Berakhirnya Di Sini

Mengimbas kembali ketika aku mula menulis blog di platform Blogspot 2 tahun lalu, apa yang Megat komenkan ada benarnya. Aku mula tersenyum sendirian ketika membaca entri-entri lama aku. Nada aku sedikit lembut waktu itu. Alone pernah beri komen tentangnya.

Ketika itu hanya ada seorang saja pengunjung. Aku tetap menulis, menulis dan terus menulis. Bilangan pengunjung masih satu lagi. Hahaha… Aku jahil tentang perkara utama untuk dapatkan trafik ke blog aku. Sentiasa blog hopping dan tinggalkan komen di setiap blog yang kau jelajahi.

Demi mencari trafik, aku mula merayap-rayap ke blog cikgu aku, Sherrina dan Dobot. Dari Dobot aku kenal Aman. Dari Aman membawa aku ke Megat. Melekat di situ kerana terpana dengan hasil tulisan beliau. Cukup menarik perhatian dengan entri bersifat rohaniah. Trafik mula menderu masuk dalam proses ini. Bilangan komen makin meningkat. Aku mula ketagih berblog.

Kemudian aku mendarat ke blog kepunyaan blogger-blogger handalan seperti Mohd Ismail dan Noktah Hitam. Jujur aku katakan, gaya penulisan aku sekarang ini banyak dipengaruhi oleh mereka. Perspektif aku tentang berblog juga telah berubah. Aku mahu lebih serius dalam berblog. Aku mahu hasil tulisan aku dibaca oleh rakyat Malaysia (dalam kuantiti yang banyak).

Aku beli domain Aeropama dot Com dan gunakan Wordpress sebagai platform aku. Bilangan komen makin melambung saban hari. Trafik juga menderu-menderu masuk hasil dari teknik SEO yang aku pelajari masa proses blog hopping. Trafik juga banyak datang dari kawan-kawan blogger sendiri terutamanya Megat.

Aeropama dot Com hingga ke hari ini (dari 2 Julai 2008):

Alexa Rank: 471, 916

Google Pagerank: 3

Technorati Rank: 62, 912

Jumlah pengunjung: 8 927 Unique Visitors, 14 113 Total Visitor, 100 Visitors per day . Sumber: Google Analytics

Pelanggan RSS Feeds: 93 pelanggan

Jumlah Pageviews: 30 435 pageviews, 2.16 page per visit

Jumlah komen: 5 505 komen, 26 komen per entri

Baru aku sedar, selain Friendster dan Myspace, rakyat Malaysia juga ketagihkan blog-blog bersifat ilmiah dan motivasi. Syukur… Rakyat Malaysia makin bijak.

Tetapi berblog dan internet, mendatangkan kesan buruk pada diri aku. Aku makin kurang bersosial, tumpuan pada kerja makin kurang dan paling durjana, aku makin dipengaruhi oleh emosi. Itu tidak bagus.

Jadi para pembaca yang aku sayangi, mulai hari ini, aku akan berhenti berblog sepenuhnya. Dunia ini terlalu indah untuk aku abaikan begitu saja. Untuk rekod, aku habiskan 6 jam sehari untuk blog dan internet. Jika ditambah dengan 9 jam waktu bekerja (aku juga gunakan sebahagian waktu kerja untuk internet), kau agak berapa banyak masa untuk aku luangkan bersama keluarga dan rakan-rakan?

Aku minta maaf kalau selama ini aku pernah berkasar dalam penulisan atau dalam komen-komen aku di sini. Aku harap kau enjoy semasa membaca hasil tulisan aku.

Kepada mereka yang bernaung di bawah domain aku; Hashim Habeed, Eriyza, Ixora & IsSmile, sila terus berblog selama yang anda mahu. Domain ini tidak akan aku matikan bahkan aku akan sentiasa hidupkan. Entri-entrinya juga tidak akan aku buang, sebab kau (pembaca) boleh jadikan rujukan.

Jika kau (pembaca) mahu blog ini sentiasa hidup, aku jemput kau untuk jadi penulis di sini. Asalkan kau punya visi yang sama dengan aku dan punya etika menulis yang baik, sila hubungi aku. Aku akan berikan kau akses untuk menulis di sini.

ps: Blogger yang pernah aku jumpa; Noktah Hitam, Bongkersz, Life4Hire, Callister, Lochoe, Odin, The Banker dan Ixora. Mereka semua punya pemikiran yang hebat.

pss: 19 turbine untuk diservis, purata 20 hari untuk setiap turbine. Aku perlu lebih fokus dalam kerja aku.

psss: Aku hanya tahu 2 bakal doktor yang membaca blog ini; Najlaa dan Syidarina. Yang lain?

Tags: Blog, Pengumuman

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

89 Respons untuk “Berakhirnya Di Sini”

  1. 1 Sweet ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    akoo pon seorang dokte. cuma xmahu hebahkan. heheh!

    Sweet Thinker punya post terbaru..Kepada Si Tua Jangan Mengada Ngada

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 Extremist ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    nanti bila ada kelapangan, ko tulis la balik. surat ko akoo simpan dalam laci je. boleh amek bila masa. tp siyes cam ko cakap. dunia inet nie melalaikan kadang kadang. nak hasilkan artikel cam pro belogerz susah. tue akoo tetapkan diri jadi amatur. belog hanya tuk 15-30min je. kalo akoo melepasi waktu itu, itu sgt tak elok. ape2 pun… ko xleh dptkan dokte. kerana dokte hanya milik ST dan ET. wahahahha!

    Extremist Thinker punya post terbaru..Bongkar Cakra Alam @ 360°

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    aku mahu berhenti terus… period. tapi aku akan sentiasa jd pembaca blog kalian semua. terima kasih sahabat

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 ThinkerNo Gravatar mengomen pada

    Tahniah diatas statik yang ditunjukkan. Tuan Syam seorang yang hebat. Hoyeee!

    Thinker punya post terbaru..Bongkar Cakra Alam @ 360°

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 Najib HassanNo Gravatar mengomen pada

    Akhirnya wira kalah tanpa berjuang habis habisan…….it all about timing

    Najib Hassan punya post terbaru..Mozilla Firefox HTTP Index Response Remote Code Execution Exploit

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    it’s not about timing. it’s about commitment. u’ve to choose between career or hobby. and i’m career-driven kind of person

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    menolak perkahwinan demi kareer pon ko jugak kan? ehehehe.. jgn mara..

    smaelz punya post terbaru..Oh, My Wedding

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    yup! that’s me for sure! lol

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    Terima kasih sebab masih benarkan saya menaungi aeropama dot com. Terima kasih banyak-banyak :)

    Tak apa nak quit blogging.. tapi jangan la delete your blog. Mungkin nanti ada benda yang nak dikongsi dengan pembaca lain ke.. boleh la update sekali sekala.

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 saffaNo Gravatar mengomen pada

    seriously, saffa agak terkesan bila baca entri.
    Dah beberapa hari saffa tak study, tapi online and blogging.
    semua ni gara2 study room saffa dapat access wireless.
    Tapi saffa tak nak quit blogging. Tehehe..
    Apa2 pun.
    All the best ;)
    No one know what you feel, if u think that is the best thing. Just go for it.
    ;)

    saffa punya post terbaru..UndefinedSaffa is THE REAL ME

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    sila urus masa anda dgn baik. perlu tahu di mana keutamaan anda sebagai pelajar

    ps: zaman skrg ni amat mencabar. ekonomi makin menguncup. apa yg awk akan jd lg 4 tahun akan dtg?

    [Balas Komen Ini]

    ThinkerNo Gravatar

    die jd bini ko la kalo ko da kaya. hehe!

    Thinker punya post terbaru..Bongkar Cakra Alam @ 360°

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    betul, better cam gitu

    smaelz punya post terbaru..Oh, My Wedding

    [Balas Komen Ini]

    saffaNo Gravatar

    Huhu.. terima kasih. saffa tak akan lupa. :)

    saffa punya post terbaru..Quit Blogging?

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 FizzNo Gravatar mengomen pada

    No comment… ade betul gak apa yg ko ckpkan tu… aku skrg ni pun kurang bersosial… bukan kurang.. mmg jarang skali untuk bersosial.. aku x pernah keluar rumah pada hujung minggu… setiap hari.. aku ke tempat kerja… balik kerja terus kat umah sampai esok pagi pergi kerja balik… mcm tu lah rutin harian aku…

    aku akui.. aku mmg tak ramai teman dalam dunia nyata… apatah lagi teman sekeliling… so.. bile baca balik apa yang ko ckpkan tu.. aku rase aku patut kawalkan posisi aku sebagai umat manusia yang stabil dlm semua hal² kehidupan di dunia nyata mahupun maya… tak boleh nak tumpu sesuatu tu hanya untuk itu sahaja…

    sekarang ko dah putuskan untuk berhenti berblog sepenuhnya… satu masa nnt ko mungkin akan rindu untuk berblog smula.. tak salah rasanya utk ko kembali tapi mungkin dalam kuantiti yang kurang.. x apa.. yg penting kualiti.. skali skala apa salahnya… :)

    neway.. gudluck for your new life.. ;) insya allah…

    ~Fizz

    Fizz punya post terbaru..Bit…bit… II

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    aku tak mahu berblog lagi di sini. tapi aku akan maintainkan domain ini demi mereka yg bernaung di bawahnya.

    aku tak mahu beri pengaruh tidak baik dalam penulisan aku yg sejak kebelakangan ini dipenuhi oleh emosi.

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 ~ mizzAmy ~No Gravatar mengomen pada

    ~ jika berhenti adalah cara terbaik, maka berhanti la. tapi, jika ada kelapangan, sila la kembali. ~

    ~ mizzAmy ~ punya post terbaru..~ LOVE is in the AIR ~

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 Good news VS Bad news | !x0r@ mengomen pada

    [...] Aeropama wants to quit blogging.  Okay, what a surprised! I thought he’s kidding. But he’s not. To mr Aeropama, I have [...]


  10. 10 diyaNo Gravatar mengomen pada

    1st, mmg diya perasan jgk lah, kdg2 gaya penulisan syam lbh kurg sama ngan mohdismail. cuma yg bezanya cara penulisan mohdismail lebih “lembut” dan berdiplomasi. bkn diya nak beza2kan tau. kdg2 diya agak terkejut dgn cara penulisan syam. point syam sgt bagus [mmg diya suka sume entri syam yg berunsur ilmiah gitu], cuma cara penyampaian tu yg buat diya rs agak terkilan. somehow, diya kagum dgn cara pemikiran syam. no doubt :) btw, diya suka cara penulisan syam ms dulu2, ms sblm syam popular. diya yakin btl, itu identiti syam yg sebenar ;)

    2nd, bila blog kita makin bertambah2 bil pengunjung, tipu lah klw ada yg ckp dia tak suka bagai. msti ada gak perasaan “ghairah” tu timbul. dan bila dh sampai ms ni, kita akan jadik lebih ghairah lg nak tambahkan bil pengunjung. TAPI, bkn ke kita slalu dgr hidup ni umpama roda, kejap kat ats, kejap kat bwh. ada ms kita naik, ada ms kita turun. bila kita turun, bkn bermaksud kita “kalah”, tp ms ni adalah yg sgt penting utk kita imbas kembali ms2 kita tgh naik dulu. dan yg pastinya, mmg kita akan tersenyum bila mengenangkan ms2 dulu. itu normal. hampir sume bloggers akan lalui terutama bloggers yg mahukan lebih “perhatian” :)

    3rd, syam punya kerjaya yg dihormati rmi. pentingkan yg mana lbh penting bg syam. kami akan sentiasa support :) klw pun syam berhenti blogging, jgn lupa jenguk blog diya okeh! hehehe.

    last skali, maaflah klw diya dh mcm makcik tipah membebel tepi jalan. jaga diri slalu ye… ;)

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    awak ada point di sini. terima kasih kerana mengikuti blog saya dan nampak perubahan saya.

    pd asl, sy berblog bkn sbb populariti. tp lm2 bile semakin ramai pengunjung dan ramai yg bersetuju berbanding membangkang, sy jd makin sesat dan angkuh.

    lebih baik sy berhenti. lgpn sy perlu beri tumpuan yg penuh pd kerjaya saya.

    ps: sy sentiasa jd reader blog awak. blog awak ada di dalam google reader saya.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 pcuserzNo Gravatar mengomen pada

    “a long journey starts with a small step”
    “the end destination means nothing, it’s the journey that count”

    pcuserz punya post terbaru..Blogging Code of Ethics

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 Mr AmNo Gravatar mengomen pada

    Syam.. ko penulis yang hebat..

    Mr Am punya post terbaru..Hilang perisip hidup aku..

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 smaelzNo Gravatar mengomen pada

    Pada pandangan aku, ko jgn ckp quit blogging. Ko ckp rehat lama. ala2 cuti panjang. Bukan apa, dalam kepala otak yg bergeliga tuh byk bende yg nak dikongsi nnt. Contohnya mcm cara nak selesaikan kerja oil n gas yg stress. Pegi service turbine kat sapura MARS bukit raja tu mmg sibuk. Nak bersosial? Jom la kita wat gathering bdk2 diploma aero batch kita kat mid valley ka.. Aku dah lama x jumpa ko nih.

    Anyway, just ckp rehat jer bkn quit blogging. Kalu dalam 2 bulan lg nak berblog, ko tulis la byk2 artikel pastu buat schedule post, selang seminggu ke? Better aku rasa.. X ramai org oil n gas nak bg pandangan dlm kerja diorang. Kwn aku (bdk petronas) kat kuantan pon sibuk keje jer.. nak bersosial apanya, sama gak.. huh.

    smaelz punya post terbaru..Oh, My Wedding

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    serius. aku mahu quit terus blogging di sini.

    ps: aku bukan wat servis di sapura MARS. ianya adalah entiti yg berlainan.

    pss: aku adalah org field maintenance personnel

    psss: aku dah capai matlamat berbllog. hampir segala-gala yg aku tahu psl hidup dh aku curahkan di sini. skg nk cr hidup sendiri lak. negehehehe

    [Balas Komen Ini]

    smaelzNo Gravatar

    okla kalu ko mmg serius.. anyway, nnt aku nak quit gak dr domain ko.. carik domain sendiri.. biar la aku plak cari ‘blog diriku yg sebenar’.. hahaha..
    ps: wei, x nak wat gath je? asyik main minyak jer..

    smaelz punya post terbaru..Oh, My Wedding

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 zarielNo Gravatar mengomen pada

    ada komplot dgn NH ke nk stop ni? haha… all the best! ;)

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 lochoeNo Gravatar mengomen pada

    aku pun malas nak berblog la, aeropama dah takde, aisyahkama pun takde… gua pun nak bersosial la, jarang dh gi club2 malam… smata nak berblog ni.. awek2 yang ajak aku buat maksiat semau gua tolak semata2 nak melayan nafsu gadis2 siber.. semoga roh aeropama terus bersemadi di sini..

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 D175 : Maafkan Diya, Rakyat Malaysia! « Crayon Kakak mengomen pada

    [...] kreativiti. TAPI, bila diya bukak google reader tadi - agak terkejut dengan entri terbaru dari Syam. Beliau merupakan antara bloggers yang diya hormati - baik dari segi cara pemikiran mahupun cara [...]


  17. 17 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    kau mahu berhenti menulis blog or cuma di blog sini sahaja?

    heh..syam..aeropama antara blog yang aku subscribe..yerp..setuju bila kau kata kau penulisan kau mula menjurus ke arah mohdsimail n NH..

    watpe nak berenti..kurangkan sahaja..kami tidak mintak kau publish entry setiap hari..kau pun bukan menjana pendapatan dari blog!!jadi,tulis sahaja bila kesempatan.bak kata orang lama,buat berpada2..jangan sampai jadi beban..

    aku rasa kau hanya berhenti di blog ini shaja…but,well…gudluck my frens

    xmindfreakx punya post terbaru..Satu Pagi Yang Liat!!

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    xmindfreak. antara blogger awalan yg membawa blog ini sampai ke tahap ini. thanks banyak2 beb.

    jujur aku katakan, aku tak mahu lg menulis blog.aku mahu fokus pd kerjaya.

    tp aku akan sentiasa membaca hasil tulisan kalian. tp bkn secara harian tetapi secara santai…

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 CallisterNo Gravatar mengomen pada

    ko buat la ape yang ko rasa baik untuk diri ko syam..
    tapi betul ke keputusan ko ni??
    huhu~~

    Callister punya post terbaru..Michael Jackson now is a Muslim

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 nonoNo Gravatar mengomen pada

    syam… tiba2 saya rs besalah pulak. pasal saya bagi awak baca pasal jiwa kosong dan pasal be firm tu… ada kena mengena ka? uwaa!

    ..anyway, words tu kita ambik from my friend’s blog. tapi dia privatekan tak bagi orang baca so macam no use bagitahu awak siapa yang tulis.. huhuhuuhuhuhuhuhuhuuh… tapi awak meng-garang malam tu. uwaa… betul la kata orang, saya ni tak sensitive pada keadaan. maaf eh syam.. maaf sangat2…

    terpulang la pada awak nak stop terus ke tidak. tapikan, walaupun awak jemput siapa pun untuk menulis di blog awak, dia tak akan sama seperti awak. so, i really hope you’ll pertimbangkan lagi your idea nie.

    …and one more thing, i adore aeropama dulu. cus yes, macam banyak sgt unsur2 orang lain now.

    ….nak bagi jampi2 la lepas nie bagi awak berubah hati ;)

    nono punya post terbaru..this is suppose to be my yesterday entry.. heheh

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    ada sedikit kena mengena kot. wuhuhu… tp serius, bila awk bg saya quote tu, mmg terdetik betapa saya sudah pergi terlalu jauh. jadi harus patah balik.

    thanks to god dan kewujudan blog ni, saya dapat berkenalan dgn awak yg selalu hepi n ceria.

    [Balas Komen Ini]

    nadinezuharraNo Gravatar

    dulu atau sekarang,saye tetap rase awak mmg penulis yang bagus..cara penyampaian sebenarnye bergantung pada diri kita,yang mana selesa kita ikut,sedangkan pasir di pantai pun berubah dipukul ombak, inikan pulak manusia.. : )
    yang penting- Isinya..walaupun tak banyak,tapi kalau aeropama terus bernafas,rasanya orang lain pun turut gembira..

    nadinezuharra punya post terbaru..:: Sedekah yang pahalanya terus mengalir..

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 menteilNo Gravatar mengomen pada

    aku hanya bersosial bila hostimg aku down.. haha…

    ntah la..
    betul jugak.. aku pon nak mengurangjkan aktiviti berinternet nie..
    apepon yang kau buat harap sucses

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    salam syam,
    semoga apa yang syam cita dan kejarkan akan tercapai dengan suksesnya. saya masih ingat lagi, saya mula kenal blog aeropama (masa tu blogspot lagi) bila syam mula masuk ke blog saya dan tinggalkan jejak di ruangan komen entri saya. masa tu juga cara entri aeropama lebih kepada peribadi. tak sangka juga dalam masa sejekap saja (saya dah 3 tahun jadi blogger pon x dapat nak buat entri mcm syam :P) syam dah dapat tarik minat saya & pembaca di Malaysia ni dengan hasil tulisan berbentuk nasihat dan motivasi yang mudah difahami dan senang untuk diterima. moga saya dapat lagi membaca hasil idea syam di masa hadapan :)

    firdee punya post terbaru..Awan Memutih Langit Membiru

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    firdee… kamu antara tulang belakang saya dalam berblog. saya rindukan masa sy di blogspot dulu. sekarang ni saya rs seperti sudah sombong sm kamu. sudah lama tak jejak kaki tinggalkan komen di sana. hanya bc ikut rss je.

    maaf firdee…

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 ezadNo Gravatar mengomen pada

    Hehe..apa la ko ni syam, update la 1 atau 2 minggu sekali ker kalu betul2 bz, sekurang2 nya xlah mati terus, aku ni newbie, tapi aku hormati tindakan yg ko nak ambil ni..ker pasal gambar exist kat almari yg buat ko merajuk??..ekekekek

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 aziNo Gravatar mengomen pada

    internet ni memang buat ketagih tapi nasib baik aku boleh still ada social life yang baik.
    okay lah syam, i respect the decision you’ve made.
    Goodluck in everything ;)

    azi punya post terbaru..Impian dan Harapan

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 yonnaNo Gravatar mengomen pada

    bro..
    yonna support bro in everything.
    ramai kawan blog yonna,semua stop blogging di saat nama mereka mmg tip top dalam bogsphere ni.

    yonna rasa bro berenti di waktu yang tepat =)

    masa berkualiti adalah masa bersama keluarga dan kawan2 kan.

    but still,blogging is a part of us..

    yonna pun sure akan berenti blogging gak nnt..cuma tatau bile je la :p

    so until here,rajin2 la jenguk kami2 di sini ok =)

    thnx for the subdomain *even terkial-kial lg nak guna* haha

    good luck for ur future undertaking ok,bro! =)

    yonna punya post terbaru..meet the f.r.i.e.n.d.s

    [Balas Komen Ini]


  25. 25 azwanNo Gravatar mengomen pada

    Nak belah dah … ha..ha. ikut suka kau, hidup kau, kau tahu apa yg perlu kau buat kan

    Anyway, aku pun dah subscribe thru email, bila kau nak sambung balik … mana tahu dah bosan ngan alam nyata, ingin semula ke alam maya, … aku akan tahu :)

    All the best bro, good luck!

    azwan punya post terbaru..Avillion Port Dickson

    [Balas Komen Ini]


  26. 26 Quit Blogging? “I don’t Tell Lie” mengomen pada

    [...] when I read syam’s resignation letter, I feel like there is something heavy being put at my head. It’s true. My [...]


  27. 27 abdusfauziNo Gravatar mengomen pada

    ala… hmm.. ok. if you think for own good. i’ll say none. and, if one day you start blogging again, don’t worry, i’ll continue to read your post. [^^]

    p.s: i don’t if you one of my silent reader, but, if you ever been to my blog, thanks. :)

    abdusfauzi punya post terbaru..Tag : From Athirah Hassin

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    to be honest, i am one of your readers. i did post a couple of comments in your blog and subscribed your feeds.

    [Balas Komen Ini]

    abdusfauziNo Gravatar

    owh. sorry.. thanks again. [^^]

    abdusfauzi punya post terbaru..Tag : From Athirah Hassin

    [Balas Komen Ini]


  28. 28 MKNo Gravatar mengomen pada

    Selamat menumpukan perhatian pada kehidupam sebenar.. ada masa kita minum di Suzi eh ^_^

    MK punya post terbaru..WinDirStat – Gambaran Visual Hard Disk Anda

    [Balas Komen Ini]


  29. 29 AdilaNo Gravatar mengomen pada

    errkk!!!
    sila la memunculkan diri dgn entri baru sebulan sekali ke..
    kalau tak pun setahun sekali hihihi

    baru semalam je my friend randomly tanya my other friend, “don’t you have a life??!!” pasal kitorang still ada kat elec lab pukul 9mlm buat keje

    fikir2 balik, mmg aku xde life haha
    sedih la pulek~

    Adila punya post terbaru..Uni~ku RUMAHKU??!

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    tahu takpe. saya ingin bergaul (bersosial) dengan dunia realiti.

    dunia ini terlalu indah dan terlalu banyak rahsia yang belum saya teroka. apa yg saya tahu sekarang, tersangatlah sedikit…

    [Balas Komen Ini]


  30. 30 TaukeyNo Gravatar mengomen pada

    hmmm terima kasih kerana selama ini banyak memberikan tunjuk ajar.

    apa yang baik tak semestinya kekal untuk selama-lamanya kan. Akan aku ingat blog ini dan ko sebagai rakan dan sahabat karib.

    aku harap ko semakin berjaya dalam kerjaya ko.

    thanks my friend.

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    thanks taukey. berkenalan dgn kau di alam maya ini adalah satu pengalaman yg menarik. aku byk belajar teknik SEO dr kau yg sememangnya membantu aku dapatkan trafik di sini. thanks

    [Balas Komen Ini]


  31. 31 FaizNo Gravatar mengomen pada

    wah bro..banyak idea yg aku dapat bila baca blog nie..gaya penulisan yang hebat…insya allah,sama-sama lah kita membina penulisan yang baik.

    Faiz,
    http://scromix.bis.my

    Faiz punya post terbaru..Manusia Tertinggi Dunia Bergelar Ayah

    [Balas Komen Ini]


  32. 32 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Bagus mencanak sungguh trafik ko ek.. Aku setuju bila kata ko ada sedikit pengaruh Mail…
    Tapi tulisan ko menulis benda lain dengan mereka..
    Masing-masing ada cerita sendiri.. AKu pun guna gaya yang lain.. Rasanya takde orang nak meniru gaya aku kot..
    :)

    zool punya post terbaru..Tanaman Serai

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    kau juga punya cara penulisan yang sgt unik zool hingga beri kesan pada aku. bila aku lihat cacing, pasti aku teringat blog zool ligakampung. hohohoho…

    ps: aku terpengaruh dgn gaya tulisan mael dan NH yang emo.

    [Balas Komen Ini]


  33. 33 megatNo Gravatar mengomen pada

    ada sesuatu yang tak kena kah? mustahil tiba-tiba kau buat keputusan sedemikian!?

    jiwa seorang penulis tidak akan lekang apabila telah bersatu dengan blognya!

    apakah kerana komen aku sebelum ini!?

    aku suka penulisan ko, dan amatlah rugi jika penulis berwibawa seperti kau berhenti menulis kerana kemeriahan penulisan yang bersertakan bukti dan fakta memang banyak terdapat dalam penulisan kau.

    aku juga ambil kesempatan disini sekiranya komen aku menyebabkan kau terasa hati. jujur aku katakan kehilangan kau 2 minggu sebelum ini menyebabkan ramai yang merindui akan kehadiran penulisan kau.

    kehilangan kau amat dirasai, aku memohon kau meneruskan penulisan kau demi menegakkan kebenaran tentang sesuatu isu dan fakta!

    megat punya post terbaru..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    tidak megat, aku hanya mahu beri tumpuan pada kerja yang akan datang ni. perlukan komitmen tinggi.

    lgpn dalam satu masa aku kena berfikir tentang benda2 teknikal (kerja), dan pada masa yang sama aku kena kekalkan mood untuk berfikir tentang blog yg jauh berbeza dr dunia nyata aku. elemen yg sgt kontra di situ. kesannya aku hanya menulis entri yg dipengaruhi emosi.

    komen dari engkau itu menyedarkan aku betapa aku merindui aku yg dahulu. menulis blog dgn ‘humble’ dan bebas dari keangkuhan. terus terang, aku hormati kau Megat. tanpa kau, blog ini tidak ke mana.

    [Balas Komen Ini]

    megatNo Gravatar

    setuju dengan pendapat kau. penulis terpaksa lari dari prinsip hidup sebenar.

    kadang-kadang menjadikan kita keliru yang mana diri sebenar dan dimana watak khayal kita.

    aku, dalam hidup sebenar mmg punyai 2 watak. ini berkaitan dengan sejarah hitam aku.

    kalau macam tu, aku hormati keputusan kau tetapi aku masih perlukan kawan seperti kau dan harapan aku persahabatan kita dan rakan lain juga berpanjangan, insya allah.

    megat punya post terbaru..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

    [Balas Komen Ini]


  34. 34 nikillasNo Gravatar mengomen pada

    hurmm.. aku berdoa dan berharap kau akan berjaya dalam apa yang kau cuba lakukan.. cayalah syam..!!!

    [Balas Komen Ini]


  35. 35 ApiezNo Gravatar mengomen pada

    aku jd lemah seketika… ye la.. org yg pro cam syam ni (dlm blogging) tetiba nk berenti… jdlah aku yg newbie dlm blogging ni cam anak kehilangan ibu..

    [Balas Komen Ini]


  36. 36 syidarinaNo Gravatar mengomen pada

    i barely knw u like other ppl, still, i’m slightly unhappy here. anyhow, you’re an excellent writer - which makes you an excellent thinker, you sure hv all the reasons bhind you. nevertheless, i’ll still spend my time here, reading your past posts, the one i missed (apparently my 1st visit here was just days ago).

    selamat meluangkn masa berkualiti dgn keluarga dan rakan-rakan.
    dan kerja.

    whnever you feel like writing, let me know ok. ^_^

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    thanks for the compliment… but the decision has been made & i must stick with it.

    it just a matter of career & hobby. since career was on top of my priority list, i have to say good bye to my blogging hobby.

    ps: please enjoy my previous post.

    [Balas Komen Ini]


  37. 37 Kenyataan akhbar : Persaraan Aeropama | Tune Your Biz Online mengomen pada

    [...] Atmosphere blog lochoe bergema lagi gara2 pengumuman persaraan seteru utama dalam menjejak kasih di dunia blog gara-gara Aeropama.com mengumumkan persaraan beliau secara rasmi di sini [...]


  38. 38 NoktahHitamNo Gravatar mengomen pada

    Bak sini your ID and password. I will show you, what it’ll be under my regime.

    NoktahHitam punya post terbaru..You’ve Got a Friend in Me

    [Balas Komen Ini]

    aeropamaNo Gravatar

    i’ll give it to you in no time. please turn on your gtalk or ym.

    [Balas Komen Ini]


  39. 39 sufianNo Gravatar mengomen pada

    lerr.. baru 1st time buka blog ni.. dah nak berenti :(

    sufian punya post terbaru..Tambah Kelajuan Firefox

    [Balas Komen Ini]


  40. 40 sufianNo Gravatar mengomen pada

    aiseh.. dah nak berenti memblog ker :(

    sufian punya post terbaru..Tambah Kelajuan Firefox

    [Balas Komen Ini]


  41. 41 bongkerszNo Gravatar mengomen pada

    Aku baru membaca Aeropama.com pagi ini, setelah beberapa hari tidak datang berkunjung. Tup tup, entri sebegini :)

    Apapun, aku percaya ko buat keputusan yang ko tidak akan menyesal di kemudian hari.

    But, I would love to see you edit your entry title to be ‘Berakhirnya Di Sini, Buat Masa Ini’.

    I am going to miss reading your writings, insightful and honest. All the best in your future undertakings, bro. Please keep in touch!

    bongkersz punya post terbaru..Nakpe kate ko ye…

    [Balas Komen Ini]


  42. 42 aurorasaputraNo Gravatar mengomen pada

    sedihnya ko nak berhenti dah…

    aku akui, pagi2 aku akan ketagih membaca entri ko..

    walaupun, aku terjumpa blog ko secara x sengaja, aku terus jadi pembaca tetap…

    aku suka baca penulisan ko..

    byk mengajak aku berpk..

    but, aku akui, setiap org ada impian masing2..

    aeropama yg aku sempat kenali..
    byk mengajar rakyat malaysia berfikir..
    malah, mengajak rakyat malaysia, menderma dgn menggunakan blog..

    apepun..

    wish u all the best for ur future undertakings…
    ameen……

    [Balas Komen Ini]


  43. 43 EriyzaNo Gravatar mengomen pada

    Terkujat sy dgn pengakuan Aeropama. Seseorang yg membenarkan sy menggunakan domain dan hostingnya secara percuma ingin mengundur diri, bahkan masih terus mau menaungi sy dan rerakan yg lain. Sejujurnya, sy maseh mau melepak disini dan membaca entri² terhebat kamu. Sy doakan kamu sukses di dlm seme bidang. Sesekali turunlah padang tuk memantau kami. Terima kasih di atas keizinan untuk terus bernaung di bawah Aeropama.Com.

    Eriyza punya post terbaru..Cerita Karut Bikin Budak Takut

    [Balas Komen Ini]


  44. 44 hashim habeedNo Gravatar mengomen pada

    Syam..
    Agak terkejut dengan keputusan yang diamik.sesungguhnya diakui bukan mudah untuk beblog … Tetapi saya telah mengiktraf aeropama.com antara blog yang terbaik dan saya merasakan satu kehilangan yang besar dalam dunia Blog. Saya juga menghormati keputusan anda & berdoakan agar anda berjaya menperolehi kejayaan dalam apa jua bidang yg diceburi.

    Saya juga berharap semoga anda dapat mengubah keputusan anda dan kembali berblog bila bila mendapat kelapangan.

    [Balas Komen Ini]


  45. 45 KujieNo Gravatar mengomen pada

    kak jie tak suka syam…tak suka dgn cara peningkatan mendadak…mcm bintang af.

    Biar kita bergerak beransur-ansur..perlahan-lahan tetapi dalam keadaan kita yang santai dan selesa. Jangan terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri.

    Hidup biar sedap.

    Tetapi kenapa kak jie tetap di sini..sebabnya membaca dan menghargai buah fikiran orang yang bijak pandai. Kak jie tak bijak sebab itu sentiasa ingin berada dalam lingkungan orang² yang bijak.. mengutip ilmu.

    Jangan kau pernah jauh…

    Kujie punya post terbaru..Kisah tongkat ali

    [Balas Komen Ini]


  46. 46 ynaNo Gravatar mengomen pada

    hai sedara aeropama.sy baru je dlm sebulan bersiar2 makan angin kat ur blog.its indeed a very nice blog u have.ur writings,ur thinking,i like it.tapi nak stop dah eh.takpe.kdg2 kita kena buat perubahan untuk majukan diri.i’m a medical student,Dr 2be,insyaAllah next year.doakan.slh satu cara utk sy rilekskan fikiran is by visiting people’s blog.maklumlah,life as a student is really tough.reading other’s writings sometimes give me positive impacts.anyway, i loved reading ur blog.semoga terus berjaya dlm apa jua bidang.=)

    [Balas Komen Ini]


  47. 47 AdryNo Gravatar mengomen pada

    Hah! nak berhenti!!! Sedihnya… best apa blog ni… blog la sekali sekala.. jangan la berhenti sepenuhnya… huhu… sayangnya…

    [Balas Komen Ini]


  48. 48 doBotNo Gravatar mengomen pada

    TIDAKKKKKK…..

    [Balas Komen Ini]


  49. 49 doBotNo Gravatar mengomen pada

    Alamak….aeropama, aku suka penulisan kor. Walaupun kor baru berblog berbanding aku. tapi aku respek kor. Penulisan kor membuatkan aku tak jemu membaca. Aku pun macam kor, pernah terasa hendak angkat tangan. Cuma, aku kata aku akan slow jek. Tapi, tak akan berakhir.Anyway, aku akan tetap subscribe RSS kor. Dengan harapan, setiap kali aku bukak rss reader aku, aeropama dot com akan berubah.

    [Balas Komen Ini]


  50. 50 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    uiks en.syam..apsal lak ko tetiba nak stop bloging nih…ko memang lerr nak kena hentam satu malaya…
    apa-apa pun aku harap ko akan kembali balik dengan dunia blog nih…ko majuk kerr beb..hahahaha

    [Balas Komen Ini]


  51. 51 berikan aku masa | menteilsm rules mengomen pada

    [...] nie aku ada terbaca di blog syam dan saffa.. Dua²nya menceritakan mengenai banyaknya masa mereka di internet sehingga terabai [...]


  52. 52 How to increase traffic to your blog? | :: my life 4 hire :: mengomen pada

    [...] Kisah Beruang, but I’m satisfied my Alexa ranking (it’s just too sad that my arch rival Syam Aeropama has left the blogging [...]


  53. 53 emmeNo Gravatar mengomen pada

    Ko kene la pandai bagi masa bro… anyway goodluck for your life…

    story ko ni mengingatkan aku pada sorang lagi blogger… kalau ko pernah dengar nama acai aka budak jawe…

    lebih kurang macam cerita ko jugak la ni.

    mesti awek ko yang soundkan? sampai ko trus sanggup tinggalkan dunia blog ni?

    emme punya post terbaru..Wasiat Arwah Ali Ghufron, Amrozi, dan Imam Samudera

    [Balas Komen Ini]


  54. 54 titanNo Gravatar mengomen pada

    ehm. jika engkau serius, siapalah aku hendak menghalang. Teruskan aje.:)

    Aku, mak dan nenek aku. Menyokong keputusan itu. Yeh!

    [Balas Komen Ini]


  55. 55 loveaholiqNo Gravatar mengomen pada

    quitting? im new here… nice blog

    [Balas Komen Ini]


  56. 56 aloneNo Gravatar mengomen pada

    life’s going on.. isk3

    alone punya post terbaru..Alhamdulillah

    [Balas Komen Ini]


  57. 57 KhaiNo Gravatar mengomen pada

    lama aku x masuk, skali dah quit la pulok……

    hurm… x yah quit la.. ada masa terluang, update…. no hal nye

    Khai punya post terbaru..Fonomena Bulan Tersenyum

    [Balas Komen Ini]


  58. 58 abdfatahNo Gravatar mengomen pada

    aiyooo mau berhenti kaa?

    abdfatah punya post terbaru..Peraduan Petronas | Hadiah satu juta petronas

    [Balas Komen Ini]


  59. 59 ikaNo Gravatar mengomen pada

    i love this blog..
    but i hope u will continue ur life far better afterthis..insya Allah :)

    ika punya post terbaru..hiba… (Selamat Hari Raya Aidiladha)

    [Balas Komen Ini]

    MuhammadNo Gravatar

    Mungkin juga anda membencinya selepas ini.. Just dont have too much expectation ok.

    [Balas Komen Ini]

    ikaNo Gravatar

    pulak dah…hmmm

    ika punya post terbaru..bagus kalau begitu

    [Balas Komen Ini]


  60. 60 amanNo Gravatar mengomen pada

    2 orang jer bakal doktor..huhu..apa kata wat survey pekerjaan..huhu

    aman punya post terbaru..Google Chrome Keluar Dari Beta

    [Balas Komen Ini]


  61. 61 Aeropama Dot Com » Blog Archive » Aku Kembali mengomen pada

    [...] minggu lepas, aku buat keputusan untuk berhenti menulis blog selama-lamanya. Reaksi pantas yang aku terima agak mengejutkan. Kebanyakannya tidak bersetuju [...]


  62. 62 SyaraNo Gravatar mengomen pada

    Masa terlau banyak dihabiskan bersama Internet dan blog? Memang itu I akui.. Cuma saudara tidak bijak membuka ruang sosial .Tidak perlulah menghabiskan masa memikirkan idea untuk menulis blog di hadapan skrin komputer. I lebih prefer menulis dan membuat catatan terlebih dahulu sebelum mula menatap skrin. Gunanya, jimatkan masa, bil elektrik dan tenaga. Kesian kat along I nak bayar bil elektrik kan…

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>