13 hari, 14 jam sehari di lapangan.
Nov 13, 2008 Peribadi
Aku sudah kembali! Kembali ke rumah dan kehidupan asal selepas 13 hari, 14 jam sehari bekerja di lapangan. Satu tempoh yang mungkin pendek bagi kau.
13 hari di lapangan, buatkan aku terasing dari dunia luar. Kemenangan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, pembebasan Razak Baginda dari tuduhan membunuh model hot dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 yang menggembirakan rakyat (ptuih!) dan kemenangan Lewis Hamilton dalam perebutan mahkota kejuaraan F1, baru hari ini dapat aku ketahui.
13 hari tidak berblog, aku rasa sangat kekok. Cuba mendapatkan kembali rentak penulisan aku, ada sedikit sukar di situ. Entah berapa kali aku mengulang taip-padam. Segala-galanya tampak pelik bila aku baca kembali hasil tulisan aku sejak 2 jam yang lepas. Terlalu teknikal! Untuk menulis entri bersifat teknikal, impaknya sangat aku ketahui. Bosan!
Maaf jika entri ini kelihatan seperti entri sampah. Anggap saja ianya satu notis pemberitahuan kepulangan aku ke dunia blog. Berikan aku masa sehari dua untuk aku dapatkan kembali feel menulis. Lagipun ada 680++ entri di Google Reader aku yang belum aku baca. Gila! 2 minggu tidak online, hampir 700 entri kau orang telah terbitkan. Kalau 2 bulan aku tak online, entah berapa ribu entri aku akan ketinggalan.
ps: Jadi Company Site Representative (CSR), hampir buatkan aku terencat. Mungkin aku patut claim kepada Petronas. Hahaha!
pss: 13 hari di lapangan, aku telah buat ramai kawan. Dari luar negara mahupun dari dalam negara. Tawaran kerja pun berlambak aku terima. Oh yeah!
psss: Aku telah jumpa prospek kerjaya yang sangat baik. Banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Mungkin 2 tahun lagi aku akan ke sana.
Aku Adalah Seorang Jurutera
Oct 25, 2008 Peribadi, kerjaya, minyak dan gas
Nampaknya hampir seminggu blog aku ni terbiar. Tiada update terbaru. Komen-komen kau tak aku balas. Maaf! Aku sangat sibuk minggu ini. Betul-betul sibuk.
Minggu ini adalah minggu yang sangat meletihkan. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mesyuarat di Petronas Penapisan Melaka selama 3 hari berturut-turut, orang muda seperti aku pun boleh bengkok badannya. Nampak gaya aku perlu lebihkan aktiviti senaman aku. Stamina mesti ditingkatkan.
Read the rest of this entry »
Tag Angau Pembunuh…
Aku menjawab tag ini bukan untuk meraih simpati. Sekadar berkongsi cerita dengan kau. Setiap orang ada kisah cinta mereka tersendiri; tragis ataupun gembira. Jadi aku harap kau baca dengan minda yang terbuka.
Tag ini hasil kerja ulung si Lochoe, blogger yang kononnya pendokong Blogspot sejati tetapi sebenarnya pengkhianat Blogspot dalam senyap.
1. Berapa kali aku pernah bercinta?
Aku pernah ada 5 hubungan yang aku panggil lebih-dari-kawan-bukan-sebagai-kekasih. Tapi hanya sekali aku pernah jatuh cinta secara serius.
2. 3 lagu yang mengingatkan aku tentang dia?
Dragostea Din Tei (O-Zone), Sesalanku (Ezlynn), Where’d You Go (Forth Minor)
3. Perkara romantik yang dia pernah buat untuk aku atau apa yang pernah aku buat untuk dia?
Menemani aku menyorong motor yang pancit sambil tersenyum riang untuk 6 kilometer seterusnya.
Read the rest of this entry »
Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?
Oct 13, 2008 Announcement, Blog, Community, Peribadi
Salam Isnin semua. Bagaimana mode Isnin kau? Ceria? Atau hampeh? Pagi Isnin aku bermula dengan sangat baik. Aku tidur dengan cukup semalam. 5 jam waktu tidur adalah masa yang memadai oleh orang dewasa seperti aku. Bangun pagi, pandang cermin & senyum pada diri sendiri kemudian mandi untuk bersiap ke pejabat. Bekerja adalah satu kegemaran yang hakiki aku.
Ketika ingin ke pejabat tadi, di jalan arah bertentangan dengan aku, telah berlaku satu kemalangan. Sebuah motosikal telah digesel sebuah kereta & terjatuh di tengah-tengah jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Pemandu motosikal & pemboncengnya terselamat dari dilanggar oleh kenderaan di belakang. Teknologi brek kereta Honda Civic model baru yang berada di belakang motosikal tersebut patut dipuji. Fuuh!
Pemandu Honda Civic? Ptuih! Hanya berhenti, mengelak mangsa kemudian berlalu. Kereta yang menggesel pula memecut tanpa rasa bersalah. Kalau aku mat rempit seperti dahulu, pasti pembahagi jalan sudah aku redah & kejar kereta tersebut. Tak kemik badan kereta, muka pemandu yang kemik. Tahi!
Tags: hosting percuma, kehidupan, Malaysia, Pengumuman, peraduan, ranking Alexa
Mengelak Fitrah… Membunuh Diri Aku
Oct 11, 2008 Peribadi
Mungkinkah aku sudah jauh terpesong…
Entah berapa kali aku mengulang tulis dan padam ayat yang telah aku taip di sini. Jiwa aku kacau. SMS yang aku terima semalam, mengganggu hidup aku untuk 30 jam seterusnya. Mode untuk online juga sudah hilang.
Presentation aku hari ini sangat hambar. Aku berdiri dihadapan para bos & rakan sekerja, dengan muka tanpa perasaan. Tiada eye contact & suara aku sangat monotone. Fikiran aku jadi sempit. Idea aku banyak yang hilang walaupun semalam aku telah rehearse presentation aku berulang kali. Tahi!
Sejak aku berumur 20 tahun, aku telah merangka pelan hidup (sela 5 tahun) aku sehingga umur 50 tahun. Ada 5 fasa kesemuanya. Fasa pertama, sukses! Dan fasa kedua baru saja bermula pada 27 September yang lepas.
Read the rest of this entry »






