Aku Adalah Seorang Jurutera

Nampaknya hampir seminggu blog aku ni terbiar. Tiada update terbaru. Komen-komen kau tak aku balas. Maaf! Aku sangat sibuk minggu ini. Betul-betul sibuk.

Minggu ini adalah minggu yang sangat meletihkan. Berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mesyuarat di Petronas Penapisan Melaka selama 3 hari berturut-turut, orang muda seperti aku pun boleh bengkok badannya. Nampak gaya aku perlu lebihkan aktiviti senaman aku. Stamina mesti ditingkatkan.

Read the rest of this entry »

Tags: Jurutera, kerjaya, Petronas, PPMSB

Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd

Kau sedang menganggur dan mencari kerja? Atau kau benci dengan karenah bos kau (sekarang) yang suka EMO tak tentu pasal? Atau kau mahu cari kerja yang mampu berikan kau gaji bulanan yang tinggi? Atau kau punya minat untuk menceburi industri minyak dan gas?

UMW Oil & Gas Sdn Bhd mungkin adalah tempat pilihan kau. 35 jawatan yang pelbagai sedang kosong untuk kau isi. Banyak tu! Dari bahagian kejuruteraan hingga ke bahagian pengurusan. Jadi kau yang punya latar belakang teknikal mahupun bukan teknikal punya peluang yang sama rata. Persoalannya sama ada kau berani atau tidak untuk memohon dan rela dijadikan hamba tebusan di sana? kalau YA, sila mohon.

Malas aku nak cakap banyak. Kau download saja iklan yang bertarikh 27 Ogos 2008 ini untuk keterangan lebih lanjut. Untuk rekod, iklan jawatan kosong ini hanya untuk edaran dalaman je (aku dapat melalui emel). Tapi aku mahu kau punya peluang untuk sama-sama rasa nikmat kerja dalam industri minyak dan gas, jadi aku sebarkan juga untuk tatapan umum.

Download UMW Oil & Gas Internal Adv 270808.ppt

Tags: kerja kosong, kerjaya, minyak dan gas

Artis Sebagai Kerjaya Pilihan Utama.

Artis Malaysia Hot!Sejenak membaca majalah Offshore Engineer yang aku langgan, aku kagum melihat keupayaan jurutera-jurutera luar negara membina pelantar minyak yang besar-besar. Beratnya melangkaui lebih 10 000 tan. Kagum melebih-lebih pada mereka (orang luar) bukanlah niat aku. Aku yakin, tenaga kerja tempatan punya kehebatan yang setaraf bahkan mungkin lebih baik dari mereka. Cerita dari ‘sempai-sempai‘ aku mengukuhkan lagi tanggapan aku.

Malangnya kita kekurangan pelapis muda untuk menggantikan kuda-kuda tua dalam industri ini. Bukan saja industri ini, industri yang lain juga hadapi masalah yang sama. Mana taknya kalau kau lihat situasi sosio-ekonomi masyarakat kita, lebih berorentasikan hiburan. Kursus motivasi peperiksaan, artis juga dijemput memberi persembahan. Pelik. Kau mahu beri motivasi dan tips untuk berjaya dalam peperiksaan atau mahu galakkan anak murid kau jadi artis di kemudian hari?

Read the rest of this entry »

Tags: artis malaysia, kehidupan, kerjaya

Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

Ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini. Aku terangkan secara umum tentang hirarki dalam industri minyak dan gas serta bagaimana untuk kau rancang kerjaya kau. Khusus untuk mahasiswa/siswi.

Seperti yang dikata oleh ’sempai’ aku, hirarki industri minyak dan gas di Malaysia boleh digambarkan seperti piramid 4 lapisan. Lapisan pertama dan tertinggi sekali adalah pemilik lapangan minyak di Malaysia. Hanya ada satu saja syarikat dalam lapisan ini iaitu Petronas (kau mesti selalu dengar lah). Lapisan kedua adalah operator lapangan dan pengeluar minyak. Petronas Carigali, ExxonMobil, BHP, Murphy Oil, Shell, Newfield, Nippon Oil (diorang ni pun kau selalu dengar juga) dan banyak lagi syarikat termasuk dalam lapisan ini. Lapisan ketiga adalah support services. Konsultan, design house dan kontraktor pembinaan dan pemasangan biasanya berada di lapisan ini. Lapisan terbawah sekali dan paling banyak adalah vendor dan supplier. Mereka ni kerjanya menyediakan dan menjual peralatan untuk kegunaan industri ini seperti drill bit, valves, pump dan banyak lagi. Sebab terlalu banyak syarikat di kedua-dua lapisan ini, aku tak mampu untuk senaraikan. Kau boleh cari di direktori rigzone.com ataupun direktori offshoreman.com

Read the rest of this entry »

Tags: minyak dan gas, teknologi

Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas

Baru-baru ini aku menerima emel dari seorang graduan bertanyakan bagaimana caranya untuk memasuki industri minyak dan gas dengan senang? Ok… Jawapan aku, tiada jalan senang sebenarnya. Apa yang penting, usaha, usaha dan usaha. Tapi aku boleh beri kau sedikit gambaran untuk kau rancang kerjaya kau di dalam industri ini.

minyak dan gas

Industri minyak dan gas boleh di bahagikan kepada 2 bahagian; Upstream dan Downstream. Di dalam kedua-dua bahagian ini (di Malaysia) terdapat banyak syarikat yang kau boleh bekhidmat dengannya.

Read the rest of this entry »

Tags: minyak dan gas, teknologi