Budget Bulan Perayaan
Oleh aeropama pada Sep 5, 2008 Community, motivasi
Salam dan Hello kepada pembaca blog aku yang aku hargai dan sayangi. Penghargaan yang tak terhingga aku tujukan atas komen-komen kau di entri lepas. Terharu aku di atas keperihatinan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.
Hari ini sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Bagaimana nilai puasa kau dalam lima hari ini? Sangat bagus? atau puasa kau sia-sia?
Mula dari minggu hadapan, akan mula rancak manusia membeli-belah. Macam pesta. Semua berebut mahu beli barang keperluan buat persiapan raya. Baju raya baru, langsir baru, perabut baru, barang kemas baru dan paling best kalau beristeri baru untuk Aidilfitri ni :eek: :evil: Tapi harus kau ingat, dalam kerancakan menyediakan keperluan hari raya jangan kau ter’over‘ budget sudahlah. Mahu ikat perut kau sebulan lepas raya nanti. Jadi beringatlah sebelum berbelanja ye.
1. Duit simpanan kau
Sebelum bulan perayaan, kau sentiasa konsisten menyimpan sejumlah duit. Tapi sebab kau mahu kelihatan ‘vogue’ masa raya nanti, kau belanja berlebihan. Beli baju 4-5 pasang, barang kemas sarat satu badan dan segala macam aksesori yang lain sampai kau tak boleh nak buat simpanan untuk bulan ini. Aku tak larang kau nak kelihatan ‘vogue‘ kak! Tapi tolak dulu duit simpanan awal-awal. Mana tahu kau ter’sesak’ lepas raya nanti. Lepas tu baru kau buat belanjawan untuk hari raya kau.
2. Duit raya untuk kanak-kanak
Owh! Ini adalah perkara yang memeningkan. Lagi-lagi pada yang punya anak sedara berduyun-duyun. Mahu kopak duit kau kalau kau tak buat perancangan rapi. Aku tak suruh kau jadi kedekut. Apa lah salahnya kau hulurkan duit sehelai dua. Setahun sekali je beb. RM 10 untuk anak kau, RM 5 untuk anak saudara yang dekat dan RM 1 untuk kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Kalau mereka banyak ’songel’ minta duit lebih… Pedulikkan. Sekurang-kurangnya kau dah beri mereka duit raya. Lagipun kanak-kanak tak boleh di ajar pegang duit banyak-banyak dan kau pun bukan kerja cap duit kan?
3. Ibu bapa kau
Huh! Jangan di lupa ibu-bapa kau dalam keseronokan kau menyediakan persiapan raya. Hari raya kaulah paling ‘vogue‘ dekat kampung. Kalah mak datin. Tapi ibu-bapa kau biarkan pakai pakaian compang camping. Alahai… Masukkan budget untuk mereka (baju raya dan duit raya) walaupun mereka tak minta dari kau. Mana tahu mungkin ada keberkatan di situ.
4. Kos perjalanan pulang ke kampung
Alahai bang! Kos minyak, kos tol, kos penyelenggaran kenderaan dan lain-lain kos tersembunyi… Semua nak diambil kira juga tu. Silap hari bulan, terlebih belanja beli baju raya, tak balik kampung kau nanti sebab tak cukup duit nak tampung kos perjalanan kau. Jadi lebih baik kau rancang apakah jenis pengangkutan yang paling menjimatkan kau untuk balik ke kampung masa raya nanti. Kereta sendiri? Kalau kau punya keluarga sendiri lah. Bas? Kalau kau masih bujang lah. Kapal terbang? Kalau kampung kau di Borneo ataupun Indonesia. Terpulang kepada kau. Kau lebih arif tentang itu. Aku hanya beri peringatan saja
Jadi guys… Itu adalah budget umum yang aku boleh senaraikan. Yang lain tu kau tambahkan di bahagian komen. Boleh kita kongsi sama-sama sebagai menghadapi Hari Raya Aidilfitri nanti :D
ps: Sudah dua hari aku berbuka puasa sendirian. Orang tua aku masih di kampung lagi. Aduss… :mrgreen:
pss: Raya ke 5 aku harus pergi jemputan kahwin kawan aku di Taipin, Perak. Duit lagi… :cry:
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Buat Duit Di Bulan Ramadhan
- Kad Raya: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
- Barang atau Sampah
- Jimat, Bazir dan Keperluan. Apa Yang Aku Boleh Ajar Kau?
- Lelaki Tua, Basikal Tua dan Cucunya
- Diari Malam Raya 2008. Looser?
- Elakkan Bangga Dalam Pembelian.
- Berikan Nilai Pada Duit Kau.
- Anne Hadiri Majlis Doa Selamat Pakai Skirt Pendek…Must See!
- Happy Mother’s Day






September 5th, 2008 at 12:16 am
Haa..yang untuk beristeri baru tu, kena tambah bajet untuk anak-anak buah pihak isteri pulak. Hi hi.
Buka puasa sorang-sorang makan apa bro? Alahai.
aTiQah punya post terbaru..ROTI CANAI 6 + 6 = 12 KEPING
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:12 pm
huhuhu… lagi2 kalau isteri lebih dari satu kan? mesti pening punya :eek:
sedmalam saya buka puasa dgn nasi berlaukkan ayam masak lemak dan kambing beriyani. sedap :up:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:19 am
hehe… aku tak fikir apa2 lagi.. kecuali satu yang aku bimbangkan.. duit raya ntuk anak2 buah aku seramai 9 orang.. tu baru family sdr.. family orang lagi? ades!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:14 pm
:lol: kita sekapal la menteil. aku ada sedara2 yg kecik2 lgi plus dgn anak2 buah aku. tahun RM 500 aku budget untuk raya. banyaknya :cry:
[Balas Komen Ini]
aTiQah
membalas pada
September 7th, 2008 jam 3:32 pm
RM500? Banyak gila! Tak pe lah, fikir benda tu untuk sedekah. ;)
aTiQah punya post terbaru..ROTI CANAI 6 + 6 = 12 KEPING
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:21 am
huhuhuhu~~ ni la tgh risau ni..ingat raya jer..duit mesti mencurah2 keluar…meh bukak pose ngan aku beb..selamber..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:17 pm
aku pun risau gak beb :???:
ko buka puasa kat mana beb? nnti aku roger ko kalau aku kene buka pose sorg2 lg
ps: ari ni org tua aku dh balik. xpyh buka pose sorg2. yey! :lol:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 5:59 am
tahun ini agak berat skit budget aku psl lebihkan kepada kesihatan aku huhu.
anak-anak buah ramai lak tu, belah orang umah aku tahun ni aku rasa ada la dalam 30++ huhu.
memang kena catu la tahun nie.
megat punya post terbaru..Berbaloikah Blog Anda Dan Berapakah Nilainya!?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:20 pm
semoga kau cepat sembuh megat. bln puasa ni diharapkan mampu mempercepatkan proses penyembuhan. maklumlah puasa ni kan byk khasiatnya
aku pun sudah mula berjimat cermat. terlalu banyak belanja yg aku perlu keluarkan. maklumlah anak sulung
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 6:05 am
raya?
sy cam takde prasaan je nak raya
kali ni kali ketiga beb xleh braya dengan family
so baju raya pun gitu2 je la
haha
beraya pegi lecture je pun WAHAHAHAH
p/s : bukak posa sendiri je? aiseh
sorg2 makan ni yg cam xde selera nak makan
jom la makan ramai2.. :P
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:21 pm
biasa la bila meningkat dewasa. keseronokan beraya makin pudar. cuma kembali berseri bila sudah punya keluarga sendiri
ps: alahai kesiannya… org kat malaysia beraya sakan kamu pergi ke kuliah. wahahahaha :evil:
[Balas Komen Ini]
Adila
membalas pada
September 5th, 2008 jam 7:22 pm
makin dewasa, duit raya makin byk haha (mak sedara kasi lebih sket hehe)
raya best pasal leh kumpul ramai2, masak ramai2, makan ramai2, tido pun ramai2 gak haha
pastu berara plak pegi rumah saudara-mara
BEST!!!!
p/s : nak buat camne.. kuliah tetap kena pegi memandangkan yg ada cuti christmas je pun! WAHAHAHAHA
best jgak tau jalan keliling campus pakai baju raya~
org sure pandang! hehehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 2:52 am
wah! sgt beruntung. sudah besar masih terima duit raya. jeles beb :cry:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 8:24 am
bila cerita pasal duit raya teringat kisah raya thn lepas.
that was my first raya kat malaysia so i’m not sure how much to give the duit raya. al-maklumlah, during my days dapat RM1 dr ketua kampung pun dah cukup seronok.so lepas survey2 n tanya org sekliling, most of them kata RM2/head is enough.so dengan semangatnya pegi bank, tukar duit, pastu masukkan dlm envelope. adalah dlm 100 keping.
malangnya on the first day of eid, bila hulur kat anak2 buah, time2 tu jg depa sound ’sikitnyee…’.
pastu dgn mak bapak dorang sekali siap sound ‘ kerja jauh2 RM2 je ke..’ sambil senyum2.
hihi aku hanya terkulat2 di sebalik pintu.
disebabkan komen2 negative itu, maka hanya 5 keping angpau shj yg kuhulurkan buat kanak2 di malaysia ni sepanjang raya tahun lepas.hahaha selebihnya aku beli satay.muahahaha tulah banyak komen lg!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:23 pm
huhuhu… tang tu memang tak boleh tahan. bila sedara mara mula mengata. aduss… :mrgreen:
biasanya aku buat bodoh je. apa diorg ingat kita cap duit? :arrow:
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 6th, 2008 jam 7:47 pm
sedihnya…mmg sedih ble part terkulat-kulat di sebalik pintu..
blueseberry punya post terbaru..two THUMBS up !!
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 10:21 am
Sepanjang aku berbelanja.. aku mesti akan berbajet.. mmg x kan lebih.. kalu lebih pon takat 10-20 ringgit jer.. x kisah tuk raya atau untuk apa2 pon…
smaelz83 punya post terbaru..Fasting with Full Stomach
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:26 pm
mak ai… gila saving. :shock:
sama ada kau betul2 saving atau kau sudah jadi seperti haji bakhil :razz:
[Balas Komen Ini]
smaelz83
membalas pada
September 5th, 2008 jam 8:53 pm
aku x da la kedekut thp bakhil.. tapi kalu kita dah penat2 kumpul duit semata-mata nak beli brg yg kita nak.. jgn la sampai terlebih-lebih. Lari la bajet aku… huhuhu
smaelz83 punya post terbaru..Fasting with Full Stomach
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 11:11 am
kes kasi duit raya itu yang menghantui semua orang.Bab baju n lenglain itu biasa2 lagi
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:27 pm
aku bab baju takde masalah sbb aku tak brp cerewet.
yang jadi sukar sikit hanya bab pengangkutan dan duit raya untuk budak2…
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 11:53 am
kes kasi duit raya ni belum memeningkan kepala aku le…sebab aku lum keje lagi…keh3…
tapi susah gak nak jimat nak bulan pose ni, asal g bazar je…rase macam nak makan je sume…nafsu3x!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:29 pm
nanti bila kau sudah bekerjaya baru kau tahu betapa peningnya kau mahu menghadapi musiam raya. :wink:
silap hari bulan, kau lebih rela kerja dari balik kampung :evil:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:14 pm
~ nak raya nih memang nak pakai banyak duit. so kena betul2 pandai berbelanja. tapi, kalau org perempuan memang susah nak bijak dlm berbelanja especially tang raya nih. hehehehe… ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:31 pm
saya paling suka lihat orang perempuan bershopping time dekat2 raya. macam nak diborong segala barang kat shopping complex tu. :halo:
lagi satu gelagat si laki bila lihat isterinya belanjakan duit yg penat si laki tu cari
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:29 pm
Eheh. Syukurlah dulu aku belum kena fikir lagi tentang ni, sb belum masuk kerja so tak berduit lagi. Lagipun aku anak sulung and kat both sides of family aku cucu sulung, so tak beranak-buah lagilah. Tahun depan, haha….kena budget2 sikit. Cousin yg kecik2 tu beratur nanti……..
Adz Ariff punya post terbaru..RM30 Richer
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:32 pm
kau adalah senasib dgn aku :wink: tu masa aku tak kerja lah
lepas aku dah ada kerja, beban nya sangat berat. wahahahah… nanti kau akan rasa :arrow:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:29 pm
hmm raya mmng nk paki duit byk..beli tu la beli ni lah..
so pepandailah jgn pas raya ..kire hutang hehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:33 pm
macam ada pengalamannya je zue? :P
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 12:42 pm
boleh kawan lah kita buka sorang-sorang, tapi malam tadi aku balik SP dan makan dengan parents, peergh.. puasa hati makan makanan mak :)
pasal budget raya ni, as long tak perlu keluar duit simpanan, aku ok aje.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:34 pm
nampaknya sekapal lah kita. buka pose sorg2.
tp hari ni org tua aku sudah pulang. aku tak buka pose sorg2 lg :lol:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 1:10 pm
Yang last sekali tu yg agak perit..kos pengangkutan. Buatnya bulan inilah nak pergi service..maklumlah nak balik kampung… tiba2…pomen tu cakap ada saja itu ini kena tukar.
Nasihat : buat service 2-3 bulan sebelum raya…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:34 pm
tu la kak. Saya nak kena servis kete saya minggu ni. kosnya pasti tinggi :cry:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 2:28 pm
BUKAK POSE SRG2 ?
SIANNYE…MEH KITE BUKAK POSE SAME2…
SBG ORG YG XBEKERJA LAGI…SO XYAH PK BYK…JUZ ABEH KAN DUIT ABH BELI TIKET BS…
MMM…DUIT RAYE XYAH BG SBB XKEJE AG…
BAJU RAYE ABH BELIKAN…
KUIH RAYE ABH BELIKAN…
DUIT RAYE ABH BERIKAN…
KI3…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:35 pm
tu la awak. saya ingat nak ajak awak buka pose ngn saya. tp YM awak tak on pun :D
awak tak bekerja? praktikal tu tak kira bekerja ke? tak kan tak dapat elaun kot
[Balas Komen Ini]
emmacommey
membalas pada
September 5th, 2008 jam 7:16 pm
tu la…xbwk laptop g keje…sni ym n sewaktu dengannya kena block…hi3…
esok sy bwk laptop…ym es ? tapi awk xkje esok kn ?
sy kje sok ngan luse…
p/s: alah…elaun 5 rat…nk byar sewa uma 250hengget…tolak stok mkn ? brg2 mandian segala ? tambang bs sume ? bape hengget la yg tinggal nk kasi spupu spapat…hua3…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 2:53 am
sok saya online… dun worry :up:
ps: RM500 itu dikira sgt banyak bagi elaun untuk praktikal…
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 2:35 pm
aku anak buah sorang jer… tapi maybe kosnya dekat rm100 jugak… untuk duit raya saja..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:36 pm
pergh… tu anak buah ke anak emas sampai kau sanggup belanja seratus pada dia :shock:
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 2:51 pm
ala puasa baru ja berapa hari…tp dh fikir nak raya…apa la korang ni…raya pun setahun sekali ja pun…jd jgn la la bekira sgt pasal bajet tu…Selamat Bpuasa…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:37 pm
kena kira bajet beb! nanti lepas raya ikat perut. nak hrp org lain tolong? tu pun kalau ada insan yg bermurah hati
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 3:07 pm
Salam. Syawal sudah terasa sedihnya, apatah lagi dengan kehilangan arwah ibu yg baru 3 bulan tiada disisi.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:38 pm
owh! saya bersimpati atas kehilangan yang awak hadapi.
semoga rohnya tenang di sana
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 4:31 pm
bajet ape ye..? baju raya sudah setel oleh kakak dan abah.. tket blk raya udah setel 2 bln yg lepas, haha..
duit raya ? luaskan purse sepenuhnya untuk kemasukan duit raya.. lalalalaaa…
tp smlm berbuka dgn bubur segera perisa cendawan… huhuhu…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:39 pm
ciss… untung betul kalau jadi student ni ye :mad: semuanya di support
tunggu bila awak mula bekerjaya. mau pening kepala awak layan karenah manusia sekeliling yang asik meminta. dengan alasan awak punya kerja yang bagus dan gaji yang besar.
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 6th, 2008 jam 7:52 pm
hehe.. xpe2.. skrang ms menerima, nanti lak ms memberi.. sepertimana kt suka menerima, kt kna gak sk memberi.. roda ada pusingannya..
blueseberry punya post terbaru..two THUMBS up !!
[Balas Komen Ini]
September 5th, 2008 at 5:32 pm
Raya memang banyak nak gunakan duit..tapi kenalah timbang tara mana yang penting,dan mana yang kita mampu sahaja…
Bersederhana pun lebih baik…
Akak pun tak la ramai anak buah..tapi dah tradisi beri duit raya untuk ayah bonda dan makcik2 lagi2 sebelah husband yang hidup susah tu..
Selamat berhari raya seadanya,Syam…:)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 5th, 2008 jam 6:41 pm
bersederhana memang cara yg terbaik…
saya mula terpikir, dari mana datangnya tradisi memberi duit raya. rasanya Nabi s.a.w tak ada mengajar tentang ini kan? :twisted:
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 2:42 am
hahahaha!
bahgie sunggo rase jd kanak2 skola!
tayah kua duet sesen utk kelihatan vogue!
sme ditaja PAMA!
rase mcm artis plak!
sile jgn jeles!
HAHA!
*tadah tgn mintak dwet raye!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 2:55 am
ciss… ini yang buatkan saya teringin jadi kanak2 ribena kembali :mad: Sebab nak dapat duit raya. skrg kena bagi duit raya pada budak2…
ps: nak duit raya datanglah ke rumah. salam dan cium tangan saya baru saya bagi duit raya :razz:
[Balas Komen Ini]
blueseberry
membalas pada
September 6th, 2008 jam 7:54 pm
ish2… nk ambil kesempatan la tuh soh cium tgn dia.. huhu.. xmo la cium tgn coz konpom bau rendang..
lalalaa..
blueseberry punya post terbaru..two THUMBS up !!
[Balas Komen Ini]
hUmmY
membalas pada
September 7th, 2008 jam 3:08 pm
ahahahahahahaha!
bau rendang tape lg!
sdap sket!
kalo dpt bauan kurang menyenangkan cane?
hahahaha!
*pitam*
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 9th, 2008 jam 8:52 am
tangan saya bau perfume paul smith extreme… sangat wangi! wahahahaha
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 5:55 am
bajet yg bgs bg teruna mcm akoo dan xteruna macam syam adalah menyediakan kelengkapan perang menziarahi rumah awek bergelar doktor. tp lifehire ckp die ske ko la syam. cane? haha!
Extremist Thinker punya post terbaru..Protected: TAG? Teroka Alam Ghaib
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 1:29 pm
wuhuhuhu… harap2 para doktor dapat cuti raya. mesti meriah raya kita thinker :eek:
ps: mana kau tahu aku xteruna? ko boleh jd tukang karut terulung abad ni beb :lol:
[Balas Komen Ini]
Extremist Thinker
membalas pada
September 6th, 2008 jam 6:42 pm
akoo nmpk ko kat umah urut beb. hehe. akoo mmg dokte2 akan dtg umah akoo. sbb sis n bro akoo dokte. hehe. sonang kijo den tiap2 kali raya. tapi yg x sonangnye, gwe x koje. ampes.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 7th, 2008 jam 6:28 pm
hampess… bkn ko ke yg pegi umah urut tersebut?
ps: nanti ko rekemenkan aku doktor2 tersebut okay… katakan pada diorg, jejaka hensem nk berkenalan. wahahahah
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 7:17 am
pk duit kan..
boleh jadik gile! hehe..
btw,
hope semua boleh uruskan bajet dengan cemerlang.
huhu..
pentingkan mana yang patut.
bukan dulukan mana yang tak patut :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 1:30 pm
betul… tetapkan kepentingan. yang paling penting di utamakan. yang tak penting tu letak2 kat belakang…
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 8:24 am
sediakan duti raya utk aku sekali ye! muekekeke
Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Aku ‘Ditembak’
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 1:31 pm
alahai reen… ko pun nk duit raya gak ke? :mrgreen:
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 11:30 am
skang ni kos meningkat. nak buat persiapan raya pun kena plan betul-betul. silap langkah bole “kering poket” nanti.
berhati-hati semasa berbelanja menjelang raya~ huhu :P
Darkz05 punya post terbaru..Merdeka Kita Puasa
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 1:38 pm
setuju… sebab kos kehidupan yang sedikit membebankan, pengurusan dan perancangan kewangan yang rapi boleh membantu. jika tidak, kita pasti terhimpit dengan masalah kewangan yang menyesakkan kepala selepas raya nanti :up:
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 12:14 pm
Salam,syam…
Lama aku tak tinggalkan komen kat laman kau ini.
aku sokong dengan cadangan kau. betul benar.
setiap kali ramadhan, aku peruntukkan rm 500 utuk semua.pecahannya ialah, rm50 pecah jadi rm1 untuk duit raya, rm150 untuk duit daging rendang ayah aku, rm 200 untuk mak dan ayah,rm 50 duit minyak pergi balik kg, rm50 sepasang baju raya.
aku tak perlu bayar tol, tak perlu kasut raya.sebabaku masih belum kahwin, zakat fitrah pun ayah aku masih bayarkan!
aliff punya post terbaru..Salam Menyambut Ramadhan 1429 H
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 6th, 2008 jam 1:45 pm
wow! ko memang seorg yg punya perancangan yang baik aliff. :up: :cool:
ps: aku pun dah lama tak tinggalkan komen di laman ko. hanya sempat membacanya melalui feeder saja. ada kesempatan aku drop komen byk2 di sana
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 2:00 pm
heh, aku pon takde lah pening kepala sangat pk pasal bajet nih. Beli alakadar je. Maybe it’s not the time yet. Sama ngan Adila, ni masuk kali ke-3 aku tak raya kt Msia. Dulu siap hari raya 1st tu bedah mayat lagi. cool giler!
Maybe bole tambah jugak, Bajet bagi yg dah berfamily untuk sediakan juadah ( bahan-bahan tuk buat kuih, ketupat, rendang, kek sume ) atau yang still bujang, bajet untuk beli kuih tunjuk…haha… atau…tuk budak-budak plak, bajet tuk beli mercun..wawawa….=p
najlaa punya post terbaru..Kenapa Saya Suka Tarannum..?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 7th, 2008 jam 6:30 pm
mungkin masa awak blom tiba lagi…
kesian juga pada mereka yg beraya di oversea. suasananya jauh berlainan ye. tp itu pengalaman yg org lain xboleh dapat. jujur saya katakan saya cemburu :wink:
[Balas Komen Ini]
September 6th, 2008 at 3:34 pm
Betul tu.. Kalau boleh tahun ni kurangkan buat makanan.. Kita hidangkan bihun ganti ketupat.. Ada berani?? Ha ha ha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 7th, 2008 jam 6:31 pm
bihun ganti ketupat tu perkara biasa zool. apa kata kalau kita ganti biskut kering je. berani? :arrow:
[Balas Komen Ini]
September 7th, 2008 at 1:43 am
kene kumpul bajet. Duit raya bebudak. Lebih 100 orang. Mati kutu aku dibuatnya..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 7th, 2008 jam 6:32 pm
mak ai. banyaknye :shock: ko kasi sumbangan kat anak2 yatim ke?
[Balas Komen Ini]
titan
membalas pada
September 9th, 2008 jam 6:10 am
bukan anak yatim ler. Anak buah, anak sayur.. :mad:
[Balas Komen Ini]
September 7th, 2008 at 10:50 am
patutnya budak² takleh pegang duit raya..
kasi kat kitEw yang dah bEsau niE.. hukhukhuk…
Along Arman punya post terbaru..Another Tag from Mr Kreuger
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 7th, 2008 jam 6:33 pm
huhuhu… kalau dah besar lagi la tak patut nak bagi sbb diorg bole cr duit sendir :razz:
[Balas Komen Ini]
September 7th, 2008 at 1:15 pm
hahaha..rasa2 bajet untuk duit raya kanak anda prlu kurangkan.jd kdekut skit2..
tun punya post terbaru..new style.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 9th, 2008 jam 8:53 am
tak sampai hati aku… teringat zaman kecik2 betapa mengharapnya aku pakcik2 aku bagi aku duit raya byk2. kdg2 harapan itu berkecai :sad:
[Balas Komen Ini]
September 10th, 2008 at 8:24 am
Memang terasa giler shopping raya tahun ni..semuanya nak mengaut keuntungan. Semalam aku dan mula bershopping untuk 3 org anak aku lagi 2 orang minggu depan pulak. Memang betul2 kena budget, kalau tak..macam ngko kata tak dapat pulang beraya di kampung.
Macam aku 2 kg aku kena beraya..sebelah mrs n sebelah aku. Masa cuti merdeka itu hari aku balik kampung, duit minyak kete saja aku habis RM300 = RM100 x 3kali isi…hohoho…tu belum masuk duit tol Ipoh to Tg. Malim….Tol Bentong…Tol Karak to Kuantan….
Apapun,berbelanjalah dengan bijak
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
September 10th, 2008 jam 9:12 am
wow! aku yakin utk tahun ni paling kurang kau kena habiskan RM 1000 untuk raya saja. owh! pandai-pandai berbelanja kawan :$:
[Balas Komen Ini]