Melodi Christmas 2008

Merry Christmas aku ucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Christian. Semoga Christmas tahun 2008 memberi seribu satu makna dan kekayaan kepada kau.

Maafkan aku jika entri kali ini lebih bersifat rungutan. Rungutan dari seorang kuli ‘makan gaji’ yang bengang kerana kerjanya tertangguh. Tertangguh sebab orang-orang yang perlu aku berurusan untuk pastikan kerja aku beres, bercuti panjang. Jadah!

Terus terang aku katakan, aku bencikan bulan Disember 2008. Secara matematik, setelah ditolak cuti hujung minggu dan cuti perayaan, dari 31 hari di bulan Disember, tinggal 19 hari sahaja untuk bekerja. Secara praktikal (mengambil kira tabiat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan sepenuhnya hak cuti mereka), rakyat Malaysia bekerja hanya 17 hari sahaja di bulan ini.

17 nisbah 31. Apa yang aku boleh harapkan dari aspek output?

ps: Bulan Disember bulan perkahwinan. Cuti lagi.

pss: Tahun 2008, purata cuti untuk rakyat Malaysia ialah 119 hari. Banyaknya!

psss: Entri terpendek yang pernah aku tulis sejak berpindah ke Wordpress.

Tags: Christmas, cuti, kerjaya, Malaysia

Nickname Yang Kool atau Bodoh?

Permulaan pagi aku agak ‘kureng’; bangun tidur dalam keadaan badan terasa letih dan mengantuk. Tak cukup tidur? 6 jam adalah lebih dari mencukupi untuk aku. Mungkinkah aku mengalami Apnea kerana malam tadi aku tidur dalam posisi terlentang. Berlainan dari posisi kebiasaan; mengiring ke kanan. Akibatnya, hari ini otak aku gagal mencetus sinaps dalam kapasiti yang banyak. Otak aku ‘jammed‘. Sila abaikan intro sampah ini. Ia sekadar selingan.

Malam tadi sebelum tidur, aku sempat menjenguk kelibat adik-adik aku melayari laman web tumpuan remaja masa kini, MySpace dan Friendster. Aduh! Bilakah mentaliti rakyat Malaysia akan berubah? Internet bukan sekadar untuk MySpace atau Friendster semata-mata bahkan lebih dari itu.

Yang menarik perhatian aku, adalah trend penggunaan nickname di internet tidak kira di laman sosial, micro-blogging, blog ataupun forum. Secara kasar, nickname berunsur ke’Inggeris’an mendapat tempat. Mungkin kerana;

Read the rest of this entry »

Tags: Friendster, MySpace, nickname

Akal & Nafsu. Mana Letaknya?

Kredit untuk Sang Web Developer, Noktah Hitam kerana mencantikkan layout blog & bahagian komen aku.

Berita di akhbar kebelakangan ini banyak melaporkan tentang keruntuhan moral baik peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Kes jenayah, salah guna dadah, pukul cikgu, seks bebas, pelacuran & terbaru beraksi lucah untuk dirakam secara percuma bagaikan fenomena yang normal. Masyarakat aku makin lama makin rosak. Sedih!

Ke mana hilang anugerah ciptaan tuhan paling ajaib kepada manusia iaitu akal? Sudah dicampak ke dalam tong sampahkah? Disorok di dalam celahan kelangkangkah? Ataupun diletak di dalam poket kau? Tahi!

Read the rest of this entry »

Tags: kehidupan, motivasi

Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama

Badan Pencegah RasuahSesekali berjumpa dengan seorang sahabat, dia tak pernah penat mengingatkan aku supaya menderma pada yang memerlukan. Dalam rezeki yang aku terima saban hari ada hak orang lain di dalamnya. Menderma pada yang si miskin, anak-anak yatim, si anak kecil & mereka yang kurang bernasib baik mendatangkan kepuasan yang tak tergambar oleh kata-kata. Itu aku pasti.

Mohd Ismail telah ubah persepsi aku tentang dunia blog semalam. Satu tindakan yang amat menarik bagi aku untuk turut serta. Gunakan blog untuk buat amal. Jarang sekali aku lihat blogger buat cara demikian. Berblog acapkali dikaitkan dengan buat duit online, tulis entri kisah hidup sendiri dan sebagainya.

Kau yang mampu baca blog aku di internet ni, aku andaikan sebagai seorang yang masih punya kemampuan untuk hidup secara selesa. Jadi aku ajak kau untuk turut serta dalam usaha aku untuk bantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.

Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu beri komen kau di sini. Untuk setiap komen, RM 0.20 akan dimasukkan ke dalam dana derma yang akan aku berikan pada badan kebajikan yang akan aku tentukan nanti. Untuk besarkan lagi dana, kau nampak logo Youthsays di sebelah? Kau klik & daftar. Setiap duit yang aku terima hasil dari pendaftaran kau, akan aku berikan secara total pada badan kebajikan tersebut.

Selepas jam 11.59 malam 31 Oktober 2008, aku akan buat summary dana yang telah aku kumpul hasil sumbangan kau (komen kau + Youthsays), kemudian wujudkan satu entri khas tentangnya. Kau risau aku gunakan cara ini untuk kepentingan sendiri? Aku akan pastikan screenshot transaksi (derma ke badan kebajikan) aku kepilkan bersama sebagai bukti.

*Update Tambahan

Untuk menderma secara langsung, kau boleh donate terus ke:

1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah

Account no: 12029010016114 (Bank Islam Malaysia Berhad)

2. Rumah Amal Belaian Kasih

Account No: 14410010444051 (CIMB)

3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

BG 03A & 05 Ground Floor,
Megan Ambassy.
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel:+603-2162 9178 Fax:+603-2162 9203
Derma online: http://www.makna.org.my/donate.asp

ps: Tunjukkan kepada aku rakyat Malaysia masih punya sifat prihatin yang tinggi.

pss: Separuh populasi manusia berada di bawah paras kemiskinan. 250 000 daripadanya berada di Malaysia.

pss: 25,000 orang di seluruh dunia mati kerana kebuluran setiap hari. Di Malaysia, 156 000 rakyatnya mati (setahun) sebab terlebih makan.

Tags: Amal, Blog, Blog untuk Amal, Kebajikan, Kebuluran, Kemiskinan

Rakyat Malaysia! Di Mana Perikemanusiaan Kau?

Help Me!Salam Isnin semua. Bagaimana mode Isnin kau? Ceria? Atau hampeh? Pagi Isnin aku bermula dengan sangat baik. Aku tidur dengan cukup semalam. 5 jam waktu tidur adalah masa yang memadai oleh orang dewasa seperti aku. Bangun pagi, pandang cermin & senyum pada diri sendiri kemudian mandi untuk bersiap ke pejabat. Bekerja adalah satu kegemaran yang hakiki aku.

Ketika ingin ke pejabat tadi, di jalan arah bertentangan dengan aku, telah berlaku satu kemalangan. Sebuah motosikal telah digesel sebuah kereta & terjatuh di tengah-tengah jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Pemandu motosikal & pemboncengnya terselamat dari dilanggar oleh kenderaan di belakang. Teknologi brek kereta Honda Civic model baru yang berada di belakang motosikal tersebut patut dipuji. Fuuh!

Pemandu Honda Civic? Ptuih! Hanya berhenti, mengelak mangsa kemudian berlalu. Kereta yang menggesel pula memecut tanpa rasa bersalah. Kalau aku mat rempit seperti dahulu, pasti pembahagi jalan sudah aku redah & kejar kereta tersebut. Tak kemik badan kereta, muka pemandu yang kemik. Tahi!

Read the rest of this entry »

Tags: hosting percuma, kehidupan, Malaysia, Pengumuman, peraduan, ranking Alexa