Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?

Banyak Duit Aku Suka!Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi dan hargai. Aku sangat berpuas hati dengan feedback yang aku terima dari kau dalam entri Elakkan Bangga Dalam Pembelian. Kau memang superb! Aku sayangkan kau.

Aku terima beberapa komen yang sangat kontra dari pendapat aku. Itu sangat bagus. Aku sudah dapat merasa ada hubungan dua hala antara aku dan kau. Jadi teruskan dengan memberi komen dan pendapat kau. Aku akan tetap menulis entri yang mungkin bukan stereotaip tetapi ianya adalah realiti dalam kehidupan kau dan aku.

Membalas komen kau di sana berikan aku ilham untuk menulis entri sambungan kepada entri tersebut di sini. Aku mahu menulis bagaimana kau mahu bezakan apakah itu penjimatan atau pembaziran dan yang mana keperluan dalam perbelanjaan kau. Jadi mari baca sampai habis…

Orang selalu berkata, barangan yang mahal adalah berkualiti. Bagi aku statement tersebut tak relevan. Dulu aku juga berfikiran begitu tapi ada sesetengah produk yang pernah aku beli dan langgan, harga yang mahal tapi kualitinya sangat tahi. Contoh kau langgan perkhidmatan telefon mudah alih yang mahal yuran bulanan dan kadar penggunaannya. Adakah harga yang mahal melambangkan kualiti talian kau? Bullshit… Kualiti untuk talian telefon adalah berdasarkan coverage dan servis tambahannya bukan pada harganya. Selagi kau boleh terima signal walau di tempat yang ceruk, perkhidmatan itu dikira berkualiti biarpun pada harga yang sangat rendah.

Kau berkata pada aku, bagaimana kalau aku jadi ahli perniagaan? Tak akan aku mahu gunakan kereta Myvi usung client dan makan di warung tepi jalan untuk close deal yang berharga berjuta? Aku tak sarankan sampai ke situ. Prinsip aku mudah. Dalam berniaga kalau kau perlu keluarkan duit yang sedikit besar jumlahnya untuk dapatkan jumlah yang berlipat kali ganda lebih besar, maka jangan ragu-ragu keluarkan duit kau. Kau tak mahu keluar modal untuk dapatkan keuntungan yang besar, itu kedekut dan bodoh namanya. Tapi kalau kau sekadar beli kereta mewah untuk bermegah-megah bukan untuk tujuan kau jana wang dengan lebih banyak, bangang yang akan aku cakapkan kepada kau. Tiada faedahnya bang…

Memang tak salah untuk kau beli barang-barang mewah sekali sekala untuk beri reward pada diri kau. Aku juga buat begini sebagai menghargai diri aku yang bersusah payah cari duit siang dan malam. Kau berhak manjakan diri kau. Tapi ingat! Jangan melampau-lampau. Nanti kau akan menyesal. Percayalah… Aku dah lalui semua itu.

Aku dan Noktah Hitam risau melihat kau yang masih belajar di IPT, belanjakan duit pinjaman pada barang-barang; telefon bimbit model terkini dan shopping sakan beli baju-baju yang trendy. Mahal lak tu. Biar berhabis duit pinjaman kau. Janji kau nampak up-to-date dan kool. Jadah apa? Memang kau rasa puas hati dan bangga  dapat barang idaman kau tapi bila kau dah graduate, lepas tu masih tanam anggur, si pemberi hutang pinjaman kau pula dah melalak mintak bayaran, mana kau nak cekau duit? Koolkah namanya? Aku sarankan lebih baik kau simpan sedikit (masa kau masih belajar) untuk kau bayar pinjaman lepas graduate.

Aku sendiri pernah laluinya (Joli sakan kemudian menyesal sebab tak buat simpanan dan pelaburan guna duit pinjaman yang banyak tu). Syukur sebab aku punya kerjaya yang berikan aku pendapatan yang cukup lumayan. Jadi bayar hutang pinjaman bukan satu bebanan bagi aku. Aku tak tahu kau pula bagaimana nanti lepas graduate?

Di sini aku mahu bagi kau prinsip mudah dalam berbelanja. Kalau kau rasa keluarkan duit untuk barang yang mahal dan mewah itu berguna kepada diri kau, maka belanjalah. Kalau kau rasa tak berguna, aku sarankan kau buat pelaburan untuk tambahkan lagi duit kau. Biar kau sedikit susah di masa muda kerana berniaga dan melabur, asalkan di masa sedikit tua kau sudah mampu hidup senang lenang. Kau bukan mahu hidup setahun dua tapi kalau boleh kau mahu hidup selama mungkin kan? Jadi ingat, apa yang kau buat sekarang menentukan apa yang kau akan jadi di masa hadapan.

Tags: berbelanja, duit, pengguna bijak, wang

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

51 Respons untuk “Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?”

  1. 1 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Mm..kesimpulannya, untuk berbelanja, kita kena berpatutan lah kan. Jangan jadi kedekut sangat macam haji bakhil, atau jangan boros sangat macam Rebecca si shoppaholic (Sophie Kinsella) tu.

    Saya dah masuk semester 6 baru ada kesedaran nak menabung daripada baki biasiswa. Ni tinggal 2 sem je nak menabung. Isk.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masih tak terlambat lagi atiqah. baguslah kamu punya kesedaran begini… yang penting adalah disiplin :D

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 megatNo Gravatar mengomen pada

    bagus ditujukan kepada student atau kepada mereka yang baru nak kenal dunia sebenar!

    aku dulu pun punyai pengalaman bab belanja duit pinjamana cuma aku kurang sikit berbanding rakan-rakan yang lain yang seperti kau ceritakan.

    kesedaran ttg penjimatan ini perlu timbul semasa muda supaya dapat kekalkan sikap itu di masa akan datang!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! aku menulis entri ini berdasarkan pengalaman aku. Aku pernah laluinya. jadi aku mahu kongsi pengajaran yang aku terima dek keborosan aku dengan pembaca ku di sini…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    ya..dan aku pernah melalui nya jugak dulu..walaupon aku xpernah beli barang2 mahal, tp pembaziran tetap juga berlaku di mana…tp aku rasa aku telah membelanjakannya ke arah yg terbaik…seperti menolong kawan2 yg kesempitan wang (walaupon diorang x baya2 balik duit tuh…hehe)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    membantu orang yang memerlukan adalah satu kepuasan yang tak terhingga. aku suka perasaan begitu…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    ya..tepat sekali..kalau ko tahu maksud nama aku..mungkin ko akan merasa camni…”oh patut la…dh mmg nama dia gitu..” =)

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 aloneNo Gravatar mengomen pada

    betul juga.. namun kadang2 aku membeli sesuatu dengan harga yg agak mahal kerana aku suka barang/produk yg tahan lama dan berkualiti. (namun ada barang yg mahal tapi xbkualiti langsung, chait!)

    sebagai seorang student, langkah berjimat pastinya adalah langkah yang bijak kerana kehidupan selepas tamat pengajian mungkin memerlukan mereka menggunakan wang simpanan.

    pelaburan.. hm.. kena fikirkan dulu..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul beb…lepas kau study, kau nak cari kerja memerlukan duit juga. kalau kau dah habiskan duit pinjaman kau, mana kau nak cekau duit kau? kalau ada simpanan ok lah… nak harap ibu-bapa, itu pun kalau diorang senang. yang susah macam mana?

    melabur best beb…cuma kena bijak dan berani…

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 mazudiNo Gravatar mengomen pada

    Zaman aku study dulu tak semewah korang study sekarang. Everything is minimum, tapi hari hari pertama duit masuk, enjoy la jugak, tapi bukan lah dengan beli gadget apa segala. Kena ingat hujung sem bila sumbernya kadang kadang mencecah dibawah paras minima.

    Bila dah start kerja, ada kawan cakap, kau akan dapat simpan duit bila kau jalani hidup kau yang minima seperti kau student dulu. Aku pegang prinsip tu pada peringkat awal. Tapi, lama kelamaan, bila duit mula “ada” sedikit, kau mula untuk rasa balas dendam terhadap kehidupan kau yg lampau. Nak beli dan merasa semua benda yang kau terlepas sewaktu kau belum kerja dulu. Dan kena ingat juga yg bank senang sekali utk beri kad kredit pada kalian.

    Perkara pokok ialah disiplin. Kena berdisiplin dalam berbelanja dan berdisiplin dalam berjimat.

    Boleh buat entri baru ni.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhuhu… aku rajin melabur tapi rajin berbelanja juga. aku faham semakin besar duit yang kau ada semakin tinggi keinginan berbelanja. maklumlah kuasa membeli semakin besar kan?

    aku setuju kalau kita tak pupuk disiplin dari awal amat sukar nak lakukan bila kita semakin berusia… jadi aku mahu mulakan disiplin pengguna bijak semasa aku masih lagi muda

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 Princess LiyanaNo Gravatar mengomen pada

    jangan membazir:)huhu

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 zamzNo Gravatar mengomen pada

    kekadang kalau dah ikut nafsu…apa pun dah tak ingat dah

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 kisah lelaki tua bersinglet tuisyen orang kaya money maker | :: my life 4 hire :: mengomen pada

    [...] Orang tua yang bersinglet… submit_url = “http://life4hire.berceloteh.com/2008/08/orang-tua-yang-bersinglet/”; Hari ni aku nak berceloteh dalam bahasa ibunda aku. Bukan aku nak kecek kelate tp cukup la sekadar aku berbicara dalam bahasa Melayu biasa ( xde la nak baku sangat kan?). Entry ni aku tujukan khas kepada Syam di atas entry ko yang bertajuk “Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?” [...]


  9. 9 arissNo Gravatar mengomen pada

    tapi perlu diingat jangan sampai bayar zakat n bersedekah tu dianggap membazir jg. in a way, tu pun pelaburan juga, lg besar untungnya, insyaallah.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bro… bagi aku membayar zakat dan bersedekah adalah cara untuk aku bersihkan rezeki aku. aku tahu sebhagian pendapatan aku ada hak orang lain di dalamnya.

    lagipun aku suka satu perasaan yang sangat best bila aku memberi sedekah dan bantu orang yang sangat memerlukan…

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ nak berbelanja lebih tuh tak salah if kena pada tempatnya dan caranya. bak pepatah ‘alah membeli menang memakai’.

    cakap pasal loan masa belajar, dulu habiskan duit loan tuh betul2 untuk my projects. budak design memang banyak guna duit pun. nasib la parents ada gak bantu skit2. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bagus..awak menggunakan duit pinjaman awak pada tujuannya…

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    prinsip aku “jangan kedekut keluarkan duit kalau itu berbaloi dan mendatangkan hasil yang berlipat ganda”..aku cerewet sikit pasal duit serta masa…dua perkara yang menjad sebab aku ngan pasangan aku selalu berbalah…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahahah… aku juga amat cerewet tentang masa. aku paling benci orang yang berjanji tapi tak tepati. terutamanya masa dating.

    selalunya teman wanita aku yang lambat. tapi aku tak tegur sehinggalah masa aku hantar dia balik rumah (takut qualiti dating aku berkurangan). lepas kene tegur, kami pun bertekak la… hahahahha

    tu pasal aku takde girlfriend sampai sekarang…:P

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    barangan yang mahal adalah berkualiti
    mahal yuran bulanan dan kadar penggunaannya?
    – tu bkn ke ader syarat2 yg ditetapkan psl tu? mcm.. ntah.. sy x sure sgt dgn msia nye ni
    klo xsilap sy cam penah dgr je org ckp yuran bulanan rendah tp charge mahal (sesuai utk org yg nak gner line tapi xslalu guna utk call)
    napa tak bandingkan antara guna line dgn top up je?
    lagi berbaloi kan?
    sy agak xpuas hati dgn cara top up kat mesia (sori lari tajuk sket tp sy rasa interesting la psl ni)
    kat mesia, top up mesti ada tarikh expire xkisah la guna abes ke tak, kan? perlu ke expiry date tu? seriously, TAK PERLU LANGSUNG!
    ******************** patah balik to the topic..
    sy still rasa yg barang mahal ttp kualiti bagus (most things la)
    contoh.. beli myvi dgn beli mercedez, langgar blakang lori treller (mintak simpang la sgt2), myvi sure hancur terus kan?
    mercedez? ade harapan kot org kat dlm tu still alive
    contoh lg simple.. mercedez langgar kancil, kancil tu teruk cam baru lepas langgar treller padahal mercedez tu calar sket je
    tak ke mahal tu lg berkualiti?
    ************
    sy xstuju sgt2 bila awak cakap:
    sekadar beli kereta mewah untuk bermegah-megah bukan untuk tujuan kau jana wang dengan lebih banyak, bangang yang akan aku cakapkan kepada kau

    sy xrasa org beli kereta mewah utk nak show off. awak nak org hormat kat awak? awak nak org layan awak baik skit? cber awak bawak porche (cewah! haha sy nak tp xmampu pun!!) pastu masuk kawasan istana (ade la keje pape dlm istana tu) pastu nmpak polis yg tgh ronda.. sure polis tu tanya, “Encik, boleh saya bantu?”
    sopan kan?
    sy penah masuk istana bawak kembara 2nd hand sy (sy still sker kembara sy tu :D) polis tahan jap tanya, “Ni masuk cari sapa ni?”
    sopan? sy tanya awak.. camtu ke patut polis layan org?
    sy mmg sgt panas time tu!!! psl kalo sy bawak kete yg cun sket, sure polis tu layan sy elok2

    kereta mewah bukan utk nak megah2 (come on la!! kereta org bawak gi memane kan? nak megah camne lagi??!)
    kereta tu melambangkan org yg bwknye jugak kan?
    contohnya.. if sultan bawak kete kancil (oh sgt tak mungkin) pastu xde plak escort2 dia, dia terspeed up pastu kena tahan dgn polis, ada polis tu nak cakap elok2? (if polis tu tak kenal muka sultan la hehe)
    make sense?
    ****
    mmg sgt menyedihkan mcm mana org2 slalu layan org lain ikut kekayaan seseorg tu
    bawak kereta mewah? org hormat awak
    bawak kereta biasa2? org buat layan x layan je walaupun it’s our right since we bayar cukai and all
    sy tak rasa itu megah, psl we deserve to get the best in everything! to get the best, we should be the best of ourselves
    p.s : kepada abg2 pakcik2 polis. sy mmg x puas hati dgn kamu2 sume n mmg sy sgt bengang dgn kamu

    **********
    beli apa yg patut, rancang pembelian n fikir the what-if questions bila beli or tak beli

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahahaha…awak memang suka jadi pengkritik saya. kool!

    saya cuma beri contoh saja untuk menunjukkan mahal tak semestinya berkualiti dan saya fikir contoh untuk perkhidmatan telefon adalah yang terbaik… pasal topup tu saya tak boleh nak komen sangat sebab saya membesar di tanah air saya tak seperti awak yang menjejak kaki ke luar negara. jadi pengalaman awak pasti jauh berbeza dari saya kan? mungkin awak boleh kongsi nanti…

    pasal kereta tu, dari sudut kejuruteraan, kereta memang direka untuk remuk pada semua bahagian kecuali di bahagian penumpang. kenapa? utk minimumkan kesan impak yang memudaratkan keselamatan penumpang. saya tak nafikan yang kereta mewah lebih tahan dan kuat dibahagian ini berbanding kereta yang lebih murah. tapi faktor lain mesti diambil kira. kelajuan, kemahiran memandu, persekitaran dan lain-lain.

    berkenaan orang hormat kita kerana kebendaan dan pangkat. owh! saya tak prefer hormat sebegitu. kenapa? sebabnya di hormati kerana kebendaan dan pangkat adalah tidak kekal. contoh lihat saja pada Dr M. masa jadi PM semua orang dok jilat bontot beliau. lepas beliau bersara, beliau dilayan seperti pariya<— ini ayat Dr M sendiri. Saya lebih prefer dihormati kerana ilmu dan keperibadian. itu akan kekal lama. awak nak pilin mana. yang bersifat sebentar atau yang kekal? pilihan ditangan awak dan saya pasti awak ada otak yang bijak untuk fikirkannya…

    panjang gila komen kita ni. wohohoho

    [Balas Komen Ini]

    AdilaNo Gravatar

    tapi faktor lain mesti diambil kira. kelajuan, kemahiran memandu, persekitaran dan lain-lain
    ..tapi, tak ke nyawa tu lagi penting?
    spend banyak skit utk kenderaan apa salahnya
    ok ok.. awak betul psl kereta mmg direka utk remuk kat semua bahagian kecuali penumpang, fikir this way.. kancil langgar sikit bukan main lagi kereta tu cam langgar treller, mercedes bercalar sikit je..
    kancil murah kan? (murah dari kereta lain2 je la) mercedez mahal kan?
    bila kereta remuk macam tu, nak buat macam mana lagi?
    kena spend banyak duit nak repair kan? mana lagi berbaloi?
    cuba kalau.. konon la slalu kena langgar tiap2 bulan, tak ke nanti duit yang dikeluarkan utk perbaiki n all tu akan agak2 boleh je cecah macam harga mercedez tu? (nearly je kot)

    *************
    pasal org hormat plak..
    sorry dude! that’s life
    you’re a nobody? nobody will give a damn about you
    Saya lebih prefer dihormati kerana ilmu dan keperibadian
    berapa ramai org dihormati psl tu? ada ke? saya quote balik contoh awak.. Dr M
    beliau sgt terror, saya memang tabik la kat beliau lagi plak dengan apa yag kita ada sekarang byk yang hasil dari pimpinan beliau (tak masuk cite politik ye :P)
    berapa ramai orang yang sekarang kutuk kaw2 beliau? sedangkan semua orang memang admit beliau memang seorang yang hebat
    saya nak org hormati saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia di negara saya sendiri
    kenapa org tak hormati saya sedangkan saya tak bersikap kurang ajar kepada org lain?
    saya tak rasa itu salah utk dihormati kerana benda dan pangkat
    beli barang2 mewah sebab mampu. dapat pangkat kerana berusaha ke arah itu
    kita memang tak boleh nak kawal or ajar orang lain untuk ada adab sopan
    ini kan common sense je?
    menghormati setiap orang tidak kira yang tua mahupun muda
    deal with it. tak ada pangkat, tak ada kebendaan, org buat tak layan je
    bukan niat nak menunjuk2 pun dengan kebendaan, tapi, ini adalah satu cara untuk mendapatkan layanan yang terbaik
    awak tak setuju? hrmmm.. mesti pasal nasib awak baik je memanjang tak pernah orang sound kat awak tak tentu pasal walaupun awak tak salah :P

    p.s1 : ish! tetiba plak ejaan sy jadi bagus. terpengaruh la plak.. adesssss hehe :P

    p.s2 : ni komen ke tulis karangan? WAHAHAHAHAHA :P :P

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 Along ArmanNo Gravatar mengomen pada

    barang mahal tak sEmEstinya bErkualiti…
    tak kisah barangan yang di bEli tu mahal atau murah..
    asalkan barangan tu tahan lama & sElEsa di gunakan…
    pEndapat orang bahawa barangan yang mahal itu bERkualiti adalah salah sama sEkali

    p/s: sElalu bEli brg yang takdE brand pun.. murah dan sElEsa di pakai..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yup! barang mahal tak semestinya berkualiti. terutamanya barangan pakai buang. tak guna beli mahal2 sangat sebab akhirnya bila habis akan dibuang ke tong sampah juga. contoh macam tisu…

    murah, selesa dan cantik. itu adalah bonus…

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 kuinaNo Gravatar mengomen pada

    tak salah sesekali beli brangan mewah utk reward diri sndiri… yer la kerja teruk2 kan.

    Akak prnh beli sunglass harga RM1XXX tp hilang masa hantar cuci keta.. nangis & rasa nyesal tramat sngat masa tu. Bila nk beli pula fikir 100x… cr yg biasa2 aje tp memenuhi keperluan.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! spek harga dekat seribu tu kak ina. saya sendiri rasa sedih kalau hilang

    pernah juga teringin nak beli sunglass yang original. tapi bila memikirkan untuk pakai sunglas dan nampak kool, saya perlu pakai lens sebab saya rabun. pakai spek lagi. jadi saya lupakan saja keinginan saya tu. membazir…

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    nak beli barang branded boleh tapi ukur badan dulu…kalau teeerriiinginnn sangat belilah time sale..TAPI..ingatlah..plan baik-baik dulu baru beli..kang tak fasal-fasal lak tak makan..sapa susah..sendiri susah..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    nasihat saya, jangan berbelanja melebihi pendapatan. itu tak bijak namanya…

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 maenNo Gravatar mengomen pada

    aku bebelanja mengikut keperluan sahaja. Selagi benda yang aku pakai masih dalam keadaan baik, aku akan teruskan sehingga jahanam!!

    Bab barang ada jenama ini, keinginan manusia untuk membeli adalah besar. So, beli jika mempunyai wang lebih..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhuhu… aku beli kasut yang mahal aku akan pakai sampai jahanam macam kau buat…

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 EbookFreeNo Gravatar mengomen pada

    aku banyak tgk budak sekarang macam tu… tetambah bila loan masuk je… sume tukar. HP baru, baju baru, rambut pun tukar kaler cakap lu… budak zaman sekarang memang terikut trend sekarang… nak bergaya tapi tak selamat… duit loan tu… bukan duit sendiri…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    duit loan tu duit sendiri. tapi bukan percuma. kena bayar beb. siap bunga lagi…

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 RadzianNo Gravatar mengomen pada

    Nak belanja atau tidak ? Tepuk dada tanya selera, belanja. Tepuk dahi tanya hati jimat.

    Dalam persekitaran sosio ekonomi yang semakin mencabar ni dik, belanja berpada-pada. Fikir kan juga masa hadapan, masa susah, masa tiada pekerjaan dan tiada pendapatan.

    Alangkah eloknya sekiranya saving yang ada boleh tanggung 6 bulan kehidupan tanpa pekerjaan. Kalau dah cukup “life boat” ni, belanja lah apa yang ada .. kalau tak belanja langsung.. nanti orang lain ambik duit kite..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul…saya setuju. sebab itu saya pernah buat entri bertajuk pengurusan kewangan sebelum kemelesetan ekonomi. dan apa yang abang cakap dah saya bincangkan di sana

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    memang masa memula dapat duit pinjaman dulu galak sikit berbelanja…time tu bukan mcm skrg…masa sekolah rendah dah ayah beli henset…so bila dapat duit pinjaman benda tu yg saya caru dulu (3310 rm500++ time tu)…huhuhu…

    sekarang menyesal juga tak menabung time tu… :(

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahahahah… aku pun sama macam kau. tapi aku tak gila henset. aku gila berjalan. abis duit aku pergi belanja utk melancong…

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    aku bermegah dengan kasut kerja yg aku beli dengan harga RM80 utk dua pasang. Nampak cam kasut mahal tapi sekali tengok dah beberapa bulan dua dua kasut mula buat hal. Tapak kasut hilang gam. hahaha.

    hutang pinjaman aku tak byk sikit jer. Aku habiskan dekat Rm1000 beli HP. Rm2000 dah masuk ASB. tinggal Rm6000 utk 2 tahun. ha ha ha.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau masih mampu menyimpan sebanyak RM2k dari pinjaman kau. kool beb!

    [Balas Komen Ini]

    taukeyNo Gravatar

    tu pun lepas kena paksa mak bapa. kalau tak tu pun habis agak nyer. Tapi dah aku fikir balik sekarang berbaloi jugak. tak rugi ikut nasihat mak dan ayah

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 callisterNo Gravatar mengomen pada

    saya bersetuju gak dgn pendapat syam..brg mahal xsemestinya berkualiti…
    contoh.. hari 2 g kuala kangsar dgn life4hire, sy beli satu kasut yg comel ni, harga murah je Rm 10 or 15 kalo xsilap la..smpai skang elok lagi, dekat setahun ada la..
    ada setengah kasut yg sy beli harga dekat rm60-70 tp pakai 2-3 months dah rosak..sakit ati..
    n kasut yg murah 2 pun selesa..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kawan jurutera saya pernah kata, kualiti tiada definisi yang khusus. yang penting asal kita puas hati dan tak komplen pada barang yang kita pakai, bermakna barang itu berkualiti…

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 MKNo Gravatar mengomen pada

    aku jarang ada desire untuk beli barang mahal2 macam baju ke, handset ke. ye la kan, dulu student je.

    tapi dulu, duit banyak habis kalau pergi keluar enjoy, atau dating. tambang yang paling mahal tu, isk, samada teksi ataupun kereta sewa, paling kurang pun RM40.

    skarang ni, naik lrt je. jimat. pakai la pas bulanan, rm100 sahaja sebulan.. hehe.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sama lah aku. banyak abis duit pergi jalan2 dan dating… wuhuhuhu… duit habis dekat perempuan yang aku tak ada keinginan untuk jadikan kekasih mahupun calon isteri. jadah apa aku ni?

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 najlaaNo Gravatar mengomen pada

    hehe..bercakap pasal blanje ni…aku as student jarang blanje mewah2…sebab aku x cerewet sgt pasal brand, yg penting nampak elok and selesa. Tp aku ngaku aku selalu beli barang2 yg tak berkepentingan pun sbnanye…my big prob is aku cepat bosan…bila bosan aku beli barg baru pastu beli lagi dan lagi…dah la guna duit scholar. Tapi sejak akhir2 ni aku dapat pencahayaan agung. aku setkan dengan strictnye duit dalam akaun bank aku takleh kurang dari sekian sekian nilai…so bila aku nmpak duit dlm bank dlm nilai kritikal aku kena stop blanje la no matter what!…aku ni kena main psycho sket bru berjaya…huhu…

    najlaa punya post terbaru..Dewasakah Aku..?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    huhuhu…normal ladies katakan. mmg cepat bosan dgn benda yang dibeli. kalau tak, takkan la boleh beli paling kurang 3 pasang kasut dalam sebulan kan?

    saya ada cadangan. apa kata awak simpan 10% pinjaman awak dalam akaun tetap kemudian selebihnya awak nak belanja awak belanjalah… macam tu lebih selamat.

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 aliffNo Gravatar mengomen pada

    Aku suka berjimat! Sebab gaji aku kecik!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    betul…jangan belanja luar dari kemampuan. kalau belanja luar kemampuan bencanalah akibatnya

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 bungaNo Gravatar mengomen pada

    erk ni salah satu kelemahan aku. x reti bejimat. pantang ade duit, ade je bende nak dibelinya. tp.. tp sblum duit tu habis, aku akan mula risau n pastikan amaun tu meningkat sebelum nilainya habis.

    ya aku setuju dgn kata2 kau.
    apa yg kite buat sekrang adalah penentu bg diri kita bg 5tahun akan dtg.

    so bg yg nak perubahan pd mase akan dtg, mulakan la dr sekarang.

    World is changing,
    Economic is changing,
    Goverment is changing,
    but how but u?

    Dont afraid to make a changes myfren.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    so we need to change too. to make sure ourselves are relevant with current needs. isn’t it bungahati?

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 bungaNo Gravatar mengomen pada

    pssstt…
    typo:
    1. Economic = Economi
    2. but = about

    :D

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>