Indeks Persepsi Rasuah 2008: Malaysia Di Tangga ke 47
Oleh aeropama pada Oct 9, 2008 Community
Semalam kecoh Perdana Menteri mengumumkan tak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada pemilihan Mac tahun hadapan. Otomatik si Dolah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri & Pengerusi BN pada Mac depan bila si Najib dipilih sebagai presiden baru parti itu. Itupun kalau tak ada siapa nak lawan dia.
Aku tak mahu tulis tentang itu. Aku lebih suka sentuh pasal isu yang lebih penting tapi kurang diberi perhatian; kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang merudum seiring dengan kemelesetan ekonomi.
Ranking & skor yang diperolehi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak tahun 2005 hingga 2008:
2005 - ranking ke 39, skor 5.1
2006 - ranking ke 44, skor 5.0
2007 - ranking ke 43, skor 5.1
2008 - ranking ke 47, skor 5.1
Dari statistik di atas, aku boleh kata tanpa was-was, tiada peningkatan dalam usaha untuk membanteras rasuah dibuat oleh kerajaan. Aku juga boleh kata, dalam 10 urusniaga yang dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia, 5 daripadanya pasti melibatkan rasuah. Satu jumlah yang sangat banyak. Kau bangga?
Aku tidak bangga malah aku rasa malu. Sejak ditubuhkan (1967) hingga ke hari ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih gagal dalam menjalankan tugasnya jika dibandingkan dengan agensi seangkatan di negara jiran Singapore & Hong Kong.
Singapore misalnya, telah menubuhkan Biro Siasatan Amalan Rasuah pada 1952. Sekarang? Menduduki ranking ke 4 dengan skor 9.2. Jika nak dibandingkan dengan Hong Kong? Lagilah malu. Tahun 1974, Hong Kong baru menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC). Pada ketika itu, amalan rasuahnya sangat mengerikan. Dah jadi macam budaya hidup. Hari ini? Hong Kong berada di ranking ke 12 dengan skor 8.1.
Amalan membanteras rasuah di negara ini aku lihat seperti memilih bulu. Mereka yang mengamalkan politik wang (satu unsur rasuah) dalam sebuah parti politik berkuasa hanya dikenakan tindakan gantung keahlian tanpa BPR diberi peluang membuat siasatan. Atas alasan mereka telah dikenakan hukuman setimpal oleh Lembaga Disiplin parti. Jadah apa begini?
Bagaimana kau mahu banteras rasuah jika kau biarkan amalan rasuah bermaharajalela di peringkat atasan? Hanya anak-anak ikan kecil di peringkat bawahan dikenakan tindakan. Ptuih… Tahi!
Nota kaki:
1. Rasuah hanya mengakibatkan wang disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya. Kebanyakannya tidak dapat dinikmati manfaatnya bersama.
2. Lebih baik kau bayar saman dari bagi polis (yang saman kau) duit kopi. Sekurang-kurangnya duit saman kau digunakan untuk pembangunan negara walaupun sebahagiannya masuk mulut jerung-jerung besar di atas sana.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Dr. M’s Blog Removed
- Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
- Remaja RM5…WOW! Murahnya.
- Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
- Aku Pengemis Di Negara Sendiri…Aku Malu!
- Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51
- PM, TPM, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
- Digg Versi Malaysia
- Orang Malaysia Makan…
- Melodi Christmas 2008






October 9th, 2008 at 1:33 am
hohoho ade peningkatan… eh kejap2.. makin meningkat rank makin bagus ke makin tak bagus ni?? hohohoh
topo punya post terbaru..pokai selepas raya??? takpe.. TITAN kan ada…
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 6:16 am
Eh.. Eh.. Makin meningkat la nombor rank itu.. Dalam kita x sedar, kita sendiri pun kengkadang ada mengamalkan rasuah.. Haaa… Rasuah apekah..?? Fikir la sendiri..
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 9th, 2008 jam 8:17 am
aku xleh berpikir sbb otak aku beku xtido lg…bg hint sket kt aku…
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 9th, 2008 jam 9:41 am
ko ni asyik x tido jer.. ko wat apa la mlm2 nih?
smaelz punya post terbaru..Cool Iris is Totally Awesome
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 9th, 2008 jam 2:23 pm
haha…aku kije la memalam beb..pak guard…syam pernah datang melawat aku…
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..How to change “Read More” in Wordpress
[Balas Komen Ini]
Issmile
membalas pada
October 9th, 2008 jam 2:26 pm
hehe.. lupa plak.. tp xkan x pernah shift siang.. asyik mlm jer ke?
[Balas Komen Ini]
nikillas
membalas pada
October 9th, 2008 jam 9:40 pm
Wah..!! pak gad.. Takut aku.. Mesti garang neh.. Hehehe.. Penah time rasuah x..?? Wah.. Soklan cepumas tu..
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 9th, 2008 jam 9:55 pm
aku kije malam jer beb…xpernah siang…kira siang kat amerika la psl boss aku org amerika?
rasuah? sori beb…aku xpernah rasuah dalam kije…rasuah bebudak coklat soh berenti nangis pernah la..
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..How to change “Read More” in Wordpress
October 9th, 2008 at 8:18 am
sbnrnya aku terpikir camana diorang kira indeks rasuah ni…diorang ikut survet ke ape? adakah rasuah di sini hanya melibatkan wang atau termasuk habuan2 lain spt “sedekah seks” ?
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 8:29 am
rasuah oh rasuah. mgkn ada berkaitan dengan kroni kroni nih. hehehe. :D
taukey punya post terbaru..Buat Duit Cara Entah Apa Apa
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 8:38 am
ahha..aku suka kau tulis,dari kasi polis..baik bayar saman…ahaha..betol2…sampai aku dah ada 3 saman belom byr..adeih..xper..
xmindfreakx punya post terbaru..Diari Raya Xmindfreakx!!
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 9:40 am
Musim2 raya ni, kalau nampak polis buat roadblock tak rasmi, mesti ada ayat, “Nak cari duit raya la tu.”
Hmm…
aTiQah punya post terbaru..REUNION BATCH 12 SMKASL
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 9:43 am
malu la ngan HK.. nampak dlm muvi jer byk rasuah.. tp realitinya HK punya rasuah lg baik dr kita yg konon2 polis baik jer dlm filem.. tp, adakah rasuah ini berkaitan ngan polis jer? bkn ke tender atau kontrak pon ada rasuah ke?
smaelz punya post terbaru..Cool Iris is Totally Awesome
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 9:46 am
Rasuah, rasuah.. patut la org jd makin teruk hari2.. mkn duit haram jer..
p/s:ko ada x theme yg lovey dovey yg bole match ngan threaded commentnya plugin.. theme yg skang x leh match ngan plugin tuh… apa2 them pon bole la..
Issmile punya post terbaru..Jealousy
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 10:16 am
ontah lah… yg kantoi kes tender photostat sekolah… kes 2-3 kupang… kes jutaan wang tak pulak kantoi… betul kata kau… semua tu tahi! atau dlm BPR sendiri ada gejala tahi ni??
ps: dengar balik lagu lama BPR… layan wei… thehehe
zariel punya post terbaru..Fhotoz Punye Zariel - PhotoBlog
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 1:52 pm
Aku ada tengok filem Hong Kong berkenaan rasuah dan polis. Lee Rock kalau tak silap judulnya di TV3, sedikit masa dulu. Benar dulu depa jadikan budaya skang sudah lebih baik dari kita.
Kita majoriti Islam dan Melayu patut malu bila nak merasuah, terima rasuah kerana kita sudah terang2 diperingatkan dosa-dosanya!
aliff punya post terbaru..Catitan Syawal 1429 Hijrah
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 1:53 pm
kena guna hukum hudud baru orang takut nak buat semua tu.. hehhh..
ika punya post terbaru..1st time ni.. ^^
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 2:25 pm
wah! pak lah “berjaya” memerangi rasuah
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 2:52 pm
klu tak tengok pada statistik seperti ini pun kita dah tahu amalan rasuah memang berleluasa di malaysia ni.
lihat sajalah pada perkembangan politik skang ni. kau dah boleh jangkakan.
selagi kroni masih diamalkan, gejala seperti ini susah dihapuskan kerana atas dasar kroni timbul pula lapisan baru!
megat punya post terbaru..Seloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 2:59 pm
yup sokong sesangat… ape jadi dengan akademi rasuah yang paklah buat dulu.. tak nampak2 pepe pun… berkuburkah??
am punya post terbaru..Fast Update 15
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 3:03 pm
Hari2 aku gi keje diorang buat roadblock jalan yang sama setiap hari..tiap2 hari nak tulis buku,x canggih langsung, xkan xde database kot.
ezad punya post terbaru..Habis biskut raya dimakan semut raksaksa!?
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 4:06 pm
uhuii..
stat dia..
langsung tak menunujukkan kemajuan.
tu la.
selalunya org2 atas tu byk rasuah!
bodoh tol
dah tak reti halal haram kot
yonna punya post terbaru..kesal..
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 5:23 pm
Naper komen aku berputar putar 2 - 3 jam ni….
Pernah dengar satu ceramah DSAI … Kalau pemimpin amik duit itu komisen, kalu rakyat amik duit itu rasuah…
Who to blame ??
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 5:24 pm
Naper komen aku berputar putar 2 - 3 jam ni….
Pernah dengar satu ceramah DSAI … Kalau pemimpin amik duit itu komisen, kalu rakyat amik duit itu rasuah…
Who to blame ??
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 8:30 pm
tak meningkat ek stats tuh. haish ! :)
KNizam punya post terbaru..Jom Kita Beli Pelita Buloh, Malam Ni Malam 7 Likur Weiii ! Hehe :)
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 9:00 pm
aku xtau sama ada benda yg aku akn citer ni rasuah ke x. tapi aku nk berkongsi satu benda.
ko percaya aku tau, aku kena bayar rm200 kepada u.m hanya untuk tukar kod subjek aku.
rasuah ke 2? hangin betul la aku rasa,ada ke patut rm200. mahal siot,derang ingat aku cop duit ke..
ps:syam ada komen kt blog aku psl ko,kena g jwp..
callister punya post terbaru..Happy Birthday to Life4Hire sayang..
[Balas Komen Ini]
October 9th, 2008 at 11:18 pm
5.0,5.1,5.0 pi mai pi mai yang tu je.kene usaha lebih ni.betul3,aku lagi rela bayar saman dari bayar duit kopi.manalah tau,duit kopi aku tu digunakan utk perbelanjaan anak bininye,kene tempias kat aku plak ’saham’nye.tak terganggung wooo.
[Balas Komen Ini]
October 10th, 2008 at 12:56 am
ermmm kalau bukan anak buah yang rasuah… bos nye rasuah lagi besar… kalau tak rasuah.. kekadang 1 tahun pon takde projek… lu fikir la sendiri (bak kata nabil)
memang pendek je pakcik nak komen
Uncle G punya post terbaru..Tag Oh Tag
[Balas Komen Ini]
October 10th, 2008 at 10:11 am
Teruk..teruk.. Malaysia ni.. rasanya menjelang ke tahun depan lagi teruk rasuahnya..
nuaeman punya post terbaru..Keputusan Ramadhan Contest!!
[Balas Komen Ini]
October 10th, 2008 at 11:11 am
Rasuah ada di mana2 bukan hanya dlm kerajaan,swasta pun ada cuma tak siapa yg ambil peduli.Kalau tak ada yang mulakan, benda ni tak akan terjadi.
Tie punya post terbaru..Lagi cerita kampung
[Balas Komen Ini]
October 10th, 2008 at 11:31 am
erk… kalo bab polis. rm100 ngan rm20. akoo anggap derma kat polis je tlg anak bini. gaji poliskan ciput dibanding dgn gaji penulis belog ini. rm66/3hrs
Extremist Thinker punya post terbaru..Ini Belog Statusnya Bukan Nak Provok
[Balas Komen Ini]
October 14th, 2008 at 1:04 pm
bila disebut kronisme, mencanak sampai ke akar umbi.
Fariz Bakar punya post terbaru..Mimpi : Mainan atau Petunjuk?
[Balas Komen Ini]
October 15th, 2008 at 9:07 am
saya tak bangga. Tapi apa kita mampu buat. Bende tu dah jadi akar umbi mereka..
ihateher punya post terbaru..What you will do if some girls ask you for break up?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 15th, 2008 jam 11:16 am
kita mampu buat sesuatu. jangan sekali-kali mulakan rasuah. jangan anggap rasuah itu normal. dan rajin-rajin ingatkan orang lain bahawa rasuah itu salah & membawa keburukan…
[Balas Komen Ini]
October 15th, 2008 at 1:21 pm
Aku juga ada membuat entri mengenai politik wang sebuah parti itu, yang terang-terang merupakan rasuah tetapi pemimpin pemimpin parti tersebut memutar belitkan isu politik wang parti sebagai isu parti dan bukan di bawah kuasa ACA. Lucu dan menyampah sekali penjelasan tersebut.
bongkersz punya post terbaru..Ego massage, anyone?
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 8:47 am
tula…aku sokong ko syam(hahahha…sudin!nk tergelak aku letak mne ko syam!)…
1st thing 1st.kite dulu jgn nk start merasuah n trime rasuah…trime KFC dr sub-kon ke,memberi duit kopi ke..kite kne sndiri bertegas..sbb nnti kt akhirat yg kene soal kite aje…dosa kite kite je nanggung!hahahaha…kan?
“nobody can change a man untill he himself are willing to change”
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:06 am
hihihihi… rasuah di mana-mana saja. yang jadi persoalan, apa tindakan kita untuk membanterasnya?
[Balas Komen Ini]