Kenapa Harus Takut?
Dec 16, 2008 motivasi

Seorang pembaca blog ini pernah berkata yang aku ni terlalu rasional dan ‘dignified’ dalam tulisan aku. Kadangkala aku kelihatan seperti seorang yang langsung tidak punya emosi. Keras dan dingin.
Kerana aku seorang manusia yang punya emosi, aku tulis entri ini sebagai peringatan dan motivasi untuk bantu aku lenyapkan perasaan takut dan panik yang aku rasakan sekarang. Mungkin berguna untuk kau.
Antara Kejayaan, Usaha dan Nasib Baik
Nov 23, 2008 motivasi
Jika dahulu, acapkali aku akan ucapkan “Memang tak ada nasib aku ni” ataupun “Nasib aku tak sebaik kau” setiap kali aku gagal dalam sesuatu perkara yang aku lakukan. Kali ini tidak lagi. Persepsi aku terhadap Nasib Baik atau Luck sudah berubah secara total.
Tags: evolusi minda, motivasi
Akal & Nafsu. Mana Letaknya?
Oct 20, 2008 Community, motivasi
Kredit untuk Sang Web Developer, Noktah Hitam kerana mencantikkan layout blog & bahagian komen aku.
Berita di akhbar kebelakangan ini banyak melaporkan tentang keruntuhan moral baik peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kes jenayah, salah guna dadah, pukul cikgu, seks bebas, pelacuran & terbaru beraksi lucah untuk dirakam secara percuma bagaikan fenomena yang normal. Masyarakat aku makin lama makin rosak. Sedih!
Ke mana hilang anugerah ciptaan tuhan paling ajaib kepada manusia iaitu akal? Sudah dicampak ke dalam tong sampahkah? Disorok di dalam celahan kelangkangkah? Ataupun diletak di dalam poket kau? Tahi!
Mari Meniru
Oct 15, 2008 motivasi
Entri pagi Rabu yang aku terbitkan sebelum aku berikan tumpuan pada kerja mengurus projek, patutnya dari malam tadi sudah aku tulis & terbitkan. Kesibukan menginstall Wordpress untuk pemenang contest & berkongsi dengan rakan, premium themes yang aku dapat secara percuma dari lanun premium themes buat aku tak menang tangan.
Orang kata M.E.N.I.R.U adalah tabiat yang tidak baik. Meniru hanya sesuai untuk orang yang tidak mampu menjana idea & berusaha untuk mencapai sesuatu dengan hasil pemikiran sendiri. Mungkin ada benarnya. Tapi aku lebih suka kata, untuk berjaya kau mesti punya skill meniru yang bagus.
Contoh terbaik lihat saja Anthony Fernandes, co-founder syarikat penerbangan tambang murah terbaik Asia 2008, AirAsia Bhd yang meniru konsep perniagaan penerbangan tambang murah Virgin Air. Dia tweak sikit konsepnya & claim dia adalah pelopor penerbangan tambang murah di Malaysia. Hasilnya sekarang, Anthony Fernandes berada di tangga ke 19 dari 40 manusia terkaya di Malaysia tahun 2008 dengan aset terkumpul USD 290 juta hanya dalam masa 12 tahun Air Asia beroperasi. Kool!
Tapi aku tak suruh kau meniru buta-buta. Kalau ingin meniru, biarlah bijak. Jangan tiru bulat-bulat! Itu mencabuli hak orang lain namanya & bodoh. Cukup sekadar ambil konsep asasnya kemudian ubah mengikut acuan kau sendiri. Itu lebih baik. Kemungkinan kau boleh patentkan idea kau & ambil keuntungan darinya. Betulkan?
ps: Aku meniru di zaman belajar di universiti dahulu. Hasilnya aku berjaya grad. Yay! :D
pss: Meniru ketika belajar hanya buatkan aku jadi makin bodoh. Baru sekarang aku sedar. Tak berkat… :(
psss: Patentkan idea kau untuk elak dari diciplak. Tabiat mendaftar & mempatentkan produk masih rendah lagi di Malaysia.
Tags: Air Asia, kehidupan, motivasi, Orang Terkaya Malaysia, Tony Fernandes
Mengatasi Stress Bahagian 2
Sep 16, 2008 motivasi
Esok adalah Hari Nuzul Quran. Sebab aku bekerja di negeri Selangor, jadi aku dapat cuti. Syukur. Boleh aku rehatkan diri sebentar dan tenangkan fikiran. Terus terang aku katakan, sejak beberapa hari kebelakangan ini aku berada dalam keadaan depresi atau stress. Semuanya berpunca dari masalah peribadi. Tak perlu aku ceritakan di sini.
Pernah orang bertanya, tak pernahkah aku berasa stress? Kawan… Aku manusia biasa je. Aku bukan Superman. Pasti aku akan rasa stress. Tapi aku masih mampu senyum dan ketawa bila berhadapan dengan kau semua. Dahulu aku ada menulis entri tentang cara Mengatasi Stress. Kali ini aku kongsi dengan kau beberapa lagi teknik tambahan.
Tags: mengatasi stress, motivasi, stress







