia raya ngan family!!! jeles nye!!!
Adila punya post terbaru..Selamat Kembali ke Sekolah!
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 1:01 pm
Belum pernah alami lagi situasi mcm ni- anak dah 3 - 16thn,14thn& 9 thn.
Tapi ada satu cerita best ttg kwn sekelas anak kak jie.. dia suka buli Angah..Selalu sgt kena panggil dgn guru disiplin, kira mmg budak nakal…satu hari masa perjumpaan guru dan ibubapa, suami kak jie minta izin dgn cikgu dan emak budak tu nak bercakap dgn budak Lokman tu. Depan2 mak dia, depan2 cikgu, suami kak jie nasihat dia…budak 11 tahun boleh menitis air mata.
Lepas tu dia terus berubah jadi baik dan sesuatu yg tak dijangka masa UPSR dia boleh dpt 3A sedangkan dia dari kelas tercorot yg tak pernah dpt A!
Kak Jie sendiri rasa lebih seronok utk Lokman dari untuk Angah yg dpt 5A.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 1:10 pm
owh! husband kak jie sgt gentleman. siap minta izin kt emak budak trsbt.
huhuhu… kak jie lebih seronok utk si Loqman ye. puas hatikan bila dapat lihat perubahan drastik drpd drop out. perasaan yg tak boleh di luah dgn kata-kata…
ps: anak kak jie bijak ye. 5A utk UPSR tu. dahsyat!
[Balas Komen Ini]
Kujie
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:22 pm
leh tolong jawap beberapa pertanyaan kak jie kt forum…special request pula
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:46 pm
done! hrp saya jawab pertanyaan kak jie itu
[Balas Komen Ini]
Kujie
membalas pada
September 24th, 2008 jam 4:31 pm
yeahhh…Kak Jie komen yg ke 100!
nak bagi tau 2 perkara
1- commentluv tu dah ade last blog post..sebabnya domain tak letak http://www.
2- kad raya dah terima,esok blog it out..anak kak jie suka melompat² sebab nama kedua dia Safura!
Kujie punya post terbaru..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 6:18 pm
1. owh!. kak jie install blog pada subdomain www ye. patutla die tak dapat retrieve.
2. aiyaa… nama anak kak jie safura ke? mesti la die kembang2 hidung kan? :D
syam punya post terbaru..Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
September 24th, 2008 at 1:34 pm
Ikshhh, x profesionalnya bila begaduh hanya kerana bebudak. Cam laa x biasa jadik budak dolu. Biasa laa bebudak kang nakal. Jangan simpan lam ati dowh. Elok Aeropama nasehatkan dorang bemahapan sempena hari raya yg bakal tiba nih.
Aeropama, terima kasih untuk kiriman kad raya. :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:54 pm
saya sudah nasihatkan mereka. tapi sbb org dewasa ni kompleks, fikiran rasional dh di campak jauh. aduhai kawan-kawanku…
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 1:46 pm
gaduh budak-budak ni mmg menyakitkan mata saja..aku pun heran ank keecil gaduh..mak pun nak join sama..tapi bila ank kecil dah berbaik..awatlahhh..mak budak tak mau berbaik.heran..heran…
raya mana beb..tak kan raya kl jer.per best.hehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:53 pm
tu la pasal ahmoi… pelik tau. pening kepala lihat kedua-dua kawan saling xmahu beralah. puas saya nasihat mereka. harap-harap selagi di bulan ramadhan ni, mereka terima hidayah dariNya utk sedar….
[Balas Komen Ini]
September 24th, 2008 at 2:11 pm
jap, kenapa nak beli jam tu tunggu tahun depan. kenapa tak beli je now. buat hadiah diri sendiri.. :)
lucu betul gambar kat atas tu.. hahah. and bagi saya kan tak heran la if parents gaduh2 ni sebab anak tapi tak patut la dia jaja cerita kat orang lain pulak pasal nanti orang tulis cerita diorang dalam blog. hah? salah sapa tu… :P :P :P :P
tapikan, since yang sorang tu dah mengadu kat syam, nape syam tak cakap kat dia lupakan je. be direct je to her.. tak la kepala syam pening2. tapi do it dengan cara diplomatic la.
nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 2:51 pm
tahun ini duit saya 2/3 digunakan untuk perbelanjaan raya. baju adik2 & mak ayah, duit raya bdk2, duit raya mak ayah (saya ada 2 mak & 2 ayah), duit raya nenek, kos pengangkutan (tol, minyak & servis kereta) adalah tggjwb saya pada aidilfitri ni.
ps: nak beli Tag Heuer thn ini boleh. tp sy akan jadi anak yg bangsat pada hari raya ini…
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
September 24th, 2008 jam 3:18 pm
okay okay.. beli Tag Heuer tahun depan je eh..
nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 3:40 pm
awak xmahu belikan saya Tag Heuer itew Nono. pasti saya akan hargainya…
syam punya post terbaru..Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
[Balas Komen Ini]
nono
membalas pada
September 24th, 2008 jam 8:26 pm
in 3 yrs time, perhaps.. bila dah officially jadi engineer.. :P :P :P
nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 24th, 2008 jam 10:09 pm
i’ll wait nono…
nono
membalas pada
September 25th, 2008 jam 2:01 pm
ya allah.. mudah2-han saya kaya raya.. (Amin)
:)