Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama
Oleh aeropama pada Oct 16, 2008 Blog, Community
Sesekali berjumpa dengan seorang sahabat, dia tak pernah penat mengingatkan aku supaya menderma pada yang memerlukan. Dalam rezeki yang aku terima saban hari ada hak orang lain di dalamnya. Menderma pada yang si miskin, anak-anak yatim, si anak kecil & mereka yang kurang bernasib baik mendatangkan kepuasan yang tak tergambar oleh kata-kata. Itu aku pasti.
Mohd Ismail telah ubah persepsi aku tentang dunia blog semalam. Satu tindakan yang amat menarik bagi aku untuk turut serta. Gunakan blog untuk buat amal. Jarang sekali aku lihat blogger buat cara demikian. Berblog acapkali dikaitkan dengan buat duit online, tulis entri kisah hidup sendiri dan sebagainya.
Kau yang mampu baca blog aku di internet ni, aku andaikan sebagai seorang yang masih punya kemampuan untuk hidup secara selesa. Jadi aku ajak kau untuk turut serta dalam usaha aku untuk bantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.
Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu beri komen kau di sini. Untuk setiap komen, RM 0.20 akan dimasukkan ke dalam dana derma yang akan aku berikan pada badan kebajikan yang akan aku tentukan nanti. Untuk besarkan lagi dana, kau nampak logo Youthsays di sebelah? Kau klik & daftar. Setiap duit yang aku terima hasil dari pendaftaran kau, akan aku berikan secara total pada badan kebajikan tersebut.
Selepas jam 11.59 malam 31 Oktober 2008, aku akan buat summary dana yang telah aku kumpul hasil sumbangan kau (komen kau + Youthsays), kemudian wujudkan satu entri khas tentangnya. Kau risau aku gunakan cara ini untuk kepentingan sendiri? Aku akan pastikan screenshot transaksi (derma ke badan kebajikan) aku kepilkan bersama sebagai bukti.
*Update Tambahan
Untuk menderma secara langsung, kau boleh donate terus ke:
1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah
Account no: 12029010016114 (Bank Islam Malaysia Berhad)
2. Rumah Amal Belaian Kasih
Account No: 14410010444051 (CIMB)
3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
BG 03A & 05 Ground Floor,
Megan Ambassy.
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel:+603-2162 9178 Fax:+603-2162 9203
Derma online: http://www.makna.org.my/donate.asp
ps: Tunjukkan kepada aku rakyat Malaysia masih punya sifat prihatin yang tinggi.
pss: Separuh populasi manusia berada di bawah paras kemiskinan. 250 000 daripadanya berada di Malaysia.
pss: 25,000 orang di seluruh dunia mati kerana kebuluran setiap hari. Di Malaysia, 156 000 rakyatnya mati (setahun) sebab terlebih makan.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Blogroll List
- Aku Adalah Seorang Jurutera
- Fast Update! Dan Segala-galanya Selesai…
- Gunakan Hak Kau Untuk Memberi Komen (Di Sini)
- Mahu Berubah? Bagaimana Caranya?
- Power Of Commenting…Must Read!
- Berakhirnya Di Sini
- Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51
- Aku Sebuah Blog
- Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2
October 16th, 2008 at 11:49 pm
beb…aku memang nak wat camni pon..salah satu tujuan aku wat duit dari blog pasal nak bg derma kat badan kebajikan esp anak2 yatim…stakat ni aku hanya menyumbang pada MAKNA, yg ada kaitan ngan kanser tp aku still xpuas hati pasal aku nak sangat membantu utk anak2 yatim
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Why should you follow me on Plurk?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 16th, 2008 jam 11:52 pm
jom kita buat aktiviti bulanan. pergi ke rumah anak yatim dan hiburkan mereka. amacam?
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 16th, 2008 jam 11:55 pm
aku okay jer..even every month aku nyer department ada wat team outing…selalu nyer makan2 tp aku cadangkan pg umah anak yatim…xde la sesia sangat USD250 diabeskan kt anak yatim beb
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Why should you follow me on Plurk?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 16th, 2008 jam 11:58 pm
betul jack… dari kau buang duit tu untuk belanja kawan-kawan yang tentu-tentu buat dosa hari-hari, lebih baik bagi makan kat anak yatim yang sangat memerlukan. mana tahu berkat doa mereka, lebih nikmat tuhan kurniakan.
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:07 am
USD250 tuh utk satu team…selalu nyer diorang pegi makan…so aku cadangkan guna duit tuh pegi umah anak yatim + beli stuff utk diorang..kitorang bg stationary tools jer ari tuh tp mmg diorang appreciate giler la…dekat sri petaling pon ada gak umah anak yatim..aku ingat nak pegi usha2 sana plak nanti…
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Why should you follow me on Plurk?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:13 am
jom usha hujung bln ni. boleh aku bg sumbangan dari duit yg aku dpt dr entri ni skali…
ps: mari ajak blogger-blogger lain join. buat aktiviti yg ada makna pada masyarakat sket
lochoe
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:16 am
lochoe confirm akan datang bila ada projek.. x perlu tanya saya lagi tentang kehadiran untuk masa depan…
lochoe punya post terbaru..ringgittune akan menukar layout!
MK
membalas pada
October 17th, 2008 jam 3:59 am
nak ikut! jangan lupa ajak aku nanti.. huhu
MK punya post terbaru..Ringankan Yahoo Messenger Anda Dalam 5 Minit!
[Balas Komen Ini]
aman
membalas pada
October 18th, 2008 jam 2:34 pm
adush, aku exam lak awal bulan dpan…tgk ar, kalo kena tarikh, maybe bleh follow…huhu
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:11 am
masih dlm perangkaan aktiviti. td bincang mungkin dlm bln 12. mungkin penyertaan lebih ramai sbb kebanyakan blogger pelajar U. bln tersebut kebanyakan mereka cuti
[Balas Komen Ini]
kento
membalas pada
October 19th, 2008 jam 4:55 pm
tahniah! syabas! aku penah wat aktiviti kt umah anak yatim & ibu tunggal kt PJ, best! Diorang ceria je bila kita dtg :D
kento punya post terbaru..So Much to Do, So Little Time
[Balas Komen Ini]
samdaddycool
membalas pada
October 21st, 2008 jam 1:50 am
Aku teruja nak join… “kelab kebajikan blogger” .. kalau tak masyarakat pandang serooonnnggg je kat blogger!
samdaddycool punya post terbaru..Kenali diri anda melalui tarikh lahir
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:13 am
ye syam aku join, tak rugi ape pun malah dapat pahala, niat aku pun sama, mmg rezeki yg kita dapat tu kadang2 bukan untuk kita, untuk yg lebih memerlukan, Aku kalu berjaya nak ada Yayasan sendiri.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:20 am
alhamdulillah… mmg tak rugi pun. mari letak share kau di sini. kalau boleh sebar2kan pada yg lain okay.
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:16 am
memang aku plan nak wat camtuh pon..sbb tuh aku ingat nak membina komuniti dalam negaraku…bukan setakat bloggers nyer gathering jer..tp bloggers gathering with motives…tp tokey negaraku bukan aku..so aku xleh selamba nak decide benda2 camnii…sbb tuh aku usahakan gak wat gathering walau kecik2..then bila dh ramai org follow..baru kita leh buat misi baru…
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Why should you follow me on Plurk?
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:18 am
aku tiba2 suka pulak dengan life4hire ni.. baik kau rupanya kan.. serious… 75% lain dr syam.. apa2 pun.. aku akan sentiasa support…
lochoe punya post terbaru..ringgittune akan menukar layout!
[Balas Komen Ini]
MK
membalas pada
October 17th, 2008 jam 4:01 am
ko mungkin bukan tokey yam.. tapi ko la penggerak. sama macam kat forum SK gak. i menyokong ko walau di mana dikau berada.
MK punya post terbaru..Ringankan Yahoo Messenger Anda Dalam 5 Minit!
[Balas Komen Ini]
|1f34|-|1r3
membalas pada
October 17th, 2008 jam 4:04 am
hehe…forum SK dh ramai sket org membantu…tp part soalan2 bodoh ni benci btol aku nak menjawab..tanya soalan kt forum yg nampak sangat xtanya pcik google dulu..lebam gak nak menjawab nyer
|1f34|-|1r3 punya post terbaru..Why should you follow me on Plurk?
[Balas Komen Ini]
MK
membalas pada
October 17th, 2008 jam 4:10 am
biasa la newbie, tau nak taanya je, tak mau usaha lansung nak carik sendiri. eh, ko ni pun yam, tak tido lagi ke haa
MK punya post terbaru..Ringankan Yahoo Messenger Anda Dalam 5 Minit!
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:17 am
wow aku pasti nilainya besar kerana blog ini dikunjungi ramai orang
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:23 am
harapan aku begitulah. aku mahu pelawat aku dapat turut serta beramal. mungkin ada segelintir dpd mereka yg tak pernah menderma krn kesibukan masa, dpt turut serta beri share mereka dgn cr semudah ini…
ps: aku suka dgn persepsi br blog yg di tunjukkan oleh mael.
[Balas Komen Ini]
is150
membalas pada
October 17th, 2008 jam 11:57 pm
nie… aku sokong sesangat…
is150 punya post terbaru..Salasilah Keluarga
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:44 am
Hmm…bagus2. Bro mengambil kesempatan ini untuk beramal. Saya sokong! :D
aTiQah punya post terbaru..TECHNOLOGY VICTIM. WHO?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:52 am
tekan butang fave it tu skali. biar keluar kat bahagian Top News Negaraku. Baru boleh tarik lagi ramai rakyat Malaysia utk turut serta
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:47 am
sudah lama aku tidak post disini..Terima kasih sebab masih memanjangkan ads aku disini.Aku amat hargainya.
Berkenaan maklumat ini
25,000 orang di seluruh dunia mati kerana kebuluran setiap hari. Di Malaysia, 156 000 rakyatnya mati (setahun) sebab terlebih makan.
Kesimpulannya, aku merasa sudah tiba masanya kita ubah persepsi kita terhadap dunia.
maen punya post terbaru..http://www.project10tothe100.com
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 12:53 am
Kita harus bersyukur dengan apa yang kita masih ada. Di luar sana, situasi lebih buruk. Hulurkan bantuan kita yang tak seberapa ini untuk ubah keadaan. Tak dapat banyak, sikit pun sudah bagus…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 1:08 am
aku dh ngantuk ni… tapi aku nak gak join. komen aku ni dikira tak?
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 1:32 am
kalau komen kat sini dah kira menderma ke? kalau betul,saya nak komen banyak2 la. hee..
!x0r@ punya post terbaru..Kardinal Offishall feat Akon - Dangerous
[Balas Komen Ini]
lochoe
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:22 am
saya menyokong ixora..
lochoe punya post terbaru..ringgittune akan menukar layout!
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 2:47 am
[...] @ Aeropama - dude.. stop playing with you [...]
October 17th, 2008 at 4:27 am
sekurang-kurangnya ada juga insan yang melakukan sesuatu untuk tujuan amal.
perkara baik patut diuruskan dengan baik dan disampaikan pada matlamatnya.
insya allah semua kan jadi kenyataan.
megat punya post terbaru..Demi Masa, Rugilah Bagi Mereka Yang Tidak Menghargainya!
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 6:22 am
kalo ko nak buat aktiviti ke rumah anak yatim, sound aku.. aku nak ikut.. dah lama teringin nak pegi tapi tak penah sampai.. hehe.. seronok buat amal ni.. :)
mrkay punya post terbaru..Ucapan Raya dan Maaf Yang Sedikit Terlewat…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 8:11 am
~ satu idea yg bagus. tak pernah tau pun dengan blogging leh menderma. so, nak komen banyak2 la coz tak susah pun.
pernah g rumah anak yatim. berjumpa dengan pengetua dia. saya dan kawan2 nak buat jamuan bukak posa. boleh pulak pengetua tuh demand melampau2. harus la kami insaf terus nak pi. huhuhuhu…. ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Freelancer ~
[Balas Komen Ini]
smaelz
membalas pada
October 17th, 2008 jam 3:10 pm
Apabila org mula ambil kesempatan diatas kesusahan org lain.. or maybe nak bg bebudak tuh rasa mknn2 yg best2 buat pertama kali..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:57 am
mungkin ada sbbnya. tp pengetua rumah tersebut harus punya pertimbangan yg bagus juga… org mahu menyumbang harus diterima dgn tgn terbuka…
ps: apa-apa hal, jgn kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. kerna kejadian ini sekali, habis segala semangat berbakti punah
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 8:18 am
orait. aku belum daftar utk youthsays tu. nanti aku daftar bawah ko . nasib baik umur aku cukup lagi. hehe. ada limit 35 tahun tu. hehehe.
taukey punya post terbaru..Dunia Luar, Dalam dan sebagainya…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 8:48 am
menderma dude…aku sudah lepas kat ismail.net,aku dermakan disini sahaja..donators diperlukan ke?
xmindfreakx punya post terbaru..Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com
[Balas Komen Ini]
xmindfreakx
membalas pada
October 17th, 2008 jam 8:52 am
er,maksud aku…donators camne nak ikut serta?aku mahu donate
xmindfreakx punya post terbaru..Cerita Minggu Ini di Blogikus.Com
[Balas Komen Ini]
aeropama dot com
membalas pada
October 17th, 2008 jam 9:28 am
Untuk menderma secara langsung, ko boleh donate terus ke no. akaun bank ini.
1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah Account no: 12029010016114 (Bank Islam Malaysia Berhad)
2. Rumah Amal Belaian Kasih
Account No: 14410010444051 (CIMB)
3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
BG 03A & 05 Ground Floor,
Megan Ambassy.
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel:+603-2162 9178 Fax:+603-2162 9203
Derma online: http://www.makna.org.my/donate.asp
aeropama dot com punya post terbaru..Blog Untuk Amal? Mari Ikut Sama
[Balas Komen Ini]
MK
membalas pada
October 18th, 2008 jam 12:31 pm
thanks syam, aku pun tatau nombor2 akaun ni suma. ada rezeki boleh aku derma
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:09 am
mari jadikan budaya. allocate peratusan kecil pendapatan untuk tujuan ini…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 9:33 am
gud job,bro.. ^^
hopen dapat la jugak menolong orang kan.. =)
ika punya post terbaru..1st time ni.. ^^
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 9:48 am
Syabas bro..bangga aku jadi rakyat malaysia…
Mohd Hafifi punya post terbaru..Aku Dan Conference
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 10:39 am
nak buat baek jugak.
sy komen ni.
haha
azi punya post terbaru..Makan2 Raya
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 11:00 am
rancangan ini sgt bagus. Kak Jie cuma menerapkan dari usia anak².. pernah bawa anak² ke rumah anak² yatim..dgn cara ini mereka lebih menghargai apa yg dimiliki dan lebih bersyukur dan mudah merasa belas untuk menolong orang
Kujie punya post terbaru..Penderaan seksual dan jenayah kanak-kanak
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 11:53 am
Takmo ketinggalan.
Nak join jugak. :)
Eriyza punya post terbaru..Guru Bercuti, Murid Berhenti
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:17 pm
hmm…
bagus ni…
kalau komen kat sini, dah kira menderma gak eh..
dulu, mase ngaji kat sekolah tinggi dulu, aku dpt gak peluang g rumah org2tua kat kedah..seronok, org2 tua tu kita dtg melawat..
kesian tgk, diaorg duk sorg2…(kat tempat aku g tu, lain sket, sorg org tua, dpt 1 rumah, rumah papan jek lah…)
ade tu, rumah penuh ngan kucing…
umur masing2 dlm 80 lebih..
tp, kalu tanye, anak2 dtg melawat x?
ade yg ckp, dah mls nak ingt psl anak masing2…mls pk dah..pk psl nak beribadat jek..
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:17 pm
erm..kalau btul2 nak melawat anak2 yatim, bgtau lah eh..
leh aku join..
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:18 pm
lg satu, aku nak tanye ni, pd yg tau lah..
kat mana nak sumbangkan baju2 lama yg actually baru lg, tp, sbb xmuat, nak bg kat org yg memerlukan?
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:33 pm
saya pon tak pernah terfikir sblm ni xtvt camni leh dibuat dengan berblog…
syam…ko ada register x dengan makna utk jadi penderma bulanan?…saya dah dekat setahun daftar dan sejak tu setiap bulan gaji saya dipotong rm30 utk mereka…ye lah…sekarang hari diorang…ma tau esok hari kita pula…kan :)
firdee punya post terbaru..Macro Pics
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:03 pm
sudah. sama seperti kau. sejak aku mula jadi hamba tebusan setahun yang lepas
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 12:45 pm
Alhamdulillah.. Seorang lagi yang ingin membuat amal kebajikan.. Hurmm..
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 1:12 pm
aku blm daftar lagi ni. tapi aku akan daftar bawah ko ni nanti. ehehe. sikit sikit lama lama jadi bukit. hehehe. akan ku war-warkan juga dalam blog ku nanti supaya daftar di bawah link ko. :D
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 1:23 pm
nak turut serta
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 1:35 pm
blog yang penuh rasa kasih sayang.. this is a good effort man!
bongkersz punya post terbaru..Ego massage, anyone?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:02 pm
Inspired by Akta Kasih Sayang proposed by MP Ibrahim Ali :P
[Balas Komen Ini]
bongkersz
membalas pada
October 17th, 2008 jam 2:04 pm
Bahlol punya Ibrahim Katak :P I saw the news as well.
bongkersz punya post terbaru..Ego massage, anyone?
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 2:21 pm
oh kamu pun dalam youthsays jugak rupanya..
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 2:55 pm
Tie pun nak derma gak..dgn cara komen kat sini je.. Tie memang niat nak bawa anak2 gi rumah anak2 yatim, supaya mereka sedar dan tahu bersyukur, tapi hubby ni sentiasa busy je..Mungkin satu hari nanti..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:53 am
bawa lah anak-anak kak tie ke sana. mungkin ada sesuatu yang boleh mereka pelajari…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 3:02 pm
Harap2 bolehlah menderma sambil tulis komen kat sini.. 20 posen banyak tu.. Sikit2 lama2 jadi laa bukit..goodluck..
mack punya post terbaru..::EXAMINATION::
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:54 am
20 sen rasanya sgt kurang bernilai bagi kita yang hidup dgn selesa. tapi 20 sen boleh membantu membawa dunia ke dimensi yang baru
[Balas Komen Ini]
mack
membalas pada
October 19th, 2008 jam 11:55 am
I mean kalau dah banyak yang menderma banyaklah jadi nyer..
Hope that we can lighten they burdening…
mack punya post terbaru..It over…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 3:12 pm
Kebajikan denagn berblog? mungkin ini bole jd inspirasi kepada Politikus-politikus yg ada blog tuh buat cam gini…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:55 am
mohd ismail memberi aku persepsi baru. mungkin kau boleh bawa persepsi baru dunia blog selain dari menagih iklan dan buat duit darinya demi kepentingan sendiri…
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 10:59 pm
molek benar nie.berblog sambil beramal. :)
arejae punya post terbaru..GCompris - collection of educational games in Ubuntu
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:58 am
terima kasih melawat & menyumbang di sini… kau sememangnya rakyat malaysia yg masih punya keperihatinan
[Balas Komen Ini]
October 17th, 2008 at 11:57 pm
akoo tergolong dlm miskin duit tp kaya senyuman.
jd sila bg 10% gaji ko!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 9:59 am
adakah kau akan gunakan 10% sumbangan untuk tujuan kebaikan sepenuhnya? jika tidak, lebih baik aku beri pada anak yatim saja… :D
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 1:35 am
Baguslah camni…
Aku pun rasa nak gak buat camni..
AKu nak cari pusat penjagaan autisme..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:00 am
good! teruskan usaha kau. jgn kerna sudah senang sedikit, mereka yg sengsara di sebelah sana kau lupakan
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 8:24 am
Sama-sama kita membantu yang memerlukan.. jap g aku register..
Mr Am punya post terbaru..Kenapa perlu ada hosting + domain sendiri?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:01 am
thanks… mari bersama menyumbang
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 8:27 am
.. ini macam random sket
tapikan.. just pikir2 la..
duit 1 sen slalu org buang camtu je kan mcm xde value
kalau setiap 1 sen (yg org slalu buang2 tu) guna utk derma, tak ke bagus?
Adila punya post terbaru..Can happiness last forever?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:04 am
biasalah bila org sudah mula senang sedikit. susah nak hargai benda yg kecil nilainya… hanya yg biasa hidup susah baru tahu apa nilai duit sebenarnya…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 9:44 am
bagos tol ko nie syam..
aku sker cara ko berpikir..
aku teringin juge nak menolong..
maybe one fineday..
mgu depan aku agak kebizian..
kalo ada ektibiti nak gi umah anak yatim wat amal..
sila dropkan msg ko kat shoutbox aku ek..
kot² aku bole join..
tq syam
Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..Reen Jadi Transformer
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:06 am
sure… sedang merangka aktiviti dgn blogger yg lain. bila sudah pasti, akan diwar-warkan…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 9:54 am
aku sokong kau dan juga mael. kerja amal melalui blogger ni memang kerja yang patut diteruskan oleh semua orang. :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:08 am
bkn mahu minta menyumbang selalu. hanya kdg2 sj. sedikit duit yg didermakan tidak memberi kesan pada perbelanjaan seharian pun. jd mari menderma pd mereka yg memerlukan…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 10:04 am
emm bagus usaha ko nih syam semoga boleh consistently kita beramal dlm berblogging..
korang boleh visit blog senior aku nih..dia mmg into this kalau2 korang nak mintak advise ke nak join dia sekali pun boleh
http://drbubbles.blogspot.com
zamz punya post terbaru..Handphone Users Can Now Switch Service Providers Without Having To Change The Number
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:08 am
thanks for sharing…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 12:00 pm
aku pon nk turut serta ar dlm membuat amal nih..
stakat antar comment dh leh kire sbg menderma..
tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima..tol tak?
dendang punya post terbaru..Bila aku sudah tiada…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:08 am
syukur… kau masih punya sifat perihatin yg tinggi! :D
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 1:47 pm
[...] kecil: Kredit kepada Syam, Mohd Ismail, dan Life4Hire kerana turut menyebarkan [...]
October 18th, 2008 at 2:19 pm
owhh..saya tak pernah tahu pasal semua ni means beramal thru blog..Tak sangka ada cara begini.
Apapun, terima kasih atas perkongsian ini.
JuliaNa punya post terbaru..Hadiah kecil yang besar maknanya
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:09 am
sy juga. tapi mohd ismail beri saya persepsi baru ttg dunia blog
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 2:36 pm
trimas sbb bagi no akaun bank tuk badan-badan amal semua.. :D
aman punya post terbaru..Mozilla Fennec - Firefox Versi Mudah Alih
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:11 am
sharing is caring…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 4:24 pm
sot jek ayat terlebih makan tuh. haha.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:12 am
betul beb… obesiti adalah masalah rakyat Malaysia sekarang… statistik kematian berpunca dr obesiti sgt tinggi…
[Balas Komen Ini]
October 18th, 2008 at 9:08 pm
it is great to see so many people dedicating some space on their blog and time from their lives to help those less fortunate.
good luck with your fundraising
Andy Bailey punya post terbaru..Consipiracy in the credit crunch? the Matrix? AI? all of them? arrgh
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:13 am
thanks andy bailey… impressed because you could understood my writing…
[Balas Komen Ini]
October 19th, 2008 at 1:30 am
such a noble…
everyone who’s reading should support this..
hurmm..sebenarnya kalau kita search banyak je badan2 amal yg kite boleh sign up utk jd volunteers…autisme centres, PDKs, rumah2 kebajikan anak yatim..tp macam x banyak promo pun tentang ni…melainkan badan2 amal yg besar macam MAKNA, MERCY etcs..
mnderma pon salah satu cara nk bantu diorang jugak kan..kalau tak dr segi tenaga and masa, dr sudut kewangan..
najlaa punya post terbaru..Movie Review : SEPI & TAKEN
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:15 am
memang sgt byk sebenarnya utk dilistkan… cuma saya beri beberapa pertubuhan kebajikan yang menjadi tempat sy selalu beri sumbangan.
ps: sy respek dgn segelintir doktor yg sanggup dedicate beberapa minggu untuk terbang ke kawasan pendalaman & beri rawatan perubatan secara percuma. kool!
[Balas Komen Ini]
October 19th, 2008 at 3:23 am
saya komen, komen tambahan untuk lebih menyokong , menunjukakan saya begitu berkobar-kobar (berbunyi lagu berkobar–ko barrr)… apa2 pun.. bagus…
lochoe punya post terbaru..ringgittune akan menukar layout!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 10:16 am
tq! ko memang berjiwa besar & baik hati! :)
[Balas Komen Ini]
October 19th, 2008 at 10:44 pm
ehm..ramai tul orang wat macam ni. Satu usaha yang sangat murni. Teruskan usaha.
Saya pun wajar berbuat sesuatu rasanya. :)
reddebt punya post terbaru..What do you know about Sleep Debt?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 19th, 2008 jam 11:00 pm
mungkin ada sesuatu yang kau boleh sumbangkan. wlpn sedikit, pasti ada kesannya
[Balas Komen Ini]
October 20th, 2008 at 1:20 am
Assalamualaikum wbt. Sy komen untuk turut sama membantu. Walaupun tak dapat turun padang secara fizikalnya, harapnya tindakan kecil ni dapat menyumbang walaupun sedikit.
=)
Semoga usaha ini diberkatiNya, insyaAllah.
[Balas Komen Ini]
October 20th, 2008 at 9:12 pm
salam bro..stiap komen ni, bro dpt duit ek?? tp cmne ek?? konpius ni..yela, aku ni xpakar tenet..hehe apa2 pun, bgs idea ni..aku pun rs tertarik gak..tp xreti nk wat
x-po shop punya post terbaru..SEGMEN TERJAH: MUNGKIN RM100 AKAN MENJADI MILIK ANDA PADA NOVEMBER INI
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 20th, 2008 jam 11:24 pm
intention aku yang sebenar adalah untuk galakkan pembaca pasang niat untuk beramal & sedarkan mereka kepentingan menderma. niat untuk buat perkara baik pun sudah diberi pahala kan?
[Balas Komen Ini]
October 20th, 2008 at 11:26 pm
cmne bro dpt komisen dr org yg komen?? konpius ni
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
October 20th, 2008 jam 11:32 pm
xde komisen pun sebenarnya… macam aku cakap tadi, aku mahu kau (pembaca) terdetik niat untuk menderma. kau dapat pahala, aku pun sama dapat. sebagai balasan, aku keluarkan duit sendiri untuk derma bagi pihak kau.
ps: kalau kau nak derma dalam bentuk duit, derma terus ke no akaun yang aku berikan, ataupun kau boleh daftar di youthsays! :D
[Balas Komen Ini]
October 20th, 2008 at 11:35 pm
ooo cm2 rupanya..baiknya ko..hehe
x-po shop punya post terbaru..KOLEKSI BAJU DARI NAFHAN SUPPLIERS & TRADING
[Balas Komen Ini]
October 22nd, 2008 at 12:38 am
kat blog mael pun aku dah letak,skang kat blog kau plak.
[Balas Komen Ini]
October 22nd, 2008 at 11:48 pm
aku pun nak derma sikit. kalau betol setiap post 20 sen, aku post banyak skit. nak taip post lain2 aku kesuntukan mase. hehe…
ryu s punya post terbaru..The emancipation of me!
[Balas Komen Ini]
October 22nd, 2008 at 11:49 pm
aku pun nak derma sikit. kalau betol setiap post 20 sen, aku post banyak skit. nak taip post lain2 aku kesuntukan mase. hehe…
ryu s punya post terbaru..The emancipation of me!
[Balas Komen Ini]
October 22nd, 2008 at 11:50 pm
jap….ko derma pakai duit sendiri rupanya…
ryu s punya post terbaru..The emancipation of me!
[Balas Komen Ini]
October 22nd, 2008 at 11:50 pm
semoga syam dirahmati Allah =)
ryu s punya post terbaru..