Jangan Jadi Penjenayah Servis!
Aug 28, 2008 Community
Aku sedang menonton cerita Smallville Season 6 ketika aku mendapat idea untuk menulis entri ini. Walaupun dalam perancangan asal, aku tak mahu menulis blog malam ini tapi idea datang tak disangka-sangka dan di luar kawalan. Jadi lebih baik aku menulis sebelum aku lupa tentangnya…
Aku layari internet bila aku pulang dari pejabat tadi. Log masuk ke dalam blog, balas komen-komen dari kau semua kemudian merancang ingin blog hopping. Tapi malangnya kelajuan Streamyx yang sangat kaput memadamkan mood aku. Tahi!
Owh! Nampaknya pihak TMNet masih me’mekak’kan telinga, mem’buta’kan mata dan meng’kudung’kan tangan untuk ambil tindakan meningkatkan prestasi Streamyx. Aku sudah muak menunggu tindakan dari mereka. Di manakah kau letakkan muka kau? Tak malukah kau canangkan dengan gah servis ini tapi realitinya adalah sangat tahi. Jadah!
Kali ini aku labelkan pihak TMNet sebagai penjenayah. Ya! Penjenayah dalam servis. Kenapa aku kata begitu? Sebabnya mudah. Mereka menipu pengguna. Penipu dan penjenayah adalah sebangsa. Katakan kau langgan pakej berkelajuan 1 Mbps. Tapi adakah kau dapat gunakan 1 Mbps sepenuhnya sepanjang tempoh langganan kau? Tidak. Dalam sebulan pasti acap kali kelajuan Streamyx kau menurun pada tahap lebih lambat dari Dial-Up. Tidakkah kau sebagai pengguna rasa tertipu?
Aku sakit hati lihat tahap servis di Malaysia. Nak dapat tahap servis ‘OK’ sangatlah susah. Yang ada kebanyakannya di tahap ‘Penjenayah’ yakni mereka yang sediakan khidmat bukan seperti yang dijanjikan. Aku bukan khususkan kepada TMNet saja bahkan kepada yang lain. Aku sebagai pengguna hanya mahu kau (penyedia perkhidmatan) sediakan servis tahap ‘OK’ saja. Susah sangat ke? Bukan aku minta servis tahap ‘WOW’ pun.
ps: Maaf jika entri ini berbaur EMO
pss: Aku mahu sambung balik menonton Smallville. Jumpa lagi esok.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Fast Update! Dan Segala-galanya Selesai…
- Google Analytics: Satu Pengenalan
- Aku Sedang Rugi RM 1152. Kau pula?
- Hari Tanpa Tembakau Seluruh Dunia
- Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau!
- Theme Baru Servis Baru
- Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas
- Blogging: Adakah Ianya Satu Trend?
- How to Change Your Blogger’s Theme…
- Blog Review: Blogikus.com








August 28th, 2008 at 12:57 am
hoho kan dah kena sebijik!
sesuai betul dengan perkataan jenayah. dah la tu tak malu minta bil bayar penuh, tak bayar cepat pula dipotongnya.
klu dapat selaraskan 70% stabil pun dah ok.
megat punya post terbaru..Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar Menang Besar!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:18 pm
aku geram dgn mereka. tapi mmg ada gelaran penjenayah dlm hirarki servis dan ia terletak di tangga terbawah sekali
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 12:59 am
i agreed wif u..saya pon hadapi masalah yg sama kat rumah..kalo on9 sejam rase cam do nothing.lembap gila!
kamu agak emo malam ni.huhuhu.be cool brader!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:19 pm
masalah ni tak pernah selesai. rasanya dah byk laporan dibuat tp masih tahi lg
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 1:07 am
haha.. macam aku dulu mengamuk kat blog sebab kesengalan snailmyx nie..
ramai gak ek bengang pasal nie akhir2 nie..
aku plak bengang ngan celcom bodben.. ciss!!
[Balas Komen Ini]
affuan
replied on
August 28th, 2008 at 10:31 am
sebab tu aku tak nak pakai celcom burukband. nanti tak pepasal lahir satu entri memburuk2band kan celcom burukband. waakakaka.
affuan punya post terbaru..Seks2u.com
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:20 pm
huh! celcom broadband pun jadi tahi gak ke? nmpknya servis dr kumpulan TM ternyata tahi
[Balas Komen Ini]
ecahkoop
replied on
August 30th, 2008 at 4:01 am
snailmyx?
screamyx?
celcom burukband?
ngehehehe!!
agak2 kalo dorang promote dengan name brand2 diatas..memang tak laku la…tapi tula sewajarnye…setimpal dengan servis yang dorang bagi…
bayar dah la mahal…lambat ckit potong…tak malu betul…telan duit je tau..
*tetibe emo jugak
ecahkoop punya post terbaru..hijab sang pencinta
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 31st, 2008 at 11:10 pm
wah ecah… sangat emo komen kamu ni. mari kita wat pakatan memprotes servis yg vuruk ini :P :arrow:
[Balas Komen Ini]
ecahkoop
replied on
August 31st, 2008 at 11:16 pm
yargh!!!!!!!!! vuruk!! eh buruk!!!
dah banyak komen ngan komplen aku bace kat tenet sal streamyx ni…
lagi satu, never ever ever la register ngan ejen2 yang kat shopping complex tu…kadang2 lambat, baik g TM Point trus…
ngan ejen, mau sebulan la kan tunggu..ahaa…bukan sume ejen la..ngamuk pulok orang yang keje jadi ejen streamyx ni…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 1:12 am
Jangan Jadi Penjenayah Servis! | aeropama.com…
Realiti tahap servis di Malaysia berada di tahap ‘penjenayah’. Lihat saja contoh mudah yang diceritakan oleh Aeropama Dot Com…
August 28th, 2008 at 2:26 am
Pakai broadband tak mau? Hehe.
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:21 pm
lihat komen menteil. dia pn tak boleh thn celcom broadband mcm tahi. wakakakaka
saya prefer DSL sbb saya byk guna untuk torrent
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 2:28 am
hehe..aku pon bengang ngan internet skang ni..streamyx asyik putus jer…xtahu la sbb hardware or sbb streamyx bengong !
[Balas Komen Ini]
affuan
replied on
August 28th, 2008 at 10:32 am
bukan2. semestinya bukan hardware atau software cetak rompak yang korang dan aku pakai. the he he. sesungguhnya streamyx itu yang bodoh sebenarnya! waahahaha.
affuan punya post terbaru..Seks2u.com
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:22 pm
takkan la hardware. aku nye modem ok je. klu software dah bermacam jenis software utk lajukan talian aku dh install. masih lg siput…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
replied on
August 29th, 2008 at 8:32 am
entah la..aku malas nak pikir lg..biar la dia putus2 dulu..agak2 aku dh tension sgt..aku troubleshoot lg la…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 3:12 am
Bukan setakat Tmnet.. Celcom Broadband dan Astro adalah antara penjenayah servie yang paling licik..
nuaeman punya post terbaru..Kemenangan Anwar Ibrahim dan Sejarah Penubuhan Malaysia
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:23 pm
huhuhu… selain yg kau sebut, pemandu teksi, lrt dan restoran makanan segera juga menjadi penjenayah servis
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 5:56 am
you can share your hatred BUT do not spread the hate.. ;P LOL
haha kidding. this comment x kena mengena with streamyx k. ni komen pasal gambar tu… :P
nono punya post terbaru..thank you ;)
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:25 pm
saya nk share dgn 0.014% rakyat malaysia yg berkunjung ke sini setiap bln. hrp mereka dpt sbrkn kpd baki rakyat malaysia yg lain. biar semua org sedar…
[Balas Komen Ini]
nono
replied on
August 29th, 2008 at 12:22 am
sharing is caring.. and betul, kita perlu buat orang sedar so that kita ABLE to buat sesuatu untuk fix it. but jum kita jadi lebih specific.. rasa-rasanya lah kan, wajar ke kita spread the hate?
P.s maaf takda kena mengena lagi :P
nono punya post terbaru..thank you ;)
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 8:45 am
Disebabkan itulah, aku mensurvey serivs2 broadband sebelom melanggannya.. Dimana? Aku tgk kat forum.lowyat.net.
Skang saya amat berpuashati dengan JARING Broadband.. RM69 sebulan bg 1Mbps. Free segalanya… huhu..
Pd sapa yg x tau, nak pakai Jaring Broadband dah senang skang, kat mana bole Streamyx, bole menJARING. huhu.. jd promoter Jaring plak…
smaelz83 punya post terbaru..More of Me? - Secret Reveal!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:26 pm
aku pelik. dulu masa aku form 5, jaring mmg sgt femes. tp bila TMNet dtg terus berkubur jaring ni. senyap je
[Balas Komen Ini]
am
replied on
September 2nd, 2008 at 9:27 am
tapi am dengar2 jaring memang sangat bagus… kawan am pakai dail up pun masih mampu download muvee 800mb kaedahnya… am ingat kalau jaring bagus mahu ambik jaring jugaklah…
sekarang pakai maxis dan streamyx..
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 9:38 am
barangkali, tiada kompeni lain yang menawarkan perkhidmatan ala-ala streamix itu.
sama juga macam astro, mentang2 la dia je yang ada satelit, dia buat kita pengguna ni macam T.A.H.I
roshaizul punya post terbaru..Ko Bila Nak Kahwin Jam?
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:27 pm
tu la. mereka dah monopoli pasaran pastu manipulasi pengguna. mereka tahu walau mcm mn pengguna bantah, pengguna still akan gunakan servis mereka sbb tiada pilihan lain. ciss…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 12:17 pm
~ sebab hujan kot internet jadik lembab skit. sedap kan hati la kononnya tuh. hikhikhik… even broadband pun cam hampeh jugak. kesimpulannya, tak dek apa pun yg boleh kita satisfied kan. ~
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:28 pm
hujan pun boleh wat streamyx jd lembab ke? tak tahu lak saya :P
[Balas Komen Ini]
!x0r@
replied on
August 28th, 2008 at 11:14 pm
saya taktau apa kaitan dgn hujan tp mmg btol pn. pantang cuaca gelap skit je.. mula la streamyx sy bengong. mujur skang dah ok.. hee.
!x0r@ punya post terbaru..Crush!!
[Balas Komen Ini]
ecahkoop
replied on
August 30th, 2008 at 4:04 am
setau kitela…kalo ujan ni menjejaskan astro je…asal ujan je takde gamba…ujan je takde gamba…tatau lak kalau tenet pon leh efek sebab ujan..???
ecahkoop punya post terbaru..hijab sang pencinta
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 12:35 pm
komplen aje bro, kat e-pengguna tu, apa ke nama aku pun tak ingat. setengah orang lihat komplen ni benda remeh, tapi kalau semua komplen … someday they will change.
masalahnya sekrang, kita x banyak option. kalau lah byk option, lama dah aku buang streamyx tu.
azwan punya post terbaru..Anwar Ibrahim, The Next Prime Minister?
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:29 pm
aku dh puas komplen sejak sebulan aku pakai streamyx. jgn kata talipon byk kali, emel berlambak2 dh aku anta. tp ttp tak jalan…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 12:56 pm
aku setuju..aku kdg2 bengang gak bile kelajuan streamyx aku menurun tibe2..aku byr bulan2 bukan sikit..haiyo!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:29 pm
tu la pasal. aku byr penuh tp diorg bg servis tak penuh. apa cerita?
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 1:12 pm
sabar bro! buat komplen terus kat surat kabor biar orang baca buka mata sikit depa!
aliff punya post terbaru..Apabila Tergasak Ke Dinding Jiwa
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:30 pm
boleh tolong aku dptkan mana2 wartawan yg sanggup buat cover psl streamyx? hehehehe
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 2:47 pm
sy pun bengang gak dgn streamyx ni
dah la kelmarin kot, xde trus psl diorang tukar cable kat mane ntah
come on la!!! bagitau la weh!! 1 hari xleh connect, ape kes camtu?
at least kasi la alternative lain ke (duit still diorang seduttt! ceh!)
satu alor star beb xleh connect!
skrang ni pun tgh giler kemut!
tak abes2 dok terdc je memanjang
bengang giler!
Adila punya post terbaru..QMMSOC Membership Card
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:31 pm
saya pun tak paham bagaimana customer servis dia buat kerja. tiada kerisauan tentang pelanggan lsg. apakah mereka tidak sedar bhw keuntungan syarikat tu dtg dr pelanggan & penggunanya…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 2:50 pm
Sabar…(cakap senang kan?)
rasanya perlu ada sesuatu inisiatif untuk buatkan servis telekom ni lebih baik dr skrg…
shila punya post terbaru..Motivasi Menurunkan Berat Badan
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:32 pm
sabar ni kak… :evil:
saya harap CEOnya akan sedar ttg ini & wat perubahan…
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 3:17 pm
ko hempuk je modem tu…hikhik… tak pun tukar ke line alternatif//ye dak…
bash punya post terbaru..Sepanjang Piala Malaysia. Kedah vs Selangor.
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:32 pm
hempuk modem lgi la aku takleh pakai streamyx terus. ada lain alternatif ke bash?
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 3:48 pm
wow…chop mohor penjenayah terus ko bagi..hehehe..tp mmg ptt dapat chop tu pun..cz memang slowwww sangat streamyx nih…
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 28th, 2008 at 7:33 pm
saya bg chop penjenayah bkn saja2. mmg ada label penjenayah dalam hirarki servis. WOW! berada di tingkat atas dan ‘penjenayah’ berada di tingkat plg bwh
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 8:26 pm
artikel yang sangat kontroversi.hehehe.aku guna broadband,dan aku memang amat setuju dengan gelaran yang telah ko beri pada tmnet tue….aku perlu bayar rm98 sebulan,tapi servis yang diberikan,masih lagi tidak mencapai tahap yang aku mahukan…tapi,aku sebagai pelanggan yang lemah,hanya mampu bersabar dengan semua ini.
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:00 am
nampaknya kita sekapal la paan. mmg rasa tertipu gila. kita bayar penuh tp dpt tak penuh pun. owh TMNut!
[Balas Komen Ini]
August 28th, 2008 at 8:30 pm
heh..memang betol…everytime cuti balik malaysia…problema utama is internet…dr dulu sampai skrang service lembab x abis2…dari tak tensen jadi tensen lak ngadap laptop nih…
najlaa punya post terbaru..Marhaban ya Ramadhan…
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:01 am
pelik… dah lama mereka wujudkan Streamyx dan dah byk duit pelanggan diorg telan. tp tak mampu lagi nak tingkatkan prasarana mereka. Jadah!
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 12:15 am
camtula..
da Telekom dpt monopoli bidang broadband kt malaysia ni.. tu psl diorg wat bodoh je..
tak tercabar ke dgn wireless broadband n wimax ni.. ish3
xpela.. biarla speed xlaju. asalkn jgn la server blog aku down lg.. huhu
myadlan punya post terbaru..My server is on so what?
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:02 am
Ciss. aku lagi suka banyak pesaing dia wujud. dulu ada jaring. sekarang jaring pun dh senyap. tu yg TMNut jd bongkak…
harap2 P1W1max ni servisnya sgt baguslah. jangan mengkarap mcm TMNut sudah…
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 9:43 am
Ditambah pulak dengan streamyx yang baru sahaja menaikkan kadar charge aku dari 77 ke 88/month tapi takde ape pun perubahan.. hampeh!
nuaeman punya post terbaru..Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:03 am
kadar charge naik tp kelajuan menurun. apa kes kan?
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 11:43 am
ambik sebijik… penjenayah tuh.. hahaha.. pakcik hanya guna streamyx kalau p cc je.. kat opis pon pakai celcom..
Uncle G punya post terbaru..Kalau aku nak buat Email sendiri
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 2:33 pm
koh3x. stakat ini akoo tadehal ngan serbis kuda stimix nie. kalo slow, akoo tukar je acc akoo ke acc laju. maklum la byk acc orang sponser. huhu!
tp TAHI itu ENAK DI CIUMkan?
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:03 am
ko g tapping network org ke thinker? kalau betul ajar aku. He3 :P
[Balas Komen Ini]
August 29th, 2008 at 4:38 pm
hahahaha!
snailmyx!
iklan pung pang!
tp servis haramjadah!
cirit lg laju hokee!
stress guwe!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
August 30th, 2008 at 1:04 am
kamu pun stress gak dgn kelajuan streamyx yg kaput. hait! nmpknya kena tulis petisyen kat petition.com la pasni…
[Balas Komen Ini]
August 30th, 2008 at 1:56 am
kene tengok kawasan. Kelajuan kat sini memang ok. Takde masalah. :)
[Balas Komen Ini]
August 30th, 2008 at 9:55 am
There, u said it. :)
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 9:32 am
aku pun rasa hangin gk lepas bace nih,, haish
RajaOtai punya post terbaru..So Oldish!
[Balas Komen Ini]
syam
replied on
October 19th, 2008 at 10:06 am
hangin? kenapa?
[Balas Komen Ini]