Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan

Salam & Hello kepada pembaca blog aku yang aku sayangi & hargai. 5 hari lagiĀ  Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Sekarang semua sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya. Adik perempuan aku yang bongsu sedang sibuk mengadun bahan-bahan membuat kuih raya di sebelah aku ni. Aku? Sekadar jadi pemerhati dan juri. Beri komen itu dan ini. Kebanyakan berunsur kritikan sebab aku kan abang. Yepi!

Tadi aku akses CPanel aku. Menjenguk pada statistik hosting aku. Lihat pada bahagian bandwith usage, Awstat, setup webmail untuk Aeropama Dot Com kemudian pergi ke bahagian disk usage. Rupanya masih banyak lagi ruang kosong di dalam hosting aku. Aku baru guna 1% dari keseluruhan disk space aku.

Tiba-tiba muncul idea di otak aku. Daripada ruang-ruang kosong itu terbiar begitu saja, lebih baik aku berikan pada kau kan. Tapi kalau bagi macam tu saja, tak thrill la beb! Jadi aku buat satu contest.

Read the rest of this entry »

Tags: Blogspot, contest, hosting percuma, peraduan, wordpress

Keputusan Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51

Nah… Betapa panjangnya tajuk aku kali ni. Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 yang aku anjurkan sudah pun tamat 27 Ogos lalu. Sebanyak 17 penyertaan aku terima dengan 2 daripadanya membuat penyertaan istimewa. Terima kasih aku ucapkan kepada para peserta. Aku sayang kau! Nota: Aku bukan gay :evil:

Seperti yang aku janjikan, aku akan umumkan pemenang-pemenang peraduan ini. Untuk rekod, pemenangnya bukan dipilih oleh aku sebaliknya oleh juri dari luar.

Tempat pertama RM 30 : Adz Ariff @ http://adzariffmd.blogspot.com/

Tempat Kedua RM 20 : Ahmad @ http://ezone4u.blogspot.com/

Tempat Ketiga RM 10 : Maen @ http://maenkhok.com/

Aku juga mahu bagi hadiah untuk 2 peserta istimewa yang sudi meletakkan dialog di blog mereka. RM 5 sebagai duit raya untuk mereka.

Hadiah istimewa RM 5 : Extremist Thinker @ http://blog.thinker.my/

Hadiah istimewa RM 5 : Life4Hire @ http://life4hire.berceloteh.com/

Jadi kepada para pemenang, aku mahu kau hubungi aku melalui bahagian Contact Me untuk claim hadiah kau orang secepat mungkin. Jangan lupa sertakan nama penuh dan nombor akaun bank yang kau ingin aku masukkan wang ke dalamnya. Nota penting: Segala butiran peribadi akan dirahsiakan dan dijaga sebaik mungkin.

Tags: Blog, dialog kelakar, peraduan

Jika Aku Pemimpin Malaysia…

Entri ini aku buat untuk sahut cabaran dari blogikus.com. Sebab tajuknya sangat menarik dan agak bersesuaian dengan Aeropama Dot Com, aku join sambil berkongsi pandangan aku dengan kau.

Jika aku pemimpin Malaysia, aku akan tetapkan visi atau wawasan aku. Itu adalah perkara utama. Jadah apa kau jadi pemimpin kalau kau tak ada visi? Tak ada visi, tak ada hala tuju. Tak ada hala tuju kau sesat… Pemimpin sesat ada orang nak ikut ke?

Read the rest of this entry »

Tags: Malaysia, Pendidikan, peraduan

Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51, aku mengambil keputusan untuk buat satu peraduan untuk kau pembaca blog aku ni. Ini adalah peraduan yang pertama diadakan di Aeropama Dot Com. Hadiahnya adalah dalam bentuk wang tunai.

Caranya sangat mudah. Kau lihat gambar di bawah ni dan buat dialog mengenainya. Sebab sekarang aku berada dalam keadaan yang stress, jadi aku mahu kau tulis dialog yang paling kelakar dan kreatif. Boleh aku rileks sikit bila baca dialog kau yang kelakar dan kreatif tu.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog, dialog kelakar, peraduan

Blog Review Sempena Peraduan Bonanza di Thinker.My

Blog Review Thinker.My

Dulu aku pernah buat satu blog review untuk Blogikus.com. Kali ini aku mahu buat review pantas mengenai blog kepunyaan Extremist Thinker. Kau boleh layari blog beliau di http://blog.thinker.my/. Aku buat entri ni kerana aku mahu masuk peraduan yang beliau tawarkan. Hadiah dia menarik juga. Hosting percuma (nak berapa banyak kapasiti pun dia boleh bagi), subdomain percuma (kat belakang tu ada .thinker.my) dan juga premium theme percuma (biasanya kau kena bayar). Kalau kau ada domain sendiri, kau boleh letak kat hosting dia. Tu pun kalau kau menang… Lebih kool, Extremist Thinker kata hosting dia punya kapasiti bandwith 3 Terabytes tu. Di ulangi 3 Terabytes! Itu dia kata lah.

Read the rest of this entry »

Tags: Blog