
Syawal sudah masuk hari ke dua puluh (20). Bermakna kau hanya ada sepuluh (10) hari saja lagi untuk sambut raya. Itupun jika kau jenis manusia yang berpegang pada prinsip ‘Beraya untuk Sebulan’.
Hari ini, syarikat aku bikin majlis sambutan hari raya berkonsepkan Pot Luck. Bermakna jika kau mahu hidangan yang sangat meriah, sila minta isteri kau bangun tidur sebelum ayam jantan berkokok untuk masakkan makanan paling sedap dan mantap untuk kau bawa ke pejabat dan jamu rakan-rakan sekerja kau.
Jika isteri kau adalah wanita moden berpendidikan tinggi yang stereotaip ataupun kau masih bujang, jadi jangan lokek untuk keluarkan duit, upah orang lain sediakan hidangan yang sangat menggiurkan. Contoh, tapau nasi beriani untuk 40 orang dari Restoran JM Beriani. Salute kepada General Manager aku. Nasi beriyani dari Restoran JM Berianinya memang terbaik hingga bikin aku terlelap kurang dari 30 saat selepas aku labuhkan punggung untuk dengar khutbah Jumaat.
Dan di majlis ini juga, rakan-rakan sekerja aku bikin suprise sambutan hari lahir untuk aku dan Anisa. Taklah suprise sangat sebab sudah semacam satu rutin kami akan sambut hari lahir setiap staff di sini. Maka hampir tiap-tiap bulan aku akan terima emel notis sambutan hari lahir si polan akan dibuat dan secara tak langsung duit aku akan sapan dirompak oleh pihak penganjur majlis tanpa belas kasihan buat beli hadiah dan makanan. Hahaha!

Caption: Turn gua tiup lilin lepas si Anisa tinggalkan 3 batang dari 5 batang lilin yang ada. Dia bilang 2 batang melambangkan dia dalam lingkungan usia 20-an. 3 batang berbaki untuk aku bermakna aku dalam lingkungan 30-an? Ceit!

Caption: Aksi-aksi bimbo berspiritkan raya masa upacara terima hadiah dari General Manager aku. Sehelai baju kemeja & tali pinggang jadi habuan aku. Kata Sheyna, tali pinggang tu khas untuk aku yang malas memakai tali pinggang. Thanks a lot guys.

Caption: Gelak sakan lepas terima hadiah. Kata GM aku, peninglah dia di Bintulu minggu hadapan sebab dia akan stuck dengan aku yang ‘weng‘ sepanjang 4 hari bernegotiation meeting di sana.
wahhh…. tiup lilin tu
tak de belon utk prop pun?
epi bufday!
seronok melihat suasana di dalam gambar ni…kelihatan sangat hepi ^^
eh…tertinggal pullok…hepi besdey ^^
Haha, aku nak letak gambar ketiga tu jadi wallpaper ah, sure hari-hari aku akan senantiasa ceria xD
Happy Birthday
ptt la syam tade awek. suasana kerja yg gei. haha. syam… tukar kerja. gaji x penting. yg penting awek. haha!
wallpaper eddie menjadi pilihan hati. kantoi.
Wah, bestnya diraikan hari best lam opis betemakan
warna-warni Aidilfitri gitoo. Selamat hari lahir Syam,
semoga makin mantap keimanan.
cool! besday disambut ramai2. berbaju raya pulak tu. woo! hepi besday syam!
Hahaha… Ada juga orang2 dalam gambar tu aku pernah jumpa ketika di dalam lif.
hehe.. nice entri.. selamat hari raya syam! eh.. selamat hari jadi syam! teehee…
p.s: ape la malas pakai tali pinggang.. x cukup ensem la macam tu.. hehehe..
wahhhhhh anak bulan syawal ko ni eh
hehe selamat hari jadi! hehe
opis kau xder hot chick?mak chick jer ke yang ada?haish…
selamat ulangtahn hari lahir
ada gak sambutan,opis aku hampeh sob..sob
dah tua dah upenye nko yek.. hhehehe
erk.. bile nak langsungnye tuh?
ye lah.. aku paham.. nak tunggu
seru tak sampai lagi kan… semoga
bertemu jodoh yang dicarik.. amin~ :up:
:up:
fun pichas dude.. ur bday? happy belated bday to you
den apa update news ni…….