Diari Malam Raya 2008. Looser?

LooserSudah lama rasanya aku tidak menulis entri bersifat peribadi. Teringin juga menulis tentang diri sendiri. Cuma takut dilabel sebagai entri syok sendiri. Nah! Satu entri raya berunsur peribadi aku sajikan. Mungkin membosankan kau.

Malam raya.

Tepat jam 9.30 malam, aku berangkat pulang ke kampung. Kuala Lumpur? Masih lagi sesak dengan kenderaan. Tak balik kampung beraya agaknya mereka ni? Atau sudah tak punya kampung lagi? Pedulikan.

Bosan memandu sendirian, aku ambil keputusan berhenti rehat di R&R Ayer Keroh. Pekena teh secawan & rokok 2 batang. Teringatkan si gadis di Borneo sana. Apa khabar agaknya? Telefon terus aku capai. Mendengar suara merdu di dalam, sudah mampu menggetarkan hati lelaki aku. Owh rindunya aku pada dia. Bila agaknya dapat aku tatap lagi wajahnya? Rantai yang aku beli sempena hari lahirnya 2 bulan lalu masih tersimpan di dalam dashboard kereta. Tak kesampaian untuk aku beri padanya.

Sampai di kampung (Muar) jam 11 malam. Rumah nenek sudah meriah dengan gelak tawa orang-orang di dalamnya. Aku masuk dan bersalam keliling. Sampai ke nenek aku, dia mula tarik muka. Aku sudah faham. Mana taknya, aku masih pulang ke kampung sendirian. Tiada calon isteri untuk aku perkenalkan.

Seperti kelaziman, aku digasak sindiran dari makcik-makcik & sepupu aku. Adik-adik aku yang lain sedang bergayut dengan kekasih masing-masing. Sok sek sok sek Selamat Hari Raya. I Love U, I Miss U bla bla bla… Aku? Jangan kata bergayut, deringan SMS pun tak kedengaran. Looserkah aku, sudah berumur 25 tahun masih belum punya teman istimewa? Sedangkan sepupu aku, ketika di umur aku sudah punya 2 anak. Tahun hadapan bakal timang anak ke tiga.

Aku tidak rasa aku looser. Normal rasanya jika berkahwin lewat kan? Sedangkan aku punya pakcik yang berkahwin ketika usia menjejak 30an. Yang masih membujang sampai ke tua juga ada. 2 orang lagi. Lagipun aku punya sebab untuk bersendirian begini. Impian, kerjaya dan keluarga perlu aku utamakan. Aku kan abang sulung. 10 tahun lagi untuk berkahwin, rasanya sangat sesuai kan?

ps: Nenek aku sesuka hati mahu kenenkan aku dengan salah seorang cucu sedaranya. Cukuplah sekali dia buat perangai dulu. Kali ini aku bangkang keras. Full stop.

pss: Aku masih menunggu & mengharap pada seseorang. Looser kata Nono.

psss: Jadah apa aku menulis entri sebegini di kala raya?

Tags: Hari Raya, Peribadi, Personal

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

91 Respons untuk “Diari Malam Raya 2008. Looser?”

  1. 1 topoNo Gravatar mengomen pada

    hoho melayan perasaan tatkala hari raya….

    topo punya post terbaru..5 perkara yang topo suka tentang hari raya aidilfitri…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    stress beb kalau di gasak soalan sebegitu… bloglah tmpt melepas perasaan

    [Balas Komen Ini]

    abdfatahNo Gravatar

    biasa laa soalan bertalu-talu sedemikian rupa. memang tension jadinya…

    abdfatah punya post terbaru..Cari Duit Dengan Contest Earncent 2008

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 aisyahkamaNo Gravatar mengomen pada

    yie?! mana ada looser! standard la boys kawen 27-30 cmtu. baru 25 bai. ade 2 tahun lagi masa nak mencari. huhu~

    aisyahkama punya post terbaru..Raya 2008

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mmg rs tak looser pun. kawen lmbt mmg normal. cume xtahan dgr org mengata.

    ps: kalau ikut hati, tak kawen lagi senang… yehuuuu

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 |1f34|-|1r3No Gravatar mengomen pada

    kena mencari dah ni beb…kalau btol nak kawin umur 27..patut cari skang la…melainkan kalau ko nak kenal seminggu..lepas tuh kawin tros…hehe

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..TAG : Wabak virus giler !

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    rilex beb. kahwen tiada dalam perancangan aku dalam 5 tahun akan datang… lgpn aku tak desperate…

    [Balas Komen Ini]

    |1f34|-|1r3No Gravatar

    bukan masalah desperate x desperate beb…perancangan masa hadapan beb….

    |1f34|-|1r3 punya post terbaru..Plurking & make money !

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tiada dalam perancangan 5 tahun akan dtg aku beb…

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 smaelzNo Gravatar mengomen pada

    huhu.. ko nyer plan sama cam aku gak la.. maybe lg 10 tahun akan kawen.. family dan stability perlu diutamakan..

    smaelz punya post terbaru..Incredible Pagerank Update

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    10 tahun akan dtg tu pun sbb perjanjian antara aku ngn parents aku. kalau tak mau aku membujang lg.

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 roshaizulNo Gravatar mengomen pada

    selamat hari raya bro.

    loser? lain orang lain pendapat. ok la ko baru umo 25. aku yang 27 dah naik muak dengar pertanyaan “ko bila nak kahwin”? siap ada yang sound “ko mati pucuk ke”? cis! durjana rasanya. huhuhuhuhuh

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sama la ngan aku. lagi haru bila orang tuduh aku gay. ciss…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    bagi saya x looser la…mungkin bagi org yg dah ada pasangan diorang akan anggap org mcm kita ni (sekapal kita ni syam) looser sbb xde kekasih hati lagi…

    saya pon raya ni lemas dengan pertanyaan pasal kawen ni…ko pon nak target 10 tahun gak ke?…huhuhu :D

    firdee punya post terbaru..Balik Kampung

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mentaliti masyarakat beb. bila bekerja, mesti kena kahwin. jadah…

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 topoNo Gravatar mengomen pada

    post ni menimbulkan kesedaran pada aku la.. hohoh mungkin ak patut mula mencari sekarang.. hohohoho

    topo punya post terbaru..orang lain beraya topo gi tengok KAMI THE MOVIE..

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    kah kah kah. abg sulung. kah kah kah. nenek nk kawen ngan cucu. kah kah kah. ter igt ko ym akoo ko tekel awek fs. kah kah kah. kita hidup dizaman melinneium beb. ape barang fikir pasal kahwin. kawen anytime. nikah tue yg susah. hahaha. jom ke ppum la. cari dokte. hehe. alaaa. stok2 kita nie. kalo dpt title datuk kat dpn umo 35 nnti. sure belambak2 gadis perawan nak. ape pedulik. tunggu 10 thn lg. dan UMO KO DAH KANTOI. HANCING BETUL CAKAP 21. PIGI DAAAA!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko gelakkan aku ET. jadah kau. hihihihi

    ps: meh kite ke ppum. leh usha doktor di sana. mana tahu sangkut sorang.

    pss: aku dah date dgn doktor. mereka terlalu pure utk aku…

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 najlaaNo Gravatar mengomen pada

    looser ke? x pon la…lagi pulak, laki-laki ni..xde kisah sangat..kawin umur 40 pon ok..

    Jangan emo di awal2 raya ni..summon the spirit for celebration!!=)

    p/s akak saya umur 25 gak…rsenye cam single je lagik…hahahaa…=p She never seems to care, but i’m not sure how she feels deep down inside..

    najlaa punya post terbaru..1st,2nd,3rd Syawal, & There’s more to come..!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    i don’t care about serious relationship or marriage. just get annoyed with some cakap-cakap from other family members. haih…

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    … bukan ke ade saying ckp.. for guys.. life begins at 40?
    chill la bro :D

    yg nak kawin nye, kamu
    cari bini bkn cam beli ikan kat pasar
    hohohoh biar lmbat asalkan slamat :P

    Adila punya post terbaru..It’s weekendeRAYA!

    [Balas Komen Ini]

    saffaNo Gravatar

    Yup, stuju2! biar lambat asal selamat.jgn cepat tapi sekejap.. :P

    saffa punya post terbaru..I Wanna Date You!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tensen adila bile sanak sedara ni dok cerita bab cmni. kamu masih muda. belum sampai waktu utk rs keadaan cmni… :P

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 hanepNo Gravatar mengomen pada

    kawin?.. duit dulu….

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    alaaa… ilek la.. takkan lari gunung di kejar..

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 hafrezeNo Gravatar mengomen pada

    heh, itu hanya alasan, kamon, pegi lah ke ipta/ipts berdekatan, sememangnya ramai gadis inginkan pasangan. tak percaya?.. cuba lah..haha

    hafreze punya post terbaru..Raffella Fico Sell Her Virginity For RM4.9 Million

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tak mahu utk ada hubungan yg serius. lgpun aku takut. wahahaha

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Alahai. Relaks la bro. Ada jodoh tak ke mana la tu. Hehe.

    aTiQah punya post terbaru..Kononnya Aku Membuat Rebiu Tentang Novel Hijab Sang Pencinta

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 diyaNo Gravatar mengomen pada

    wahai encik syam yg diya hormati [cewahhh], apa yg diya nampak melalui apa yg slalu syam ngomong2 ni… syam mcmnya nampak satu jalan je utk dptkan kebahagiaan… tapi, hakikatnya… byk lagi jln lain utk “dptkan” perkataan I LOVE U, I MISS U, n what-so-ever… byk lagi jln lain, syam… try lah cari… insya Allah… syam akan jumpa… :)

    btw, u’re not a loser. u’re such a good person that wanted someone in ur life… that’s all :)

    diya punya post terbaru..D142 : Diya Belajar … [Bahagian 2] :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wahahaha… sy nmpk satu jln utk kebahagiaan. mungkin. buat masa ni kebahagiaan saya adalah melihat adik saya berjaya lebih dr saya. itu saja…

    ps: actually i don’t care about love thingy… i’m still young. i have lots of time to think about luv n marriage. juz get annoyed with some cakap-cakap je

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 saffaNo Gravatar mengomen pada

    tak mempunyai pasangan tak bermakna kita looser.
    bukan semua orang mempunyai ‘bakat’ utk memahami perasaan orang lain.
    No. U r not a loser.
    Bagi saffa, orang yang sudah berpasangan utk berabad=abad lamanya, tapi masih tak kawin2 adalah looser yang sebenar!

    saffa punya post terbaru..I Wanna Date You!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kalau org yg memilih utk hidup bersendirian, adakah dia di gelar looser?

    [Balas Komen Ini]

    saffaNo Gravatar

    :) Kawin tu merupakn ibadat n sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan thadap tuntutan fitrah manusia.

    Pkahwinan disyariatkn dlm Islam btujuan untuk mgembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sbagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

    Pilih untuk hidup sendiri? Anda pasti? :)

    Looser? Apa yang penting, apa yang kita rasa.

    annoyed dgn kata2 orang? Ala.. take a deep breath and smile. lama2 senyap la tu. kalau tak senyap jugak,……..hurm….

    You wouldnt want to know what i’m going to say to those who lOVE to talk about me.. Mulut saffa ni laser sket. hahahaha…..

    apa2 pun, yang penting luahkan je perasaan yang haru biru kat blog ni, boleh berkongsi perasaan.. hehe

    saffa punya post terbaru..I Wanna Date You!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    i am fully aware with that saffa. juz… sometime when we look into the real world, it hard to find the good ones. i mean even wanna find somebody who concern about basic ttg hukum agama like solat, it’s hard…

    kalau yang basic fail, apatah lagi yg lain kan?

    [Balas Komen Ini]

    saffaNo Gravatar

    Itu memang betul.
    Semua orang nak suami/istri yg solehah bla bla..
    tapi, bila dah ada calon, rasa tak bersedia la plak, gaji tak cukup, ilmu agama tak cukup lah..

    kalau concern pasal istri yang x cukup sangat ilmu agama dia, bimbing lar dia. If she change bcoz of your dakwah n tarbiyah, isnt it great? If she doesnt cahnge, it’s not your fault. BUT, kena la istiqamah.. jangan la bagi nasihat sikit, dia tak nak berubah, da give up..

    apa2 pun,insyaallah, dah sampai masa nanti, kawin la tu. Jangan lupa jemput kami semua. hehe..

    kalau tak kawin pun,jangan risau.. Tak berdosa (doesnt make you a looser tu)

    (tiba2 rasa macam kaunselor perkahwinan la plak. hhahaha)

    saffa punya post terbaru..Yay! Final Semester Exam Madness Is Coming

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wuhuhuhu… nampaknya saffa sangat berpengalaman dalam hal hubungan, komitemen & perkahwinan.

    tunggulah saffa… kalau ada rezeki, kahwinlah. kalau takde, membujang lah. Yepi! :)


  17. 17 taukeyNo Gravatar mengomen pada

    hehehe. baru 25. masih muda lagi. enjoy sakan dengan duit gaji besar ko tu dulu. he he he.

    perasaan bukan blh main main. sama gak dengan perkahwinan. Byk pengorbanan nanti. skarang masih bujang ni ko cari awek banyak banyak. ha ha ha

    taukey punya post terbaru..Virtual Credit Card Dan Paypal

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    masalahnye aku xbyk masa nak mencari taukey. rutin harian aku mcm robot. pergi kerja, balik kerja, terperap dalam bilik n tido. esoknya g kerja balik. berulang-ulang.
    hujung minggu duduk rumah. nk ajak kwn2 kuar, yg bujang dh pupus dh. wuhuhuhuhu

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 ikaNo Gravatar mengomen pada

    relax la..chill bro heheh
    single sudeyh..best ape single ni hahaha
    standard la lelaki kawen lwt..kalu pompuan ye la umur 23 pun orang dah bising..haihh..

    biar kawin lambat asal kekal drpd kawin awal tapi bercerai gak akhirnya..
    slow n steady kayh.. :)

    gud luck dengan orang kat borneo tu :D

    ika punya post terbaru..selamat hari raya!!!!!!! ^.^

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sy suke single ape. boleh buat apa yg kita suka secara agresif tanpa perlu amik tahu perasaan org lain. tp cume ada ahli keluarga yg dok bising2. bingit….

    [Balas Komen Ini]

    ikaNo Gravatar

    for now,maybe single is better. but,xkan smpai ke sudah nak single kot. :)

    sekarang dah boleh slow2 cari calon yang sesuai kan..kalau lewat sangat susah pulak. lagi la orang tua tu bising huhu
    at least kalau dah ada bunyi calon tu sedap sikit hati dorg hehe

    ika punya post terbaru..bila spec aku ni nak berganti? huhu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    saya takde masa nak mencari la cik ika. kamu carikan saja untuk saya. ok? :P

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 aziNo Gravatar mengomen pada

    Abg Syam, saya pernah dengar kan, lelaki bile umur 30 baru market tinggi. Kihkihkih…
    25 awak lagi…
    sabar la nenek.
    ahaha ;p

    azi punya post terbaru..Back To Melaka

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    setinggi-tinggi market seorang lelaki, tetap kena bayar wang hantaran berpuluh ribu pada pihak perempuan kan? :P

    ps: berangan pihak perempuan bagi hantaran pada saya pula. wuhuhuhuu

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 myadlanNo Gravatar mengomen pada

    oit bila mau balik KL ni?

    bergayut di malam raya. aku pun juz call kawan skolah yg hampir jd gf aku.. haha

    myadlan punya post terbaru..Solat Eid Fitr at National Mosque

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sudah balik kek KL beb. skrg sdg menghadap laptop. walaweeiii :)

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 TieNo Gravatar mengomen pada

    Toksah laa susah2 fikir pasal kahwin kalau belum sampai serunya..he he..jodoh tu mana boleh paksa2..Kak tie ni kahwin umur 26 thn..hubby 28…tak kisah la..Tapi buat masa solo ni..baik cari kawan2 je..mana tau kot2 tersangkut ..Jangan lak tunggu umur 40 baru terpikir nak cari pasangan. Kawan dulu baru tahu isihati masing2..

    Tie punya post terbaru..Kembali lagi

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kawan perempuan yg rapat dgn saya ada la 2-3 org je kak tie. tp sorg pun sy tak sangkut. huhuhu

    ps: sy tak risau sgt psl kawen ni. cume tensen asik di asak dgn pertanyaan “ko ni bila nk kawen. dah cukup umo ni”. adusss… :(

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 is150No Gravatar mengomen pada

    hahahaha… selamat hari raya…
    kalo aku tau no henpon ko… mungkin aku dah sms…

    maaf zahir dan batin…???

    is150 punya post terbaru..Gambar

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    selamat hari raya is. nnt la aku publish no tipon aku. tp takut nnt dpt byk sms lak. tak larat nk membalasnya. hahaha :)

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Kita Serupa bro…
    Kadang2 rasa nak lari je bila ramai sedara datang terutama yang makcik2…
    huhuhuhuhuhuhuhu…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tahu takpe… tu pasal raya aku, aku habiskan masa terperap di bilik je. raya kedua br keluar dan berbual dgn sedara mara yang datang. tu pun kene gasak dgn pertanyaan yang sama

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 megatNo Gravatar mengomen pada

    alang-alang kita tahu mengira bab financial, why not fikirkan sekali pasal lumrah kehidupan.

    kadang-kadang ada betulnya kata orang tua-tua. masa depan kita, kita yang tentukan.

    aku ada rakan-rakan yang berfikiran seperti kau dan mungkin hampir sama situasinya.

    apabila mereka tahu akan kedudukan institusi kekeluargaan (berkahwin dan punyai anak), mereka menyesal tidak dipercepatkan.

    lagi menyedihkan apabila rumahtangga mereka tidak seperti dijangka. musnah. mereka ambil masa utk bina kehidupan baru huhu.

    alasan yang biasa aku terima, apabila mereka tua, anak-anak masih sekolah dan belum mampu hidup sendiri.

    ps - pendapat aku dan pengalaman kengkawan aku. apa pun ia terpulang kpd yang punya badan kan!?

    megat punya post terbaru..Seloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sebenarnya aku takut megat nak berkahwin. aku punya trauma pasal perkahwinan. sbb selain mak ayah aku, org2 disekeliling aku punya sejarah yg buruk dlm perkahwinan.

    [Balas Komen Ini]

    megatNo Gravatar

    bagi aku, perkahwinan juga satu perjuangan. kekuatan lelaki bukan sahaja pada fizikalnya tetapi bagaimana ia berani untuk tempuh kehidupan yang sebenar!

    aku dulu pun seperti itu banyak peristiwa yg berlaku ke atas aku sendiri tetapi aku bernasib baik kerana tidak pernah serik. serik tanda awal kegagalan.

    aku bukan apa, aku benar2 tidak mahu apa yang menjadikan penyesalan akan datang akan terkena pada rakan2 aku sendiri.

    contoh dah banyak. perkahwinan juga seperti kita menjalankan sesuatu perniagaan. berjaya atau tidak, terletak ditangan kita sendiri, percayalah!

    megat punya post terbaru..Seloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin aku looser dlm bab ni megat. aku masih blom punya kekuatan mental ke arah itu…

    [Balas Komen Ini]

    JuliaNaNo Gravatar

    Entah mengapa saya terharu membaca komen en megat ni.

    JuliaNa punya post terbaru..Hari Yang Baik Menanam Pokok?

    [Balas Komen Ini]

    megatNo Gravatar

    sebenarnya, inilah sebenar-benarnya kenyataan yang perlu di terima.

    dunia ini umpama pentas lakonan dan kita adalah pelakonnya. sebagai pelakon kitalah mencorakkan hodup kita sendiri.

    megat punya post terbaru..Seloka Hari Raya, Tatkala Mengenang Kisah Bercinta

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 samdaddycoolNo Gravatar mengomen pada

    Salam Aidilfitri…

    Bro, 1st thing ygaku naktekankan - setiap kejayaan seorang lelaki itu, ada perempuan di belakangnya (begitu juga dengan kejatuhan)..

    Lumrah alam, setiap manusia dijadikan berpasang-pasang. Dan ada ketikanya kita rasa sunyi dan goyang bila sorang-sorang (apatah lagi dah cecah 25 - 27 tahun, kebanyakan member2 dah start kawen.

    Kalau dah bersedia dari segi kewangan, why not? Sebab kehidupan akan lebih sempurna, makan minum, pakaian, sakit demam akan terjaga. Matlamt hidup akan lebih nampak jalannya. Persetankan dengan cita-cita.. money is not everything…

    Tapi aku still setuju dgn ika, “biar kawin lambat asal kekal drpd kawin awal tapi bercerai gak akhirnya..
    slow n steady kayh..”, jangan jadi macam aku..

    “Ajal, maut, jodoh, pertemuan takkan bertukar melainkan dengan doa”..

    All the best!

    samdaddycool punya post terbaru..Promosi penghabisan stok - batik lukis Terengganu

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku juga terfikir begitu. duit banyak-banyak pun tp kadang-kadang jiwa masih kosong. tp aku masih takut nk beri komitmen pd satu hubungan yang serius. plus dgn beberapa faktor lain

    [Balas Komen Ini]

    samdaddycoolNo Gravatar

    komitmen?? dah kawen ko sendirik faham-faham… :P

    faktor lain?? hmmmm misteri…

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    eh.. sebelum terlupa.. aku dan terima kad raya kamu pada 2 hari sebelum raya.. terima kasih.. cantik tulisan kamu.. ahaks..

    nikillas punya post terbaru..Edisi Aidilfitri Siri 1

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sama-sama. cantik kah tulisan aku. buruk n tak kemas aku rasa

    [Balas Komen Ini]


  27. 27 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    entri jiwa2…haha…nampaknya ia semakin membelenggu jiwa kau syam..ahha..kalau ikot psikologi,kau kesunyian…siyes…

    xmindfreakx punya post terbaru..Bila,Aku masih sekolah!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku kesunyian? mungkin… tapi aku lebih prefer phrasa “aku tak mahu dibelenggu oleh perkara yang remeh hasil dari hubungan percintaan”. wahahahah

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 KujieNo Gravatar mengomen pada

    25 tahun tu muda lagi la….bukan dalam ‘zone terdesak’ pun.
    jgn nk couple sbb tgok org lain couple..Insya Allah akan tiba masa yang tepat dan jumpa orang yang tepat.

    You may be alone, but you don’t have to be lonely

    Kujie punya post terbaru..Lemang rebus

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak terdesak pun kak jie. cume orang lain yg mendesak. tak tahan nak menepis desakan… sampai jd tensen. hihihi :D

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 zueNo Gravatar mengomen pada

    alahai kesian nye syam..cinte x kesampaian ke…hmm ade hikmah sume nie..jodoh akan sampai nnti hehe,..

    rantai masih ade ek..pe kate lanting kat zue wakakaka..gurau jek:D

    zue punya post terbaru..first raya

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    cinta tak kesampaian? hihihi… bukanlah. org borneo tu teman rapat saya saja. bila saya perlukan seseorang utk pastikan saya masih on track, saya akan cari die. cuma sekarang jarak yg memisahkan saya dgn die. die belajar di johor & saya sudah kembali bekerja di KL… jd jrg dpt berjumpa. lgpn masing2 sibuk…

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 syafiqnNo Gravatar mengomen pada

    sian aku dengar cerita kau…

    harap kau dapat bersama si dia yang kau mahu

    you always want what you can’t have

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hihihi.. terima kasih krn kesian dgn aku…

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 titanNo Gravatar mengomen pada

    mak ai..rilekla. ramai lagi blogger tak kawin lagi..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tak kisah… cuma tak tahan dgn mulut org lain. bingit telinga beb

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    selamat hari raya…alaa..releksler..ko lelaki tak kesah sangat..aku ni girl yang berusia 25 thn tak kesah pun…walaupun mak aku bising srh aku kawen..tapi aku wat muker sadin cap ayam jo lah..hehehe..

    gadis borneo dah der..per lagi…kenalkanlah pada nenekmu..jangan tunggu lama2 beb..nanti terlopas ko gak yg putih mata..hehehe

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    selamat hari raya ahmoi… aku rileks je. tapi nenek & sedara mara yang lain tu. bingit beb. paling tak boleh tahan bila nenek keluarkan ayat “Aku dah nak mati ni. Ko nak tunggu aku mati baru ko nak kawen” Pedih…

    ps: Gadis Borneo hanyalah teman yang dianggap seperti kakak. Lagipun masing-masing sudah membawa hala tuju sendiri…

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 M-I-NNo Gravatar mengomen pada

    youre not alone bro.looser?aku fikir tak.lom masanya lagi,nak buat macmana kan?biase lah tu soalan² & sindiran² maut tika hari raya.same la aku.malas dah nak menjawab soalan² diorg ni.lepaskan adik aku tu dulu,kemudian baru aku.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku masih punya 6 orang adik yang perlu aku beri perhatian. aku mahu lihat mereka berjaya lebih dari aku. aku takut bila aku terjebak dalam hubungan yg perlukan komitmen yang serius, adik-adik aku terabai…

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    rilek syam, jodoh tu ada punya, yang penting cari duit beb! kumpul harta dulu, pastu baru pikir kawin2 beb, mana ada looser, tu namanya cool.. laki kawin lewat2 tarahalla la…

    razifmustapha punya post terbaru..Ulasan Raya Aidilfitri 2008

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tarahal… tapi ahli keluarga yang lain lak dok kecoh2. pening kepala beb

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    1. Saya senasib dengan awak. Makanya saya amat memahami apa yang sedang awak rasa. Tekanan keluarga menambahkan tekanan yang ada. uhuhuhuuu…memang tension la, kene pulak famili saya macam trend je kahwin awal!!Sepupu yang sebaya saya dah ada anak empat!!Arghhh..minta tisu..minta tisu..meleleh pulak air mata.. :P

    2. Tapi saya tahu..sesuatu yang baik sedang dalam perjalannya.

    3. Pasal awak anak sulung tu, jangan risau jika awak akan abaikan adik2 yang lain. Abang sulung saya habis belajar je dulu, terus beli kereta dan kahwin muda. Alhamdulilah, kebajikan keluarga tak pernah dia abaikan. Bukankah perkahwinan itu menjadikan kita lebih bertanggungjawab??

    JuliaNa punya post terbaru..Hari Yang Baik Menanam Pokok?

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    aku kan abang… biarlah adik2 yang kahwin dulu… hohohooo…

    jangan tengok seronok aje kawen… jangan tengok seronok aje ada bf,gf.

    bahgia okey laa… kalo sengsara padang sahara…???

    nak kawen jugak ler…

    abdfatah punya post terbaru..Cari Duit Dengan Contest Earncent 2008

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 affuanNo Gravatar mengomen pada

    mungkin kah ko gei? eiii. haha.

    affuan punya post terbaru..Aku siapa dan apa aku buat?

    [Balas Komen Ini]


  38. 38 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ rasanya kalau lekaki tak kisah sangat kot bab2 kawin lambat. tak se’stress perempuan.

    yg i lak asyik kena sindir jer. panas jer telinga… rasanya, maybe dah tiba masa yg sesuai utk menerima sesorg kot. :( ~

    [Balas Komen Ini]


  39. 39 nonoNo Gravatar mengomen pada

    syam!!!!!!!! siapakah gadis borneo itu????

    :)

    len kali bawak kita balik jumpa nenek eh? :P :P :P

    nono punya post terbaru..this entry has no title :P :P :P

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 Apa itu Stereotype? mengomen pada

    [...] Untuk lebih mudah lagi suka saya memberikan beberapa contoh stereotype yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.. 1.  Bila umur dah meningkat, bujangwan-bujangwan akan sering ditanya ‘ bila nak kawin’. Soalan ni stereotype terutamanya pada waktu balik kampung.. Tak gitu syam?? [...]


  41. 41 amoiNo Gravatar mengomen pada

    muda lagi nak kawen…hehe…

    [Balas Komen Ini]

    abdullah bin aliNo Gravatar

    Usahlah masa muda banyak buat dosa.

    Nanti hari tua menyesal tak sudah-sudah.

    Kawan yang sebenar bagi seorang wanita adalah seorang suami yang soleh. Itu sahaja, yang lain semuanya api neraka (dosa).

    Atas dunia dipanggil dosa.

    Sesudah mati dipanggil api neraka.

    Renunglah dalam-dalam kata-kata ana ini.

    [Balas Komen Ini]


  42. 42 muhafisNo Gravatar mengomen pada

    rilex syam,.. peh cam nama rumate ak alks.. ak plan kawin 2 taun lagi..skrg umur ak baru 20.. bagi ak x kisah la nak kawn umor berapa pun.. janji bahgie.. rezeki masing2.. jodoh mmg ade, cume lambat ngan cepat aje.. jgn risau okie.. skrg, tambah ilmu didada & strongkan finance enko..

    muhafis punya post terbaru..Muhafis dpt Award?

    [Balas Komen Ini]


  43. 43 ep_jbNo Gravatar mengomen pada

    hoh bro…ko owg johor ker….x per bro aku support ko bro…kejar la pompuan yg ko cintai

    ep_jb punya post terbaru..NEWBORN OF IS ALL ABOUT MUSIC

    [Balas Komen Ini]


  44. 44 ihateherNo Gravatar mengomen pada

    gadis borneo? Ehm..kejarla dia.

    [Balas Komen Ini]


  45. 45 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    gadis borneo? aku di borneo tempoh hari :P ko orang muar ye.. sama kampung dengan namawee haha!

    kahwin tak boleh paksa, nanti tak bahagia hehe.. take your time, it’s your life anyway :)

    bongkersz punya post terbaru..Ego massage, anyone?

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>