Blog Review: Blogikus.com

Di saat aku menulis entri ni, aku sedang bercuti sempena Hari Hol Sultan Johor. Pada mereka yang menetap dan bekerja di Johor, hari ini adalah cuti umum. Aku merancang nak pergi servis kereta aku di Taman U, Skudai hari ini. Tapi sebelum tu, aku online sebentar; check emel, check komen di blog aku dan baca entri dari xmindfreak. Beliau dengan murah hatinya mereview blog aku. Terima kasih aku ucapkan.

Seperti yang aku telah janjikan pada beliau, sebagai balasan aku akan buat review untuk blog beliau. Aku buat review ini untuk wujudkan situasi menang-menang antara aeropama.com dan blogikus.com. Takkan hanya aku saja dapat trafik dan backlinks dari blogikus.com tapi beliau tak dapat trafik dan backlinks percuma dari aeropama.com. Tak adil bukan?

1. Tentang Pemilik; Xmindfreak.

Terus terang aku cakap, aku tak kenal beliau secara peribadi. Aku hanya kenal beliau di alam maya ini atau Second Life (definisi alam maya yang aku tonton di CSI). Azammudin bin Arshad, nama beliau. Single and NOT AVAILABLE. Masih lagi belajar. Selebihnya kau boleh baca dalam ruangan perihal aku.

2. Tentang Blog

Ok. Ni part yang paling aku suka untuk tulis. Mula berblog pada 7 July 2006 menggunakan platform Wordpress.com dengan URLnya http://xmindfreak.wordpress.com. Di blog ini, beliau banyak menulis tentang teknologi, gajet, sukan, movie dan entri menyentuh semangat patriotisme juga di selitkan… Entri berkaitan peribadi banyak mengisi ruangan blog beliau. Nak tahu pasal kemana beliau pergi dan aktiviti beliau hujung minggu kau boleh baca di situ.

Tanggal 10 May 2008, beliau berpindah ke blog baru dengan domain, http://blogikus.com. Masih menggunakan Wordpress sebagai platform, tapi di host sendiri. Maknanya blog baru beliau ini adalah blog berbayar tetapi aku percaya segala isi kandungannya adalah percuma. Theme yang digunakan oleh beliau adalah Blue Weed yang direka oleh Blog Oh Blog (dulu pemilik dia Bob, sekarang Jai dah beli dengan harga USD10k).

Secara amnya, aku suka dengan theme ini. Kau masuk pertama kali, kau akan rasa tenang. Warnanya lembut, tak sakit mata. Susunan blog juga amat kemas. Tak berserabut dengan iklan sana sini. Iklan dari Nuffnang disusun dengan baik di bahagian header. Ini adalah lokasi terbaik dan punya potensi yang besar untuk pelawat kau klik pada iklan itu, seterusnya meningkatkan peluang kau untuk buat duit darinya. Iklan dari Advertlets diletakkan di bahagian sidebar sebelah bawah. Aku tidak pasti berapa banyak klik yang kau terima melalui iklan itu. Tapi aku sarankan kau letakkannya di bahagian sidebar paling atas. Pelawat akan mudah perasan dan dapat tingkatkan potensi klik yang kau terima. Kedudukan iklan Advertlets juga menyumbang kepada duit yang kau dapat. Semakin tinggi lokasinya kau letak, semakin banyak duit kau dapat.

Tentang isi kandungan, entri-entri di sini masih mengekalkan motif asal tetapi pengisian lebih banyak. Mungkin kerana blog ini bukan percuma lagi, maka nilai di dalamnya haruslah lebih tinggi. Aku suka! Bukan terlalu bersifat peribadi tanpa ada apa-apa pengajaran di dalamnya. Buang masa aku untuk membaca entri sebegitu. Aku sarankan kau menulis entri yang banyak memberi ilmu pada pembaca. Sebabnya nama blog kau, blogikus sendiri membawa tanggapan yang sangat hebat. Pada aku blogikus adalah istilah yang membawa maksud mereka yang ahli dalam bidang blogging. Pasal ejaan, aku sarankan kau perbaiki. Kurangkan penggunaan short form dan kalau boleh gunakan ejaan penuh. Senang untuk entri kau diindeks oleh enjin carian. Bila senang diindeks, senang untuk kau dapat trafik percuma.

Akhir sekali, aku sarankan kepada kau supaya meletakkan contact form. Mana tahu jika ada pengunjung yang berkenan dengan kau dan mahu berinteraksi secara peibadi, contact form ini amat membantu.

Rating untuk bolg ini —> Kau (para pembaca) harus baca blog ini. Ada sesuatu yang istimewa di dalamnya.

ps: Aku bukan ahli atau bijak pandai dalam blogging. Jadi kau tak perlu ambil pusing sangat apa yang aku kata. Tapi kalau kau punya minda yang terbuka, kau boleh ambil pengajaran dalam review yang aku buat :D

Tags: Blog

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

37 Respons untuk “Blog Review: Blogikus.com”

  1. 1 pBNo Gravatar mengomen pada

    salam Syam

    rumah baru …
    pemandangan baru ….

    syabas ….

    pB punya post terbaru..369

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 kujieNo Gravatar mengomen pada

    tahniah…selamat melangkah ke alam baru yg lebih indah..hehehee

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 aliffNo Gravatar mengomen pada

    semoga syam dapat jadi lebih mantap dalam dunia blog. syam seorang yang rajin!

    aliff punya post terbaru..Tenang……

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku tak serajin kamu aliff… masih perlu byk belajar lg

    syam punya post terbaru..Blog Review: Blogikus.com

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 chotNo Gravatar mengomen pada

    aku baru gak mengenali blog xmindfreak seperti blog aeropama….semoga blog2 kamu ni dpt menwarnai dunia bloggers…

    chot punya post terbaru..A new apple for iPod

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kamu sudah otai dlm bidang blogging ni chot. aku masih merangkak lagi. sila beri tunjuk ajar :D

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 aloneNo Gravatar mengomen pada

    aku setuju dengan syam.

    dengan wordpress, kita boleh blogging dengan lebih interaktif. dan revew-mereview juga adalah satu budaya yang bagus untuk eratkan persahabatan dan perkenalan.

    semoga berjaya :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    salah satu tujuan aku berblog adalah untuk mencari kawan. aku rs blog lebih efektif dan dinamik berbanding laman sosial seperti friendster atau myspace.

    syam punya post terbaru..Blog Review: Blogikus.com

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    Mari wujudkan lebih banyak blog selepas ini.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku ada 3 blog dan aku tak cadang nak tambah lagi. takut tak mampu nak update. biar lah apa yang ada skrg ni.

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    aku suka ini review….pandangan yang boleh diterima….pandangan membina..thanks syam

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    welcome. lepas aku publish review ini, yg pertama aku fikir, apa la kata kau nanti? kalau kau terasa, aku mintak maaf byk2 k

    syam punya post terbaru..Blog Review: Blogikus.com

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    Syam,manusia yang xboleh menerima kritikan dan x mengadaptasi kritikan tersebut dalam diri adalah manusia yang sombong dan rugi di muka dunia…ahha..

    xmindfreakx punya post terbaru..Chenta Hati Baru!!!

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 AkakNo Gravatar mengomen pada

    Salam Syam…

    Apa khabar. dah service ke kete tu?

    Bagus jugak Syam nie, review blog member.

    Akak punya post terbaru..Udang Goreng Berempah

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak dapat servis kereta sebab semalam johor cuti umum. buang duit dan masa gerak ke JB. aduss. salah sendiri sbb tak telepon dulu

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 kuinaNo Gravatar mengomen pada

    sham… adat brblogging mcm nie la… membantu sesama komuniti. InsyaAllah diberkati!

    kuina punya post terbaru..Souvenier

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    itu lah sebabnya saya buat review ini. untuk sokong menyokong blogger tempatan.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 budakmerahNo Gravatar mengomen pada

    ahhah. mari mereview blog :p

    budakmerah punya post terbaru..Gadis Berbaju Nipis

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kau pun mahu di review jugak ke? kalau mahu berikan persetujuan anda…

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Untuk blog yang banyak info dan bukan bersifat personal, blog review ni bagus. =)

    aTiQah punya post terbaru..DIA BELAJAR BUAT ROKET KERTAS

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mahu saya review blog awak. wahahahah :D

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]

    aTiQahNo Gravatar

    Hoo..blog huduh saya tak layak untuk di review. Hak hak hak.

    aTiQah punya post terbaru..DIA BELAJAR BUAT ROKET KERTAS

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 mizzamyNo Gravatar mengomen pada

    ~ bagus la u buat blog review cam nie. bila la nak start blogging hal2 yg tak berkaitan ngan personal. erm…. ~

    mizzamy punya post terbaru..~ Dinner at William ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tapi saya suka baca pasal personal awak. berwarna warni. cuma agak pelik kenapa hendak di private kan?

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]

    ~ mizzamy ~No Gravatar

    ~ nak private sebabnya ada org duk google my name and my nickname. rasa cam tak secure la plak kan. tak tau apa motif diorg duk google my name. rasa2nya gf kepada my ex-bf. maybe nak baca and nak amik tau kisah hidup i kot. *ada unsur2 perasan di situ*. hehehe… ~

    ~ mizzamy ~ punya post terbaru..~ Dinner at William ~

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 NasrunNo Gravatar mengomen pada

    Aku nak review jugak leh ke Syam? Win-win sitution la.. hehe

    Review ko memang best..

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    Kalau kau nak mereview, silakan. Lepas tu aku akan buat review untuk blog kau.

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 Princess LiyanaNo Gravatar mengomen pada

    Hari Hol = hari ke jusco..haha teruskan berblog ek:)hik2

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    bagus review-review nie..at least kita akan membaca semua post blog itu..ahha…penat syam baca blogspot ko…nak serap dan mendalami tuh.

    xmindfreakx punya post terbaru..Chenta Hati Baru!!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pun sama. penat woo nak baca wordpress.com ko. banyak tu. aku scan secara terus je.

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 zuhairyNo Gravatar mengomen pada

    wah, makin glamour la blog ni!Tahniah…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    blog aku tak seglamour blog2 lain. tapi kalau kau nak tolong glamourkan, aku amat hargai dan suka! :P pasti aku akan bagi reward pada kau…

    syam punya post terbaru..Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 puterabumiNo Gravatar mengomen pada

    Blog yang bagus dan bertenaga. Aku ni orang baru dalam dunia blog, tapi aku dapat menilai blog yang baik dan boleh dipercayai. Aku pun seperti saudara, suka cari kawan.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih atas pujian yang saudara berikan. jadi satu azimat untuk aku terus berblog…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 Blog Review Sempena Peraduan Bonanza di Thinker.My | aeropama.com mengomen pada

    [...] aku pernah buat satu blog review untuk Blogikus.com. Kali ini aku mahu buat review pantas mengenai blog kepunyaan Extremist Thinker. Kau boleh layari [...]


  20. 20 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    start dr artikel nie ek ko upload dlm folder WP> huhuhu!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    tak la… aku upload start dari artikel power presentation/public speaking….

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>