Cuti-cuti Kuala Lumpur
Oleh aeropama pada Jun 15, 2007 Personal
Semalam saya membawa keluarga makcik saya dari Johor Bahru berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Ibukota yang terkenal dengan kesibukan, kesesakan dan juga banjir kilatnya. Walaubegitu Kuala Lumpur juga terkenal dengan tempat-tempat pelancongannya yang sesuai untuk dilawati. KLCC, Menara KL, Central Market, Eye of Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana dan banyak lagi. Kali ini saya hanya berkesempatan untuk membawa sepupu-sepupu dan makcik saya pergi ke KLCC, KL Sentral dan Berjaya Time Square.
‘Roller Coaster’ dalam taman di Berjaya Times Square
Program dimulakan dengan pergi ke Berjaya Time Square. Kompleks membeli belah yang terkenal dengan ‘indoor theme park’nya. Acara sampingan biasalh ‘window shopping’. Tiada apa pun yang dibeli cuma melayan mata dan nafsu melihat barangan seperti kasut dan baju yang amat menarik dan cantik.

‘Posing’ di stesen monorail Imbi. Dari kiri Faizal, Nadia, makcik saya, Zara, Leha dan Amy
Kemudian makan di ‘Food Court KL Sentral‘. Pergi ke sana dengan menaiki perkhidmatan monorail dari stesen Imbi. Walhal boleh ke sana menaiki kereta tetapi monorail menjadi pilihan. Semuanya kerana kasihan dengan Nadia yang teringin sangat nak naik monorail. Katanya mau dihebohkan kepada kawan-kawan sekerjanya yang dia dah pernah naik monorail. Alang-alang makan di KL Sentral, kesempatan diambil untuk ’round’ di dalamnya.
‘Posing’ di KLCC. Dari kiri Nadia, Leha, Akob dan Faizal
Selepas makan dan ’round’ di KL Sentral, pergi semula ke Berjaya Time Square menaiki monorail untuk mengambil kereta. Perancangan awal untuk pergi ke Tasik Titiwangsa untuk menaiki Eye of Malaysia. Malangnya hujan lebat telah membantutkan perancangan. KLCC menjadi lokasi gantian. Sampai di sana, ’round-round’ lagi untuk ‘window shopping’ sebab hujan lebat di luar sana. Kali ini memang parah sedikit. Maklumlah majoriti perempuan, barangan ‘make-up’ menjadi buruan. Habis segala jenama barangan kosmetik disinggahi. Dari Loreal sampailah Channel. Kami bernasib baik, tak sampai sejam di dalam Suria KLCC hujan pun berhenti. Apa lagi! Sesi fotografi mengambil tempat. Habis segala lokasi menarik sekitar KLCC dijadikan tempat ‘posing’.

Ikan paus belaan pihak KLCC
Puas berjalan sekitar KL, kami menuju ke Shah Alam pada sebelah malamnya untuk menghantar adik sepupu saya pulang ke kolej. Makan malam di seksyen 13 kemudian terus pulang ke rumah pada pukul 8.30 malam sebab dah penat dan kaki pun dah lenguh. Ingatkan acara ‘jalan-jalan di KL’ dah tamat. Nadia buat hal lagi. Merengek inginkan ‘keychain’ KLCC katanya untuk dibuat kenangan. Terpaksalah pergi ke Downtown Cheras mencari barangan tersebut. Alhamdulillah kat sana ‘keychain’ KLCC ada dijual. “Jauh Berjalan, Luas Permandangan…”
Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- My New Friend with A New Activity
- Kenangan Di Kota Metropolis…..
- Antara Google Map dan Alat GPS
- My Cousin’s Wedding
- Last Test in University
- 1st Class Facilities 3rd Class Mentalities
- Anne Hadiri Majlis Doa Selamat Pakai Skirt Pendek…Must See!
- Sukanya Hati
- Memenangi Hati Wanita Melalui Shopping
- Sihat Sebelum Sakit






Tuliskan Komen Kau