Job or Career…

Hari ni saya dapat satu lagi panggilan dari pengeluar kereta nasional, Proton menawarkan jawatan jurutera a.k.a ‘kuli’ pofessional kepada saya. Gundah gulana saya dibuatnya. Mana satu hendak di pilih. Perodua atau Proton. Rakan-rakan kata kalau nak kerja ‘relax’ kerjalah dengan Proton tetapi kalau nak kerja mencabar dan dilanyak macam orang Jepun bekerja, kerjalah dengan Perodua. Gaji yang ditawarkan pihak Proton memanglah lumayan. Lebih lumayan dari gaji pihak Perodua dan pastinya jauh lebih lumayan dari gaji yang saya nikmati sekarang.

Tetapi hati saya masih lagi teragak-agak. Di tambah pula pujukan dari majikan saya tadi. Makinlah sayu hati nak meninggalkan syarikat. Terasa betapa diri saya ini di hargai oleh pihak atasan. Apa yang saya mahukan adalah kepuasan bekerja. Setiap masa saya tahu apa yang saya lakukan dan apa yang saya mahukan. Persekitaran bekerja yang mempunyai suasana persaingan. Itulah apa yang saya mahukan. Bukan suasana bekerja di pejabat kerajaan. Kerja untuk ‘relax’ dan mem’bodek’ untuk naik pangkat. Bukan untuk menaikkan prestasi kerja.

Powered by ScribeFire.

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>