Digg Versi Malaysia

Anda biasa menggunakan perkhidmatan sosial bookmarks seperti Digg, Del.icio.us, Stumble Upon, Furl, Propeller, Yahoo Buzz dan yang seangkatan dengannya. Khidmat mereka mudah. Kalau anda ingin berkongsi laman yang anda lawati atau anda ingin kongsi rencana-rencana menarik yang anda jumpa, hanya perlu tekan butang yang disediakan oleh mereka dan POP! laman tersebut akan dapat di akses oleh berjuta-juta pengguna internet seluruh dunia dan kalau anda bernasib baik, laman anda akan menjadi popular.

Tetapi yang menjadi masalahnya, untuk blog atau laman web berbahasa Malaysia, memang susah untuk jadi popular sebab sudah pasti isi kandungannya adalah dalam Bahasa Malaysia yang bukanlah bahasa antarabangsa. Jadi potensi untuk laman anda di baca oleh pengguna internet antarabangsa dan menjadi terkenal amatlah rendah.

Sebagai alternatif, ingin saya perkenalkan kepada anda, Digg versi Malaysia. Khidmat yang di tawarkan hampir sama dengan khidmat laman sosial bookmarks terkenal yang lain. Dan anda jangan pula salah anggap, Digg versi Malaysia bukanlah affiliate kepada Digg.com. Yang ‘kureng’ pasal laman ni, tak menyediakan button untuk di letakkan ke dalam laman-laman web atau blog bagi memudahkan urusan perkongsian rencana. Kalau anda ingin berkongsi sesuatu laman, anda kenalah pergi ke alamat http://digg.com.my, kemudian pergi ke menu ‘Submit Story’ dan masukkan URL laman yang anda ingin kongsi. Apa-apa pun ianya adalah inisisatif yang menarik dari rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia bagi menghidupkan dan mewarnai industri internet tanah air.

Di sini, saya ingin menggalakkan anda untuk berkongsi artikel-artikel saya yang anda rasakan amat bermanafaat untuk di kongsi bersama dengan menghantar alamat blog atau alamat entri-entri saya ke laman Digg versi Malaysia ini. Pergi sahaja ke http://www.digg.com.my/submit.php untuk berbuat demikian. Tidak lupa juga, anda di galakkan untuk memberi komen pada setiap entri-entri saya agar kita boleh berbincang secara lanjut tentang topik yang saya bentangkan seterusnya mengupasnya dengan lebih lanjut. Layaaaannnn…..
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

4 Respons untuk “Digg Versi Malaysia”

  1. 1 mazudi mengomen pada

    Salam bro,
    Aku selalu jugak letak artikel kat layann ni. Kalau tak silap aku ini projek Arsyan ni.

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam mengomen pada

    mazudi: bro, aku br sj diperkenalkan dgn layann. bil. pengunjung die pn leh thn gk. n thanx for the info. nmpknye ko byk knal webadmin kt malaysia ni yek

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 asxNo Gravatar mengomen pada

    rasanya negaraku lagi seronok ! =)

    asx punya post terbaru..Shisha . Jalan Damai , Kuala Lumpur.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masa aku tulis entri ni, negaraku.net masih belum wujud lagi. skrg aku lebih suka ke negaraku saja. lebih mudah sebab die macam digg. boleh submit artikel terus dari sumbernya…

    ps: kredit untuk NH!

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>