Kenapa Anda Ingin ber’BLOG?

Kebanyakan akan kata, ber’blog’ adalah satu yang sia-sia. Ada benarnya apa yang mereka katakan. Dengan kewujudan berpuluh-puluh juta laman blog di internet (technorati mengatakan terdapat 50 juta laman blog di internet), dan kebanyakannya hanyalah berkisar tentang kehidupan seharian penulis blog tersebut; membebel tentang orang itu dan ini, merungut tentang masalah hidup, merungut pasal kerja dan sebagainya, tidak salah jika para pengunjung melabelkan blog adalah sesuatu yang sia-sia. Ini menyebabkan mereka tak ambil endah pasal ber’blog’ dan tidak ada keinginan untuk ber’blog’ langsung.

BLOG ADALAH TEMPAT UNTUK BERKONGSI ILMU

Bagi aku, blog sepatutnya adalah tempat untuk kita berkongsi dan mengembangkan ilmu. Ilmu itu bukan setakat ilmu matematik, sejarah, sains, geografi dan sebagainya. Itu semua kita boleh dapat dengan mudah. Pergi ke kedai buku, dan belilah buku-buku yang berkaitan dengan subjek yang anda ingin pelajari. Menimba ilmu secara tak formal atau aku lebih suka labelkan sebagai menimba ilmu untuk hidup, sebenarnya lebih sukar dan memang tidak boleh di dapati di dalam mana-mana buku yang di jual kat kedai buku. Ilmu ini, kita kena laluinya sendiri, rasainya sendiri, berfikir kemudian response kepada apa yang kita telah lalui. Itu barulah di namakan ilmu untuk hidup. Dan lebih bagus, kongsikannya bersama dengan orang lain. Salah satu medium yang terbaik untuk anda berkongsi ilmu hidup ini adalah blog.

BERBLOG IBARAT BERSOSIAL

Kenapa aku kata begini? Tahukah anda, di dunia tanpa sempadan ini, jumlah ahli masyarakatnya menghampiri ‘infinity’. Setiap hari ada sahaja ahli baru dalam masyarakat maya ini dan jumlahnya pasti akan bertambah dari semasa ke semasa. Kita pergi kepada konsep bermasyarakat dan bersosial. Kunjung mengunjung ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara adalah kunci kepada konsep ini.Blog boleh diibaratkan sebagai rumah maya yang sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan. Dan secara tidak langsung, anda telah bersosial dengan masyarakat maya anda.

BERBLOG IBARAT BERDATING

Kalau bercerita pasal dating, pastinya korang semua suka kan? Kalau boleh, tiap-tiap hari nak pergi dating dengan kekasih hati. Pergi ke taman KLCC, pergi menonton wayang di GSC Midvalley yang besar ataupun makan malam di Menara KL,melihat pemandangan indah KL di waktu malam sambil berbual-bual tentang topik-topik yang boleh menaikkan rasa cinta. Romantik kan? Begitu juga ber’blog’. Bila anda ber’blog’, anda akan membina komuniti anda sendiri. Dikalangan ahli komuniti anda, pastinya akan ada paling kurang seorang ahli yang anda amat tertarik dengan blognya. Dan pastinya setiap hari anda akan lawati laman blognya kemudian dia pun melawat laman blog anda hampir setiap hari. Sama ajakan dengan ber’dating’?
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

5 Respons untuk “Kenapa Anda Ingin ber’BLOG?”

  1. 1 WaWa mengomen pada

    sangat setuju dengan poin-poin anda.

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    wawa: thanx krn sependapat dgn sy. ianya cuma dtg dr pembacaan blog kwn2 dan pendapat sy sendri

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 shila mengomen pada

    Bagi saya, apa sahaja bentuk nukilan dalam blog oleh penulisnya merupakan suatu ilmu dan pendedahan baru utk pembaca biarpun kisah rutinnya yg tak seberapa penting. Bagi pembaca yg sememangnya minat membaca,ianya tak harus dijadikan isu besar..pun begitu, saya bersetuju juga dgn pendapat en syam…

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Syam mengomen pada

    shila: isu yg saya lontarkan adalah berdasarkan pengamatan dan pembacaan sy. mungkin sesetengah penulis cuba menyampaikan sesuatu ilmu melalui kisah rutin seharian mereka. apa2pn ianya bergantung kpd individu itu sendiri (penulis @ pembaca)untuk menilai mn yg bermanafaat atau tidak. bg sy penulis ibarat pelukis. pelukis yg baik pastinya akan dpt menghasilkan karya seni yg baik & dihargai oleh peminat. jika tidak, karya mereka akan dicampak ke dlm tong sampah sj.

    terima kasih kerana memberi komen anda shila

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 wexeedaNo Gravatar mengomen pada

    mula2, bila wex dgr je blog, wex rse beban, sbb wex lembap nak membace… pastu wex rse org yg wat blog nih cam sje je nak rse diri ikut trend.. oopps jgn marah, dlu je wex rse cam tuh….

    pastu bila wex wat blog, bru wex tau, blog pn de komuniti… cam best… n pe yg wex ske, smua org brani kongsi pendapat (sbb wex tensen, klu kat class, wex mmg terkunci mulut nih nak tnye soalan/discussion)… so at least, rse cam tersuare laaa wex nih.. heheh

    p/s xleh trime sgt comment yg mengutuk yg menggunakan bahase “tut…..” terutame nye blog politik ngn forum anti-agama… terase -ve energy tuh… sbb wex bce dgn pnuh perasaan… hehehehe

    wexeeda punya post terbaru..ati terase kecik… (???)

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>