Ilmu..Di mana harganya?

Ketika zaman sekolah, 8 tahun dulu saya sering tertanya-tanya “Kenapa aku perlu belajar semua ini? Kenapa aku mesti belajar fizik, kimia, matematik tambahan? Bergunakah semua ni dalam hidup aku?” Selepas 8 tahun barulah saya mengerti apakah sebabnya. Semua ilmu yang telah saya pelajari dari guru-guru yang amat ‘hebat’ telah menjadikan saya seperti apa yang saya ada sekarang.

Engineer: “Abang..Kenapa potong ‘plate’ tu macam tu. Bukan ke dalam ‘drawing’ sepatutnya potong macam ni..”

Worker: “Eh budak ni! Ko tu baru lagi. Bukan ko tau pon. Aku ni dah lama dah buat kerja ni. Ko tu baru lagi. Dah la tu. Masuk-masuk terus nak jadi bos. Tau nak mengarah je!

Supervisor: Ei ko ni Man! Yang ko nak marah dia tu buat apa? Betul la apa dia cakap tu. Tu la ko. ‘Time’ kecik-kecik dulu mak ko suruh pergi sekolah ko tak nak. Dia suruh ko belajar rajin-rajin nanti dah besar dapat kerja senang-senang Huh! Sekarang ko wat kerja macamni. Lepas tu ko nak marah pulak budak ni..

Dialog di atas selalu saya dengar sejak bekerja di sini. Bukan ingin membesarkan diri tetapi inilah realiti. Kadang kala bila di fikirkan balik apa yang dikatakan oleh ibu-bapa saya ketika dahulu ada betulnya. ” Belajar rajin-rajin. Nanti boleh kerja bagus-bagus”. Dan inilah kebenaran kata-kata mereka. Bekerja dengan orang yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan pendidikan membuatkan saya menghargai dan berterima kasih kerana telah mendapat pendidikan yang saya rasa sangat baik.

Moral: Ilmu itu hakiki tetapi harta dan kekayaan tidak berkekalan

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

4 Respons untuk “Ilmu..Di mana harganya?”

  1. 1 is150 mengomen pada

    begitulah, hakikatnya… tapi ada kalanya sedih gak belajo rajin-rajin… sebab jadi bos tak leh OT… hehehehe

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 SyaM mengomen pada

    is150: Kat cni diorng bg meal allowance. Tu pun jenuh nk claim allowance ni. Kne wat OT plg kurang 3 jam…

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 JuliaNa mengomen pada

    Setuju ngan en syam, tapi kadang2 walau banyak teori yang kita tahu, tapi bila apply kat lapangan tak semuanya boleh pakai, yang penting kita sedia untuk belajar dengan sesiapa pun.

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Syam mengomen pada

    juliana: tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. jgn anggap dgn degree di tgn kita sudah bijak. sebenarnya lg byk kita belajar lg byk kita tak tahu

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>