Fast Update! Surat untuk Kawan-kawan
Oleh aeropama pada Jul 17, 2008 Announcement, Blog, Peribadi
Ke hadapan kawan-kawan,
Di saat kau baca entri ini, aku dalam perjalanan balik meninggalkan Teluk Ramunia ini untuk satu jangka waktu yang panjang. Balik ke tempat tumpah darah aku, Kuala Lumpur. Tempat yang bising, sesak, trafik jam sepanjang masa dan sentiasa di selubungi udara tercemar. Tapi itulah Kuala Kumpur. Kota penuh keseronokan dan tipu daya. Orang selalu kata itu lubuk emas. Duduk kat Kuala Lumpur kau boleh senang. Tahi! Hanya mereka yang rajin dan berani mencari peluang saja yang boleh kecap kesenangan.
Jauh berbeza dari Teluk Ramunia ini. Tempatnya aman. Trafik jam… jauh panggang dari api. Hari-hari boleh tengok laut. Tengok kapal-kapal dagang lalu lalang. Dengar deruan ombak dan hidu bau laut walaupun baunya bercampur dengan bau minyak hitam yang dibuang oleh kapal-kapal dagang keparat itu. Apa diorang ni tak tahu jaga alam sekitar ke? Tak tahu hargai alam sekitar… Sedih! Bila pinggir pantai bertukar dari pasir putih kepada pasir minyak, burung laut jadi bogel sebab gugur bulunya diracuni oleh bahan buangan bertoksik dan ikan-ikan terdampar busuk di pantai, baru kau mahu sedar…
Kawan-kawanku,
Setahun aku hidup dalam zaman pekerjaan (mentah lagi aku ni), banyak yang aku pelajari. Cara bergaul dengan mereka yang lebih tua, belajar jadi nelayan tepi pantai, belajar kenal mana kawan mana lawan dan macam-macam lagi akan aku jadikan azimat. Itu semua hasil interaksi antara aku dan kau semua. Terima kasih aku ucapkan.
Kawan-kawanku,
Jika kau masih membaca hingga ke perenggan ini, dengan berbesar hati aku ucapkan ribuan terima kasih. Aku pergi bukan untuk selama-lamanya. Ini sekadar satu batu loncatan untuk aku mengejar impian aku. Nasihat aku, jika kau punya impian sendiri, berusaha untuk capainya. Usaha yang bersungguh-sungguh! Ingatlah kata-kata azimat ini, manusia yang berjaya adalah manusia yang mencari peluang untuk diri mereka sendiri. Bukan mereka yang menunggu berharap peluang datang bergolek.
Semoga berjumpa lagi di kemudian hari. Sapalah aku kalau kita tersua, sedarkanlah aku kalau aku teralpa dan tegurlah aku kalau aku buat salah. Sekian terima kasih. Chow! Aku mahu tumpukan pada pemanduan aku. Jumpa kamu di Kuala Lumpur!
Cheers,
Syam @ http://aeropama.com
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Sayonara KL, Sayonara Selangor
- Majlis Buka Puasa Anjuran Negaraku dot Net
- Berita Terkini! Aeropama Sudah Pulang .
- Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama
- Graphic on The Wall
- Start Your Day with SMILE!
- Elakkan Bangga Dalam Pembelian.
- Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd
- Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur
- Entri Melankolik






July 17th, 2008 at 8:25 am
[...] sure he’ll be elected to be the Prime Minister, Bongkersz might be his deputy PM and Aeropama might be Minister of Trading or something like that [...]
July 17th, 2008 at 8:30 am
~ on the way balik KL ker? berhati-hati la semasa di jalan raya. KL memang memeningkan. if ader peluang, i pun nak balik kerja kat belah pantai timur. aman damai jer. kos hidup pun tak lah seteruk kat KL. ;) ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Deep Inside My Heart ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:31 pm
agaknya saya lebih sesuai dengan gaya hidup yang sesak, bergerak pantas dan hingar bingar. setahun di tmpt yg aman buatkan minda sedikit lambat.. mungkin dipengaruhi oleh suasana…
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 8:40 am
ko dah kat mana ni? jauh lg tak nak sampai KL ?? sampai KL jgn lupa update blog supaya tahu ko dah selamat sampai…amin !!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:32 pm
aku dah sampai KL semalam. br arini dapat balas komen2 korg. sori kalau aku lambat update…
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
July 19th, 2008 jam 1:23 am
tarak hal…yg penting selamat sampai
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 9:05 am
selamat kembali syam :wink:
alone punya post terbaru..Upgraded to Wordpress 2.6
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 10:40 am
Balik bercuti?
Selamat ya. Nanti bawaklah ole2 untuk orang johor. He he.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:32 pm
bukan balik bercuti tapi tukar tempat kerja baru :D
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 12:09 pm
drive safe.
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 12:14 pm
tak balik lagi ke teluk rumania? memang nak stay kl ke?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:33 pm
aku tak balik lagi ke sana. tp tak tahu. mungkin di masa hdpn aku kembali ke sana. kalau ada rezeki la
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 12:44 pm
surat mcm pergi xnk kembali nyanyian rabbani. huhu!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:33 pm
apa kaitan rabbani ngn surat aku? heheheh… ni surat wasiat nih :P
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 12:48 pm
Johor memang best!!!ehe..:)
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 1:13 pm
oh..kalu kau free kat kl nie, boleh kite jumpa. ym aku. selamat berjalan ops memandu!
aliff punya post terbaru..Reformasi Ilmu - Dunia Islam
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 3:02 pm
ha.. kalu dah duk KL ni.. jom la kita pi kenduri kahwin Lina (UiTM yg setahun ja tu pastu pi MIAT).. dia ada ajak ko kan?
smaelz83 punya post terbaru..Kate Perry - I Kiss A Girl (Megaupload)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:34 pm
dia tak ajak aku pun… rasa malu dan kurang adat kalau pergi ke majlis yg kita tak dijemput utk hadir wlpn rakan sendiri. wahahahah :)
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 3:21 pm
owh…. jgn lama²
nk blk kl tu..bawa jeruk pala satu paket ye
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 3:56 pm
sham… kemana selaps nie? tak nak umum lg ker?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:36 pm
bila saya dah mula lapor diri, baru la saya umumkan. skrg ni kene rahsia sket. maklumlah mana tahu kalau ada yg dengki ngn saya nanti kene rejek lak saya di tempat baru tu. kes sebegini biasa terjadi untuk industri yg kecil ni…
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 4:07 pm
haii..selamat menghirup asap kotor di KL..hehe..lakukan setiap perkara yang kita suka..bukan perkara yang kita tak suka.sebab apa yang kita suka tulah akan bahagiakan kita dan beri kita kejayaan.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:37 pm
betul.. saya pernah bincangkan dalam entri memupuk minat dan 5 peringkat keinginan dahulu. tu pun kalau anda (pembaca rajin nak godek2 blog ni)
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 4:10 pm
Uish! Bunyi ayat macam wasiat… Biar betui!!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:37 pm
heheh…bkn surat wasiat tp hanya renungan untuk kwn2
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 4:26 pm
leaving jb and permanently working in kl ke? ;) all the best syam..
hey! i think kerja tepi pantai is superb cool.. i love beaches so much! ;)
nono punya post terbaru..aku rasa kosong
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:39 pm
sesetengah org mungkin tak suka gak nono.
pertama kali ke ramunia, saya sgt excited tgl laut dan pantai sbb itulah impian saya. nak dok tepi pantai. tapi lama2 pening jugak. sbb saya asalnya dari kota yang sentiasa bergerak pantas, bising, stress, sibuk dan macam2 lagi. lama2 di tmpt yg terlalu aman rasa lain macam lak. hehehehhe :P
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 4:46 pm
ko keje kat teluk ramunia rupanya. klu tiada pencemaran alam sekitar sudah tentu disana menjadi tmpt paling seronok kan!?
apa pun selamat dalam perjalanan. insya allah kita akan ketemu lagi
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:40 pm
yup! aku sedih lihat pantainya di cemari oleh sisa minyak yg dibuang oleh kapal2 dagang yg lalu lalang. kalau tidak mmg kawasan itu punya potensi untuk dijadikan tmpt pelancongan. org singapore ramai juga dtg ke sana untuk berbasikal…
[Balas Komen Ini]
July 17th, 2008 at 10:25 pm
All the best and may Allah bless what so ever your next future plan
hashim habeed punya post terbaru..DeMo-KeRaT-SiH
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 12:11 am
bestnyer balik kampung. hehe :)
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 2:33 am
pinjam quote:
manusia yang berjaya adalah manusia yang mencari peluang untuk diri mereka sendiri. Bukan mereka yang menunggu peluang datang bergolek.
pls do reply my post . tq..kalau jumpa org yg cam ni mcm mane ek? huhu…
bunga-hati punya post terbaru..peluang satu
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:42 pm
silakan… saya tak kisah…
pasal entri awak tu saya nasihatkan awak ambil. peluang tak selalu dtg. org yg berjaya tak pernah sia2kan peluang yang dtg menyerah…
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 4:52 pm
oo…ex-senior ku mau balik kL daa…takmau singgah sekola ke?
*aku pon dah lame x jenguk sekola…kekekeke!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:43 pm
aku dh lama tak jenguk skola. ntah ada cikgu2 yg kenal aku pun tatau la aku. nak harap junior2 memang takde langsung.. tp aku mahu jumpa kawan2 dulu…
[Balas Komen Ini]
ecahkoop
membalas pada
July 22nd, 2008 jam 4:52 am
byk la cikgu2 time zaman ko dah pindah..
ustaz solehudin kayat
ustaz ismail
ustaz khairuzaman
cikgu amir azmi
aku de datang hujung tahun lepas, ramai cikgu baru, tak kenal la…
ecahkoop punya post terbaru..riang ria training kitchen
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 8:42 pm
acc akoo dah kena suspend. giler btol arrr. akoo xmain warez pun kena. akoo istiharkan akoo mls berblog daaa. babai semua. maaf la. hadiah tue tak dapat bagi ko. bukan faktor akoo. faktor root/owner barbie. dah la akoo xde backup lansung! sape lg ek yang join contest tue. nk g mintak maaf. sori r bro. akoo down yg amat. bar bie btol la…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 18th, 2008 jam 8:46 pm
biar btol kau ni… alahai… ko rileks dulu kasi tenang fikiran. kau kontek balik kau nye hosting provider pastu kau suruh dia recover balik kau punya blog ni.
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 8:48 pm
(akoo tgh cuba berdiplomasi, kalo boleh dpt blk, lega. kalo xleh mmg xdpt la) tp akoo nk data je. uwaaaaa. 3 orang kena skali ngan akoo.
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 10:28 pm
btol. ape kejadah dia nk charge akoo serv warez? kalau tgk bandwith transfer dari 3TB baru tiga ratus je jalan. tue pun sebab dua tiga hari nie rmi serbu blog. dalam 100-200 unique ip. nmpk sgt dia org korup. ske2 hati nk suspend orang. akoo xbackup dalam 2-3post je pun utk thinker.my tapi yg blog peribadi akoo mmg xbackup lansung. grrr. sakit hati, down semua ade. haha. ko la jd mangsa kena bebel. akoo xpe hilang semua tue. tp yg join contest tue. aduh. camane? ini satu penindasan. nnti sumpahan maut akoo utk orang dajei akoo.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 19th, 2008 jam 2:45 pm
lesson learnt:
sentiasa backup database kau wlpn utk subdomain. kalau boleh buat backup secara berkala. seminggu sekali atau setiap hari.
dapatkan hosting yangboleh dipercayai. aku kasihan kau punya baru kena serbu 200-300 org sehari dah di cop sebagai warez site. cess… jadah apa pentadbir server ko ni.
syam punya post terbaru..Berita Terkini! Aeropama Sudah Pulang .
[Balas Komen Ini]
Extremist Thinker
membalas pada
July 19th, 2008 jam 3:01 pm
tade la 200 - 300. 100 - 200 je. kalu kna skali lg. akoo pilih exa. haha…
Extremist Thinker punya post terbaru..Afternoon Time Wasters
[Balas Komen Ini]
July 18th, 2008 at 11:15 pm
ehhhh syam update ms tgh drive ke? dasat bebeno tu. huhu.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 19th, 2008 jam 2:46 pm
saya update masa tgh panas enjin utk pulang ke KL. tak kan lah nak update masa drive kot. sayang nyawa lagi diya. bnyk lagi tak buat ni. kahwin pun belum :P
[Balas Komen Ini]
diya
membalas pada
July 19th, 2008 jam 2:52 pm
hahaha. kot la kan syam ni ada kuasa macam action kameng ke. hahaha. terlebih sudaa :P
diya punya post terbaru..D62 : Trademark Crayon Kakak dot Net
[Balas Komen Ini]
July 19th, 2008 at 10:13 am
pertarungan 6 jam membuahkan hasil. thinker.my kembali. tp akoo da agak mls. huahuahua…
[Balas Komen Ini]