Blogging: Adakah Ianya Satu Trend?

“Kerajaan Tewas Dalam Perang Siber”

-mstar.com

Blog telah mendapat pengiktirafan sebagai media alternatif penyebaran maklumat yang berpengaruh hinggakan kerajaan yang lama berdiri kukuh selama tempoh kemerdekaan negara, bergegar dek penanangan blog. Pihak berkenaan, mewar-warkan bahawa salah satu punca kekalahan mereka adalah kerana blog. Perghh.. Memang hebat implikasi blog hinggakan ianya mampu menggegarkan sebuah kerajaan.

“Mata pena lebih tajam berbanding pedang”

-Kata Pujangga

Aku tertarik dengan fenomena yang muncul selepas kekalahan teruk parti Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-12 baru-baru nin. Fenomena yang aku maksudkan adalah fenomena ‘blogging’. Sejak dari peristiwa itu, blog-blog baru muncul bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Memang menjadi tabiat aku, untuk melawat blog-blog orang lain. Semasa proses ‘blog hoping’ ni (biasanya aku merujuk ‘database’ geng jurnal) aku ‘mendarat’ di beberapa buah blog yang baru diwujudkan. Usianya tak sampai pun 3 bulan. Macam biasa, aku pun mengikutilah perkembangan blog tersebut (untuk memberi sokongan), namun setelah beberapa lama, aku rasa sangat kecewa;

1. Blog jarang di kemaskini.
Aku boleh terima kalau penulis blog tidak dapat mengemaskini artikel mereka untuk jangkamasa 3-4 hari. Mungkin kerana mereka sibuk dengan urusan harian. Kalau dah hampir 3 minggu tiada artikel baru, memang aku rasa menyampah. Ada blog yang aku lawati, sekadar ‘post’ 3-4 entri, lepas tu berkubur; tiada ‘update’ langsung. Memang pasti, lepas itu aku tak akan datang lagi ke laman blog tersebut.

2. Bahasa yang digunakan ‘Bahasa Rojak’.
Blog yang aku baca biasanya dalam Bahasa Malaysia (sebab aku orang Malaysia) dan Bahasa Inggeris. Terdapat sesetengah blog menggunakan kedua-dua bahasa, dengan tujuan untuk memastikan apa yang penulisnya ingin ke utarakan akan dapat disampaikan dan difahami dengan baik oleh para pembaca (multinasional). Tetapi aku agak ralat jika penulis blog mencampur-adukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam satu entri atau dengan erti kata lain; Bahasa Rojak. Sekejap cakap dalam B.M, sekejap cakap dalam B.I. Buruk benar untuk di baca (aku pernah ditegur oleh pembaca aku satu masa dahulu).

Kalau gunakan istilah Bahasa Inggeris untuk satu-satu perkataan, aku boleh terima kerana aku pun kadang-kadang terpaksa gunakan perkataan Inggeris sebagai ganti perkataan Melayu yang aku rasa tidak dapat menggambarkan perasaan atau situasi sebenar yang ingin aku sampaikan. Lebih bagus kalau anda gunakan bahasa tulen; kalau Bahasa Melayu, gunalah Bahasa Melayu tulen, kalau Bahasa Inggeris, gunakanlah Bahasa Inggeris tulen.

3. Kesalahan ejaan.
Kebanyakan blog yang aku pernah lawati, menggunakan singkatan yang bukan ’standard’. Ejaan yang biasanya digunakan untuk SMS menjadi pilihan; “Sampai = smpi, guna = gne”. Bukan semua orang menggunakan singkatan ‘SMS’ yang sama. Lain komuniti, lain singkatannya.

Lagi aku ralat kalau guna ejaan ’slanga’ (betulkah istilah yang aku gunakan? Kalau salah, tolong betulkan). Contohnya “itu = itew, ini = nie” dan macam-macam lagi. Pening aku sebab kena perah otak sikit untuk menangkap perkataan sebenar yang ditulis oleh penulis blog itu. Apa salahnya kalau anda (penulis blog) membuat pemeriksaan balas terhadap kesalahan ejaan selepas anda selesai menulis sesuatu artikel.

4. Buat blog kerana duit.
Nasihat aku, jangan buat blog kalau tujuan utama anda untuk memperolehi wang daripadanya. Memang anda tidak akan berjaya. Aku pernah buat dulu! Bukan senang untuk mereka-mereka yang bergelar ‘otai’ seperti Michael Cheney (Raja Adsense antarabangsa), Carl Ocab, dalam membuat duit melalui blog ini berjaya dalam tempoh yang singkat. Ambil masa yang lama kerana intipati utama kejayaan membuat duit melalui blog adalah trafik yang tinggi dan kebolehan membina ‘readership’. Tanpa pelawat, blog anda ibarat rumah hantu.

Persaingan dalam bidang ini juga tinggi. Boleh katakan sudah mencapai tahap tepu. Teknik menjana duit melalui Adsense atau yang seangkatan dengannya; bagi aku kaedah ini tidak lagi releven. Potensi anda untuk memperolehi ‘click’ melalui kaedah ini semakin rendah kerana hampir kesemua pengguna internet tahu bagaimana rupa iklan Adsense ini, tidak mengendahkannya dan tidak akan ‘click’ langsung. Jika anda ingin juga cuba membuat duit melalui blog, anda fikirkan cara yang berlainan dari cara konvensional. Kurang sikit persaingannya.

5. Blog yang tidak kreatif.
Kenapa aku berkata begini? Terdapat beberapa blog yang men’ciplak’ bulat-bulat entri blog orang lain. Tiada langsung keaslian. Biasanya blog-blog yang berkaitan tentang membuat duit secara ‘online’. Bosan! Aku juga berbuat demikian, tapi aku nyatakan dari mana sumbernya sebagai penghargaan kepada penulis asal.

Apa yang anda rasa anda bagus? What you are best at? Buatlah blog berkenaan dengannya. Pasti anda tidak akan pernah kekeringan idea. Aku adalah seorang yang suka berfikir dan mengkritik tentang sesuatu. Jika anda mengikuti blog aku dari awal, aku banyak bercerita pasal tabiat masyarakat, permasalahan dalam masyarakat dan memberi motivasi.

Sebab-sebab yang aku utarakan di atas telah menimbulkan beberapa persoalan kepada aku. Kenapa mereka berblog? Apakah mereka berblog kerana mengikut trend? Kerana aku merasakan berblog kini telah menjadi trend bukan kerana minat lagi. Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web…

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan


8 Responses to “Blogging: Adakah Ianya Satu Trend?”

  1. 1 A t i Q a h said on

    Entri yang penuh informasi. Boleh dijadikan panduan. ;)

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Syam said on

    atiqah: terima kasih atas pujian anda. jika ada tambahan, amatlah dialu-alukan

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 ~ mizzAmy ~ said on

    ~ huhuhu, blog i terdiri dlm golongan :

    2. Bahasa yang digunakan ‘Bahasa Rojak’.

    3. Kesalahan ejaan.

    nampaknya lepas ni kena lah menulis dengan ‘proper’. :P ~

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Syam said on

    mizzamy: kebanyakan personal blog byk menggunakan bahasa rojak. sebenarnya, blogging ini bergantung kepada penulisnya, bagaimana untuk mencorakkan blog mereka. cuma bagi saya, saya lbh suke membaca blog yg menggunakan bahasa dan ejaan yg betul. apa2 hal, keep going writing new entry in your blog sis

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 ~ mizzAmy ~ said on

    ~ thanks syam.. you make me realized about bahasa rojak nie. tgh berusaha nak perbetulkan bahasa. ahakss.. :P ~

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 Syam said on

    mizzamy: keep it up sis. dah nmpk perubahan gaya penulisan anda. bagus :D

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 aloneNo Gravatar said on

    memang xdinafikan peranan blog dalam menyebarkan maklumat khususnya maklumat yang xdihebahkan kepada masyarakat melalui media.

    rugilah jika seseorang blogger tersebut ada blog namun lama-kelamaan berhenti dari blog. hal tersebut bukan atas sebab kekeringan idea cuma kebanyakan blogger2 baru hanya terikut2 dengan rakan2 lain yg ada blog, bukan atas untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

    namun tidak salah jika sesetenga mem’private’kan blog kerana sesetengah blogger hanya menjadikan blog sebagai diari peribadi mereka.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    itu yang aku menyampah. buat blog sebab musim. kau lihat skrg ni berapa banyak blog2 baru yang terkubur begiitu saja. penat beb aku follow. last-last bersawang…

    biasanya berlaku pada blog yang dibina atas platform blogspot. rumusan yang aku boleh buat, pengguna wordpress lebih serius dalam blogging berbanding blogspot…

    [Balas Komen Ini]


Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>