Kenaikan Harga Petrol dan Diesel Di Malaysia
Oleh aeropama pada Jun 5, 2008 Community
Pak Lah kata:
“…ia (kenaikan harga minyak) akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana”
“Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan”
Respons serta merta rakyat:
“Aduh… Harga minyak naik 78 sen seliter! Matila aku. 40% tu. Gila la Pak Lah ni. Minyak naik 40% tapi gaji (pekerja swasta) tak naik”
“Gila beb… Minyak naik 78sen tu (terdiam sebentar). Mak ai! Full tank aku dari RM 120 jadi RM 183. Dekat RM 200 tu. Mati la aku”
“Isi minyak cepat. Esok dah naik haraga. Bawak tong dram 4,5 biji. Isi penuh-penuh”
“Apa pun gaji kau naik. Ia masih tidak membebankan…”
“Memang gampang. Aku rasa @#$%^* Pak Lah. Naik mendadak. Sekarang ni jalan jem. Semua nak isi”
Haaa. Aku tahu kau marah. Marilah luahkan. Kalau ada cadangan macam mana nak kurangkan kesan kenaikan minyak dalam kehidupan seharian, silalah beri komen kau.
p/s: Aku mengambil sikap berdiam diri dahulu (walaupun sedang marah). Mahu memerhatikan keadaan dan reaksi orang ramai. Tunggu saja entri aku berkenaan hal ini dalam masa terdekat (pandangan-pandangan dari orang-orang yang berada dalam industri oil dan gas terhadap isu kenaikan harga minyak)
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Manusia Beralasan…
- Kesan Kenaikan Harga Minyak
- Malaysia General Election 2008 Crushed by Tsunami
- My New Car
- Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi
- Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2
- change in character
- Job or Career…
- Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2
- Berikan Nilai Pada Duit Kau.






June 5th, 2008 at 10:05 am
sekarang full tank moto aku dah jadi RM 17.00 penat seh nak pergi kerja macam ni!
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 10:18 am
fusarium solani: aku juga sama. full tank kereta aku meningkat dari RM70 kepada RM 98.70
nmpknye kene merancang penggunaan kereta dan merancang perjalanan. klu nk pergi ke satu-satu tempat kena pilih jln yg plg pendek, kurang jem dan tak berlobang
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 10:57 am
aku diam seketika……..
tp dlm 2 3 minggu lepas br canang nk trade in keta kancil yg come sbb dah ada yg 1.6… skrng cancel…
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 11:02 am
jentayutiara: better u gunakan kancil u tu sj. buat apa naik kete yg cc nya bsr. besar cc nya besar lg thp penggunaan minyaknya. besar thp penggunaan minyaknya maki rompong lah poket u.
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 11:07 am
apa lagi yang boleh dibuat melainkan kiter ramai2 pas ni nek basikal cam kat china ler…tak pun pas ni kereta kn cipta guna solar jer 100%…
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 11:52 am
ahmoi: cadangan yg baik. tp u mampu ke nk kayuh basikal 30km sehari? pasal keter solar, klu mlm tu boleh bertahan ke sampai matahari terbit? org bandar, mlmnya sentiasa hidup. mau kesesakan di waktu mlm sbb kete2 solar berhenti tgh jln sbb kehabisan tenaga termasuk tenaga simpanan
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 11:53 am
pas ni Barang mesti Naik. aku yang gaji rm2k pun pasti terasa. tak tau la yang berpendapatan kecil.
dunia…dunia
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 11:59 am
roshaizul: mmg sgt terasa bro. aku pun terasa wlpn gaji aku sam ngn ko dan masih bujang. adusss. membebankan!
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 2:20 pm
apa kata kiter naek beskal je?
weh..siyes nie weh…
kiter wat demo la..
naek beskal tau!
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 4:11 pm
memang sungguh hampeh la hari neh. haha
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 6:18 pm
Naik basikal aku rasa tidak praktikal jika diMalaysia.Sebab?Orang kita tak sama mcm jepun/china yang duduk dlm bandar.Majoriti dari kita duduk dalam lingkungan 15km-30km dari tempat kerja.Jadi cadangan berbasikal adalah tidak praktikal.
Penggunaan pengangkutan awam pula mungkin cadangan paling bagus buat masa sekarang.Tetapi ape yang menyedihkan,kecekapan sistem itu adalah penghalang utama kepada ketidak “efisien” sistem pengangkutan awam sendiri.
Jadi ape yang terbaik aku rasa adalah kita perlu bergerak dengan lebih bijak untuk menjimatkan penggunaan.Selain dari cuba mencari sumber lain yg mampu cover pertambahan belanja minyak.
Petrol dah naik tak turun dah.Aku yg duduk luar negara pun rasa macam..”Gila ke ape Malaysia skrg”
Dan aku kasi nama baru “FUCKlah!”
[Balas Komen Ini]
June 5th, 2008 at 7:20 pm
~ melampau la naik sampai rm0.78. kalo takat naik 10sen dua tuh leh tahan la lagik. tak consider langsung kat org2 yg berpendapatan rendah n sederhana. mmg melampau giler la KERAJAAN MALAYSIA ni.
dah dlm keadaan mcm nie, terpaksa lah naik bas. area PJ tak banyak kemudahan LRT. so, bas jer la yg mampu kot. tue pun tak tau baper kali bas baru leh sampai ofis. time nak g site baru bawak keta. dah la bawak auto, mmg terasa la 78sen seliter tuh. ~
[Balas Komen Ini]
June 6th, 2008 at 8:17 am
heartless devilish: naik basikal mmg la boleh kurangkan kesan kenaikan harga minyak. tp i rs xbrp efektif. brp lama u boleh thn kayuh basikal. rs nya seminggu je. lps tu u akan merungut sbb sengal2 kaki dan bdn :D
KNizam: tersangatlah hampeh
cikahmad: aku rasa perkara yg terbaik ialah kita kne merancang kembali perbelanjaan seharian kita. kemudian cari cara utk tmbh pendapatan
p/s: nm br tu mmg sesuai —> kwn aku kata
mizzamy: mmg terlalu membebankan terutamanya pd golongn pendapatan rendah. bygkan org yg bergaji 600 sebulan. isi minyak moto 5ringgit sehari. kali 30hari = 150. tggl RM450. byr duit sewa RM200 tinggal 250. boleh hidup ke?
[Balas Komen Ini]