Jangan Jadi Hamba Pengiklan

Salam Isnin semua! Bagaimana kau mulakan Isnin kau? Adakah dengan perasaan ceria & bersemangat atau dengan perasaan penuh malas & amarah kerana hari bersenang lenang kau sudah tamat? Jika di pagi Isnin ini, sudah mula terbit bibit-bibit negatif dalam hati kau, aku mahu kau keluar ke tandas sekarang. Hadap cermin dan senyum selebar mungkin pada diri kau. Jangan jadikan Isnin kau ini sesuatu yang tahi.

Kelmarin (Sabtu) aku pergi bersiar-siar di kawasan berdekatan rumah aku tanpa hala tujuan yang khusus. Berhenti sebentar di 7-Eleven untuk meninjau awek cun yang bertugas di dalamnya sambil membelek-belek majalah yang disusun begitu kemas di rak jualan. Aku sambar satu akhbar Kosmo kemudian buat pembayaran. Satu kenyitan ku hadiahkan pada si awek cun atas kemurahannya memberi senyuman. Ini hanya perenggan selingan. Uish…

Satu peristiwa menarik berlaku tatkala aku melangkah ke arah kereta yang diparkir di tepi jalan berdekatan kedai menjual aksesori kereta.

Lelaki: Aloo kawan… Lu kasi tanggal itu sticker. Gua tak mau lu letak itu sticker kat kereta gua…

Jurujual: Aiyaaa… Napa lor? Olang sume letak ini sticker tapi lu talak mau.

Lelaki: Manyak cantik. Ini tinted gua bayar. Lu letak iklan kat kereta gua mau free ek? Lu mau letak, lu kasi bayar sama gua la. Tak pun kasi free je tinted ni…

Wow! Ini brader memang bijak beb. Iklan percuma untuk syarikat komersial adalah sesuatu yang sangat bodoh. Sedarkah kau, sticker yang kau tampal dengan megah di kereta, jenama barangan yang kau tayang di baju kau & apa-apa saja teks mahupun gambar yang boleh dilihat oleh umum adalah satu bentuk pengiklanan? Secara tak langsung kau telah perkenalkan produk & jenama syarikat komersial ini pada umum tanpa kau kenakan sebarang bayaran.

Kau tahu, menurut perangkaan AC Nielsen, pada tahun 2006, sebanyak RM 5 billion telah di belanjakan untuk pengiklanan. Dan pada empat bulan pertama tahun 2008, sebanyak RM 1.8 billion telah dibelanjakan untuk tujuan yang sama. Industri pengiklanan adalah industri yang sangat besar kan?

Kos untuk mengiklan sangat mahal. Kau tahu, untuk mengiklan di KL Sentral untuk satu video 30 saat di salah satu skrin di pintu masuk Level 2, kau perlu membayar lebih RM25,000 untuk jangkamasa sebulan. Untuk syarikat bertaraf komersial, ini satu kos yang sangat besar walaupun ianya sangat perlu untuk memperkenalkan produk & jenama mereka. Jadi langkah terbaik untuk mengurangkan kos pengiklanan adalah menggunakan kau yang sanggup memberikan khidmat mengiklan secara percuma.

Jadi selepas ini, aku harap kau jangan jadi bodoh. Jangan jadi hamba kepada syarikat-syarikat komersial yang laparkan peluang-peluang mengiklan percuma. Mereka untung berjuta-juta setahun, kau tak dapat apa-apa pun. Jika kau mahu juga (mengiklan), pastikan ada bayaran atau imbuhan yang kau perolehi…

Tags: iklan percuma, kehidupan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

103 Respons untuk “Jangan Jadi Hamba Pengiklan”

  1. 1 zarielNo Gravatar mengomen pada

    aku, pakai baju tulis nama sendiri. pakai kasut conteng nama sendiri. keta aku aku lekatkan brand nama sendiri. guna henpon xde jenama pon…wakakaka… kan senang idup…sbb aku tau nk mintak bayor jenama diorang mesti diorang tak nak punye.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    macam tu kau boleh promote jenama kau sendiri. lebih efektif kalau kau ada bisnes berdasarkan nama kau…

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 megatNo Gravatar mengomen pada

    setuju. bukan tinted saja, dulu aku bikin ekzos kereta pun sama. sesuka nak tampal sticker mereka kat bumper belakang.

    lepas makin banyak lah baju aku print sendiri alamatkan ke megat dot net wahaha.

    megat punya post terbaru..Bagaimana Memiliki Trafik Yang Baik Di Blog!?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cuba la kau buat megat. mungkin membantu kau untuk mempromosi jenama kau sendiri. maklumlah kau ingin menjadi blogger sepenuh masa kan? jadi itu salah satu teknik yang membantu…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 yanhashimNo Gravatar mengomen pada

    hehe
    saya suka bila anda counter back.
    tahniah.

    yanhashim punya post terbaru..yanhashim- [out of reach]

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 yanhashimNo Gravatar mengomen pada

    maksud saya
    saya suka cara anda counter back.

    yanhashim punya post terbaru..yanhashim- [out of reach]

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    yan… bukan saya yang counterback. saya hanya terdengar perbualan orang di sebelah saya saja :D

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 is150No Gravatar mengomen pada

    tue sebab kereta aku kosong jer… ada pon stiker opis dan sekolah….

    ops.. ada lagi satu… McDonald VIG… tue pon sebab boleh dapat extra pie kalau guna drive thru…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sebab kau dapat manfaat dari sticker McD VIG tu, maka kekalkanlah ia di situ

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 puterabumiNo Gravatar mengomen pada

    Setengah orang (1/2 orang) bukan main bangga dapat letak iklan kat kereta. Dia sekadar bangga bodoh, sedangkan orang lain untung besar - dapat ‘papan iklan’ percuma.Ini kira eksploitasi juga. Camna nak sedarkan orang ni hah?

    puterabumi punya post terbaru..Fanatik Sukan

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    memang mereka tidak sedar impak pada apa yang mereka buat. hanya menguntungkan sebelah pihak je. mereka tak dapat apa.
    nak sedarkan mereka, sentiasa la berkata tentang ini dengan mereka. sedikit demi sedikit pasti ada kesannya kan?

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Ohh.. betul gak.. aku bole terlupa pasal nih.. 2 minggu lepas ikut member pejabat aku pi tinted keta.. banyak tu dia letak sticker.. sumer cermin ada.. jd mangsa exploitasi rupanya.. pasni nak buat sticker kete nama blog aku.. haha

    smaelz83 punya post terbaru..Once Upon A Time in School

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    syukur kerana kereta aku tidak menjadi mangsa exploitasi pengeluar aksesori kenderaan.

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    aku nak buat sticker kereta dengan logo blog aku…pastu buat tshirt nama blog aku gak. kasut jenama blog aku gak. semua jenama blog aku gak. rasanya masuk duit dan traffik kot. hahaah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masuk beb! ko buat pastu edar & jual. duit dapat, publisiti pun dapat

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 Afzai AfandiNo Gravatar mengomen pada

    aku tak suka sticker2 ni…cermin depan kete aku pun ada roadtax jer

    cuma nanti kat cermin belakang aku nak taruk url blog aku untuk pengiklanan bergerak

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cantik! itu strategi pemasaran yang bagus afzai!

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 menteilNo Gravatar mengomen pada

    hehe..
    kekadang aku suke gak pakai baju beriklan nie..
    tapi kalau sticker jgn harap la…
    aku boleh create sdr..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    buat sticker kau sendiri kemudian tampal di kenderaan kau…

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 lochoeNo Gravatar mengomen pada

    erm.. biasala marketing, sapa yang duduk kat industri marketing mcm aku tahu la… ala x paham aku setakat keta dia, xnak bagi xpela..

    kalau ko nak kompani marketing bayar, apa je ko pakai, jadila artis, bila dah ramai org tgk, slalu keluar majalah, baru la ada yang nak taja baju ko.. keta ko..

    kalau x glemer, x pernah masuk tv ke paper ke, xyah la nak berkira sgt.. sbb mmg takde company nak bayar pun.. sapa kata ini x bagus.. ini sbnrnya bagus..

    at least bagi peransang untuk org luar terus maju ke depan.. :-)

    ramai org kaya dengan kerja marketing ni ek.. marketing/sales adalah bende paling hebat.. kalau produk ayam [un, makring hebat.. still boleh untung// huuh

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku menulis kerana aku lihat satu proses yg sgt berat sebelah. biasanya pengeluar produk & ejen pengiklanan mendapat keuntungan. tetapi pengguna? tidak. sudah lah bayar produk yg di beli (lagi2 dgn krisis terbaru negara kita) di campur pula mempromosi produk secara percuma. pengeluar & ejen yg makin kaya. pengguna makin kayap.

    aku tidak suka cara begini. ini kapitalis beb. aku benci kapitalis

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 nonoNo Gravatar mengomen pada

    wah bagus post ni. sbb i didnt realize about it before. rupa-rupanya selama ni saya jadi minah iklan free.. apara.. “minah ikan free” lawak benar bunyi. hahahah!!! btw, hmm caya la syam ;)

    nak komen pasal perenggan pertama tu. rasa kelakar pulak. hahaha.. syam jenis yang highly motivated la. bagus bagus.. jap mind to share me, apa yang syam akan buat untuk get up from bed dgn senangnya tanpa rasa nak sambung tido. (since you ni highly motivated sgt)

    :P :P :P

    nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P

    [Balas Komen Ini]

    bongkerszNo Gravatar

    jual ikan pulak now nono? :P

    [Balas Komen Ini]

    nonoNo Gravatar

    typo la dude.. :P :P :P

    rs kelakau (muahahahaha kita ikut awak.. KELAKAU hahaha) pasal ntah la.. sebab awak semangat sgt kot..
    :P :P :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih. kalau kamu ada kesedaran itu sudah cukup bagus.

    kenapa rasa kelakar. saya berkongsi satu teknik utk menceriakan hari awak. cubalah dulu. pasti hebat!

    apa yang saya buat? erm… prosesnya bermula sebelum saya tidur. tetapkan di fikiran yang saya mahu bangun sekian sekian masa. bila sampai masanya, bukak mata, tarik nafas dan bangun perlahan-lahan. jangan sekali-kali menutup kembali mata awak. kemudian pandang cermin dan senyum…

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 nonoNo Gravatar mengomen pada

    jap jap silap eja… iklan la.. bukan ikan!!!!!!!! waaaaa…. hahahaha

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    good post! provocative in a way, but an honest truth. kita jarang sedar bahawa kita dipergunakan sehingga orang memberitahu kepada kita. kereta aku (dulu lah.. dah jual.. sekarang ciput pun takder..) ada sticker road tax jer. haha! bila nak buat sticker aeropama.com? setakat ni, aku jarang lagi tengok orang letak laman blog di kereta, tapi aku tau ada member ada nama card ‘blogger’ untuk diberi semasa bloggers gath. LOL!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku terpikir nak buat tapi biz partner aku kata nama tersebut tiada nilai komersial.

    ps: kalau aku buat sticker tu, kau mahu tampal kat kereta ko bong? :P

    [Balas Komen Ini]

    bongkerszNo Gravatar

    sebagai balasan, ko tampal lah alamat blog aku pulak :P saya garu belakang awak, awak garu telur belakang saya meh!! :D

    [Balas Komen Ini]

    bongkerszNo Gravatar

    amende ni.. strike punya tag tak leh pakai? telur

    [Balas Komen Ini]

    nonoNo Gravatar

    mind to explain to me apa maksud telur??? :P :P :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    u really wanna know what is mean by telur nono?

    something yg berada di celah kelengkang bong! wahahahah :D

    telur = testis

    nonoNo Gravatar

    OMG

    *ternganga dengan besar nya*

    LOL.. you guys sick.. aiyo..

    nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P

    syamNo Gravatar

    wokey bong. boleh buat usahasama pasni. aku pamerkan logo ko, ko pamerkan logo aku.

    wahahahaha… aku tak bagi org strike perkataan kat sini. biar sume tranparent maa. baru senang search enjin nak index. naik aku SERP. walahuuuuu

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 AdryNo Gravatar mengomen pada

    betul juga kata kata mu ni.. hmmm pasni taknak bagi dorang bg dorang iklan free… hehe

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    ya…kamu2 semua mahu baju bertulis windography?ya..itu nama syarikat fotografi aku

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak mahu!!! wahahaha… >:)

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 zenNo Gravatar mengomen pada

    lol..cantik jg isi post nih, itu kisah dunia sebenar….ada ker blog yg bg pengiklanan free..aku rasa bnyk blog yg beri pengiklanan free tanpa disedari..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku menulis berdasarkan pemerhatian aku pada dunia… terima kasih. harap kau selalu2 jenguk ke sini

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    kalau aku beli baju cap siam/golok/thailand takpe kan? pasal aku menolong meng”copycat” dan merugikan company komersial tu. hahaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… itu aku xboleh komen lebih kat sini. takut di cap sebagai penyokong lanun pula.
    tapi asalkan ada win2 situation di situ, sudah cukup bagus utk kau razif

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    hurmm.. ni kes mengambil kesempatan la ni kan.. tak patut betul.. kita ada hak kita kan.. apesal x guna je eh..??

    nikillas punya post terbaru..Puisi..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sebab rakyat Malaysia penuh dengan budaya TAK KISAH. hinggakan hak sendiri diabaikan tanpa sedar. jadi aku tulis entri sebegini sebagai usaha ke arah kesedaran.

    kalau kau rasa entri ini berguna, maka sebar-sebarkan ia…

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ selalu jer nampak kereta penuh dengan sticker jenama. i thought, mereka2 dibayar. dah la tak cantik, free plak tuh. baik tak yah….

    kalau la saya nak buat sticker, better saya tampal nama sendiri jer. hehehe… ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… kalau mereka di taja, memang kena la tampal sticker tu. kalau tak ditaja, kira bodoh-bodoh je la bagi iklan free…

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    ko jd hamba akoo mau? hari2 gosok kuku ibu jari kaki akoo. hehe!

    Extremist Thinker punya post terbaru..Woof Woof Woof Wat De Fek!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak mahu! lagipun kuku kaki kau busuk! cagu!

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 negaraku.net mengomen pada

    Jangan Jadi Hamba Pengiklan | aeropama.com…

    Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya menjadi mangsa eksploitasi pengeluar produk dan firma-firma pengiklanan. Kos berlipat kali ganda dapat dijimatkan hasil kealpaan pengguna sendiri dalam menjaga hak mereka….


  23. 23 KujieNo Gravatar mengomen pada

    eh..situasi yang sama dgn kak jie minggu lepas.

    Beli motor LC cash..plat nombor dia buat letak iklan kedai dia..kak jie tak mau..suruh buang…kita bukan ada hutang sesen pun dgn dia…bayar cash lagi.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    nampaknya kak jie memang sgt aware tentang hal ini. itu satu tindakan bijak. kool!

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 apizNo Gravatar mengomen pada

    hmm.. x terfikir aku… rupenyer aku nih da banyak promote jenama (secara x sdar)… tp sesen pon x dpt…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    banyak sgt ye ko dh promote. aku pun sama gak… baru skrg ni aku sedar

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    aku mmg buang segala jenis iklan yg ada kat tinted kt keta aku..nyemak jer beb…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    owh! ye ke? nanti gua check…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    tp aku tampal MCOBA kt depan…haha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    itu sticker alumni skolah kau…nak tampal sampai bila-bila pun tak ape

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 hashim habeedNo Gravatar mengomen pada

    Kalau nak buat free promosi bole tengok kete ni. link kat bawah.. Baru real syam

    Pic 1
    http://img221.imageshack.us/img221/4610/keta2sr0.jpg

    Pic 2
    http://img352.imageshack.us/img352/346/keta1ru8.jpg

    hashim habeed punya post terbaru..Kurangkan paras Gula dalam Darah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow hashim! ini sangat heavy. mengekspresikan perasaan cintanya pada badan kereta. salute! :O

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 ezadblogNo Gravatar mengomen pada

    Selama nih rmai tuh yang bangga tampal sticker brand2 macam nih, xdpt ape pun kononnya cantik la kalu keta wat drift ker aper berlumba ada gak sebab, ni xdpt ape pun..huhu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin mereka di taja oleh syarikat2 tersebut. tapi jika tidak, mereka telah merugikan diri sendiri

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 deennasourNo Gravatar mengomen pada

    blogger manakah yg akan berani buat pertama kali mempromote blog kat skrin tv kl sentral?
    ahahahaha

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 Princess LiyanaNo Gravatar mengomen pada

    huu..gadis itu tidak pengsankah?haha;p

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    pengsan? huduh sangatkah kenyitan saya?

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 shilaNo Gravatar mengomen pada

    Hmm memang patutnya mereka ni bayar kita untuk bawa jenama mereka ke mana2…macam jugak saya pasang tinted,siap ada sticker besar lagi…kadang2 kita tak perasan yang sticker itu menandakan kita sedang mengiklankan sesuatu tanpa bayaran.Ada org berebut2 nak sticker kononnnya sticker tersebut cantik…

    Hmmm….kadang2 mentaliti kena buka sikit kan? Supaya kita tak mudah diperbodohkan…

    So setuju 100% dengan entri syam ni…

    shila punya post terbaru..Manuskrip Baru…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya hanya cuba berkongsi pendapat saya dalam isu ini kak. kalau sesiapa rasakan pendapat saya ini betul, maka ikutlah.

    terima kasih kerana bersetuju dgn saya

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    1. owhhh..saya kene pasang sticker UKM..kalau tak saya tak boleh masuk walaupun saya mengenyit mata kepada penjaga2 pintu pagar UKM tu… :D

    2. Sticker lain memang takde..ingatkan saya tak cool sebab kereta saya kosong je tak macam orang lain, rupanya sebaliknye ye. Bagus entri ni.

    JuliaNa punya post terbaru..~ Seribu Impian ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sticker UKM tu amatlah perlu jadi janganlah awak gatal2 buka :)

    terima kasih kerana pujian yg di berikan

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 zueNo Gravatar mengomen pada

    oh sempat lagi bersenyum2 ngn si awek itu hehehe..:)

    zue punya post terbaru..misi mencarik

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cuba bermesra dgn awek itu. meningkatkan silaturrahim namanya :P

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 paanNo Gravatar mengomen pada

    teringat la plak agensi pengiklanan buluhmas.com..apa pendapat bro??

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tak berapa paham sgt dgn modus operandi buluhmas ni. selagi kau dapat imbuhan atau sedikit keuntungan bila memaparkan iklan mereka, maka teruskan kerja kau itu…

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 en_meNo Gravatar mengomen pada

    ac nielsen - teringat rakan me yg pernah keje kat sanerr.. ihiks

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    aku pun mrh klu keta aku dijadikan tmpt iklan tak berbayar..bg aku nak buat iklan biarlah bertempat. cukuplah bas dijadikan tmpt iklan. Kalau psg signbord iklan tak mahal manapun. Aku ada geng blh buatkan..hahhahaa

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    teksi pon, kalau nak tampal sticker atau gambar2 komersial ni, diorg cas tau… itu juga salah satu pendapatan sampingan mereka

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    caya la pak cik tu hehe
    sbnarnya.. bukan skadar tu je yg iklan free, kan?
    contoh nya.. pegi jalan2 cuti2 malaysia, amik gambar sana sini, photoshop kasi gila cun, org tgk mmg ternganga.. tu pun pengiklanan jugak kan?

    so in short.. semua benda ialah pengiklanan hohoho
    so camne ek? :P

    [Balas Komen Ini]

    nonoNo Gravatar

    betul betul… heh.
    tak pa bantu membantu.. :P :P

    nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    seperti yg saya tulis di atas, segala yang tulisan atau imej yg boleh di lihat umum. kemudian mewakili imej syarikat komersial. itu adalah bentuk iklan yg merugikan pengguna akhir macam kita…

    gambar pemandangan yang cantik boleh dikongsi utk tatapan umum…

    [Balas Komen Ini]

    AdilaNo Gravatar

    tak limited to tulisan dan imej je
    bila kita cakap kat org.. tetiba naik nama company ni la company tu la.. kalau tak pun naik nama si A ni.. pastu org sure tanya.. si A yg mana etc etc and last2 memjaja nama si A (gosip pun sejenis pengiklanan jugak kan? :P)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    jom gosip-gosip. mahu? ngehehehe :P

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 amoiNo Gravatar mengomen pada

    you have been tagged…check it out http://amokika.blogspot.com/2008/09/layan-tag-mengetag-plak.html hehe

    amoi punya post terbaru..Layan Tag Mengetag plak!!!

    [Balas Komen Ini]


  38. 38 Mohd HafifiNo Gravatar mengomen pada

    depa tu tau nak untungje..promosi nak free..alahai..

    syam-terima kasih untuk kad raya tu, aku dah terima kad raya tu td..selamat hari raya syam..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kapitalisme hafifi, kapitalisme. beginilah…

    welcome. sorry la kalau dpt kad tu lambat…

    [Balas Komen Ini]


  39. 39 titanNo Gravatar mengomen pada

    klau depa bayar aku, aku no hal. haha..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku juga begitu. kurang-kurang dapatlah aku sedikit bahagian dari RM 5 billion itu

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 catzerNo Gravatar mengomen pada

    kalau aku bg korang tshirt free letak muke aku boleh..hehhehehe

    catzer punya post terbaru..Hari Raya Dan Video Petronas

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kalau muka kau bersifat komersial, tidak salah beb…

    [Balas Komen Ini]


  41. 41 aliffNo Gravatar mengomen pada

    Salam,
    Syam, aku tahu dah lama kaedah sticker sebagai agen pengiklanan yang mudah dan biasa tak berbayar ini(baca:aku budak advertising!).

    Ini semuanya sebab nak cut cost! Marketing 101 beb!

    Bagi aku mudah, kalau sticker itu ada faedah untuk ko, kekalkanlah.Kalau tak buang jer.

    Tapi aku masih kekalkan sticker alma mater aku (USM), sebab aku bangga dan sayang pada menara gading ini.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    Salam Aliff,

    Kau orang advertising dan kau lebih tahu strategi pengiklanan mudah ini. Aku cuma melihat dari sudut anti-kapitalisme…

    Aku juga setuju dgn kau. Kalau selagi ia memberi manfaat (imbuhan) maka biarkan saja…

    [Balas Komen Ini]


  42. 42 syafiqnNo Gravatar mengomen pada

    brader tu tampal sticker kat kete ko????

    dasyat btol…ak x pnah lagi jumpe iklan se-ekstrim tu

    syafiqn punya post terbaru..buka puasa bersama bangau!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bukan tampal di kereta aku. Aku cuma mendengar seorang brader mempertahankan haknya sebagai pemilik kereta yang tak mahu dieksploitasi oleh mereka yang gilakan keuntungan mudah…

    [Balas Komen Ini]


  43. 43 oDiNNo Gravatar mengomen pada

    aku xder keta .. so xder la sticker pengiklanan .. ahaha

    [Balas Komen Ini]


  44. 44 tivituneNo Gravatar mengomen pada

    aku pun tak bape suka. biar clear sket cermin tu..

    tivitune punya post terbaru..Episode 4 - The Finger in the Nest

    [Balas Komen Ini]


  45. 45 myadlanNo Gravatar mengomen pada

    ari kames lepas pn tatkala jalan kt tesco lepas buka, ada awek balas senyuman aku.. adeh cair..

    aku ske bli baju bundle.. takde iklan2 nye.. haha

    myadlan punya post terbaru..Ramadhan’s Tag and Facelift

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sama la ngan aku. baju bundle je…

    ps: orang hensem seperti ko senang nak dpt awek maa… ko xde awek ke?

    [Balas Komen Ini]

    myadlanNo Gravatar

    aku tak rasa aku ensem pun.

    awek takde lagi la. xmaen la awek2.. huhu

    myadlan punya post terbaru..City Cow

    [Balas Komen Ini]


  46. 46 zoolNo Gravatar mengomen pada

    He he he.. bukan setakat stiker.. Blog aku pun ramai penternak cacing sibuk nak promote pasal cacing dia… Kadang2 aku biorkan je… Dah le tak beri salam kadang2 …

    Kete aku takde sapa sudi nak tampal stiker pun…

    .. Bro.. Kad raya dah sampai.. Tq…

    zool punya post terbaru..Hari Gaji dan sumbangkan lagu

    [Balas Komen Ini]


  47. 47 d7No Gravatar mengomen pada

    salaam..
    em, mende ni subjektif sebenarnye..
    terpulang pada org tu..
    ada org suka.. ada tak suka..
    cam kes di atas brother tu x ske..
    tapi ade org siap mintak plak soh letak kat cermin keta diaorg..
    kalo x takkan la jurujual tu seske ati dia nak tampal..
    dan x semestinya org yg suka tu bodoh.. (promote secara percuma) - the choice is in ur hands.. ahahah tagline celcom.. :p

    ntah ape2 je aku merepek memalam ni.. ngaaaaaaaaaaa

    (komen org kekurangan tido 2mlm berturut2)

    d7 punya post terbaru..tHe MurTabaK..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    subjektif? erm… mungkin betul mungkin tidak.

    awak ade kereta yang ditinted? lagi-lagi kalau awak pakai tinted Vkool. harganya paling koman RM1500 & biasanya akan ada sticker VKool diletak di situ. Kemudian awak jalan-jalan. Orang A nampak sticker tu dan terpikir utk beli tinted Vkool. Esoknya dia beli. Dia bayar RM 1500 & sticker diletakkan juga pada kereta. Kesan berantai berlaku hingga ke berapa orang entah. Awak rasa syarikat pengedar VKool tu dah dapat untung berapa banyak? Awak & mereka yang buat iklan percuma utk mereka dapat apa? Tinted VKool dgn harga min RM 1500 yang perlu di bayar sj.

    ps: Itu hanya contoh. Mungkin awak xpakai VKool awak pakai tinted lain.
    pss: Konsep yg sama digunakan pada benda lain…
    psss: Pengiklanan adalah perkara yg sgt penting dlm perniagaan & memerlukan kos yg sgt besar. Jgn jd kn diri anda mangsa eksploitasi syarikat komersial.

    [Balas Komen Ini]


  48. 48 NasrunNo Gravatar mengomen pada

    Kalau aku pon taknak.. Tgk kat blog je la. Cube iklan tu tak memberi makna apa2 dan tak mendatangkan hasil.. nak ke letak? hehe..

    Nasrun punya post terbaru..Do Follow Blog Increase PageRank

    [Balas Komen Ini]


  49. 49 ikaNo Gravatar mengomen pada

    wah…ni kna buat bisnes iklan ni heheh kat kolej bley kot nk wat bisnes ni XP

    ika punya post terbaru..selamat hari raya!!!!!!! ^.^

    [Balas Komen Ini]


  50. 50 NoktahHitamNo Gravatar mengomen pada

    Wah.. terbaik betul ko punye entry ni. sgt objektif

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terbaikkah entri ni? masih byk kekurangan dlm entri ni sbb ada beberapa fakta aku tak dpt selitkan. takut pjg berjela plk. bosan org nk membacanya

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>