Blog Review Sempena Peraduan Bonanza di Thinker.My
Oleh aeropama pada Jul 12, 2008 Blog, peraduan
Dulu aku pernah buat satu blog review untuk Blogikus.com. Kali ini aku mahu buat review pantas mengenai blog kepunyaan Extremist Thinker. Kau boleh layari blog beliau di http://blog.thinker.my/. Aku buat entri ni kerana aku mahu masuk peraduan yang beliau tawarkan. Hadiah dia menarik juga. Hosting percuma (nak berapa banyak kapasiti pun dia boleh bagi), subdomain percuma (kat belakang tu ada .thinker.my) dan juga premium theme percuma (biasanya kau kena bayar). Kalau kau ada domain sendiri, kau boleh letak kat hosting dia. Tu pun kalau kau menang… Lebih kool, Extremist Thinker kata hosting dia punya kapasiti bandwith 3 Terabytes tu. Di ulangi 3 Terabytes! Itu dia kata lah.
Aku ada buat kajian tentang kelajuan muat turun blog dia ni. Boleh tahan juga. Tapi kalau banding dengan blog aku punya kadar muat turun, pantas lagi aku. Oh yeah! Aku menang… Aku guna Web Page Analyzer untuk kajian ini.
Aku kenal Extremist Thinker melalui blog lama beliau di budakmerah.selamba.net. Masa tu menumpang je. Sekarang sudah punya domain dan hosting sendiri. Theme yang digunakan masih mengekalkan theme dahulu. Secara umumnya, theme yang menarik dan warna pun lembut. Aku suka header blog ni. Ada gambar yang sentiasa bertukar-tukar. Dinamik! Tapi agak sedikit keras dengan gambar tengkorak dan tentera memegang senjata. Mungkin kerana mahu sesuaikan dengan tagline blog beliau ‘AMARAN KERAS!!! Terima-lah Rasukan Blog Berpuaka. Ini Tapak Perkumpulan Extremist Thinker’.
Gaya penulisan juga agak unik. Aku jarang jumpa cara penulisan sebegini. Kau mahu baca entri beliau, kau kena guna otak kanan kau lebih banyak dari otak kiri kau. Sebab ayat-ayat yang beliau gunakan terlalu abstrak. Bagi yang pertama kali baca mungkin rasa dia ni jenis angkat bakul sendiri. Selalu kata diri sendiri ada otak yang bergeliga dan kacak. Pedulikkan… Tapi aku suka. Ada kelainan dan yang penting ada sesuatu yang kau boleh dapat. Lagi satu yang unik, setiap kali entri diterbitkan, pasti akan ada gambar awek-awek tempatan diketengahkan. Mungkin dari koleksi peribadi beliau dan mungkin juga beliau mahu mempromosikan awek-awek tersebut kepada agensi modelling yang berpontensi. Mana tahu….?? Kalau betul, awek-awek yang pernah muncul di blog beliau, kau amat bertuah sebab dapat promosi percuma dari Extremist Thinker.
ps: Kalau aku menang peraduan ini, aku akan bagi hadiah yang aku menang tu kepada tukang komen terbanyak di blog aku ini. Untuk rekod, blog aku ini adalah blog DO FOLLOW!
Kalau kau suka dengan blog aku ini, aku galakkan kau langgan RSS Feed aku agar kau akan dapat mengikuti entri terkini dengan pantas. Kau juga boleh ikuti aktiviti aku secara langsung melalui Twitter.
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe
- Blog Review: Blogikus.com
- Keputusan Peraduan Bonanza Sempena Hari Kemerdekaan ke 51
- Fast Update
- Fast Update! Contest Bulan September Di Lancarkan
- How to Change Your Blogger’s Theme…
- Theme Baru Servis Baru
- New Widget Applied…Cool
- Memenangi Hati Wanita Melalui Shopping
- Google Analytics: Satu Pengenalan






July 12th, 2008 at 5:58 pm
aha. komen aku ni bukan bertujuan untuk merebut hadiah tersebut. :cool:
cuma aku nak berterima kasih cos melalui blogroll kau aku dapat jumpa banyak blog yang best2. haha.
dan aku dah berjinak2 dengan feed dan twitter (sebelum ni aku xpernah dengar pun apa itu twitter)
congrats. u have a great blog :wink:
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 12th, 2008 jam 6:15 pm
hahahah… aku tak kisah pun. aku nak bagi sedikit trafik kat extremist thinker sebenarnya.
akhirnya aku dapat juga manfaatkan blog aku untuk kegunaan blogger yang lain. dan aku galakkan kau subscribe RSS feeds aku. kalau boleh mari follow aku di twitter.
syam punya post terbaru..Blog Review Sempena Peraduan Bonanza di Thinker.My
[Balas Komen Ini]
July 12th, 2008 at 6:34 pm
Salam bro Syam..
Thanks inform sal salh ejaan di blog saya..
Follow kat twitter and follow kat do follow blog ni.. hehe..
Nasrun punya post terbaru..Tips Permalink Busby SEO Challenge Buat Blog Sendiri
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 12th, 2008 jam 6:42 pm
sama2. aku hanya cuba apa termampu untuk support usaha kau untuk menang cabaran Busby SEO Challenge tu
[Balas Komen Ini]
nasrun
membalas pada
July 12th, 2008 jam 10:38 pm
Menang? Target aku nak ade dalam top 100 jer..
Nak juga rasa bersaing dengan org luar..
Anyway, thanks again..
nasrun punya post terbaru..Tips Permalink Busby SEO Challenge Buat Blog Sendiri
[Balas Komen Ini]
July 12th, 2008 at 7:15 pm
x perasan plak ko pakai follow. hehe :)
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 10:58 am
mula-mula aku setup blog ni kat wordpress, aku terus aktifkan dofollow plugin. pastu ada orang kata, aku ni gila setup page blogroll list yang byk sgt link keluar plus aktifkan dofollow. takut kena band dgn google katanya… entahlah…
[Balas Komen Ini]
July 12th, 2008 at 8:18 pm
hohoho rajin ko buat review ye….
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 10:59 am
boleh tahan gak rajinnya…sebab aku tgh tensen wat prosedur utk department aku, aku wat la review blog utk hilangkan tensen
[Balas Komen Ini]
July 12th, 2008 at 8:54 pm
blog akoo slow sbb nk load barang ar bang. haha. hadiah di hantar malam ini atau pagi esok. tak payah bertanding pun. akoo orang melayu kroni. wahahaha.
Extremist Thinker punya post terbaru..Yang Memualkan & Yang Membanggakan
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 10:59 am
wahahah… tak kan aku dah menang kot. caya ah kalau betul aku menang. bagi aku hadiah tempat pertama tu dengan cepat… wahahahahha….
[Balas Komen Ini]
July 12th, 2008 at 8:56 pm
ahh….do follow dah sekarang. kenapa tak letak logo. hehehehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:00 am
erk! kene letak logo gak ke taukey? tak tau lak aku…
[Balas Komen Ini]
taukey
membalas pada
July 13th, 2008 jam 3:16 pm
hehehe….tak letak pun tak per sebenarnya. ehehehee
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 12:39 am
owhhh…rajin review mereview….
lagi satu bukan sebab rajin saja
ttp pandai mereview…:D
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:00 am
sedikit rajin sbb tensen ngan kerja kat opis ni.
saya tak berapa pandai mereview. hentam kromo je tu :P
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 1:19 am
kat blog saya pun ada gambar tengkorak, masa tu blog saya kene hack, tensen gilerr..
zaidi punya post terbaru..Google Buang Tebiat
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:01 am
wow! orang yang hack kau punya blog tu, dajal kau dengan letak gambar tengkorak. kool!
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 1:41 am
woh. baik nya hati kamu bagi hadiah tu kat orang lain pulak. hmm..pay forward namanya. kan. :)
aTiQah punya post terbaru..DIA BELAJAR BUAT ROKET KERTAS
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:03 am
yup… lagipun saya dah ada domain sendiri dan hosting sendiri. space pun byk lagi. blog ni, guna 1% pun tak sampai lagi. mana tahu kamu yang beruntung dapat hadiah yang saya menang tu kalau kamu komen paling banyak sekali. boleh setup wordpress sendiri. kool!
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 3:00 am
do follow??
eheheh!! blurr la…
explain plizz…
kui3x!!
ecahkoop punya post terbaru..MIFB 2008
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:07 am
do follow ni lebih kurang macam ni. kalau search engine nye crawler merayap kat blog saya, lepas tu die jumpa apa-apa saja links kat dlm blog ni, automatik die akan merayap ke links tersebut. secara langsung, links tu juga akan diindeks. baik untuk SEO dan ranking di search engine. lebih kurang gitulah.
nak tahu lebih lanjut, baca kat sini
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 8:02 am
~ kurang faham la hadiah2 yg korang nak kasih tuh. sangat la buta IT. nampak gayanya nak kena start belajar skit2 nie term2 of blogging and html, and so on. :( ~
~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Tension !!!! ~
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:08 am
uh huh! hadiah senang je. awak dapat space percuma untuk awak buat website atau blog awak sendiri. lepas tu domain pun percuma. kalau awak menang awak boleh buat website atau blog dengan nama mizzamy.thinker.my. lepastu awak boleh guna untuk setup blog guna wordpress yang kool ni.
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 1:43 pm
[...] ada domain dan hosting kau sendiri. Kalau takda lagi, pergi cari dan daftar. Ataupun kau boleh cuba peraduan bonanza Extremist Thinker; hosting percuma, domain percuma dan premium theme percuma. Kalau dah ada, kau log masuk ke menu [...]
July 13th, 2008 at 11:06 pm
memang best hadiah disediakan. tapi lebih baik menggunakan domain anda sendiri, baru terasa kepuasan.
maen punya post terbaru..Bagi Dia,Lelaki Melayu Dayus Dan Mengambil Kesempatan Sahaja
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 13th, 2008 jam 11:14 pm
memang kalau guna domain sendiri sangat kool. tapi kalau dapat sponsor hosting yang besar plus premium theme yang mahal juga di sponsor, lagi kool.
sebenarnya, kalau aku menang aku nak bagi hadiah yang aku menang tu kat pengomen terbanyak aku kat sini. maklumlah teringin nak buat contest, tapi takde sponsor. nak kuar duit sendiri, belum mampu lagi. alang2 ada contest camni aku sebat je lah.
tu pun kalau mr loque setuju ngn cadangan aku la =P
syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe
[Balas Komen Ini]
maen
membalas pada
July 14th, 2008 jam 3:24 pm
idea yang bagus tapi aku rasa mesti thinker rasa kecewa disebabkan ko telah menyalahgunakan hadiah ini jika ko pemenangnya. Tapi siapa peduli, kalau ko menang ko ada hak nak buat apa dengan itu semua. haha
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 5:19 pm
kalau aku bagi hadiah yang aku dapat, aku pasti akan bagi situasi menang-menang kepada mr loque. mungkin aku akan usaha tukar trafik yang dia dapat secara harian kepada pembaca setia…
[Balas Komen Ini]
July 13th, 2008 at 11:29 pm
askum. hehhe…aku pesaing ker? rasa cam x jer. aku xpandai buat review cam ko. tapi aku tetap harap dapat jadi salah sorang pemenang. sbb dia ckp dlm 10 org pemenang. ko pun support la aku. hahaha
r-care punya post terbaru..Extremist Thinker
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 14th, 2008 jam 8:36 am
pesaing la tu… tp best ape? satu persaingan sihat. dan yang pasti Mr Loque a.k.a Extremist Thinker dapat manfaat jugak…
syam punya post terbaru..Pasang Wordpress Menggunakan Fantastico De Luxe
[Balas Komen Ini]
r-care
membalas pada
July 14th, 2008 jam 3:14 pm
tol ker loque bole bagi terus? harap2 btol. heheheh. nak hosting sgt ni
r-care punya post terbaru..Extremist Thinker
[Balas Komen Ini]
July 14th, 2008 at 3:10 pm
syammmmmmmm! kamu suka loque punya blog … hahahahahahha! seronok la itu budak merah.. ;P
[Balas Komen Ini]
July 16th, 2008 at 1:53 pm
ahha…syam..nampaknya kau lebih rajin mereview blog dari aku..kepala aku sudah rilek…exam sudah habis..skang waktu untuk siapkan kerja..
xmindfreakx punya post terbaru..Blogger Penyebar Fitnah!!!
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 16th, 2008 jam 1:55 pm
patutlah lama sangat blog kau tak muncul dalam feed reader aku. lama dah kau tak update. aku tunggu entri best dari kau. aku wat review ni sbb nak tolong extremist thinker dapatkan trafik.
[Balas Komen Ini]