Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership

Genap sehari setelah aku terbitkan entri pengenalan tentang Google Analytics. Aku andaikan kau sudah install perisian ini di dalam laman blog atau web kau. Sepatutnya selepas kau verify akaun kau, kau sudah mula menerima statistik dari Google Analytics ini. Jadi mari kita analisis bersama statistik yang kau perolehi.

Secara amnya, Google Analytics punya 5 elemen asas untuk kau buat analisa trafik kau;

1. Site Usage: Menunjukkan jumlah pengunjung, jumlah muka surat yang telah di buka oleh pengunjung, purata muka surat yang telah dikunjungi, bounce rate, purata masa melawat & pengunjung baru.

2. Visitors Overview: Menyediakan statistik seperti Site Usage tetapi menyediakan data yang lebih terperinci seperti jenis browser yang digunakan & jenis sambungan pelawat kau (DSL, Dial Up etc)

3. Map Overlay: Memaparkan negara/tempat dari mana pelawat datang.

4. Traffic Sources Overview: Menunjukkan dari mana sumber trafik kau. Sama ada melalui search engine (organik), laman rujukan (yang meletakkan link ke laman kau) ataupun trafik secara langsung.

5. Content Overview: Menunjukkan muka surat atau entri yang paling banyak pelawat kau lawati.

Sesetengah pentadbir blog lebih mengutamakan jumlah trafik yang datang ke blog mereka. Bermacam-macam teknik Search Engine Optimization (SEO) yang mereka gunakan untuk pastikan blog mereka menduduki tempat teratas di laman utama keputusan enjin carian seterusnya meningkatkan jumlah trafik.

Tetapi tiada gunanya jika pelawat yang datang (melalui target keywords kau tu) hanya melihat laman kau sekadar sesaat dua tanpa baca apa-apa kemudian keluar sebab kandungan yang kau sediakan tidak menepati kehendak mereka.

Jadi di Google Analytics ini, kau boleh lihat sama ada pelawat yang datang ke blog kau benar-benar suka dengan blog kau & baca segala yang kau tulis atau sekadar hinggap sekejap saja. Kau boleh lihat melalui Bounce Rate.

Google menulis:

Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality - a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy.

Senang cerita semakin tinggi Bounce Rate kau, semakin tidak berkualiti lah entri atau blog kau. Begitu juga sebaliknya.

Lebih menarik, Google Analytics membolehkan kau menganalisa Bounce Rate berdasarkan kandungan blog atau entri kau. Kau klik saja pada bahagian Content Overview kemudian perhatikan nilai Bounce Rate yang ditunjukkan di bahagian kanan bagi setiap tajuk kandungan (entri) kau.  Rujuk pada gambar.

Cara-cara untuk menurunkan nilai Bounce Rate:

1. Tulis pendahuluan yang menarik perhatian

2. Sediakan entri yang berkualiti & menepati motif blog kau.

3. Tulis dengan lenggok gaya yang mudah & santai.

4. Gunakan ejaan yang penuh & senang untuk dibaca.

5. Berikan mereka links ke entri-entri (di blog kau ) yang mungkin berkaitan di akhir artikel yang kau terbitkan.

Pokoknya, jika kau mampu berikan pengunjung kau maklumat yang berguna & berkualiti, tidak mustahil pelawat akan datang semula ke blog kau dengan lebih kerap & seterusnya membina readership dengan mereka.

ps: Adakah entri ini berguna atau tahi untuk kau? Berikan aku feedback

pss: Untuk perisian analisis trafik alternatif, saudara Lochoe ada sesuatu untuk kau.

pss: Aku tak mahu datang blog kau lagi Lochoe. Kau telah menganggu online privacy aku. Wahahahah…

Tags: Blog, Bounce Rate, Google Analytics

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

40 Respons untuk “Google Analytics: Gunakannya Untuk Bina Readership”

  1. 1 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    wah,entri baru kuar dr oven ni!panas lg.. hee..

    !x0r@ punya post terbaru..only meant for my family member

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    u first! tahniah. kalau selalu macam ni, saya nak buat contest pemberi komen yang selalu di tempat pertama lah…

    [Balas Komen Ini]

    !x0r@No Gravatar

    haha.. ye ke? alamatnya sejam sekali la saya klik page ni kalau ada contest.. kui3

    !x0r@ punya post terbaru..only meant for my family member

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    wow,saya first! dah lama tak jadi first reader kat blog org :D

    !x0r@ punya post terbaru..only meant for my family member

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 Adry SabryNo Gravatar mengomen pada

    Thanks for the info… nice

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 lochoeNo Gravatar mengomen pada

    mana boleh kata entry ko ni tahi.. bagus apa.. ada orang explain, camne system ni berfungsi dengan betul.. congrats…

    aku selama ni, main tibai faham2 je, x pernah nak faham pun maksud2 “quote2″ semua tu.. thank u..

    skrg aku dh faham dah sikit2.. bagus la.. walaupun aku xnak galakkan sgt ko tulis article2 mcm ni (sbb aku baca baanyak komen) comenter ko x suka ko tulis info “tech” ni.. apa2 pun ko dah buat dgn baik dah.. aku pun xkan explain mcm tuh..mmg ko dah boleh jadi penulis “for dummies” la.. ahhahahah

    hidup syam.. ada awek lebih, hulur kat aku sikit.. hua hua hua

    lochoe punya post terbaru..Callister gadis spammer?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    owh! ye ke? aku pun perasan gak sebab bila aku wat entri pasal info tecg ni, komen aku sedikit kurang. tapi peduli apa aku? aku nk kongsi ilmu aku je…
    pasal buku for dummies tu, aku ingat biar MK je yang buat… die lebih otai

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 lochoeNo Gravatar mengomen pada

    privasi anda adalah keutamaan kami..
    ahaha.. ala org hensem mcm ko syam… xyah nak privasi-vasi dah..

    tunjuk je bulu dada hang.. semua senyap..

    tapi skrg mana ada privasi lagi, stakat trace ip tuh, x tragic sgt compare kalau trace phone number..

    software ini mmg wujud, aku pernah jumpa, cuma x ingat namanya.. rasanya kat sourceforge.net..

    mmg skrg xde privasi syam.. yang penting, kita buat mcm xde privasi.. x perlu nak pikir sgt, hidup kena ceria dan sihat slalu.. jangan bertukar-tukar pasangan dan melakukan hubungan luar tabii, yg lain terserah pada Allah.. hehee

    kadang2 komen aku mmg panjang sbb aku taip tanpa pk.. so..baca je..

    lochoe punya post terbaru..Callister gadis spammer?

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wow! lepas ni aku kene anonymous kan diri aku ketika online lah. sangat bahaya beb…
    kau nak komen panjang berjela pun tak pe beb

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 menteilNo Gravatar mengomen pada

    bagus2… info yang menarik..
    akan aku praktikkan nanti..
    isyaAllah segera..

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    sudah register, tapi belum di apply kan lagi. huhu.

    aTiQah punya post terbaru..PAGI BERSAMA MHI : Siri Akhir

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    pergi apply cepat! wahahahah

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 megatNo Gravatar mengomen pada

    eheh sudah terbongkar satu rahsia untuk menelaah kehebatan blog masing-masing.

    mereka perlu faham analytic bukan untuk tarik trafik tetapi untuk mengkaji setiap langkah yang mereka lakukan.

    kaji dan mereka akan dapat jawapannya disana!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sekadar berkongsi apa yang aku tahu megat… tapikan aku juga gunakan data berkenaan keywords yg diberi di analytics untuk cuba tarik trafik dengan apply beberapa teknik SEO. boleh tahan juga trafik yang aku terima. cuma bounce rate dia juga agak tinggi…

    [Balas Komen Ini]

    megatNo Gravatar

    aku pun naik pelik juga pasal bounce rate tu. selalunya 50% keatas.

    takpelah janji kita dapat kesan sasaran trafik dan killer keyword dari sana eheh.

    alhamdulillah aku dah capai sasaran utk dapatkan trafik dari SE.

    ps: aku rasa aku dah tahu masalah kotak komen kau tu syam. kau edit skit kat option plugin tu. kau pegi ke setting > wp thread comment > pastu kau cari kotak “edit comment HTML” > kau cari if function exist gravatar dari kau buang.

    megat punya post terbaru..Bagaimana Memiliki Trafik Yang Baik Di Blog!?

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 Mohd IsmailNo Gravatar mengomen pada

    aku tatau la.. aku tak pernah pandai nk pakai Google Analytics ni..

    prefer StatCounter & reinvigorate.. he he

    *btw, readership dlm malay apa eh? semangat pembacaan?*

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    statscounter pun aku pakai gak mael. reinvigorate aku baru tahu. hehehehe

    btw, readership kalau ditafsir bermaksud semangat pembacaan. tapi bila aku rujuk sesetengah penterjemah online, readership bermaksud bilangan pembaca :erk:

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    dah try buat dah.. tp asyik kata x jumpa meta la.. malas dah nak pakai…

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 KujieNo Gravatar mengomen pada

    sentiasa ada produk terbaru…. rasanya pernah try dekat 10 mcm ni..tapi itu yang seronoknya..sentiasa terkini.
    Terimakasih entri yang mcm ni, orang lain mungkin tak suka, tapi kak jie suka

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kak jie pakai lain2 software ke? bolehlah share

    [Balas Komen Ini]

    KujieNo Gravatar

    Bkn tak nak share..segan…tengok ramai lagi otai².

    Kak Jie follow je..

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 affuanNo Gravatar mengomen pada

    aku dah lama guna ni tapi untuk blog2 mfa jek. memang superb. tujuan aku guna adalah untuk menilai entri mana yang paling banyak di’visit dan paling banyak klik. kalau sikit aku delete. kalau banyak, aku kayakan lagi keywords dier untuk menjadikan iklan2 yang ada itu lebih mahal. muaaahahaha.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu.. dasat tu ko ni. lg advance tu… kagum2

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 zamzNo Gravatar mengomen pada

    dah try letak..tapi error la plak

    zamz punya post terbaru..Price Of Goods: Fast To Go Up. Slow To Come Down

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    error np lak? tak leh verify

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    alamak komen aku hilang la semalam…cis. bro ko guna iklan advertlets ke. menarik jer iklan tu. ahaha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko punye komen hilang ke? sorry la beb. aku pun perasan benda ni selalu berlaku. tapi tak tahu nak buat cmne. nanti aku tanya pada otai2 blog cmne nak avoid benda cenggini.

    aku pakai advertlets. rajin2 la klik2 kat situ. wahahahah :)

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 Adz AriffNo Gravatar mengomen pada

    Thanks utk semua tips & list of plugins jugak, aku baru je tambah2 a few features dlm blog aku sendiri. :) Banyak yg aku kena belajar…slow2. Takpe, selagi belum masuk keje.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    patutla semakin lama aku lihat ada perubahan dalam blog kau. dah ade threade comment. tu sgt bagus untuk galakkan pembaca ko mengomen…

    ps: jangan lupa war-warkan tentang feeds ko okay!

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ owhh okeyh, baru paham kepentingan google analytic nih. saya tak nak blog saya mudah di carik. hehehehe… ~

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    Sebuah tutorial yang padat dan mudah difahami.

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    entri yang sangat berguna terutamanya untuk orang buta IT macam saya. biar saya semak kadar lantunan saya di Google Analytics :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahahah… bounce rate = kadar lantunan. sangat kelakar bong!

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 syafiqnNo Gravatar mengomen pada

    thanx for d info bro…aku mmg inginkan lebih ramai pelawat ke blog aku…tapi bile bab2 nk kene add application ape jadah nie, mule la lemah…

    nway, thanx again!

    syafiqn punya post terbaru..i’ll face it!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mahu peningkatan pelawat yang lebih drastik. bertukar saja ke wordpress.

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 titanNo Gravatar mengomen pada

    hoho. aku tak kesah sangat. tulis je apa yang aku suka. Nanti ada je visitor baru..janji apa yang kita tulis tu menarik..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tulisan yang menarik dan berinformasi mampu menarik pengunjung datang kembali ke blog kau…

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 hafrezeNo Gravatar mengomen pada

    aku terima visitors dlam lingkungan 500-700 sehari, cuma waktu raya ni , agak kuranglah sikit pasal semua balik kampung kan.

    Mengenai bounce rate, aku ada baca yang blog memang normal untuk terima bounce rate dlm 50 - 70 %. ini disebabkan faktor dinamik blog sendri.
    Tapi, kalau dah lebih dari 75%, haruslah korang risau.

    hafreze punya post terbaru..Buka Puasa Di Novotel

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    erm… aku pun pernah baca pasal itu… lagi2 pada blog yg trafiknya datang dari search engine

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 NasrunNo Gravatar mengomen pada

    Aku pon belum install la.. ari tu dah install aku buang balik.. tak reti nak guna..

    Skrg dah paham.. TQ..

    Nasrun punya post terbaru..Do Follow Blog Increase PageRank

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>