How to Change Your Blogger’s Theme…
Oleh aeropama pada May 11, 2008 Blog
Salam dan ‘Hello’ kepada pembaca blog aku semua. Entri ni aku dedikasi kan kepada saudara zuhairy @ bisikanhati.com. Beliau bertanya kepada aku, bagaimana nak tukar theme kalau kita menggunakan blogger.com sebagai platform blog kita? Kerana aku adalah pengguna blogger.com (aku adalah pengguna tegar blogger @ blogspot), dan aku ada ilmu yang tak seberapa tentang blogger.com yang aku nak kongsi dengan beliau dan korang semua.
Ok! Kita berbalik kepada persoalan beliau. Sebenarnya terdapat pelbagai theme-theme menarik untuk blogger.com (selepas ini aku panggil blogspot je la) yang dibuat oleh pengguna-pengguna blogspot. Anda boleh cari dan muat turun secara percuma. Paling senang, anda GOOGLE saja. Taipkan keywords ‘Blogger Theme atau Blogger template‘ dekat mana-mana enjin carian kegemaran anda, dan Tadaaa… Berlambak-lambak senarai laman yang membekalkan theme untuk blogspot dipaparkan. Pilih saja salah satu yang anda suka, download dan save di mana-mana tempat di dalam komputer anda. Pastikan anda ingat dimana file yang anda muat turun itu disimpan. Untuk theme yang saya gunakan sekarang, saya download melalui laman ini.
Biasanya fail yang anda download itu adalah dalam format *.xml. Cara nak ‘install’ theme yang anda dah download itu, teramatlah senang. Anda log masuk ke akaun blogspot anda, kemudian anda pergi ke menu ‘Layout > Edit HTML‘. Anda pergi ke bahagian yang bertulis ‘Upload a template from a file on your hard drive:‘, pilih file theme (dalam format *.xml) yang anda sudah muat turun tadi, kemudian upload. Tunggu sehingga proses muat naik a.k.a upload selesai, kemudian tekan butang ‘Save Template‘ . Kemudian, pergi ke menu ‘View Blog‘ untuk melihat hasilnya. Senang kan!
Nota Kaki:
Perlu di ingatkan, tidak semua template @ theme yang sedia untuk di muat turun bersesuaian dengan blogspot walaupun ianya dihasilkan untuk blogspot. Dan yang paling penting, pastikan anda memuat turun template yang mesra engine carian kerana terdapat beberapa template yang tidak mesra enjin carian yang pernah saya muat turun. Untuk memeriksa sama ada template anda mesra enjin carian atau tidak, anda bolehlah menggunakan ‘Google Webmaster Tool‘

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Tuliskan Komen Kau