Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
Dec 28, 2008 politik
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu makin hangat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah buat pengumuman, tarikh penamaan calon pada 6 Januari 2009. 11 hari kemudian, 17 Januari 2009 adalah masanya untuk rakyat Kuala Terengganu tunjukkan kuasa mereka. Menentukan siapa yang benar-benar layak untuk jadi wakil mereka di parlimen melalui undi mereka pada pilihanraya kecil tersebut.
Yang pasti Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan calon mereka, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Calon bebas yang pernah kalah dalam PRU12 untuk Parlimen Rantau Panjang, Isma Airfath Hassanuddin umumkan untuk bertanding sekali lagi. Lawan tetap lawan beb!
2 parti yang mengumumkan hasrat untuk bertanding, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) masih belum mengumumkan calon mereka. Nenek Maimun ‘World’ pula masih menunggu jika ada sesiapa yang sudi berikan sumbangan bagi membolehkan beliau bertanding. Caya lah! Biar papa asal bertanding kan?
Tags: demokrasi, Malaysia, pilihanraya, pilihanraya kecil, politik
Memo Selingan, Baling Kasut Pada George W. Bush
Dec 18, 2008 Pengumuman, politik

Kebelakangan ini, aku telah terima 4 komen mempromosi teknik-teknik menjana wang berganda melalui internet dalam tempoh yang singkat tanpa perlu keluarkan modal; wang dan tenaga yang banyak. Maaf. Komen-komen kalian yang berunsur sedemikian telah aku salurkan tanpa ragu-ragu ke dalam tong sampah.
Bukan aku tidak sokong industri perniagaan di internet yang dikelolakan oleh rakyat Malaysia. Cuma aku ambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes penipuan di internet semakin banyak dilaporkan. Aku sayangkan pembaca-pembaca blog ini. Untuk elakkan mereka terpengaruh dan mungkin terjebak menjadi mangsa, aku delete saja komen berunsur demikian. Lagipun kesahihan dan keberkesanan program yang mereka promosikan ini masih tidak dapat dipastikan.
Tags: Baling Kasut, business, duit, George W. Bush, iklan percuma, Iraq, politik
Bukit Antarabangsa, Selepas Semuanya.
Dec 11, 2008 politik
Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita mengenai kejadian runtuh di Bukit Antarabangsa. Ramai blogger-blogger mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan pendapat, baik dan buruk. Di antaranya termasuk Dandelions, Balajoe, NadiaYuna, Kak Jie, Megat, Politickler, JustKhai dan ramai lagi.
Aku tidak berkeinginan untuk bual panjang, jadi mari kita lihat pos-kejadian.
1. Harga tanah Bukit Antarabangsa jatuh. Seperti tanahnya, harganya turut melutut ke bumi.
2. Bankrap. Hutang bank perlu dibayar, termasuk kereta, rumah dan LCD 40″ yang diansurkan melalui AEON. Aku pasti tidak ramai mengambil insuran “natural disaster”. Kahsian.
3. Kemalangan Jiwa. Ada di antara mereka kehilangan orang yg tersayang. Aku sampaikan salam al-fatihah kepada mereka. Mungkin juga menjadi gila kerana tergadai seluruh harta benda.
Read the rest of this entry »
PM, TPM, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
Sep 17, 2008 politik
Wow! Orang nombor satu negara buat gempar lagi hari ni. Buat pertukaran portfolio dengan timbalannya. Katanya “Kau ambil tugas aku jadi Menteri Kewangan, aku ambil tugas kau jadi Menteri Pertahanan” (ayat rekaan saja)
Apa signifikan pertukaran ini? Sebagai satu persediaan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau menjadi Perdana Menteri? Mungkin… Sebab menjadi Perdana Menteri berkait rapat dengan kebolehan mengurus negara dan ekonominya dengan baik. Jadi berkait langsung dengan kewangan.
Menjadi persoalan, kenapa pula Datuk Seri Abdullah berminat dengan portfolio pertahanan secara tiba-tiba? Adakah ingin merobek akar-akar rasuah yang mula menjalar di situ, atau demi masa depan negara ataupun mahu gunakan elemen keselamatan (tentera) demi kesinambungan karier politik beliau? Aku tak mahu ulas lebih di sini. Kau mungkin mahu mengulas?
Tags: Community, minyak dan gas, politik
Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008
Aug 26, 2008 Announcement, politik
Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com pada jam 9.45 malam tadi. Keputusan rasmi pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti sebanyak 15 671 undi. Beliau sudah menang. Datuk Arif Shah Omar Shah gigit jari saja. Jadi lepas ni aku mahu lihat, angin perubahan yang akan di bawa seperti yang dicanang hebat oleh beliau sebelum ini. Jangan jadi tahi seperti kerajaan sekarang sudahlah.
Aku bukan penyokong fanatik pihak pembangkang mahupun kerajaan. Kau boleh labelkan aku sebagai atas pagar. Tapi bukan aku tak ada pendirian. Aku mahu jadi rakyat era baru yang bijak menilai dan tahu hak sebagai seorang rakyat Malaysia.
Oh! Sudah jauh aku melalut. Aeropama dot Com dan politik adalah sesuatu yang janggal. Kau mahu baca tentang politik kau pergi saja ke Malaysiakini ataupun Malaysiainsider. Kalau mahu baca entri berbaur politik yang ditulis secara sinis kau pergi saja ke bongkersz.com.
Aku mahu umumkan, esok 27 Ogos adalah hari terakhir untuk kau hantar penyertaan kau dalam Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan Ke-51. Jadi lebih baik kau siapkan dialog kau dan hantarkannya sebelum jam 12 malam, 27 Ogos okay!
Tahniah aku ucapkan kepada DSAI. Aku tak akan merayakan kejayaan kau dalam pilihanraya ini. Masih banyak perkara yang kau perlu lakukan! Lebih baik aku pergi menonton Smallville Season 6 dan Season 7 yang tak sempat aku habiskan. Chow!
Tags: Pengumuman, peraduan, pilihanraya, politik






