How to Get A Date?
Oleh aeropama pada Jun 15, 2008 motivasi
Uh Huh! Sekali lagi aku menulis entri berkenaan dengan cinta (aku dah jadi doktor cinta ke?). Tapi kali ini aku mahu tulis tentang bagaimana kau nak meningkatkan peluang mengajak orang yang kau sukai/jatuh cinta keluar dating dengan kau walaupun pertama kali berjumpa.
Aku terpanggil untuk menulis entri ini bila aku terbaca entri dari Aisyah Rozi : Why Did I Stop Going There? Kasihan budak lelaki tu. Kena reject dengan Aisyah. Ok! Wahai lelaki yang telah di reject oleh Aisyah itu, mari kau baca tips ni. Mana tahu kau berpeluang untuk date dengan dia.
1. Kenal pasti orang yang kau minati
Kau tak tahu dengan siapa kau nak date, memang sampai ke mati lah kau tak akan dapat date. Cari dahulu sasaran kau. Kemudian baru atur strategi untuk ajak beliau keluar dating.
2. Yakin dengan diri
Mungkin orang yang kau minati terlalu hensem atau cantik. Dan kau rasa diri kau terlalu huduh berbanding dengan dia. Jangan malu, jangan rasa rendah diri. Setiap manusia dijadikan dengan keistimewaan tersendiri. Yakin dengan diri kau dan mulai dekati si dia. Kalau kena reject pun, banyak lagi lelaki/perempuan dalam dunia ni boleh dijadikan pengganti. So… Jangan malu ok!
3. Jangan jadi Stalker
Ini yang buatkan kau direject oleh orang yang kau minati. Biasanya perempuan. Mereka tak suka lelaki mengintip segala aktiviti mereka. Bagi mereka, lelaki pengintip adalah lelaki yang punya niat yang tak elok. Kau suka dengan si dia, kau beri dia ruang.
4. Mulakan perbualan
Kau dah tahu siapa sasaran kau, mulalah tegur dia. Dekati dia dengan gentle. Ingat! Perempuan suka dengan lelaki gentle dan lelaki pula tak suka perempuan yang tergedik-gedik. Pastikan kau ada sesuatu untuk diperkatakan. Mungkin kau boleh mulakan berbualan dengan “Hai… Saya tak pernah lihat awak di sini sebelum ni. Siapa nama awak?”. Cuba gunakan permulaan perbualan yang agak kreatif bukan stereotaip. Perkara paling kelakar aku tengok budak-budak remaja (lelaki) me’ngorat’ perempuan dengan bunyi suwiiiit…suwiiiit…. Macam bunyi cencurut pula. Adik! Kau ingat perempuan tu cencurut ke kau nak panggil mereka dengan bunyi macam tu. Memang kau tak dapat diorang.
5. Buatkan si dia selesa.
Kau dah mulakan perbualan dan perbualan semakin rancak, jangan pula kau rosakkan temponya. Jangan terlalu aggresif dengan mengasak pertanyaan yang bukan-bukan. Biarkan si dia bercakap. Kau hanya perlu mendengar. Kalau ada sesuatu yang buat kau kagum, kau mulakan pertanyaan dengan nada yang sedikit romantik dan penuh minat. Ingat! Jangan cakap besar tentang diri kau. Perempuan tak suka, aku sebagai lelaki juga tak suka dengan orang yang cakap besar. Important thing! Don’t talk about sex or anything related to it. It’s forbidden when you try to get a date. Unless you wanna date a whore. Trust me…
6. Teruskan berhubungan
Kau dan si dia sudah sampai ke akhir perbualan. Mungkin kau berdua ada urusan penting yang ingin diselesaikan. Jangan pergi macam tu saja. Minta nombor telefon si dia. Ada sesetengah orang, amat sukar untuk memberikan nombor telefon pada orang yang pertama kali ditemui. Mungkin kau boleh minta e-mel atau pun Instant Messaging (IM) ID. Dah dapat, pandai-pandailah kau…
7. Berahsia dan jual mahal sikit.
Jangan kau cerita semua benda pada si dia. Nanti jadi boring. Manusia punya satu perasaan yang dipanggil ‘ingin tahu’. Gunakan ia untuk menawan hati si dia. Kalau perlu, jual mahal sikit. Bang! Kau ingat perempuan je boleh jual mahal. Kau juga boleh. Kau jadilah seperti merpati, boleh di dekati tapi hendak ditangkap terbang lari.
8. Jom kita keluar dating!
Ok. Kau berjaya buatkan si dia selesa dengan kau dan kau tak sabar nak ajak si dia dating dengan kau. Jangan sekali-kali kau ajak si dia dating menggunakan SMS ataupun IM. Kau failed! Lainlah kalau si dia dah lama kenal kau. Telefon si dia dan ajak si dia keluar. Cakap dengan lemah lembut dan penuh dengan keyakinan. Lebih baik kalau kau jumpa face-to-face dan nyatakan kehendak kau. Kau nampak lebih yakin dan ikhlas di mata si dia. Kalau kena reject, tak perlu malu. Kau punya banyak lagi peluang. Tak semestinya si dia reject kau pada ajakan kali pertama, dia tak suka kau. Mungkin dia cuba menguji kesabaran kau. Tapi kalau dia dah reject kau lebih dari 3 kali, jangan kau cuba kali ke-4. Dia tak suka dan tak ada minat pada kau sebenarnya. Cari saja orang lain!
ps: Sebenarnya aku punya banyak cara nak ajak perempuan dating dengan aku. Tapi aku tak dapat nak tulis kesemuanya. Nanti panjang pula entri ini dan kau bosan untuk membacanya. Apa yang aku beri, hanyalah yang umum. Selebihnya adalah bergantung pada kreativiti kau.
pss: Nak pikat perempuan! 1. Dengar bila dia berkata 2. Pandang matanya bila dia berbicara 3. Jangan renung dadanya (pervert!) 4. Berjalan di sisinya bukan di belakangnya (kau nak lihat punggung aku ke?) 5. Sentiasa memujinya, elakkan mencacinya 6. Buatkan dia rasa selamat dengan kau
Ikuti aktiviti aku secara live melalui Twitter atau kau mungkin mahu melanggan Feeds aku agar kau tidak ketinggalan setiap entri aku yang dikemaskini secara kerap.






June 15th, 2008 at 2:48 pm
You sure know how to flirt… hahaha… best best… ko ni memang doktor cinta!! hahaha
anyway… another way untuk pikat perempuan, first be friend… tapi jgn over or else dorang akan anggap kamu sebagai kawan sampai bila bila…
Bak kata Shah Rukh Khan… Pyar ki dost… Cinta itu Kawan…
Tapi cinta boleh buat kita gila atau angau (even death)… bak kata Anwar masa perhimpunan agung umno dulu… (Masih Timbalan PM)… eg pyar ki hota kei… dil ki lehrayii ajal ki kaogi… erti cari sendiri… hahaha
Filem yang banyak ajar cara memikat ialah filem HITCH lakonan Will Smith… very nice movie… especially the kissing tips.. ahaks :)
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 2:52 pm
aku setuju. info yg berguna.
tapi ramai yg failed bila sampai pada step 8.
alamak, nasibla (bukan aku ye!)
ada jugak yang sanggup try sampai kali ke-6 dan ke-7. alangkah bersemangatnya mereka. walaupun nampak sangat dah gagal. uhu.
oh ya, aku harap tips ni xdigunakan terhadap si dia yang sudah berpunya. teringat kawan aku frust seharian gara-gara gf beliau dikebas orang.
tips yg menarik. sambungla kalau kau rajin. aku akan tetap membaca. aha.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 2:56 pm
Me too love to read aisyahrozi’s. Hi hi.
Tips ni memang sangat berguna. Perempuan ni tak de lah se’complicated’ mana. Tapi kalau kena caranya, ok je.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 2:58 pm
berdasarkan entri ini, kesimpulannya, asalkan lelaki tu buat perempuan tu rasa selesa dan selamat apabila bersamanya, mesti perempuan tu sudi nak kuar dating.
yeah, persetujuan dr kaum wanita. uyeh. =P
ok, sape nak dating dgn saya? hahaha.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 3:05 pm
aku nak ckp tapi aku malu..haha!!
takde ke tips untuk pompuan lak..erm..contohnye cam untuk aku yang baru masuk alam dewasa ngan blum kawen ni…kwang3x!!!
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 3:20 pm
Adry: aku dulu sangat malu utk ngorat pompuan. aku rasa rendah diri. tp sorg perempuan telah mengajar aku bagaimana nak ngorat perempuan. dari situ aku mula bina keyakinan aku.
better-fun: terima kasih krn membaca. dan aku tak galakkan kau guna tips ni pada yg dah berpunya. aku pernah hadapi situasi yg mana aku ngorat awek org. dan akhirya aku sendiri yang terduduk. wahahahhaha…..
atiqah: ye ke atiqah? perempuan tak complicated? bagi saya diorg ni unpredictable. betul kn?
aisyah rozi: itulah kuncinya yang paling utama.
lelaki-lelaki malaya! aisyah offer dating dgn dia. apa lagi? anda berani?
ecahkoop: nanti aku buat satu entri untuk perempuan lak. bagaimana untuk menundukkan lelaki. tunggu ya!
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 3:36 pm
bagaimana untuk menundukkan lelaki? hu. bunyinya menakutkan.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 3:51 pm
better fun: kenapa kau mahu takut? rileks… hehehhe
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 10:32 pm
syam dah kena jangkitan dr menteil nampak.heheh..paper pun entry ni bagus..saya plg suka cmt dr aisyah n atiqah..perempuan ni nak selamat n memahami jer…buat ecahkoop..tips tuk perempuan aku nak bagi satu jerr..kalu kuar date tu jangan nak bermuka-muka.wat cam biasa sahaja..jngan bohongi pasangan anda sahaja..tui tak syam..
p/s:tq ur support pada blogger2 len..siap wat blogger list lagi..tq so much.
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 10:55 pm
wah…info yg baguz utk saya nih…maceh syam…leh try 10 tahun akan datang ni…hahaha…
[Balas Komen Ini]
June 15th, 2008 at 10:59 pm
hahaha. tergelak jap diya baca part cencurut tuh. :))
satu lg, suka sgt cakap camni [instead of buat suara cencurut tu]
“assalamualaikum. tak jawab doserr”
heh. [tak koserrr lah haku.]
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 12:49 am
haha..
ckp orang..
rupanya dia yang doktor cinta..
bg aku kebanyakkan pompuan suka lelaki yg fun.. pandai berlawak.. happy.. tapi dalam masa yg sama dia itu romantik.. betul?
samalah situasinya dgn buat dia selesa itu..
hehe..
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 3:33 am
xdela takut sangat sebenarnya. haha.
“bg aku kebanyakkan pompuan suka lelaki yg fun”
oh ya. ‘better-fun’ (walaupun sebenarnya menteil xbermaksud begitu. haha)
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 4:12 am
Yang paling penting “BE YOURSELF”..bila kita pura2 memang cepat dikesan kepura2an kita tu kan..
tapinye, bila 1st time jumpa, mesti berdebar2..pastu semua tak tentu arah, cakap pun tunggang langgang..ahaaaa..
yuppp..saya setuju bab yang “perempuan unpredictable”.
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 8:47 am
ahmoi: menteil telah menyebarkan virus cinta dan saya adalah salah seorang yang telah dijangkiti.
saya bersetuju dgn atiqah dan aisyah.
ecahkoop…ahmoi dah bagi tip yg berguna untuk kau.
firdee: wohohoho…lg 10thn akn datang? kenapa ye?
diya: saya pun tergelak gak masa tulis ttg itu.
ayat yg diorg gunakan itu juga paling saya benci. apa laa. guna la ayat lain. tak kreatif
menteil: hahahaha…aku dah jangkit dengan kau la ni. aduss…
aku setuju dgn kau. serius + calm + caring + fun + happy. kau ada ni semua, kau mmg ideal.
better-fun: better-fun adalah lelaki yang fun. sila pilih beliau untuk jadi date anda.
juliana: mmg setuju. jgn hipokrit. saya kalau keluar dating dgn perempuan, saya selamba je merokok wlpn saya tahu perempuan tak suka laki merokok. tapi saya suruh mereka jauhkan diri sket ms sy merokok smbil jelaskan knp saya merokok. hahahhahaha… dan diorg boleh terima saya.
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 1:30 pm
putus cinta:banyak kali
putus tunang(tak rasmi):sekali
keluar deting: malas dah!
aku sibukkan diri dengan membaca..
malas nak tanggung rasa ditolak, sakit hati nak pujuk diri sendiri bila dicemuh hidung tak mancung…
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 4:45 pm
~ banyaknya tip.. tapi yg penting biar la ikhlas menyanyangi perempuan tuh. kalo betul2 nak ngorat la. kalo tak ikhlas, baik tak yah. buang masa jer… ~
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 5:14 pm
nak tau nape 10 tahun lagi???…ntah le…lepas dah break skali rasa malas le plak nak mencari cinta nih…solo otak rasa free je…tunggu la 10 tahun lagi…hahaha :P
[Balas Komen Ini]
June 16th, 2008 at 5:28 pm
fusarium solani: nampaknya kau punya pengalaman yg hampir sama dgn aku. skg aku pun tgh sibukkan diri aku. tak mahu bercinta wlpn aku ada girlfriend di sisi
mizzamy: saya setuju. penat je…
firdee: welcome to the club bro. ko boleh join aku dan fusarium solani
[Balas Komen Ini]
June 17th, 2008 at 12:15 am
uih..terer tol si syam nie..
ko nak date stacy? hahaha
aku ada nomot dier!
certain guys yg aku came accross..
byk fail tang nomot 5
citer mende ngarot2..
teros aku sound tepat~ stop talking to me!
[Balas Komen Ini]
June 17th, 2008 at 12:28 am
walauwei syam…hebat la hang…hehe..menyeraikan tip2 ini… mmg berguna untuk mereka yang masih mencari… ikut la yang mana patut yer..hikhik
[Balas Komen Ini]
June 17th, 2008 at 11:52 am
salam syam…
timakasih list blog saya kat en3 lepas.cam promosi percuma plak.
pasni syam buleh jadi dokter cinta ek..
[Balas Komen Ini]
June 17th, 2008 at 2:10 pm
great! ko lakukan kajian yang mendalam syam! dr cinta sesuai dgn ko.
selalulah menulis mengenainya kerana ia adalah jaringan pemerhatian kaum muda mudi ;)
seperti membaca majalah :p
[Balas Komen Ini]
June 18th, 2008 at 8:35 am
heartless devilish: aku mahu no stacy. boleh bagi kat aku?
bash: woo…jgn puji aku bro. aku tak hebat. kalau aku hebat aku dah ada special gf dah. hehehhe
happyirfa: salam irfa. saya listkan blog awak utk membantu blogger2 tempatan.
saya bukan doktor cinta
megat: terima kasih dgn pujian ko bro. tp aku bkn dr cinta. aku blom layak lg. hehheheh
aku akan menulis ttgnya tapi aku mahu lebih banyak menulis ttg dunia kita. cinta hanyalah sekadar selingan.
[Balas Komen Ini]
June 18th, 2008 at 9:02 pm
lmbt tinggal oke!
kahkah!
kalo nak ajak laki date cane plak?
ehem!
:>
[Balas Komen Ini]
June 19th, 2008 at 8:44 am
hummy: setuju… tu lah masalah kita ni. susah nak tepati masa.
nanti saya akan buat entri berkenaan menundukkan lelaki. tunggu ya!
[Balas Komen Ini]
December 14th, 2008 at 8:27 pm
Syam.. thanks for the tips..
boleh aku cube.. hehe..
nway, buatlah tips topik2
selamat tetapi menarik utk
dibualkan bersama perempuan…
Muii punya post terbaru..Ku Lihat Layu Dalam Melayu
[Balas Komen Ini]
aeropama
membalas pada
December 14th, 2008 jam 8:35 pm
sila cuba. tips yang terhasil dari pengalaman aku. mungkin berguna untuk kau
sekarang intention aku, mahu menulis entri yang lebih ‘beracun’. provokasi adalah lebih tepat
[Balas Komen Ini]