Artis Sebagai Kerjaya Pilihan Utama.
Oleh aeropama pada Jul 23, 2008 kerjaya, motivasi
Sejenak membaca majalah Offshore Engineer yang aku langgan, aku kagum melihat keupayaan jurutera-jurutera luar negara membina pelantar minyak yang besar-besar. Beratnya melangkaui lebih 10 000 tan. Kagum melebih-lebih pada mereka (orang luar) bukanlah niat aku. Aku yakin, tenaga kerja tempatan punya kehebatan yang setaraf bahkan mungkin lebih baik dari mereka. Cerita dari ‘sempai-sempai‘ aku mengukuhkan lagi tanggapan aku.
Malangnya kita kekurangan pelapis muda untuk menggantikan kuda-kuda tua dalam industri ini. Bukan saja industri ini, industri yang lain juga hadapi masalah yang sama. Mana taknya kalau kau lihat situasi sosio-ekonomi masyarakat kita, lebih berorentasikan hiburan. Kursus motivasi peperiksaan, artis juga dijemput memberi persembahan. Pelik. Kau mahu beri motivasi dan tips untuk berjaya dalam peperiksaan atau mahu galakkan anak murid kau jadi artis di kemudian hari?
Di zaman sekarang kerjaya sebagai artis jadi pilihan utama remaja kita. Asal ada saja rancangan realiti baru diterbitkan, berbondong-bondong umat pergi ke sesi uji bakat. Lebih dahsyat ibu-bapa bagi sokongan padu tak berbelah bagi. Demi impian melihat anak berjaya memenangi rancangan realiti seterusnya menjadi artis rakaman, sanggup kau usung anak kau ke kota Kuala Lumpur. Tinggalkan sementara sesi persekolahan walaupun peperiksaan besar hampir menjelma. Sedih!
Kita selalu disogok dengan hidup sebagai artis, kesenangan dan kemewahan adalah jaminan. Wang dan populariti melimpah ruah dalam masa yang singkat. Peminat menjerit-jerit histeria memanggil nama. Paling best bila didekati oleh orang ada-ada. Lagi untunglah badan. Silap haribulan, ada jodoh kahwin dalam majlis yang sangat grand. Paling koman mesti mahu kahwin kat hotel 5 bintang. Lepas tu boleh pakai gelaran yang kool!
Please beb! Kesenangan tak akan datang dalam tempoh yang singkat. Kau kena usaha keras ke arah itu. Tiada jalan pintas. Semakin singkat jalan kau dapatkan kesenangan semakin cepat kesenangan yang kau perolehi itu hilang dari genggaman. Apa kau fikir kalau kau cantik dan popular, kau boleh pikat orang yang ada-ada? Lepas tu mereka akan tampung hidup kau sampai ke tua? Mungkin kalau kau bernasib baik, kau dapat itu.
Jadi artis bukan passion. Terkinja-kinja atas pentas bukan passion. Menangis mengalir air mata kerana tersingkir dek kekurangan undian penonton, itu juga bukan passion. Aku tanya kau. Berapa lama agaknya populariti seseorang artis itu mampu bertahan? 20 tahun? 30 tahun? Nadai pok… Paling bangsat, 10 tahun. Siti Nurhaliza contoh terbaik. Ketika masih single, populariti beliau amat hebat. Album yang keluar pasti meletup. Jadi cover girl untuk majalah dan akhbar sana-sini. Kalau boleh semua wartawan hiburan mahu buat cover tentang beliau. Apa saja tentang Siti Nurhaliza, itu adalah fenomena. Sekarang lepas berkahwin, populariti beliau agak merosot. Tidak segah seperti dulu.
Tapi satu perkara yang aku tabik dekat Siti. Beliau bijak buat pelaburan hasil dari nyanyian. Tubuh syarikat produksi, jual teh atas jenama sendiri dan banyak lagi. Beliau sedar agaknya, hidup sebagai artis tak selalunya indah dan sentiasa dibuai oleh kemewahan. Tanpa ada perancangan dalam pengurusan kewangan, hidup di hari tua adalah ibarat neraka. Lebih beruntung, beliau berkahwin dengan Datuk K. Seorang ahli perniagaan juga.
Aku masih tertanya-tanya, dalam 192 negara di dunia ini, negara manakah yang maju disebabkan oleh industri hiburan? Amerika dengan Hollywoodnya? Aku rasa tidak mungkin. India dengan Bollywoodnya? Lagilah mustahil… Bagi aku memang tiada langsung. Kalau kata-kata aku ni salah, tolong betulkan…
Entri Yang Mungkin Berkaitan
- Anne Hadiri Majlis Doa Selamat Pakai Skirt Pendek…Must See!
- Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd
- Happy Anniversary Guys!
- Kerjaya Dalam Industri Minyak dan Gas Bahagian 2
- PM, TPM, Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan
- Stone Age?
- Kerjaya dalam Industri Minyak dan Gas
- Kenapa Kau Harus Elakkan Kegagalan
- Kawan… Penentu Hala Tuju Hidup Kau!
- Kesan Kenaikan Harga Minyak






July 23rd, 2008 at 2:20 pm
tak perlu jadi artis pun leh kaya lah..janji work hard. Untuk jadi cam Siti kenalah bijak.
p/s: saya tak marah ler awk..gurau2 di tgh hari..opss..silap petang dah..hehe
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 2:55 pm
betul! kalau rajin usaha pasti kejayaan akan datang juga. lambat atau cepat saja masalahnya…
[Balas Komen Ini]
July 23rd, 2008 at 3:24 pm
tapi,hollywood and bollywood berjaya menjana pendapatan dengan industri hiburan mereka…Kita?belum lagi sampai ketahap itu..sebab ada setengah menjadi artis tanpa jiwa sebagai artis..
aku lebih ingin menjadi seorang enterprenuer
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 2:57 pm
huuhuhu… industri hiburan kita masih terlalu kecil. aku cuma x bersetuju kalau rakyat kita terlalu dikaburi oleh dunia hiburan. sepatutnya sebagai negara membangun, ekonomi berorentasikan ilmu adalah keutamaan
[Balas Komen Ini]
July 23rd, 2008 at 3:57 pm
ye la btl 2..
ramai sgt artis zaman skang, tp industri hiburan kita xda elok sgt pun…
merepek je kdg2 artis2 baru ni..
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 2:57 pm
sangat tidak elok cerita yang selalu kita dgr pd artis malaysia skrg ini… memang tak layak jadi role model terutamanya artis di dalam gambar tu
[Balas Komen Ini]
callister
membalas pada
July 25th, 2008 jam 7:34 pm
huahuahua..
xpe..tah ape2..memualkan.
[Balas Komen Ini]
July 23rd, 2008 at 11:02 pm
he!he!he!he!he!he!he!he!
syam, kau tahukan aku bekerja dengan segala artis di Malaysia ni?
bagus entri kau.tak mahu komen banyak sebab kerjaya aku perlu mendepani semua ini setiap hari.
aliff punya post terbaru..Kecur Tak Air Liur?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 2:58 pm
heheheh… aku tahu kau kerja dlm industri hiburan. aku harap kau bagi komen yang mungkin agak kontras dgn pendapat aku. mana tahu…?
[Balas Komen Ini]
July 23rd, 2008 at 11:25 pm
artis?
aku prefer artis dulu la…p ramlee
skrgnye?? depends la…kadang2 macam kejang je belakon
oik??? aku keluar topik ke??
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 3:00 pm
ok lah! aku juga sgt suka dgn p ramlee
artis skrg ni… erm… filem melayu pun aku tak suka nak nengok. asik berkisar psl cinta dan jauh dr realiti. org melayu duduk kat rumah besar, kereta besar, kaya nak mampus. realitinya… hmmmm… sendiri lihat.
dah macam telenovela latin la pulak
[Balas Komen Ini]
ecahkoop
membalas pada
July 27th, 2008 jam 6:18 pm
betul2…baik tengok cter org putih…fiksyen die merepek pun merepek la…kalo animasi dorg pon best cam kungfu panda tu..
ecahkoop punya post terbaru..demam
[Balas Komen Ini]
July 24th, 2008 at 4:06 am
setuju.
memang benar artis mampu untuk menghiburkan. namun untuk menjadikan artis murahan sebagai matlamat utama dalam hidup, jangan beb.
nak jadi artis, biar yang membawa manfaat kepada umat.
[Balas Komen Ini]
firdee
membalas pada
July 24th, 2008 jam 8:59 am
kena lah jadi artis yg berilmu…berilmu x semestinya astis tu belajar tinggi tapi biarlah dia dapat menggunakan anugerah yang Allah beri kat dia utk kebaikan semua yg meminati dia…
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 3:01 pm
ya… aku setuju ngan korang berdua. masih menunggu artis-artis kita terdiri dr para ilmuan atau punya kelayakan akademik yang tinggi. mungkin bila begitu kita jarang dgr yg buruk pasal artis kita kan?
[Balas Komen Ini]
alone
membalas pada
July 26th, 2008 jam 1:20 pm
ya. betul.
aku xnak kata sapa2, tapi tanpa ilmu, korang tengokla sendiri apa yg dah jadi.
alone punya post terbaru..It’s Life : More and More
[Balas Komen Ini]
!x0r@
membalas pada
July 27th, 2008 jam 8:27 pm
erm,kalau macam Fazley tu macam mana ya? Dr Fazley..
!x0r@ punya post terbaru..Another date?
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 28th, 2008 jam 1:59 pm
sangat kagum dgn dr fazley. itu adalah contoh terbaik untuk artis generasi baru. dia sangat kool!
[Balas Komen Ini]
July 24th, 2008 at 8:24 am
salam,
very nice en3.
you’re right man. mmg xde lg negara yg maju bcoz of hiburan.
tp yg hampir rosak bcoz of that adalah, cth terbaik Jepun.
most of their teenagers choose to be an artist,so siapalah yg nak gantikan bapa2 n atuk2 diorang yg kerja keras bangunkan semula jpn lps WWII.
kalau manusia terlalu lama hidup dlm keselesaan,diorang mmg akan lupa diri.zaman sekarang, walaupun mak bapak pening kepala bila cost life meningkat,tp anak2 yg dah biasa hidup selesa dr kecik apa yg diorang tahu pasal ‘kais pagi makan pagi’. they all will go for easier way to gain money;i.e., artist,bisnes badan,dadah etc.
huhu.. sedih sebenarnya sbb waktu jd interviwer utk recruit new staff,they don’t even know their aim(s).
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 3:03 pm
wow! satu komen yang sgt bagus dari kau ariss. aku suka dgn komen2 kau ini.
itu lah yang aku cuba canangkan. sbb aku sedih lihat kemajuan malaysia berbanding singapura. antara sbbnya… singapura punya ekonomi berasaskan ilmu. kita punya ekonomi berasaskan hiburan. akibatnya sangat lembab pertumbuhan ekonomi negara kita.
[Balas Komen Ini]
July 24th, 2008 at 9:16 am
Untuk masuk dunia glemer tu, mereka kena betul2 bersedia dan dah ada rancangan sendiri. Jangan nak masuk sebab glemer je. Payah nanti.
[Balas Komen Ini]
July 24th, 2008 at 9:27 am
Untuk masuk dunia glemer tu, mereka kena betul2 bersedia dan dah ada rancangan sendiri. Jangan nak masuk sebab glemer je. Payah nanti.
aTiQah punya post terbaru..SEMUT ATAS BAJU MERAH PUTIH
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 3:05 pm
nak buat macam mana. masuk dunia hiburan, kalau tak popular mmg takboleh kekal lama. setahun dua lepas tu senyap saja. nak kasi popular kenalah wat kontroversi murahan. barulah wartawan nak buat cover pasal mereka. dapatlah publisiti murahan. hampeh…
[Balas Komen Ini]
July 25th, 2008 at 3:44 pm
Siti berkahwin dgn Datuk K adalah salah satu strategi menjamin kekayaan beliau tidak terhakis.. ha ha ha =)
*jadi artis susah wo.. duit abes kat perhiasan diri.. pakai baju sama 2 kali, wartawan da buat front page.. *
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 25th, 2008 jam 3:56 pm
hahahaha… kalau kahwin dgn lelaki cm kita ni mael, mmg habis la duit Siti tu.
mmg sgt susah jd artis. semuanye org nak ngk. rakyat kita ni sgt suka ngk peribadi artis dr ngk buku ilmiah. cess…
[Balas Komen Ini]
July 26th, 2008 at 12:22 pm
Negara kita dah terlalu banyak disogokkan dengan hiburan..
Aku amat risau..
Ramai remaja yang lebih bercita2 nak jadi artis dari jadi petani..
Media punca segalanya
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 28th, 2008 jam 2:01 pm
aku sangat setuju dengan itu. aku sedar tentang ini 4 tahun yang lepas bila kau terbaca artikel di utusan tentang ke mana hala tuju ekonomi malaysia jika dibandingkan dengan singapura. perbandingan dgn ekonomi singapura yang berasaskan pendidikan. bahkan hampir 75% ahli parlimennya adalah mereka yang punya latr pendidikan tinggi. kita punya MP agaknya berapa ramai yang punya kelayakan akademik?
ps: artis pun boleh jadi ahli dewan negara tau… jangan terperanjat!
[Balas Komen Ini]
July 26th, 2008 at 4:32 pm
siti, one of my fav jgklah. tak rmi artis yg mcm dia. yg menang ratus2 anugerah. huhu. paling kesian bebudak AF. biasanya bertahan beberapa bulan je lepas kuar AF. pastu, ilang, lesap.
[Balas Komen Ini]
syam
membalas pada
July 28th, 2008 jam 2:03 pm
saya paling menyampah dengan AF. paling kesian lihat mereka yang beria-ria antar SMS untuk bagi undi. itu adalah proses yang paling bodoh bagi saya dilakukan oleh rakyat kita. agaknya setiap SMS yang kita hantar, apa faedah yang kita dapat agaknya? tolong beritahu saya sebab saya amata jahil dalam AF ni…
[Balas Komen Ini]
July 27th, 2008 at 8:17 pm
aih bang. nie esei fav akoo nk karang. tp ko karang dulu. bgs2… huhu!
Extremist Thinker punya post terbaru..Kejadian Mencabar Minda
[Balas Komen Ini]