Beli Kereta; Keperluan atau Prestij?

Salam dan Hello kepada pembaca blog aku. Rasanya sudah agak lama aku tak update blog baru aku dan melawat blog kalian semua. Alasan stereotaip aku berikan, aku sibuk. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi sibuk dengan meng’godek-godek’ coding wordpress @ ‘tekan kata’ (bak kata fahmishah) ditambah dengan tuntutan tanggungjawab sebagai pengiring kepada kawan aku yang menjadi pengantin baru hujung minggu yang lepas…

Ok! Kita berbalik ke tajuk entri hari ini. Aku mendapat ilham menulis entri ini ketika memandu di tengah lebuhraya PLUS menuju ke Batu Pahat. Bosan memandu keseorangan dan mata mula terasa berat, aku melilaukan mata melihat kereta-kereta Singapore yang memotong aku (aku pandu pada kelajuan 125 km/jam). Apa diorang ni tak takut kena saman ke? Pedulikkan Syam… Diorang punya tukaran mata wang yang lebih tinggi dari kita. Tapi yang buat aku jeles, kereta diorang memang model yang  sporty, gempak-gempak, terbaru dan mahal-mahal belaka.

Orang kita membeli kereta kerana apa? Keperluan atau prestij? Memang pada mulanya, alasan digunakan adalah keperluan. Kau beli Honda Civic i-VTEC, kau tak mahu pakai kereta Wira. Tapi tiap-tiap bulan kau kena ikat perut nak bayar ansuran bulanan. Itu bukan keperluan namanya bang! Kau beli kereta sebab prestij! Nanti kau boleh tayang kat sedara mara, kau fikir kalau kau guna Honda Civic banyak awek jatuh hati dengan kau. Kalau pakai Wira, susahlah nak ngorat awek. Tahi! Ni semua sebab pengaruh kata pepatah “Biar papa asal bergaya”. Bullshit!

Kalau kau nak beli kereta, aku sarankan kau ikut peraturan ini:

1. Nilai ansuran bulanan tidak melebihi satu pertiga gaji bersih yang kau terima setiap bulan
Gaji bersih adalah gaji pokok ditolak dengan EPF, Socso, insurans dan hutang piutang yang lain. Kemudian kau bahagi kepada tiga. Itulah nilai ansuran bulanan kereta yang kau mampu bayar. Lebih bagus kalau nilai satu pertiga itu termasuk dengan maintenance dan duit minyak.

2. Beli kereta terpakai

“Mana kool kalau beli kereta second hand? Kereta barulah kool” Heh! Kau akan jadi lebih tak kool kalau kau terpaksa ikat perut, potong perbelanjaan yang lain hinggakan keluar dating pun awek kau yang belanja hanya kerana nak bayar ansuran bulanan kereta baru yang sangat mahal. Lebih baik kau beli kereta second hand yang lebih murah dengan ansuran bulanan yang lebih rendah. Lebih praktikal untuk mereka yang mahu memiliki kereta pertama kali. Untuk rekod, 80% jutawan dan billionaire seluruh dunia menggunakan kereta terpakai. Jadi kenapa kau perlu malu?

3. Nilai muka (downpayment) yang tinggi, tempoh hutang yang singkat

Jangan gopoh untuk memiliki kereta sendiri. Aku tahu sekarang banyak promosi jualan kereta dengan harga muka serendah 0%. Itu semua promosi nak menjahanamkan kau. Simpan duit kau hingga kau mampu bayar duit muka sekurang-kurangnya 50%. Kau mampu singkatkan tempoh hutang dan makin kurang kau bayar bunga pada bank. Perlu kau ingat, satu pertiga dari tempoh pinjaman sebenarnya hanya untuk membayar bunga kepada bank sahaja. Dalam tempoh itu, kalau kau mahu jual kereta kau, memang kau rugi.

Kereta adalah aset paling cepat susut nilainya di dunia ini

Ps: Untuk kau; kawan-kawan blogger, jika dahulu di blogspot aku ada letakkan links ke blog kau dalam blogroll list aku. Jangan kau risau. Aku masih kekalkan links ke blog kau semua. Aku telah wujudkan page khas untuk itu. Kau boleh periksa di page Links.

Tags: kehidupan, kereta

Kau boleh dapatkan entri terkini lebih pantas dengan melanggan RSS Feed. Untuk mengetahui aktiviti aku secara langsung, kau ikut saja aku melalui Twitter.

Entri Yang Mungkin Berkaitan

39 Respons untuk “Beli Kereta; Keperluan atau Prestij?”

  1. 1 firdeeNo Gravatar mengomen pada

    Bagi saya untuk masa kenaikan harga minyak ni, takyah le beli kete mahal-mahal. Beli aje kereta yang jimat minyak. Mcm ko ckp la Syam, watpe beli kete tapi pastu kita kena ikat perut dan nak isi minyak pun seksa. Saya guna MyVi pun terasa gak seksanya nak isi minyak penuh :P

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pun sama la bro. pakai Myvi pun terasa gak kesan kenaikan minyak pada kehidupan seharian kereta aku. Sekarang ni kalau nak berjalan, kena rancang route yang paling dekat dan kurang jem. Ni semua gara-gara nak jimatkan minyak

    [Balas Komen Ini]


  2. 2 mizzamyNo Gravatar mengomen pada

    ~ kereta hebat2 nie hanya untuk org yg hebat2 jugak. kalo diorg mampu apa salahnya kan? mcm kita2 nie just pakai hanya yg termampu la. bukan setakat kereta jer yg nak kena pikir. ~

    [Balas Komen Ini]


  3. 3 syamNo Gravatar mengomen pada

    saya setuju dengan pendapat anda. tu pasal saya guna Myvi je walaupun kawan-kawan dok racun suruh pakai Civic. Yang bayar utang kita bukan diorang. Yg tanggung siksa juga kita bukan diorang. So pakai mana yang termampu je

    [Balas Komen Ini]


  4. 4 ahmoi13No Gravatar mengomen pada

    hallooo..semekom…ermmm…berwajah baru n wadah pun baru gak..zaman minyak naik ni..moi tak teringin nak tukar keta walaupun b4 ni ada angan2 nak pakai keta besar..tp now moi angan2 nak naik basikal lak.hehehhe…

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    hahaha… ni mesti kes minyak terlampau mahal dan duit yang ada tak mampu nak tanggung nafsu kereta yang dahagakan minyak melampau-lampau. tapi larat ke nak kayuh basikal tu

    ps: kajian menunjukkan berbasikal antara punca kemandulan bagi lelaki. hehehhe

    [Balas Komen Ini]


  5. 5 budakmerahNo Gravatar mengomen pada

    haha. comel je awek kat atas. buat bahan bakar kat akhirat. haha. weip da pki wp. bgs la bro. cun skit page nie. huyooooo. akoo saje je x apdet. kemalasan :p

    budakmerahs last blog post..Gadis Ku Pemalas

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    awek tu sebagai tarikan untuk lelaki-lelaki normal seperti kau dan aku untuk datang ke blog ini. wahahahah

    syams last blog post..Beli Kereta; Keperluan atau Prestij?

    [Balas Komen Ini]

    budakmerahNo Gravatar

    dah agak. haha. ape plugin mereply ko pki nie? da adv la bro. huhu!

    budakmerahs last blog post..Gadis Ku Pemalas

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    aku pakai brian’s threaded comment. ko leh search kat google guna keyword ‘threaded comments for wordpress’.

    aku lom advance lagi bro. cuma aku banyak tiru wordpress bloggers yang otai2…

    [Balas Komen Ini]


  6. 6 aloneNo Gravatar mengomen pada

    aku setuju dengan peraturan yang kau tulis.

    biar kereta tu sesuai dengan diri dan kemampuan kita.

    kalau mampu, beli la yang gempak2. kalau x, beli yang biasa2 dulu.

    anyway bro, aku setuju juga dengan motif kau letakkan awek kat kereta tu. haha.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    terima kasih kerana bersetuju dengan aku. aku tulis berdasarkan pengalaman aku. hingga sekarang, aku rasakan keputusan aku beli kereta adalah kesilapan yang aku boleh elakkan.

    [Balas Komen Ini]


  7. 7 fahmiNo Gravatar mengomen pada

    salam sdr sham. saya setuju dengan rule 1/3 gaji bersih untuk bayar kereta.

    tapi kalau boleh, masukkan sekali saving maintenance kat situ supaya tak perlu nak korek saving kahwin/raya untuk maintenance kereta.

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bro… cara untuk buat saving terbaik ialah ko pecahkan saving kau kepada 3 bahagian; kahwin, rumah + kereta dan emergency. pandai2lah kau letakkan nilai di situ

    [Balas Komen Ini]


  8. 8 !x0r@No Gravatar mengomen pada

    saya takda kereta.. kereta sorong pn takda. saya jalan kaki je pi kelas. lagi jimat. huhuhu.

    btw,setuju dgn entri ni. beli kereta ikut kemampuan. yelaa,zaman skang ni susah jugak kalo takde kereta. tapi tu la.. beli la ikut kemampuan gaji. jiran sebelah rumah saya yg kaya ni pn pakai kereta second hand je tau(dulu la).. cuma skang ni je semua kereta dia beli yg baru punya.siap pakai plat nombor sama utk ketiga-tiga bijik keta dia tu. mgkn rezeki dah melimpah ruah kot. eheh.

    !x0r@s last blog post..Sepi & Wanted

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    mungkin belum masa utk awk pakai kereta. habiskan belajar dahulu. lgpun awk perempuan. laki yang jemput awak naik kereta mereka. heheheh

    alhamdulillah jiran awak dimurahkan rezeki. mungkin hasil usaha beliau menyimpan dan melabur sebelum ini dan ini masanya utk beliau nikmati apa yg beliau laburkan

    [Balas Komen Ini]


  9. 9 kuinaNo Gravatar mengomen pada

    huhuhu byk hr x dtng melawat rupa2 dah siap rmh baru…

    eeehhh keta… ikut keperluan lah, pastu tgk kemampuan tp zaman la nie besar periuk besarlah keraknya

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    sorry kak ina tak datang melawat blog akak. sibuk dok godek2 coding wordpress ni. lps ni kembali ke blog hoping semula.

    [Balas Komen Ini]


  10. 10 zoolNo Gravatar mengomen pada

    Siol ko letak gambar pompuan seksi..
    Nasib baik budak opis tak nampak..

    zools last blog post..Cinta boleh dijual

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ahahahha.. sorri bro. itu semua strategi untuk tarik pelawat supaya baca entri aku.

    [Balas Komen Ini]


  11. 11 roshaizulNo Gravatar mengomen pada

    aku pakai iswara. orang kata jimat. memang betul jimat, tapi ada tak kete yang lagi jimat? huhuhuh

    roshaizuls last blog post..Kerja Kosong

    [Balas Komen Ini]


  12. 12 aTiQahNo Gravatar mengomen pada

    Ikut keperluan dan kemampuan. Jangan pula ‘biar papa asal bergaya’. Susah nanti. :)

    aTiQahs last blog post..Hanya DIA yang Berhak

    [Balas Komen Ini]


  13. 13 syamNo Gravatar mengomen pada

    roshaizul, maaf bro. aku tak punya banyak kereta untuk buat perbandingan mana yang lebih jimat. kau boleh tanya paultan.org. dia lebih pakar.

    [Balas Komen Ini]


  14. 14 xmindfreakxNo Gravatar mengomen pada

    aku masih lagi disponsor kereta oleh company aku.Kembara.Minyak dan maintenance ditanggung.Ah,duit lain aku buat bayar yuran dan sebaginya.

    tahniah blog baru..agak terlewat sedikit.Review sedang dibuat.Masih membaca post lama anda.. :)

    xmindfreakxs last blog post..Review:Blogger

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    untung la kau. semua di tanggung. sulu aku juga seperti kau. company tanggung. skrg tidak lagi

    kalau kau dah review sila buzz aku. aku akan buat review balasan lak

    [Balas Komen Ini]


  15. 15 Munirah AbdNo Gravatar mengomen pada

    huhu cannot beli kete lagi…ekonomi masih tidak stabil!!! duit belanja pun mintak ayah lagi..hahahahha…

    emm..ok je guna maxis broadband tu…huhuh..line and coverage tgk tpt arr..kalau tpt sy mmg xde masalah.

    Munirah Abds last blog post..Result

    [Balas Komen Ini]


  16. 16 Princess LiyanaNo Gravatar mengomen pada

    Alahai,huhu sexynya wanita itu..er:P

    [Balas Komen Ini]


  17. 17 bunga-hatiNo Gravatar mengomen pada

    pada pendapat saya kereta is keperluan.. tp kalo ade pilihan, duit telebih2 apa salahnye jadikan kereta sebagai satu prestij? tp jgn la sampai kene ikat perut semata2 nak pakai honda civic type R tuk dapat awek cun.. tegelak gak bace ayat tu.. coz one of my fren pakai honda gak.. tp awek x lekat2.. smp kata cam ni baik naik moto je la ade awek. hehe..

    bunga-hatis last blog post..Believe in your heart

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    bergantung juga. kalau awak boleh pergi kerja atau kemana-mana guna public transport dan ianya tidak mengganggu masa awak, lebih baik awak jgn beli kereta krn ia masih belum jadi keperluan awak. lebih baik guna duit nak beli kereta itu melabur atau beli rumah

    [Balas Komen Ini]


  18. 18 Adz AriffNo Gravatar mengomen pada

    Tips yg bagus skali. Especially utk orang yg baru je nak menempuh alam kerja macam aku ni. Aku pun x plan nak beli keta mahal2, skadar perlu je. Jimat minyak, maintenance etc. Idea pasal boleh byr 50% tu bagus, aku patut consider that bila nak beli keta nanti. =]

    Adz Ariffs last blog post..Jejak Mesir 2006: Day 0 - The Journey to Egypt

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    ko beli kereta biasa2 je. ko kne ingat, kereta hanya alat untuk membantu kau bergerak dari point A ke point B. Buat pilihan yang bijak. jgn ikut nafsu

    syams last blog post..Pengurusan Kewangan Sebelum Kemelesetan Ekonomi

    [Balas Komen Ini]


  19. 19 budakmerahNo Gravatar mengomen pada

    cak cak auuuw!

    budakmerahs last blog post..Penulis Kembali Merobek Dara Gadis

    [Balas Komen Ini]


  20. 20 uncle GNo Gravatar mengomen pada

    terleka tengok gambar awek seksi tuh.. paper hal pon tahniah arr sebab ade domain sendiri

    [Balas Komen Ini]


  21. 21 aliffNo Gravatar mengomen pada

    kita berbelanja kena ikut keperluan bukan kehendak. mana yang penting di dahulukan.

    aku masih pakai motor jer, sebab dahulukan keluarga dan diri sendiri (hutang ptptn wajib bayar). memanglah serik dan penat meredah hujan serta panas, namun setakat ini sahaja rezeki aku buat masa kini.

    aliff punya post terbaru..Tenang……

    [Balas Komen Ini]


  22. 22 FahmishahNo Gravatar mengomen pada

    Tukar lah gambar tu, goncang iman aku

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    telah ditukarkan atas permintaan kau

    [Balas Komen Ini]


  23. 23 zamzNo Gravatar mengomen pada

    tgk kemampuan laa..kalau duit terlebih apa salahnya

    zamz punya post terbaru..Kari Kepala Ikan Satuu !!!

    [Balas Komen Ini]


  24. 24 JuliaNaNo Gravatar mengomen pada

    Baru2 ni saya g kenduri doa selamat rumah pakcik, dek kerana nak jimat, famili abg saya decide tumpang kancil saya yang cute tu je ke sana..sampai sana, terkejut pakcik saya tengok abg saya yang sblm ni bwk keta lain tetiba bawak kancil je, eheee…tapi dgn koolnye abg saya jawab untuk penjimatan skrg..tapi klakar tengok muka pakcik saya yang mcm tak caya je tu.

    JuliaNa punya post terbaru..Calm seas never make skillful sailors

    [Balas Komen Ini]

    syamNo Gravatar

    wohoho… kadang-kadang pelik juga dengan mentaliti orang. pakai kereta besar nampak hebat. kalau pakai kereta kecik, nampak lekeh je.

    berjimatlah… kerana yang nak hidup itu kita. orang lain tak ambil pusing pun pasal hidup kita

    [Balas Komen Ini]


Tuliskan Komen Kau

XHTML: Gunakan Tags Ini Jika Perlu: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>