Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau!

Kawan-kawanSeminggu masa senggang aku habiskan dengan membaca. Majalah-majalah kejuruteraan, remaja, wanita malah novel-novel cinta sudah 2 buah aku habiskan. Boleh kata di saat ini mood romantik aku berada di tahap tertinggi. Aku jadi sangat sensitif dengan nada suara, ekspresi wajah dan lenggok tubuh wanita hinggakan aku rasa aku boleh membaca isyarat yang cuba disampaikan. Tapi aku tak mahu huraikan di dalam entri ini. Cukuplah ianya berhenti di sini. Tergantung… Nota pendek; abaikan intro ini kerana intro ini tiada kaitan dengan tajuk.

Sesi perbahasan parlimen ‘kedai kopi’ bersama sahabat aku kemudian disusuli pertemuan dengan bekas teman wanita berserta seorang kawan di zaman diploma, memberikan aku ilham untuk menulis entri ini. Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau. Mungkin sedikit pelik bunyinya tapi ini adalah realiti yang berlaku dalam hidup aku dan mungkin juga kau. Sedikit sebanyak aku mengaku apa yang aku ada dan sedang perolehi sekarang adalah hasil interaksi aku dengan manusia bernama kawan. Mari baca cerita aku…

Aku pernah melalui fasa hidup yang aku label sebagai ‘Zaman Kegelapan’. Ketika itu aku berkawan dengan mat-mat gian dan mat-mat rempit. Orang stim dam dan batu, aku juga mahu cuba. Orang pergi merempit; cilok-cilok celah kereta dan superman. Owh! Itu sangat kool! Aku mesti turut serta. Kira masa tu dah tak ingat apa. Keluarga, universiti dan jadi engineer macam sekarang mana aku pernah fikirkan. Semuanya pergi jahanam. Hidup mesti enjoy! Nasib baik aku tak hanyut lama dengan kawan-kawan aku tu. Kalau tidak aku dah lama masuk dalam lokap ataupun pusat serenti. Syukur…

Kemudian masuk universiti, masih terkontang kanting tak tahu nak jadi apa lepas graduate. Nasib sebab masa tu aku rajin bergaul dengan mereka-mereka yang dah berjaya dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan. Diorang jadi kawan aku. Aku sangat kagum dengan diorang. Dalam diam aku tanamkan impian satu masa nanti aku mesti mahu jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Diperkenalkan pula dengan industri minyak dan gas juga oleh seorang kawan yang bekerja dalam bidang ni. Aku tetapkan matlamat lepas graduate aku mesti masuk bidang ni sebab ini adalah langkah permulaan yang baik untuk aku capai impian aku. Zaman Kegelapan bertukar kepada Zaman Pembaharuan. Hasilnya adalah aku sekarang ini. Mula melangkah ke arah apa yang aku telah rancangkan. Syukur sekali lagi.

Mungkin kau bosan baca rentetan hidup aku. Tapi aku tuliskan juga sebab aku rasa ianya adalah contoh yang sesuai. Pengaruh rakan-rakan dalam perjalanan hidup aku. Bukan khayalan atau imaginasi. Tapi realiti. Apa yang aku mahu tekankan, berhati-hati dalam berkawan. Kawanlah sebenarnya mempengaruhi hala tuju hidup kau. Bukan ibu-bapa mahupun adik beradik kau.

Berbuih mulut mak ayah bagi nasihat, kau rasa lekat ke dalam otak kau? Bertuah… Yang kau dengar adalah kata-kata kawan-kawan kau. Sebabnya hampir separuh dari masa seharian kau, kau habiskan dengan kawan-kawan bukan dengan keluarga kau. 24 jam sehari; 8 jam kau habiskan dengan kawan-kawan (di office atau di kelas), 2 jam terperap dalam kesesakan lalu lintas, 4 jam bersama keluarga, 2 jam untuk bersendiri dan 8 jam lagi untuk tidur. Kau buat perkiraan matematik berdasarkan data yang aku bagi. Besarkan peratusan masa yang kau habiskan dengan kawan-kawan? Besar tu lah pengaruh mereka dalam hidup kau.

Teringat kata dari seseorang “Kalau kau mahu jadi Dato’ kenalah berkawan dengan Dato’-Dato’, kalau kau mahu jadi jutawan kawanlah dengan jutawan juga dan kalau kau mahu jadi sampah masyarakat kau tahu dengan siapa kau perlu berkawan…” Betul juga. Tak kanlah kau mahu dapatkan title Dato’ tapi berkawan dengan buruh binaan. Sampai mati pun kau tak akan dapat title Dato’ tu.

Apa-apa pun aku tak suruh kau berkira-kira sangat tentang darjat bila berkawan. Orang-orang yang lebih rendah pangkatnya pun sebenarnya punya sesuatu yang bernilai untuk kau pelajari daripada mereka. Yang penting tepuk dada tanya selera kau.

Kepada kawan-kawan blogger, aku bukan menghilangkan diri. Cuma sambungan internet yang masih menyesakkan kepala aku buatkan aku hampir kehilangan mood untuk online. Jadah apa TMNet kalau aku sudah guna status mak aku sebagai staff TM tapi masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak mereka. Cess… Sabar aja lah…

Tags: kawan, kehidupan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

31 Respons untuk “Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau!”

  1. 1 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Ha.. betul2.. Dulu aku diploma sama kos ngan si Syam nih.. x bley masuk la kepala dia waktu tu.. Nasib baik la dia ni org yg bagus.. cepat berubah, jadi berjaya dalam apa yang dia inginkan. Bercakap pasal kawan, mmg byk pengaruhnya. Aku degree ngan bdk2 yg umur 2 tahun muda dr aku, aku pon jadi 2 tahun lebih muda.. hahaha.. tp otak still mature ke depan, perangai plak yg jd muda.. hoho… Tahniah.. and good luck kalu nak jadi Dato’!!!

    smaelz83 punya post terbaru..Changing Domain

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahaha mael. teringat zaman kita belajar sama-sama dulu. aku selalu bangkang apa yang ko buat. wahahaha… tapi tu semua jadi memori indah utk aku.

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ berkawan tak salah, cuma kena tahu la mana yg baik atau tak. i pun ade ramai kawan yg mcm2 perangai. yg terlampau baik pun ade, yang terlalu la bitchy pun ader. just berkawan, kadang2 pengalaman diorg tuh leh memberi pengajaran buat kita. ;)

    cea, dating ngan ex-gf ekh? patut la seronok sakan. :P ~

    ~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Birthday Party - ORANGE mood ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! saya banyak belajar dari kawan-kawan saya baik yang buruk atau yang baik. itu semua bagi saya adalah warna-warni hidup saya yang mencorakkan saya sekarang

    dating ngan ex-gf takde la seronok sangat pun. mcm biasa je. sama macam keluar dgn kawan-kawan :P

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 megatNo Gravatar mengomen pada

    suka sgt dgn entri nie. benar bagai dikata. masa kita byk habis dengan kawan. aku juga seperti kau, suka entri sbb ada nyk persamaan dgn hidup aku dan cara memilih kawan.

    cuma kita perlu sedar memilih yang tak sama taraf bukan bermakna tak baik tapi perlu bijak menilai apa yang mereka katakan malah menjadikan pengalaman yang berharga.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    itu aku setuju. tak semestinya yang rendah taraf dari kita itu kurang bijak dari kita. bahkan sebenarnya mereka punya perspektif yang jauh luar biasa dr kita. itu yang patut kita cari dan pelajari

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 aloneNo Gravatar mengomen pada

    aku setuju sesangat dengan entri kau nih. memang betul kawan2 bagi pengaruh yang besar dalam diri kita.

    sebab tu kita kena pandai memilih kawan.

    kawan jangan xberkawan. tspi hati2 bila memilih. kerana kawan kadang2 makan kawan. dan kadang2 kawan boleh jadi lawan.

    alone punya post terbaru..Do What You Need To Do

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang beb. aku dah banyak kali kena tikam belakang oleh manusia yang aku anggap kawan. disangka baik rupanya hampeh. tapi tak mengapa. aku anggap semua itu adalah pengalaman dan pengajaran

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Wah. Intro itu mesti ada kisah disebaliknya kan. Hi hi.

    Saya setuju! Kan ada pepatah, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wanginya. Kalau kawan dengan si tukang besi, kita akan dapat bau besinya. Er..gitu lah lebih kurang.

    Enche’ Syam, tak mau pakai broadband kah? Bukan ke lagi mudah. Aeropy pun dapat kawan baru nanti. He he.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    heheh… intro itu ada kisah disebaliknya. tp biarlah di tangguhkan ceritanya. :P

    kata-kata yang awak quote itu rasanya dari hadis Nabi s.a.w kan? sebab saya pernah dengar hadis itu…

    sekarang streamyx saya sudah berfungsi. bolehlah saya berblogging dgn ganasnya

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    hehehehe. nagus bro kalau dah berubah. Interkasi dengan kekawan rapat mmg mampu merubah pendirian, cara pemikiran dan perbuatan kita. Mgkn sebab tu lah kebanyakan tajuk karangan di masa sekolah lebih berkisarkan kepada pengaruh rakan sebaya. hehehe. Apa pun tahniah sebab dah mempunyai fokus dan mendapat apa yg dingini. teruskan usaha dan jangan sia-siakan apa yg telah diberi.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih bro. kata-kata kau jadi azimat penaik semangat aku. cewah… :D

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aper masalah streamyx ko…kasi citer sket kt aku..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahahha… streamyx aku dah berfungsi hari ini. sukanya hati aku. lepas ni aku boleh blogging dgn ganasnya

    [Balas Komen Ini]

    taukeyNo Gravatar

    jangan ganas sangat. hahaha.

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 emmacommeyNo Gravatar mengomen pada

    “kalo nak taw peranagai kite…tengok sape yang paling rapat dengan ko…” ki3…bila aku tengok kwn yg plg rapat dengan aku…aku akan kate…”ish…ish…ish…buruknye perangai aku…”

    lalala~~~~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup. itu adalah salah satu cara bagaimana nak tahu perangai seseorang. tanya pada rakan baiknya…

    [Balas Komen Ini]

    taukeyNo Gravatar

    ni tak pernah plak aku terfikir. Adakah dilihat pada best friends sahaja ataupun secara kesuluruhan kawan.? hehehe. tapi aku rasa ada betulnya benda ni. sebab kekadang aku pun rasa camtu gak. aku tgk kawan berperangai gitu, tetiba teringat sendiri pernah buat gitu. ish ish ish. hehehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bagi aku mmg betul. kalau kau nak nilai diri kau sendiri kau lihat dgn siapa kau banyak habiskan masa kau, bagaimana perangai orang tersebut kemudian tanya apa pandangan dia pada diri kau? nanti kau boleh nilai diri kau…

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    erm,kawan saya semuanya lebih kurang je macam saya. takde yg pelik-pelik sgt pn setakat ni. alhamdulillah. kalau saya dengar yg pelik2 pasal dia, saya cuma harap saya takkan terikut-ikut dgn perangai dia.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    berkawan tidak slah cuma jangan hanyut sudahlah cik ixora… bahaya…

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 KNizamNo Gravatar mengomen pada

    aku setuju! memamg kawan2 akan mencorakkan kita. hehe :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    dan kau adalah antara kawan yang mencorakkan aku skrg ni. mencorakkan aku menjadi seorang blogger lebih serius. wahahaha

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 blueseberryNo Gravatar mengomen pada

    hurmm..betol.. org cakap, kalau nak pilih calon isteri yg baek, p tgk mak dia camne perangai.. kalau nak tgk diri sendiri, p tgk kwn dgn sape.. tp kalau nak jd lebih baek, p tgk musuh sendiri..
    tp kalau nak tgk camne org tu, kte kena kwn dgn dia…

    but dont to much rely on ur friends since we grow enough

    peace bro ;)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! satu tips yang baik utk aku mencari calon isteri ni. agaknya miss blueberry ni mcm mn pula orangnya?

    [Balas Komen Ini]

    blueseberryNo Gravatar

    who am i..?
    im not a girl, not yet a woman.. ;)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu… abis tu kamu ni ape? dua alam ke? wahahahah

    [Balas Komen Ini]

    blueseberryNo Gravatar

    dua kuasa dua = empat.. :p

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aliffNo Gravatar mengomen pada

    Salam,
    Aku lama tak jumpa internet he!he! Baru berkesempatan baca artikel kau. Bagus.

    Dulu aku ada ramai kawan, namum paling berharga ialah sahabat. Sahabat yang menjadi penanda aras bagi diri kita, kalau kita sedarlah. Kawan-kawan kalau dapat yang baik, baguslah… yang buruk kita turut terpalit lumpur!

    Selamat bersahabat dengan aku!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih kerana masih mahu membaca artikel aku. aku amat hargai usaha kau…

    yup aku setuju! mencari seribu kawan tidak mustahil tetapi mencari seorang sahabat ibarat mencari seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita… sangat susah…

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 titanNo Gravatar mengomen pada

    benar. Kawan itu penting..

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>