Tengah malam begini bukanlah waktu paling ideal untuk aku perah otak bagi hasilkan idea kreatif untuk ditulis di sini. Apatah lagi bila aku sudah habiskan 6 jam masa secara berterusan untuk menonton movie-movie yang baru usai aku download.

Aku rasa hanya mahu menulis tentang aktiviti bara’an atau menziarah sesama ahli batch aku di sekolah menengah dahulu. Sehari penuh, 8 rumah dan entah berapa orang manusia yang turut serta aku sudah tak ingat.
Tentang makanan, kau jangan cakaplah. Sangat heaven. Jika kau jenis manusia yang tolak batu dan kayu, lain semua kau bedal, maka hari itu adalah hari kau.

Sebenarnya tidak perlu tunggu di bulan Syawal untuk menziarah kawan-kawan cuma aku rasa bulan inilah manusia senang untuk dijumpai dan dikumpulkan. Lain bulan, busy dengan kerja adalah alasan paling tipikal yang akan didengar bila diajak berjumpa.

Dan yang pasti, rakan-rakan aku masih tidak berubah walaupun sudah memasuki alam kedewasaan. Maksud aku perangai gila-gila mereka. Cuma yang berubah tang perut je. Sudah ada extra compartment!

ps: Agak malanglah jika kau seronok berziarah tapi kewajipan kau abaikan.
pss: Rasa kureng sebab golongan yang bergelar doktor tak join seperti tahun-tahun sudah. Where are you people?
psss: Untuk gambar yang lain, sila lihat album di Facebook aku.
terserlah kegilaan korang kat gambar no.3 :up:
hahahaha
wuhu. memang best dapat berkumpul dengan kawan2 lama. Heaven!
miahaha terkenang aku sewaktu umur 20an dulu
ps:skarang dah tua nak buat camtu hehehe
sempat ko snap dalam masjid sekali ek. hehe
sheikh..’busy dgn keje’ 2 mcm sinonim jek hahaha
sheikh.. busy dgn keje 2 mcm sinonim jek hahaha..
aku ternampak gmbr asmu’i, ko kenal die ke bro?ke sedara mara?