Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2

Public SpeakingSalam dan Hello kepada pembaca blog aku yang amat aku hargai dan aku sayangi. Semalam aku menonton debat antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek: Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak. Aku tak akan komen tentang itu. Kalau kau mahu tahu tentang itu, kau boleh baca di blog-blog politik popular yang lain atau kau boleh Google saja dengan keyword Debat Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.

Aku mahu tulis apa yang kau boleh pelajari dari debat tersebut untuk berikan WOW! dalam Presentation/Public Speaking kau… Entri ini adalah sambungan kepada entri semalam. Aku yakin kau pasti rasa WOW! bila lihat pemidato-pemidato dalam debat tersebut memberikan hujah mereka. Kalau kau sedikit peka, mereka sebenarnya letak jus sedap dalam hujah mereka yang membuatkan ucapan mereka WOW! Kau juga boleh buat begitu dalam ucapan kau. Bila ucapan kau WOW!, pendengar akan bagi perhatian dan mungkin juga kau akan dapat tepukan gemuruh. Kool bukan? Mari kau baca entri ini supaya kau juga boleh letak jus sedap dalam ucapan kau kasi ia WOW!

1. Intonasi yang berubah-rubah

Kau perasan tak tentang debat tersebut. Bagaimana intonasi pendebat pada permulaan, pendebatan tentang isu dan penggulungan hujah? Mereka bermula dengan intonasi yang rendah (nak bagi penonton warm-up), intonasi yang tinggi pada bahagian perdebatan tentang isu (untuk tunjukkan mereka punya fakta yang kuat dan mungkin benar) dan intonasi yang masih tinggi pada penggulungan hujah (untuk menegaskan pendirian mereka dan menanam sesuatu dalam fikiran pendengar). Kau juga boleh buat macam mereka. Dan kau harus kreatif dalam menggunakan intonasi suara kau… Ingat! Kuasa intonasi mampu buatkan pendengar terpana dan meninggalkan kesan kepada mereka.

2. Berhenti seketika

Maksud aku bila kau ingin berpindah dari satu ayat ke ayat yang lain, cuba kau berhenti sebentar. Bukan berhenti dengan Err… Apa ar? Emm.. Berhenti dengan senyap seketika dan ambil masa tu untuk pandang pendengar sekeliling kau. Kau lihat bagaimana pemidato hebat seperti Martin Luther King Junior berucap. Lihat bagaimana dia berhenti sebentar antara satu ayat ke satu ayat yang lain. Kau buat begini, kau bukan saja mampu nak redakan gemuruh kau, kau juga mampu untuk susun ayat dengan lebih teratur dan baik.

3. Bercerita

Kau boleh ceritakan kisah yang berkaitan dengan ucapan kau untuk tarik perhatian pendengar kau. Cerita peribadi ataupun rentetan sejarah tentang sesuatu peristiwa. Pendengar gemar tentang ini. Pastikan cerita tu ringkas tapi bermakna. Jangan meleret-leret. Nanti orang bosan. Kau lihat bagaimana Shabery Cheek cerita tentang rentetan hidup Anwar Ibrahim atau Anwar Ibrahim bercerita tentang kisah IPP. Kau sebagai pendengar pun seronok nak dengar bukan?

4. Soalan yang berulang

Untuk menyokong hujah kau, kau boleh letakkan persoalan dalam fikiran pendengar. Soalan yang membawa jawapan Ya atau Tidak sangat bagus. Berikan soalan yang berlainan secara berturut-turut tetapi jawapannya mesti sama. Contoh “Kau suka harga minyak naik? Harga minyak naik kau rasa senang? Harga minyak naik, harga barang lain turun ke?” Kemudian sambung hujah kau…

5.Fisilogi

Ini memang jus ajaib dalam hal ini. Fisilogi mempengaruhi ucapan kau. Fisiologi lembik ucapan kau bosan. Fisiologi mantap ucapan kau pun WOW! Aku bagi kau tips. Kalau kau rasa lembik sebelum berucap, ubah fisiologi kau. Tiru fisiologi pemidato hebat berucap. Contoh Anwar Ibrahim. Dia berucap dengan badan tegak sambil tangan bergerak ke sana-sini menunding ke arah pendengar ataupun cuba membayangkan sesuatu melalui gerakan tangannya. Kau buat seperti cara Anwar Ibrahim, gaya ucapan kau akan sebijik dengan gaya ucapan Anwar Ibrahim. Atau kau boleh tiru gaya pemidato yang lain. Tak percaya? Cubalah!

6. Kata-kata

Gunakan kata-kata Power yang pernah aku ceritakan dalam entri merubah diri kau. Kesannya macam racun arsenik. Bukan serta merta tapi dalam jangka masa panjang. Kau juga digalak selitkan peribahasa, puisi (yang hebat je la) dan metafora dalam ucapan kau. Kira ini adalah bunga-bungaan untuk ucapan kau. Baru nampak cantik…

7. Data atau statistik

Benda ini mampu buatkan pendengar sokong kau. Dengan data dan statistik tiada sebab untuk orang lain tidak bersetuju dengan kau. Nak dapat data dan statistik, banyakkan buat pembacaan dan penyelidikan. Jangan kau datang ke hadapan, beri ucapan tanpa buat persediaan. Kurang ajar namanya. Lihat macam Shabery Cheek. Aku nampak dia tak buat persediaan rapi sebelum berdebat. Statistik yang diberi tak kuat. Dipatahkan dengan senang oleh Anwar Ibrahim. Jadah apa menteri aku begini?

Cara di atas adalah cara yang selalu aku gunakan bila beri ucapan. Jadi kalau kau rasa berguna untuk kau, gunakan ia. Kalau tak, bergantunglah… Ingat! Bila kau berucap, jangan sekali-kali kau pandang bawah atau membelakangkan pendengar kau. Pun kurang ajar namanya. Pandang mata mereka. Kau pasti akan lebih berkeyakinan. Chow….

Tags: presentation, public speaking

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

39 Respons untuk “Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2”

  1. 1 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    WOW..tips yang bagus sekali dipraktikkan..semalam..aku pun lihat debat di tv9.w’pun aku ni tak minat politik sangat tapi cara penyampaian para pendebat tulah aku boleh layan sampai habis.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    gempak kan diorg berdebat terutamanya anwar. die memang hebat bila berpidato. aku pun baik2 sekadar nak tgk kejap terus tercongok depan tv sampai habis. pasu siap tgk untuk kali kedua lagi. leka beb tgk cr diorg berdebat

    [Balas Komen Ini]

    affuanNo Gravatar

    aku kagum ngan anwar ibrahim je. ngan shabery, aku kagum beliau tidak malu untuk berdebat dengan mulut berbuih gitu. huhu.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahaha… memang kelakau. aku pun dok perhatikan. napa lah beliau tak sedar tentang itu?

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    agaknya beliau baru tersedar ketika sedang berdebat. ahaha.

    alone punya post terbaru..Anwar - Shabery Debate : A Lesson

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 ShilaNo Gravatar mengomen pada

    Bagus..bagus..syabas,Syam! Saya akan print out entri awak ni.Boleh dijadikan panduan amat berguna untuk saya since tugas saya pun memberi ceramah ke pelbagai tempat. Thanks

    Shila punya post terbaru..Lelaki Metroseksual

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih. awak siap nak print out lagi. rasa bangga sebab ada pembaca yang mahu ambil pengajaran dan praktikkan dia.

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 aloneNo Gravatar mengomen pada

    aku setuju dengan kau syam.

    aku tonton debat kat kafe semalam. orang penuh mengalahkan tengok bola.

    dari debat semalam, aku dapat banyak pengajaran dan antaranya ialah apa yang kau sebutkan di dalam entri kau kali ni.

    aku xnak bias tapi dari apa yang aku tonton, anwar ibrahim nampak lebih berkeyakinan dan lebih hebat cara penyampaian beliau.

    anyway, debat semalam memang best.

    have a nice day :wink:

    alone punya post terbaru..A Learning Process

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pun tonton tapi dari rumah je la. kau boleh guna cara mereka utk kasi mantap presentation kau nanti..

    syam punya post terbaru..Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 KNizamNo Gravatar mengomen pada

    wahhhh entry yang lain drpd yg lain lah. i like! haha

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku malas nak tulis paal isi kandungan debat semalam. banyak sangat blogger yg tulis. jadi aku cuba kaitkan entri lepas + debat semalam untuk buat entri ni. heheheh

    syam punya post terbaru..Berikan ‘WOW’ pada Presentation/Public Speaking Kau. Bahagian 2

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    kasik record ko nye speech sket bro. nk tgk. hehe. rekeus nie kna tunaikan. haha!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ok bro. nanti masa kau wat presentation aku kasi rekod sket. pastu bagi kau tgk. insyaallah…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    WOW untuk pemidato semalam.WOW untuk pemidato yang diserang tetapi masih rilek lagi..WOW

    xmindfreakx punya post terbaru..Contest: National Day!!!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    best kan tengok debat mereka… aku harap debat sebegini akan sentiasa di buat. barulah demokrasi terpimpin namanya

    [Balas Komen Ini]

    aloneNo Gravatar

    ya.setuju. dengan debat sebegini, rakyat dapat menilai yang mana lebih baik.

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 megatNo Gravatar mengomen pada

    hebat tip yang kau tulis dlm entri ini. sebagai seorang yang meminati bidang psikologi kemanusiaan, benar dengan apa yang kau katakan sedikit sebanyak ia dapat ‘take over’ pemikiran orang lain.

    syabas!

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih banyak2 megat. aku cuba lihat sesi debat dari sudut lain yang lebih ilmiah…

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    Alhamdulillah, syukur jumpa blog ni, semakin hari semakin bermanfaat isi kandungannya, terima kasih kongsikan info2 yang berguna ni esp untuk student macam saya ni…:)

    suka jugak tengok debat semalam, begitu profesional especially Datuk Anwar Ibrahim.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    Kalau anda rasa berguna untuk anda praktikan, silalah praktikan. Saya rasa berbangga. Sekurang-kurangnya da sesuatu yang boleh saya kongsi dgn anda

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 smaelz83No Gravatar mengomen pada

    Sekali lagi mmg best la ko kaitkan benda2 yg related.. Aku mmg dah komen pasal debat semalam kat entri aku.. Still, tip-tip yg membantu ni sgt elok kalu dpt dipraktikkan sumernya.. Sbb aku selalu gak terhenti ngan perkataan err.. emm..

    smaelz83 punya post terbaru..Kate Perry - I Kiss A Girl (Megaupload)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku malas nak komen byk2 pasal debat tu. ramai sgt blogger yg komen pasal tu. jadi aku bawak lari sket pemikiran. tune otak tu utk lihat debat dari sudut lain dan lebih berilmiah

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 aliffNo Gravatar mengomen pada

    semalam aku layan sampai habis debat itu campur analisis di astro awani. satu rahsia.. dari kecil lagi aku amat mengagumi gaya DSAI berucap, penuh karisma.

    petua-petua yang kau berikan amat baik. tahniah!

    aliff punya post terbaru..Reformasi Ilmu - Dunia Islam

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    DSAI memang antara pemidato terhebat yang aku cukup kagum. bagi aku kat malaysia skrg ni, tiada ahli politik yg punya kemahiran pidato mcm DSAI…

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 Muhammad Azli shukriNo Gravatar mengomen pada

    Debat yang sangat menarik, dua-dua pihak boleh menang, tetapi ternyata Anwar berpengalaman.

    Muhammad Azli shukri punya post terbaru..

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    banyak yg saya leh blaja dari ko ni syam…teruskan dengan entry2 membimbing ko ni…

    tak cukup rasanya sejam debat semalam…banyak sangat iklan…kalo dua tiga jam pon grenti saya tgk sampai abis… :)

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kalau kau rasa entri aku berguna untuk kau, amalkan lah ia. aku rasa puas kalau ada org yg praktikkan apa yg aku tulis…

    aku siap lyn 5 kali beb debat tu.
    1.siaran lsg
    2. siaran tertunda
    3. 3 kali layan kat internet pastu siap download video debat tu lg

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 ~ mizzamy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ makin hari makin menariks entri2 kat sini. :)

    btw, tak tengok pun debat tuh. sanggup nak layan citer lain. hehehehe… and hope sangat ada masa nak tengok kat internet. ~

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin awak tergolong dalam golongan yg prefer dating dari tengok debat seperti dikatakan oleh noktah hitam. hehehehhe…

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 Amiene RevNo Gravatar mengomen pada

    Wah design blog ini… saya teringatkan Malaysia Today apa tadi….

    Amiene Rev punya post terbaru..Roof Garden - Model Atap Rumput - Bumbung dan Taman - Green Roof

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bukan malaysian today tapi malaysian personal blog. hehehe. sila datang selalu

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 Princess LiyanaNo Gravatar mengomen pada

    WOW~!ehehe..
    menarik entry kamu bro;)

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 Heartless Devilish @ ReenNo Gravatar mengomen pada

    semalam tgk debat..sampai tetido..seb baek la ada ulangan pastu..
    tgk lg..tetido juge..
    pasal sgt tension tgk itu orang yg bibir terjuih itu berdebat..
    sgt kosong la dier nye debat!

    Heartless Devilish @ Reen punya post terbaru..PhotoShoot

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    org mulut berbuih itu debat macam pakcik2, aku dan kawan2 debat kat kedai kopi. macam tu baik hantar aku debat. cess…

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 bunga-hatiNo Gravatar mengomen pada

    another great tips from syam! wOw!

    bunga-hati punya post terbaru..demn langsi

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 razifmustaphaNo Gravatar mengomen pada

    aku ni ada penyakit darah gemuruh, asal ckp depan orang ramai, wat presentation mesti ada.. aaaaa….errrr……errmmmm….ish….. mcm2 bunyik la aku kuar, garu kepala, idung, gatal sana-sini. time tu la gatal2. harap aku boley kasik praktik ko punya tips ni. hoho

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    kalau kau buat persediaan yg bagus, pastinya gemuruh kau akan berkurangan. otak kau pun dapat jana idea yg bernas masa kau berucap…

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 Adz AriffNo Gravatar mengomen pada

    Takde kesempatan nak tonton debat ni, sebab masih kat russia. kawan2 yg untdah balik semua kata seronok tgk anwar berdebat. Anyway, tips yang bagus utk bukan sekadar berdebat, sedikit sebanyak juga boleh diguna utk presentation, public speaking etc…;)

    Adz Ariff punya post terbaru..Muscovite Adz

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    anda boleh lihat di blog saudara anwar ibrahim atau cr saja di youtube… best! rugi kalau tak tonton…

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>